"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dlm kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh atau solehah dalam kalangan kamu, kerana aku juga melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan."

~Hassan Al Basri~

Sunday, August 5, 2012

Qadha Solat Fardhu

Assalamu'alaikum,
Entah mcm mane, aku tgh chat dgn sorang ni....ditambah dgn post something kat fesbuk (sbb aku nampak gambar kwn aku kat fesbuk dia. Senang citer, kwn aku tu kena tag....)
Terasa macam bersubahat kalau aku biarkan jer.

Nak melawak, melawak jugak...tapi, bagi aku, benda2 mcm ni berkaitan dgn hukum agama. Nak tag kawan, kononnya dia tu buah hati ke apa ke... Pikir2 la sama. Dia tengok gambar tue, dia dapat dosa. Sebab tgk org yg bukan mahram dia.
Mmg la, lelaki kalau tgk pompuan.....cakap Alhamdulillah. Sebab tue nikmat yang Allah bagi untuk tgk kejap. Tapi, lepas berkelip mata tu...sudah la. Kalau tengok jugak, itu dikira dosa dah.

Errr, aku dah melalut ar pulak.
Niat sebenar..aku nak post pasal qadha solat. Sebab apa?
Sebab aku penah nampak....ada manusia yang tertinggal solat (tertido, terlewat sbb buat apa2, atau apa2 hal yang lain...) tak qadha. Walaupun dia sedar, dia dah tinggal solat tue.

Sama jugak macam solat Subuh. Al maklum, ramai yg ter-tak sedar diri time subuh. Mmg selalu hanyut... Aku p0n hanyut gak...Tapi, sama2 la usaha. Cari cara nak bg bangun awal. Bukan main tawakkal jer.
Lama2 nanti, insyaAllah..boleh bangun sendiri. Tak payah ada orang kejut p0n.

Nak dijadikan citer, aku dulu time sekolah asrama...asal balik umah jer, mesti tido sampai ke petang. Kadang tue, dekat maghrib baru bangun.
Apa gi.... dgn muka tak bersalahnya, buat2 lambat g.....bangun gi mandi, baru qadha Asar + Zohor!!!

Tapi, lama2 pastu... Aku pikir. Penat la nak solat 8 RAKAAT ter0s. Apa? Ingat tarawikh ke?

Ditambah dgn rasa bersalah sbb main2 dalam solat... Aku p0n cuba la usaha gak nak bg solat ikut waktu. Tue p0n kadang2 hampeh gak...
Apa yg pasti, kita kena try untuk berubah. Bukan teros amalkan benda2 yang tak elok....
Allah akan sentiasa membantu hamba-Nya yang ingin mencari keredhaan-Nya. InsyaAllah...kita tergolong dlm kumpulan manusia mcm tue.

Qadha ni penting. Kalau tak, sia2 ibadah sunat yang kita buat....
Hinggakan, kalau sesape yg ada hutang solat....nak qadha takde masa. Boleh guna tarawikh utk qadha.
Contoh, imam dah abes 2 rakaat...kita teros bangun, sambung 2 rakaat lagi kalau nak qadha Zohor ke, Asar atau pun Isyak. Maknanya, niat kita utk solat tue.....utk qadha, bkn tarawikh.
#Aku tak ingat... Kalau salah, betulkan.

Sampai sini je la. Kalau tulis panjang2 p0n, bukan korang rajin nak baca kan? hehehe...

Marilah menunaikan solat...
Marilah menuju kejayaan...

Kalau nak tawu camne nak bagi rajin solat..boleh baca Tunaikanlah Solat, InsyaAllah =)

No comments: