"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dlm kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh atau solehah dalam kalangan kamu, kerana aku juga melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan."

~Hassan Al Basri~

Monday, June 20, 2011

nasib?

Astaghfirullahala’azim...
Apa kena ntah ngan aku nie? Hari tue, balik kamp0ng…kait buah manggis. Nak makan jer buah tue, tangan aku pulak buat hal. Entah berapa bijik manggis ntah rugi dapat kat aku sebab baru je nak amek isi, terjatuh…huhuhu! Tangan tak kuat sebab baru lepas menebas kot, haha! Last2, kak aku yang tolong bukakkan kat aku. Dapat gak merasa buah manggis, nuym nyum!!!

Balik jer rumah, nak angkat baldi berisi pisau2, parang, sabit sumer tu….entah mcm mana, terlepas pulak! Abes jatuh segala mende2 besi tajam tu. Bukan sekali jatuh…tapi dua kali! Yang kedua tu, aku tergamam jap. Sebab parang yang aku selalu guna tu terkeluar dari sarung dia. Kalau kena kaki aku, mau fobia aku ngan parang tu nanti. Masa kat kebun, sabit aku jahanam dapat kat aku. Abes pisau bengk0k! Batang p0kok tak patah, besi sabit yang bengk0k…huhuhu!!!

Baru tadi, aku nak gi tutup suiz modem… terpijak wayar kipas lak. Dah…jari kaki pulak kena kipas. Pedih huh!

Semalam pulak lagi mengejutkan. Aku nak check baki kredit f0n aku. Saje2 la nak check. Selalunya, aku buat tak kisah jer. Tapi, amat mengejutkan aku bila dengar baki tu! Uh, tak percaya ar!!! Camne b0leh tinggal sikit? Aku message dgn celcom jer. Tep0n pon dgn celc0m gak. Nak kata aku online, takde ar pulak…. Hantar gambar dua kali, takkan la boleh tinggal balance byk tu? Huhuhu….

Takpe la. Anggap je, ni dugaan kan? =)

p/s:  Allah akan mengampunkan dosa2 hamba-Nya yang menerima setiap ujian dengan sabar, tabah dan redha. Kesimpulannya, bila kita diuji dengan sesuatu perkara yang kita tak sanggup untuk mengahadapinya, terimalah ia sebagai satu ujian dari Allah agar kita sentiasa mengingatiNya tidak kira sewaktu kita senang mahupun dalam kesusahan.

Aku pernah dengar…dalam Islam tidak ada istilah nasib. Kerana setiap apa yang kita lalui telah pon ditakdirkan oleh Allah SWT. Bermakna, apa yang kita alami itu merupakan qada’ dan qadar untuk diri kita. Jika kita meratapi nasib kita, bersamaan dengan memarahi takdir yang Allah berikan.
Malah, ada yang selalu mengatakan…. “Nasib aku malang hari ni”, “Nasib baik aku tak kena marah”, “Nasib tak menyebelahi kita”…… Itu, mmg nasib anda atau perkara yang sudah ditentukan Allah? Fikirkannya… 

No comments: