"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dlm kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh atau solehah dalam kalangan kamu, kerana aku juga melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan."

~Hassan Al Basri~

Saturday, July 30, 2011

bile besar...nak jadi penulis bl0g???

Alhamdulillah....
Aku mulakan entry ini dgn lafaz pujian kpd Allah.
Korang tgh study ek skang ni? Tak kisah la, ade kat kolej ke, universiti ke, sekolah ke,ermmmm tadika ke....asalkan kite still mampu utk belajar.

Dulu, mase kat sekolah cecikgu selalu kata...korang mesti ada target. Ke mana korang nak pegi lepas ni. Ape yg korang nak belajar...dan nak jadi ape bile besar nanti.
Aku dengar je la...sebab, aku mmg tak tawu nak keja ape. Mmg ade satu pekerjaan yg aku minat, tapi atas dasar kelemahan dan kekurangan yg berpunca daripada diri aku sendiri, aku abaikan jer minat aku tu.

Berstatuskan pelajar sains hayat mase kat sek0lah dan diter0skan lagi dgn title advance sikit mase kat matrik, Sains Biologi (advance ke? Hahah,,maksud aku, ade la terselit perkataan saintifik, 'biologi'...tue jer, tak lebih p0n)

Bile aku melangkahkan kaki aku ke taman universiti (UiTM), aku masih kebingungan, ape yg aku nak jadi??? Ape karier yg aku kejar skang ni?

Masih menggalas tanggungjawab sebagai pelajar Sains Aktuari, dan baru tamat setahun pengajian.... ditambah dgn cuti panjang 4 bulan, memberi aku banyak masa utk berfikir, ke mana arah tuju aku.......

Yup! Mmg skang ni, aku dah ade hala tuju aku. Walaup0n tak la setinggi mane, kerana aku masih lagi sayang akan Malaysia, dan aku tak mahu tinggalkan negara aku ni.... Mencari kebenaran dunia Islam,ekonomi, sejarah dan segalanya...itu adalah apa yg aku impikan skang ni.

Kat mana aku nak keja??
Biarlah aku diamkan dulu. Aku tak rasa, aku nak berkongsi dgn sesape skang ni.
Sbb, aku percaya dan aku yakin.......tidak ada sesiapa p0n yg penah terfikirkan mcm yg aku tgh plan skang ni. Nape aku cakap camtu???
Sebab, takde s0rang p0n daripada kenalan aku yg kata..."Aku nak keja kat situ...." Malah, takde s0rang p0n yg sebut pasal tempat/bangunan tue. Tak penah!

Aku sendiri pelik, nape takde sape yg menyuarakan sesuatu pasal tempat tu? Adakah sebab, mmg d0rang tak berminat?

Ko nak jadi ape?
Doktor kat Hospital terkemuka...
MERCY...
Pensyarah kat universiti luar negara.....
Angkasawan...
Nak keja dekat Bank Negara Malaysia...
Pilot dekat MAS...
Pengarah hotel bertaraf 5 bintang...
dan lain2 lagi.




Zeti Akhtar Aziz, Gabenor Negara (nak ganti die lah, b0leh? heheh!)







Hahha..itu impian korang. Tapi, aku?
Aku tak simpan impian macam tue...Ade la, tapi dulu. Skang nie tak.
Insya-Allah, kalau ada rezeki....aku akan cuba jugak dapat keja kat situ.
Sekurang2nya, aku dah tawu...aku belajar aktuari ni, ade la jugak faedahnya, daripada belajar semata2 tanpa tahu arah tuju, kan?

2 comments:

Anonymous said...

nice story.. :D

Anonymous said...

Thanks a lot! =)