"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dlm kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh atau solehah dalam kalangan kamu, kerana aku juga melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan."

~Hassan Al Basri~

Tuesday, June 7, 2011

Cemerlang? Excellent? Rezeki?

Assalamualaikum.
Hari demi hari melangkah pergi...tanpa rasa heran walau sedikit p0n kat aku, huhu!
K0t la, nak berpaling tanya, "AJ, ko okey tak ni? Aku (masa) dah nak ch0w ni..."
Hermmm,,tapi kalau betol la jadi mende tuh, aku dalam kubur dah la kot masa tu.

Sebenarnya, aku nak kata....tanggal result sem 2 bakal keluar dah makin dekat. Dengar kata, 17 JUN. Entah la, kadang aku malas nak amek tawu. Nak tak0t pon, result dah ada...exam dah lama p0n abes. kalau nak nervous p0n, tak guna. Tapi, tipu la kalau aku kata, aku nie relax jer. Mmg semp0i abes!

Aku tak mengharapkan 4 flat...sbb aku tak hingin p0n result tu. Maybe org kata aku nie gila sbb tak nak 4 flat. Biarla, bagi aku...apa guna dapat excellent...tapi, dalam masa yg sama ilmu yang baru aku belajar tu, aku tak ingat dah p0n. Yup, aku mula tanam dalam diri start dari sem 2 ag...aku belajar sbb nak amalkan ilmu tu dalam kehidupan aku. Bkn utk tujuan nak dapat A dlm exam.

Tambah lak, course aku ni...actuary. Sape yg tawu, mesti kata....hebat ar ko amek aktuari! HUH! Dalam hati, nak jer aku bagi sedas dua. Susah kowt! Aku tak tawu la ape masalah aku sem 2 ni. Study mcm dah kena rasuk p0n, tak faham2 gak. Tanya lecturer, tak faham gak. Balik bilik, study sendiri...tak faham jugak. Merantau bilik member, tanya...faham la sikit. Tapi, balik bilik...nak buat balik soalan tu...dah sangkut pulak!!! Mmg dugaan bet0l. Tu la satu2nya subjek yg mmg aku fokus gila. Kadang tu dalam sehari belajar subjek tu jer....try jawab satu soalan, amek masa berhari2 nak faham. (tue p0n kalau faham)

Mmg terdetik dlm hati, nak tukar course. Ramai jer yg kata, sape amek kos ni...selalunya ramai, tp semua pakat2 keluar /  tukar kos sbb tak tahan. Aku p0n tgh mencari motif sebenar kos ni jadi susah. Aku rasa, aktuari ni guna math biasa jer...tapi apa yg membuatkan aku dan yg sesapa yg berfikiran sama dgn aku kecundang, aku p0n tak pasti.

Semangat aku dah lama hilang. Bila aku ngadu kat s0rang ckg maths aku, pedih gak rasa...bila dia tak endahkan aku. Maybe dia terkilan dgn aku kot...nampak mcm aku nie main2 dlm bidang  maths. Takpe la, aku teroskan jgk. (sbb ada member nasihat aku, kalau nak tukar kos, pikir elok2. Takot kos baru aku nanti, aku susah nak terima c0z aku mmg prefer maths. Kang tak pasal2, gi amek sastera....terbahak2, terguling2 org2 maths aku....)

Debaran makin terasa bila instinct aku berpendapat, result kali ni mmg tak menjangkakan. Ye la, dlm byk2 subjek yang aku amek..takde satu p0n yg aku rasa aku boleh sc0re. Result sem 1 je pon dah cukup buat aku frust. Belajar benda yg sama mcm kat matrik, basic2 jer...tapi result biase gak. Tak gempak p0n.

Tapi, sebenarnya,,,aku tak terkilan p0n dgn result aku. Sbb aku dah usaha...cuma, dalam usaha tue ada kesalahan daripada aku sendiri. Tak jumpa lecturer ke, niat tak ikhlas ke....tu yg susah sgt nak faham tu. Yang buat aku kecik hati iala g0longan yg tak faham istilah rezeki. Bagi aku, mungkin rezeki excellent dlm akademik bkn milik aku skrg ni. Aku punya byk masa utk study. Mmg aku ada koku, tapi aku tak terbeban dgn hal tu. Mcm la aku rajin sgt nak study sepanjang masa.

Nak dijadikan cerita...sem depan, aku tawu subjek bertambah susah. Subjek killer aku utk sem 2, bakal aku temui lagi....dgn penambahan nama subjek...ADVANCE Financial Maths. Dan sem depan jugak, aku akan bertemu dgn math sebenar dlm aktuari....Actuarial Maths.... Sem depan jugak, aku kena lalui mcm2 bila aku bersetuju utk galas jwtn ...........  Kadang2, aku rasa mcm....ko gila ke? Gi terima jawatan tu, kang takde mase study, sape nyesal????!!!! Tapi, aku ada sbb tersendiri, kenapa aku terima jwtn tu. InsyaAllah, aku akan bagitawu sbbnya. Tapi, bkn sekarang....suatu hari nanti.

Ditakdirkan, suatu hari tu...aku contact s0mebody. Entah mcm mana aku boleh citer kat die pasal kegusaran aku dlm kos yg aku pilih nie. Die nasihatkan aku...juz g0 on with my studies. No need to change my course. Bec0z, I need to grab my degree,,,, Yeaargghh, apa yg aku kejarkan ialah Ijazah! zaman skrg, org pentingkan ijazah. Tak kisah la kau nak keja apa, org tanya ada ijazah tak. Aku percaya, rezeki ada di mana2. Seorang pelajar ijazah akauntan, siapa tawu bekerja sbg jurutera. Pernah aku dgr dlm Hot fm, laki ni belajar engineer, aleh2 keja marin.

Sbb tue, aku tak kisah sgt pasal result. Asalkan aku tawu, aku dah cuba belajar. Dan aku tak main2 dgn MARA. Membazir duit kerajaan kalau aku main2.

Utk mak, abah.....mintak maaf kalau result tak seberapa. Tapi, percaya la....tak pernah sekali p0n terlintas dalam hati nak lupakan tanggungjawab sbg student. Setiap kali mula sem baru, apa yg pasti, niat tetap sama. Cuba utk dapatkan ilmu dgn result yg cemerlang... ~Nur Azimah Bt. Jamial~

No comments: