"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dlm kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh atau solehah dalam kalangan kamu, kerana aku juga melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan."

~Hassan Al Basri~

Thursday, July 28, 2011

kematian membawa kepada pertemuan

Assalamualaikum...
Dunia nie kecik jer kan? Itu p0n, kita masih nak berjuang habis-habisan dlm menakluki harta dunia.Moga aku, keluargaku dan kalian tidak tergol0ng dlm g0longan manusia yg sedemikian.

Aku gi Parit Buntar tadi. Mak sedara aku meninggal petang kemarin...Pagi ni, nak kebumikan la.Kat sane, aku jumpe dgn Cikgu Hajah Rosna BT Ibrahim. Cikgu Add Maths (kalau tak salah aku. Tapi, subjek maths la) Dah takdir gamaknya aku bertemu dgn Cikgu.

Masuk je kawasan rumah, aku ikut mak aku gi kat sebelah luar ni....Dari situ, aku boleh nampak d0rang tgh kafankan jenazah. Betul2 kat hujung kaki arwah, bertentang mata dgn aku......Cikgu!! Hahah....Aku tunjuk kat mak. Tue la cikgu sekolah dulu. Cikgu p0n tgh tgk aku gak...mmg tak kejip ar mata kami, hahah! Aku just senyum & angguk kepala kat die. Dalam hati, aku kata...entah die kenal, entak tidak. Tapi, mmg die tgk aku lame...mcm ingat tak ingat la kot. PAstu cikgu angkat tgn (mcm tunjuk isyarat, 'hi/salam' dari jauh la. Bukannya mcm bebudak nak tanya soalan tu...huhu)
Mase tue, aku agak....cikgu ingat aku kot...hehe!
Lepas dah bawak jenazah utk disolatkan..., aku masuk rumah. Salam ngan cikgu. Die tanye la, sape aku dgn arwah....
Aku p0n tak bape nak cekap nak explain.....huhu! Sebenarnya, suami mak cik aku tue, sepupu abah aku. Tu yg b0leh kenal tue....
Yang cikgu aku nie plak...sepupu arwah. Kira mcm, kami nie2 bau2 bacang ar kan? =)

Serba sedikit pasal cikgu nie....
Cikgu seorang yg biasa2. Tapi, aku tawu...di sebalik kesederhanaan beliau, tersirat perwatakan yg mulia. Sebab apa aku cakap mcm tue?
Sebab aku dah penah alami...penah merasa dinasihati beliau, penah ditegur..walaup0n beliau tak penah mengajar aku. Hanya sekadar guru di sekolah...dan sememangnya aku tak jangka, beliau boleh ingat aku....

Aku ingat lagi, penah satu hari tue, cikgu kata kat aku..."Kalau ada apa2 nak tanya, b0leh la cari dia kat bilik guru". Kalau tak salah aku, masa tue aku terserempak dgn cikgu kot. Tak p0n, aku mmg ada urusan dgn dia.
Start dari hari tue la, aku sedar...cikgu seorang yg pentingkan anak2 muridnya, walaupun kami tak pernah p0n berjumpa dlm kelas. Itu la jasa seorang guru sebenarnya. Bukan hanya mementingkan A semata2. Sape yg tak kenal beliau, mungkin anggap lain... Tapi, aku tawu....cikgu sentiasa perhatikan anak2 muridnya,,,,,,,,,,,,,,,,,,, walaup0n dia tak kenal.
Cikgu selalu panggil aku Kak Long. Aku rasa, cikgu mmg gelarkan org mcm, tu kalau tak tawu nama.

Sorang lagi...cikgu lelaki. Dia bukan cikgu sekolah. Tapi, ajar kelas tambahan aku. Utk kelas Al-Bukhari. Same la jugak....Add Maths. Tapi, aku sekadar tgk dari jauh je la. Aku nampak cikgu p0n, masa die nak angkat keranda masuk van jenazah.
Nama diberi Latif....
Mmg pakar add maths /maths dlm Malaysia. Org oversea p0n kenal die sbb geniusnya dia...
Cara beliau mengajar p0n, mmg unik. Aku tak penah jumpe cikgu mcm ni...haha! Lawak, kelakar..senang faham. Banyak formula kreatif yg beliau ajar. Salah satu yg aku ingat....formula Assalamualaikum utk cari median (kalau tak salah aku,hahha! Lupe jugak...ape daaa!!!)

Penah, die ajar....pastu die padam, sbb cara tue bebudak suke buat. Tue yg salah tu....Die nak tunjuk yg cara tue tak bet0l, die padam la....pastu buat2 amek bekas yg dipadam tue (mcm betol2 ade depan mata), then, cikgu renyukkan, mcm ketas sampah. Pastue, cikgu baling ke luar tingkap.... Cikgu jalan gi kat tingkap, die buat2 amek s0mething kat tingkap, pastu lempar ke bawah. K0n0nnya, sampah tadi tersangkut kat tingkap...tue yg die gi buang kat bawah tu.
Ape yg cikgu nak sampaikan ialah...cara kami tu salah. Buang jauh2, jgn dop simpan2....

Walaup0n die ajar, c00l, relax, lawak sp0ntan, muke slamber serius....tapi, dlm diri die tersirat..pentingnya ilmu.

('',)
Sekian, time kasih.....
Ingat la jasa guru2 yer....hehe!
Insya-Allah berkat ilmu.

1 comment:

azli1996 said...

salam ada no tel cgu latif tak? nak hntar ank p tuisyen add maths