Info di bawah, diambil dari Mencari rezeki dgn mengambil gambar orang.
Saya membuat perkerjaan mejadi jurugambar perkahwinan separuh masa. Dalam proses itu ada terdapat pengantin perempuan yg tidak memakai tudung/mendedahkan aurat rambutnya semasa proses bersolek oleh mak andam. Pengantin berkehendakkan saya mengambil gambar2nya disolek oleh mak andam. Kemudian selepas pengantin siap bersolek, dia akan memakai tudung penuh menutup aurat untuk upacara akad nikahnya dan perkahwinannya.
1) Adakah dibolehkan saya mengambil gambar pengantin perempuan yg sedang disolekkan yg tidak menutup rambut kerana dia diminta oleh pengantin perempuan?
Mengikut Dr al-Qardhawi, walaupun fotografi harus hukumnya, tapi hukumnya bergantung kepada objek fotografi atau objek yg diambil oleh fotografi itu. Jika gambar yg diambil adalah gambar bogel, maka ketika itu hukum fotografi adalah haram. Begitu juga gambar perempuan yg membuka auratnya. Hukum yg kedua: hukum melihat awrat perempuan tanpa keperluan yg dharurat (spt perubatan bg seorang doktor), maka hukumnya adalah haram. Maka hukum anda mengambil gambar2 perempuan yg mendedahkan aurat adalah haram hukumnya. Permintaan pelanggan bukanlah alasan utk mengharuskan yg haram.
2) Apakah rezeki yg saya terima dari mengambil gambar pengantin sedang disolekkan ini halal?
Tidak halal. Ini kerana mengikut kaedah fiqh:
al hukum bil wasilah hukmu bil maqosyid (hukum bagi wasilah adalah hukum dari maksud),
al hukum bil wasilah hukmu bil maqosyid (hukum bagi wasilah adalah hukum dari maksud),
ia datang dari kaedah fiqh: Ma haruma isti’maaluh, haruma ittikhaazuh (yg haram penggunaannya, haram pula memperolehnya)
Aku kurang pasti pasal keterangan kat atas nie. Tapi, ayat "Yang haram penggunaannya, haram pula memperolehnya" tue dah cukup untuk mengatakan bahawa mengerjakan sesuatu yg haram, adalah haram juga hasilnya.
3) Bagaimana pula dengan hasil rezeki gambar gambar pengantin perempuan yg menutup aurat penuh? Adakah rezeki yg diterima itu halal?
Halal. Ia kembali kpd hukum asal fotografi adalah harus dan harus pula rezeki dari foto2 yg halal.
4)Bolehkan saya menolak jumlah wang gambar pengantin perempuan yg tidak menutup aurat ini daripada keseluruhan wang hasil gambar perkahwinannya? Maknanya saya hanya memakan hasil gambar yg diambil pengantin wanita yg menutup aurat sahaja (memberikan hasil ini sebagai rezeki keluarga) dan hasil gambar yg tidak menutup aurat saya tidak memakannya (iaitu menggunakan hasil itu dengan membeli kamera/filem baru). COntohnya harga pakej gambar ialah RM100. Katakan ada 40 (40%) keping gambar pengantin wanita tidak menutup aurat rambut dan 60 (60%) keping lagi menutup aurat penuh. Jadi saya memberikan rezeki RM60 itu kepada keluarga saya dan RM40 itu saya tidak memakannya (dan menggunakan RM40 utk membeli filem/lensa etc)
" Sesungguhnya yg Halal itu jelas, yg haram itu jelas dan di antara kedua-nya banyak perkara syubhah (samar2) yg kebanyakan manusia tidak mengetahuinya.” Maksudnya jika kita melakukan begitu, cuba membuat perakaunan (accounting) ini dari sumber halal dan ini dari sumber haram. Bimbang accounting itu tidak tepat dan masih ada yg syubhah (was2/ tidak pasti). Dalilnya: “Allah sekali-kali tidak menjadikan bg seseorang dua buah hati dalam rongganya.” AQ 33:04 Maksud ayat ini, orang Islam dia hanya ada satu buah hati, ada satu pilihan, hanya memilih yg halal sahaja dan menjauhi syubhah apatah lagi yg haram dalam urusan hidupnya. Bagaimana solusinya: Anda hendaklah ada rakan kongsi perempuan atau mungkin isteri anda sendiri yg ditugaskan mengambil gambar2 belakang tabir itu.
Dulu, aku terbaca dalam bl0g sape ntah.. Photographer laki sebenarnya tak boleh tangkap gambar utk pasangan pengantin or sesape jer sesuka hati. (even pakai tudung) Al maklum, kononnya dah halal...so boleh buat gaya apa sekalip0n. Tak sedar kot, yang tangkap gambar tue p0n tengah tgk....
Bak kata org, memang la sweeeeetttttt....tapi tak pasal je bertambah dosa. Hmmm....
Wallahua'alam. (^__^)
Dulu, aku terbaca dalam bl0g sape ntah.. Photographer laki sebenarnya tak boleh tangkap gambar utk pasangan pengantin or sesape jer sesuka hati. (even pakai tudung) Al maklum, kononnya dah halal...so boleh buat gaya apa sekalip0n. Tak sedar kot, yang tangkap gambar tue p0n tengah tgk....
Bak kata org, memang la sweeeeetttttt....tapi tak pasal je bertambah dosa. Hmmm....
Wallahua'alam. (^__^)
1 comment:
wow, i loike !!!!
Post a Comment