"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dlm kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh atau solehah dalam kalangan kamu, kerana aku juga melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan."

~Hassan Al Basri~

Thursday, August 9, 2012

Couple haram?

Assalamu'alaikum,
Semalam, aku dapat satu msg dari somebody. Aku tak pasti dia nak dikenali atau tak. Tapi, rasanya...aku patut abaikan jer, haha! Cuma, aku nak cakap thanks to dia for sharing this nice article. Info lama tapi baru bagi segelintir org sbb ramai yang tak tahu...termasuklah diri aku ni sendiri. haha!
Pape p0n, just terima sesuatu tue dgn akal yg waras dan percaya kepada mudahnya ajaran Islam nie.


Berkisahkan tentang kaple. Diselitkan dengan pemahaman tentang zina hati.

Jom, usya some of the points...ttg zina hati dulu. Kaple tolak tepi jap.
Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan zina hati? Adakah jatuh cinta kepada seseorang itu dianggap zina hati? Adakah teringatkan seseorang itu zina hati?
Mungkin sebahagian daripada kita akan menjawab: “Ya, itulah zina hati”.
Apabila ditanya lagi mengapa itu zina hati?
Jawab mereka: “Kerana kita mengingati seseorang yang ajnabi (bukan mahram) yang tidak halal buat kita”!!!


Kalau anda meletakkan sebab pengharamannya adalah kerana dia ajnabi jadi tidak halal bagi kita, bagaimana anda mahu menafsirkan firman Allah dalam Al-Qur’an tentang Sahabat Nabi yang teringatkan perempuan ajnabiyyah yang tidak halal buatnya?

Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah, ayat ke-235:


عَلِمَ اللَّهُ أَنَّكُمْ سَتَذْكُرُونَهُنَّ وَلَكِنْ لا تُوَاعِدُوهُنَّ سِرّاً إِلَّا أَنْ تَقُولُوا قَوْلاً مَعْرُوفاً

Dalam ayat ini dan ayat sebelumnya, menceritakan tentang عدة / iddah (tempoh suci) perempuan yang bercerai dengan suaminya. Kemudian ada lelaki ajnabi yang mengintai-intai peluang untuk melamar perempuan ini. Lalu Allah berfirman ((Allah Maha Mengetahui bahawa kamu akan mengingati perempuan tersebut, tetapi jangan kamu berjumpa dengan perempuan itu secara rahsia kecuali dengan berkata-kata perkara yang baik.

Syed Qutb dalam tafsirnya berkata: “Dan Allah telah mengharuskannya kerana itu berkaitan dengan kecenderungan fitrah yang halal pada asalnya, harus pada zatnya … dan Islam itu tidak menghancurkan kecenderungan fitrah tetapi membajainya, dan tidak menekan naluri kemanusiaan tetapi mengawalnya. (Rujuk Fi zilali Qur’an oleh Syed Qutb, jilid 1, m/s 238).


Bukankah perempuan yang baru berpisah dengan suaminya merupakan perempuan ajnabiyyah kepada lelaki lain yang mahu melamarnya???
Tapi mengapa Allah langsung tidak mengatakan kepada lelaki ajnabi itu tak boleh mengingati perempuan tetapi hanya berpada dengan berkata (Allah Maha Mengetahui bahawa kamu akan mengingati perempuan tersebut tetapi jangan kamu berjumpa dengan dia secara rahsia).

Justeru apa yang dapat difahami daripada ayat tersebut adalah: Tiada masalah dalam mengingati perempuan tersebut, tapi jangan fikir nak buat yang bukan-bukan yang bertentangan dengan syarak’. Itulah apa yang sepatutnya difahami daripada firman Allah tersebut.
Kalau mengingati perempuan yang ajnabiyyah itu zina hati, tentunya Allah melarang para sahabat daripada mengingati perempuan, tetapi Allah sendiri tidak melarang bahkan memberi izin.
Justeru, yang dimaksudkan dengan zina hati itu adalah hati yang menaruh niat untuk berzina, menikmati hubungan persetubuhan luar nikah. Itu yang dimaksudkan dengan zina hati. Rujuk kembali konteks hadith berkaitan zina hati secara keseluruhan. Tidakkah di pengakhiran hadith tersebut Nabi ada menyebut:


وَالْفَرْجُ يُصَدِّقُ ذَلِكَ وَيُكَذِّبُهُ

Maksudnya: (dan kemaluan itu mengiyakan atau mendustakannya). Bermakna semua perkara daripada tangan, kaki, telinga, mata, lidah, hati yang menuju ke arah persetubuhan haram barulah dipanggil dengan zina. Sebab itu disebut di pengakhiran hadith (Kemaluan itu yang akan menentukan berlaku atau tidak berlakunya zina).

This is my opinion.
Betul. Zina hati adalah perbuatan yg memikirkan si dia secara haram, mcm yg tertulis kat atas tue.
Dan, dah menjadi fitrah bagi manusia utk mengingati, merindui seseorang sama ada keluarga atau ajnabi (bkn mahram).
Mungkin betul, kata penulis artikel tersebut, ghairahnya golongan tertentu menegakkan kebenaran Islam menyebabkan sebilangan besar, menganggap fitrah yang diizinkan Allah ini haram! Mungkin wajar utk saya katakan (eh, guna saya pulak..haha!) seseorang perlu menasihatkan dgn menggunakan ayat lengkap. Hmm, contoh...kena tekankan maksud zina hati. Dan, bukan sekadar memberitahu bahawa mengingati si ajnabi adalah haram. Langsung tak boleh ingat.
Bagi aku, ni dah melanggar hukum alam. Ada ke manusia yg 100% boleh ingat Allah sepanjang masa?
Kita bukan malaikat.....tapi mencuba ke arah membentuk manusia yg baik akhlaknya.


Mmg merindui dia adalah perkara yg Allah izinkan.. (dalam firman Allah kat atas...)
Tapi, bukan membayangkan sesuatu yg haram. Pandangan lelaki adalah pandangan yg tajam. Jauh berbeza dgn mata kaum hawa. Kalau tgk gambar je p0n dah buat si lelaki tak duduk diam.....memikirkan yg lain, dan bukan kerana resah, rindu..........apakah wajar utk anda terus melihatnya?
Fikir sendiri, kerana anda ada akal yg bertunjangkan keislaman. Jika anda fahami ayat2 di atas, tak mustahil anda tahu jawapan yg tepat. =)

Jom tengok pasal kaple lak...




APA HUKUM BERCINTA/COUPLE?
Pertamanya, apa maksud bercinta itu? Adakah maksudnya memiliki dan berkongsi perasaan cinta antara lelaki dan perempuan? Atau maksudnya keluar berdua-duaan dan bermesra dengan jalan berpimpin tangan dan segala aktiviti lain??
Saya rasa semua bersetuju bahawa kalau maksudnya keluar berdua-duaan dan bermesra dengan jalan berpimpin tangan dan segala aktiviti lain maka saya kira semua daripada kita akan bersetuju tentang keharamannya.
Tetapi kalau maksudnya, memiliki dan berkongsi perasaan cinta antara lelaki dan perempuan, apakah juga termasuk dalam perkara yang haram? Apakah yang salahnya di situ? Mungkin ada yang akan menjawab, tak boleh, kerana bercinta sebelum kahwin itu akan mengundang dosa dengan melakukan perkara-perkara tak baik.



Sedangkan Nabi sendiri pun meminta pengecualian daripada Allah dalam urusan berlaku adil antara isterinya dalam perkara yang melibatkan hati dan perasaan.

عَنْ عَائِشَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَقْسِمُ بَيْنَ نِسَائِهِ فَيَعْدِلُ، وَيَقُولُ: (اللَّهُمَّ هَذِهِ قِسْمَتِي فِيمَا أَمْلِكُ فَلَا تَلُمْنِي فِيمَا تَمْلِكُ وَلَا أَمْلِكُ). قال الترمذي: إِنَّمَا يَعْنِي بِهِ الْحُبَّ وَالْمَوَدَّةَ كَذَا فَسَّرَهُ بَعْضُ أَهْلِ الْعِلْمِ. أخرجه الترمذي (1140)، وأبو داود (2134)، والنسائي (7/63).


Maksudnya: “Daripada Aisyah bahawa Nabi membahagikan antara isteri-isterinya dengan adil dan dia berkata: (Ya Allah, ini adalah pembahagian aku daripada apa yang aku miliki, janganlah Engkau mencela aku pada perkara yang Engkau miliki tapi tidak aku miliki). Berkata Imam Tirmizi: Sesungguhnya yang dimaksudkan itu adalah perasaan cinta dan sayang sebagaimana tafsiran ahli ilmu. Hadith dikeluarkan oleh Imam Tirmizi (1140), Imam Abu Daud (2134), dan Imam Nasa’I (7/63).

Jelas melalui hadith tersebut bahawa perasaan cinta dan sayang tidak mampu dikawal oleh manusia. Mustahil bagi seorang lelaki yang beristeri empat contohnya mahu berlaku adil terhadap isteri-isterinya dalam soal hati dan perasaan. Sebab itu Nabi sendiri memohon kepada Allah supaya tidak mencelanya pada perkara yang tidak dimiliki olehnya dan tidak termampu baginya untuk melakukan.

Hal sebegini disedari dengan baik oleh para sahabat. Dalam suatu kisah yang melibatkan Sayyidina Umar sendiri diceritakan bahawa telah datang kepadanya seorang lelaki dan berkata: “Wahai Amirul Mukminin, sesungguhnya aku telah melihat seorang perempuan lalu aku jatuh cinta kepadanya”. Lalu Sayyidina Umar Bin Khattab berkata: “Itu adalah perkara yang tidak mampu dikawal”. Rujuk Al-Jawab Al-Kafi oleh Ibnul Qayyim, m/s 164, cetakan Darul Kutubil Ilmiyyah.

Hal ini berlaku kerana sememangnya manusia itu akan mudah jatuh cinta kepada sesiapa yang berkongsi keserasian dengannya.



Memang ramai golongan ustaz, ustazah yg kata....'Couple itu haram!"
Tapi, ada jugak yg 'menghalalkannya'. Sebenarnya, mencintai seseorang itu adalah perkara biasa bg manusia. Tapi, bersertakan niat apa? Jika untuk melakukan yg haram...wajarkah rasa cinta itu dihalalkan?

Atau mungkin, kita perlu tanya.....
Apakah cinta itu wajib utk kita keluar berdua? Bertemu, bersemuka...? Bersembang yg ntah apa2....
Atau... sekadar mengingati dan berdoa, moga dia ditakdirkan untuk diri kita?

Bagi aku...
Tak salah keluar, asalkan bukan berdua.
Tak salah bersemuka, asalkan tak digandingkan dgn nafsu yg merosakkan.
Tak salah bersembang, asalkan tak melampaui batas dan topik perbualannya berkisarkan kehidupan dunia juga akhirat..dan bukan yg haram.



Artikel sebenar, boleh klik kat bawah.

Couple? Zina hati?

Terima kasih utk dia for this article. Moga, Allah membalas jasa anda (^_^)





6 comments:

Anonymous said...

Terima Kasih atas perkongsian... Moga bermanfaat kepada kita semua...

Anonymous said...

Haha..ayat buat2.
Pada hal, dia yg kongsi utk semua...
Btw, thanks..
xde smiley ke kali nie...? hoho

Anonymous said...

zul gali: Apa maksud smiley tu?
Haha...

zul gali said...

menarik..

gary said...

betul.. kapel sebenarnya membawa lebih keburukan.. better elakkan.. hhmmm...

Anonymous said...

InsyaAllah, sama2 mengelak...hehe