"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dlm kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh atau solehah dalam kalangan kamu, kerana aku juga melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan."

~Hassan Al Basri~

Wednesday, August 1, 2012

Apabila kita terleka...

Assalamualaikum,
Hari ni aku nak update pasal doa kat bawah nie. Ayat 8, surah al-imran.

Kenapa aku nak post pasal nie?
Sebab, aku selalu dengar org baca tapi majoriti salah kat awal tue. Aku pun dulu salah gak, tapi entah mcm mana, aku tgk balik...rupanya sebutan aku selama nie salah.

Kat mana yang salah?
Kat yang aku bold in kuning tue. Orang selalu baca....' tuzi'  '. Maknanya dorang guna ain,


dan bukannya ghain, غْ



رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً ۚ إِنَّكَ أَنتَ الْوَهَّابُ


Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya.


Kadang2 benda simple mcm ni org boleh buat tak tawu jer... AKu p0n tak tawu nape. Tapi, berdosa kalau kita tak betulkan bacaan Quran kita. So, tanggungjawab aku sebagai orang Islam utk membetulkannya. InsyaAllah.

Kalau ada apa2 salah atau terkurang, minta dibetulkan... =)

No comments: