"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dlm kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh atau solehah dalam kalangan kamu, kerana aku juga melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan."

~Hassan Al Basri~

Thursday, February 28, 2013

Majok2 kucing

Assalamu'alaikum,
Tadi mak kata, boboi meraj0k. Sebab mintak makanan awal sangat. Selalu makan pukul 1 ptg. Nie, baru 11.45 dah mintak ikan. Mak tak bagi, takut lapar cepat sangat pulak untuk malam nie. Dengan pen0h perasaan maj0k, boboi p0n tido.
Kadang2 bukannya dia lapar  p0n, saja je... Aku penah baca kat bl0g sape ntah, dia kata jangan terlampau ik0t kehendak kucing yang nak makan. Nanti obes...tak sihat.

Sejak dua menjak ni, boboi kena bebel bila balik umah. Sebab, main sampai tak ingat nak balik, haha! Dah macam budak2 la dia ni.

Jam menunjukkan pukul 5.45 petang.
Mak: Haish, mana si awang ni (aku p0n dah konpius, nama dia awang ke boboi...)
Tak teringin nak min0m makan petang ka?

Aku: Buzy dok main tue... Jalan2 dengan gemok kot. Gemok ajak p umah dia.


9.45 malam
Boboi still tak balik lagi. Puas panggil2... baru la nampak kelibat dia, dari arah rumah sebelah sana.
Apa lagi, kena soal jawab dengan mak.
"Hang pi mana? Amboiiihh, main sampai tak mau makan nih. Besa ni!"

Boboi,
"Rileks la mummy. Oboi main depan tu je. Dengan budak2 tue... Gemok perkenalkan. Ok2. Esok oboi balik pukul 9... Errmmm, mummy.....nak jam tangan kaki. Leh balik awal nanti. Nak gambar miau2."



Aku terpikir, macam mana la kami time kecik2 dulu...? keh3!


Tuesday, February 26, 2013

DAMIA & PIKA

Assalamu'alaikum,
Mood penat masuk air minggu lepas still ada. So, xda mood sangat nak online lebih2. Tapi hari ni, aku teringat kat dua orang kawan aka ex-roomates aku...Syafiqa Noordin dengan Mia Khair.

Apa khabar dengan Pika, Damia... Dia dah settle ke bel0m dengan projek pokok dia tue? Nak tanya, takut ganggu pulak. So, aku decide juz nak post dalam bl0g je la. (Saja aku potong nama Pika, sebab kami selalu chat kat fb...so, nak tanya khabar p0n, cam memain jerk..hoho)

Pika tanya, Damia still dapat pizza ke malam2? Tak p0n, nasik bungkus ke....COKLAT ke.
(Coklat, aku yang tanya...keh3!)

Pape p0n, harap2 Damia dapat settlekan keja dia sebelum start semester baru nih. Nanti, takde la nampak dia ni..memanjang kuar dating jumpa kawan la, pensyarah la...sebab nak bincang pasal projek. Cuba  la melekat kat bilik sekali sekala. Tengok macam Pika, selalu je ada kat bilik....tido atas 'tilam sejuk' dia tue.

Disebabkan Damia tengah buat projek pokok,
so nak wish 'Good Luck' yg ada gambar pokok.
Tapi, kuar gambar ni...hehe!
Nama pokok ni good luck ke ek...? Hoho!

Untuk Pika pulak, ko jangan nanges2 tau. Hari tu Gemok (kucing kat kolej) ada misscall aku. Then, aku call la balik. Rupanya, dia takde kedit. Dia nak aku gtau ko... pasal biskut jacobs ko. 
Dia tak nak. Dia tak suka biskut mahal2. Tak sedap. Dia nak coklat Damia je. So, even, aku nak bagi jacobs ko kalau gemok tuntut makanan...dia tak nak terima. Gem0k nak Damia coklat je.


Aku dengan Damia suka makan biskut ni je. Rangup.
Tak macam jacobs...tak best kalau cicah ngan air. Hoho.
Lain orang, lain citarasa kan?

Korang, nanti korang balik kan? Nanti kita jumpa kan... Rindu nak gelak2 dengan korang....huhu!
By the way, aku nak mintak maaf sangat2 sepanjang kita ber-roomates, aku ada buat korang terasa or terkilan dengan aku. Terbeli makanan yang korang tak suka ke... TerAmbik makanan peberet korang lebih2 ke. Tercurang dengan Gemok ke....Errr.



Thursday, February 21, 2013

Alaaa nak kena balik dah ke???

Assalamu'alaikum,
Lega sikit sekarang ni. Satu demi satu keja settle. Tinggal lagi 2 benda nak kena settle. Malas arrr...huhu!
Minggu nie, nak masuk hutan pulak. Hmm, ni dah weekends terakhir aku kat umah. Nanti nak kena balik sana dah. Rasa kejap. Banyak gi benda tak settle.

Untuk sem baru ni, I have something untuk dia. Aku harap dia happy ar... Even aku ambik risiko untuk buat benda ni, tapi dah nama p0n student aktuari, takkan tak berani nak ambik risiko kan? Hoho..

Apa2 p0n, harap Allah izinkan la aku buat benda ni. Atas dasar tanggungjawab...aku ketepikan risiko yang mungkin aku kena.

Ya-Allah, permudahkanlah aku yang lemah ini.

Errmm, nak balik dah ke?

Lantak ahh..ko yang nak balik sana. Bukan aku..! Aku nak tido.

Balik je la. Yang nak post kat bl0g ni pehal?
(Errr...)

Jangan ar balik....hmm!

Ko...ko.......ko siyes ke?

Hah! Elok sangat la tue! Aku dah kawad sampai burn dah muka aku!
Ko pegi balik! DOk umah p0n, asyik dok train aku je. Penat tawu tak?
(EH..hehehe!)

Tuesday, February 19, 2013

Jom tengok gambar

Assalamu'alaikum,
Salam sejahtera bagi kamu...

Bagaimana dia mampu untuk menyembunyikan rasa sedihnya?
Dengan cara....mengadu kepada Allah.


Kerana Allah yang mencipta semua di muka bumi ini dan Allah jugalah yang mencipta hati kita.


Jauhkanlah mereka dari menanggung dosa2 yang aku lakukan...


"Love' hadir tanpa kita ingini.
Mungkin kita akan feel in love with those yang pernah meninggalkan Allah,
tapi,
tak mustahil bagi dia untuk kembali mengingati-Nya,
kerana...
kadangkala dosa yang kita lakukan akan membuatkan kita bertaubat kepada-Nya.
Dan nikmat taubat itu, 
membuatkan kita berusaha untuk lebih mendekati Allah dan Rasul-Nya.

TAPI,
betapa ruginya orang2 yang telah melakukan dosa,
enggan pula bertaubat,
masih di takuk yang lama,
itu adalah sebenar2 'love' yang wajar dihindari.

DAN,
manusia yang selalu berbuat baik,
hinggal timbul rasa riak dalam dirinya,
ibarat tidak ada dosa yang dilakukan,
itu juga adalah manusia yang  rugi.

Wallahua'alam.





Friday, February 15, 2013

Amanah Dalam Berkhidmat

Assalamu'alaikum,
Semalam aku pegi kat satu kedai nie. Niat tue nak beli s0mething la...tapi ada pr0blem bila ehem2 aku tak boleh guna. Hmmm...takpe la. Ada jalan penyelesaiannya, haha! Sebab aku guna kakak aku punya, keh3!
Tapi, still tak boleh, transaction gagal sebab ada problem lain pulak. Then, kami p0n balik la dengan rasa frust.

Sambil2 jalan nak gi keta belek2 buku sebab ada pameran (nie la p0mpuan, suka menyinggah), aku pikir positif je. Maybe akan ada something untuk aku hari nie, so apa yang aku nak beli tue terpaksa ditangguh ke hari nie. Hmmm...tunggu je la.


*****

Pagi tadi, aku dengan kakak aku (berserta liatnya kami berdua nak pegi mandi...sejuk). Lepas mak kata, pi la cepat...satgi ramai orang.

Mak: Pi la cepat...
Aku: Tue, kak tue. Tak mau mandi...penyegan.
Kak: Eeelehhh, dia tu p0n tak mandi lagi.
Boboi: Pi mana? Pi mana? (Takut kena tinggal lagi) 


Lepas mandi manda macam kat Sungai Sedim, kami p0n pegi la kat satu jabatan nie Demi menyelesaikan masalah yang aku alami semalam (terasa skema dengan ayat aku nie...)

9.45: Perghhh, dah ramai orang la... Pegi la terkedek2 ambik nombor.
Huh! ada lagi 40 nombor, baru sampai nombor aku.
Takpe la. takde la lama sangat...

10.00: Kelibat insan2 yang kelaparan mula kelihatan. Seperti biasa, berbaju formal + berselipar jepun. Ngumpat2 Sembang2 pegi cafe...aku kira, dorang baru nak bersembang bersarapan.

10.45: Tengah2 aku sembang2 dengan kak aku...tetiba nampak kelibat insan2 tadi. HUH???!!! Baru balik?
Kak aku kata, biasa la tue.... Tue yg kena kondem tue.

10.50: Salah sorang tue, kuar balik...................BERGAYUT telefon pulak! Haish! Hangat hati pulak tengok.
Orang lain punya la cari keja. Yang dah keja, buat main2 lak.

Dah la dia tue betul2 depan aku...
Aku cakap kat kak, "Buat jahat nak dak? Buat2 tunjuk jam...."
Kak, "Suh abang la...buat2 pi jalan. Ni, buat apa ni? Tak dak keja ka? Bukan tadi baru lepas makan ka???"

Entah la...apa la nak jadi kan? Memang la ada masa, tapi apa kata...keja buat cara keja. Masa rehat, pegi la makan. Kalau takut ramai sekalip0n, jangan la sampai sejam baru nak jejak pejabat balik.

Nampak macam simple, tapi bagi aku ar kan....bagi aku.......
Best tak, dapat gaji..tapi keja tak ikut betul2 jadual masa. Tak kisah la nak kata aku skema ke apa, tapi yang penting......duit tue, berkat.

Sebab tue la, dah kerajaan bagi duit bantuan, rebat la apa la...guna la elok2. Ni nak harap bantuan banyak2, keja tak seberapa, pastu komplen sini sana. Duit tue, duit rakyat jugak kan? Jangan la salah guna...
Pesanan untuk diri sendiri dan mereka yang sudi menerima nasihat seorang budak mentah.



#Alhamdulillah. Memang apa yang aku nak beli semalam tue, menjadi satu penghargaan buat aku hari ni. Terima kasih Allah. Semoga aku lebih banyak mengingatiMu lepas ni. (*_*)

Thursday, February 14, 2013

Jom berubah (*_*)

Assalamu'alaikum,
Mood dah bosan post benda2 tak elok, hoho!
So, aku terjumpa gambar ni kat home fb aku. Ada kawan yang sama kecik dengan aku 'like'... Thanks to her (*_*)



InsyaAllah. Nak dapat pahala ni senang..tapi aku yang menyusahkan dengan pikir benda2 'rumit'. So, lepas ni...abaikan je. Sebab, setiap perkara yang menimpa kita, sebenarnya datang dari Allah. Kalau aku mengeluh, ibarat aku mengeluh kepada-Nya.

Wednesday, February 13, 2013

Waaaa, makin tinggi ke?

Assalamu'alaikum,
Tadi aku baca balik entry2 aku yang lama. Best pulak baca bl0g sendiri. Gila ja... Rindu pulak zaman aku tak moody macam sekarang ni. Nak berubah balik! Nak berubah balik!!!! Jangan disebabkan orang tue, kau lupa pendirian kau!!!

Okay, I'll try my best! Yearggghhh! Haha...

Petang tadi, ada dua orang mention benda yang sama kat aku. Aku musykil jap....

"Eh, hang nie....makin tinggi, lonjong pulak."

Err, aku yang makin kurus, so nampak tinggi ke....atau aku memang dah bertambah tinggi?
Setawu aku, perempuan yang dah cecah umo 18 kot...dah stop meninggi diri dah. Pelik...

Aku nak je jawab,,,
"Ka, ehem2 yang makin rendah nie? Hehe... Al maklum, dah berusia......."

Tapi aku sekadar diam je. Nak cover bangga nampak tinggi, keh3!

Pikir sendiri maaaa

Assalamu'alaikum,
Sebelum aku keluar tadi, aku ada terdengar benda ni kat dalam berita.

Lebih kurang macam ni la ayat dia...

"Mahasiswa kena bijak. Jangan sampai diperalatkan."

Then, ada orang lain pulak yang cakap...
"....bila diperlukan, pelajar tersebut akan disanjung tinggi, dikenang. Bila pelajar dah gagal dalam pelajaran, apa yang dibantu?

Macam betul...tapi bergantung pada apa yang kita niatkan. Kalau niat tue salah, insyaAllah...Allah akan balas balik dekat orang yang memperalatkan pelajar tue.
Yang penting, sabar dan terima sebagai ujian. Jalankan tanggungjawab dan amanah dengan baik. Kan? (*_*)

Tuesday, February 12, 2013

Sweetnye...... I like!

Assalamu'alaikum,
Baca tajuk rasa menyampah dengan diri sendiri, haha!
Lepas apa yang jadi kat aku... Aku tawu, untuk mengenali seseorang, aku tak perlu nak tanya direct kat dia. Kalau betul aku sanggup buat apa jer untuk dia, aku boleh buat macam2 untuk dapatkan sesuatu pasal dia. Dan, aku bangga dengan diri aku, haha, sebab orang2 tertentu akan terkejut bila aku tawu something pasal dorang. Bagi aku, tue lebih best, dan lebih bermakna...
Mana la tak terkejut, tetiba orang kata....

"Ko suke kaler ........ kan? Hehehe..."
"Ko penah sekolah kat ........ kan? Hehehe..."
"Ko ade ........... orang kan? Heheheh....."


Tak ke sweet tue.. Tawu pasal diri kita, tapi kita tak penah p0n mention or bagitawu dia pasal tue.

Apabila perasaan haiwan digambarkan oleh manusia

Assalamu'alaikum.

Situasi hari pertama: Bob0i di umah. (ditinggalkan sensorang sesekor)
Boboi: Mana la depa pi nie? Tak balik2 lagi. Dah malam dah. Lapaq dah ni. Mintak kat mak cik pah la... Lalalaaaaa.... (Sambil berjalan2 lemah)
Yuhuuuu,, cik pah...ooo, cik pah. Nie nak mintak ikan nie. Depa takdak. Pi mana tak tau...

Situasi dalam kereta:
Kak sebagai boboi: Aish, depa nie tak balik lagi nie...
Mak, juga sebagai boboi: Dah malam dah nie. Nak makan apa ntah. Duit takdak nak pi beli makanan.
Aku, masih sebagai boboi: Depa ni, pi jalan bukan nak tinggal duit kat aku...haish!

Situasi hari kedua: Di rumah.
Mak cik pah: Boboi...boboooiiii... cik pah nak balik kamp0ng ni.

Boboi: HAAAAAAHHHH????!!!


Boboi: Tak mungkin... Tak mungkin. Jangan la balik kamp0ng...!
Sape nak suapkan bagi saya boboi makanan nanti.

Situasi dalam kereta:
Mak: Kena balik jugak ni. Mak cik pah kata nak balik kamp0ng.
Kak sebagai boboi: Depa ni la.... Duit dah abeh dah nie. Nak beli cikedish p0n tak lepas ni.
Abang sebagai gemok(kucing gemok yang selalu culik ambik ikan boboi): Padan muka ang. Tue la... Baru ang tau, pedihnya jadi kucing terbiaq macam aku. Susah tau dak nak cari makan.
Aku: Terbiaq2 ang p0n, gemok jugak! Huh... (Dalam hati)

Akhirnya, kami p0n balik la umah. Boboi berlari2 kelaparan, mengiau2....tanda lapar yang amat. Dia ni memang tak mengiau macam kucing lain. Susah nak dengar dia berbunyi. Aku suruh kak ajar boboi.....mi,,,auuuwww.

Kak p0n ajar la.... meh sini, sebut mi.....awwww. M.I.A.U....
Boboi: "Mrrr, mrr.......nyau. Nyau..."


Situasi pada waktu malam.
Aku: Amboih, jalan sambil jeling2 pulak dah. Kurang ajaq. Tinggal lagi baru tau.
Mak sebagai boboi: HUH, maj0k! Tak mau cakap dengan angpa!

######

Boboi: Gigit2 tangan kak.
Mak: Dia buat gila dia dah....(marah)
Boboi: Teros jalan, tak gigit dah... (Aku, mewakili boboi) Dak, dak, dak....tak gigit dah. Takut kena tinggal lagi.

Abah: Yang pi naik atas tue buat apa! (Marah)
Melawan tue, jeling2 pulak!
Mak: Meh sini nak tengok. Awat mata ang tue?
Boboi: Terkedek2 pi kat mak. Nie, mata akit. Kena emut... Tadi boboi lapaq ngat.. Makan pala ikan yang dah ber-emut. Tue la angpa, tinggai boboi g! Kan lapaq kebuluq dah....sob,sob,sob!

Mak: Alalalaaaa, mata dia sakit la. Tak pasai ja kena kata dok jeling. Pada hal, sakit.....






Sekian, dari aku...

p/s: Hamster aku tetap mantain gemok. Banyak tinggal kuaci dengan kopok ijau kat dorang sebelum kami kuar umah. Pagi tadi basuh sangkar dorang, pergghhh! Punya la banyak kuaci yang tak makan lagi. Mak letak banyak sangat kot....hoho!


Errr, do you talk about me?
I'm not fat!!!


Nyum..nyum, nyum....
Eh? 
Hehehehhehe...
nie la kopok ijau dorang.


Dorang ni bukan hamster aku. Susah nak ambik gambar hamster. Dorang suka bergerak...

Wednesday, February 6, 2013

Insiden pagi ini

Assalamu'alaikum,
Okeh...pagi ni wa berperang dengan si kucing, boboi. Pepagi lagi dah terkam wa. Wa ingat dia mau gesel2 manja ja sama wa....aleh2, dia gigit. Ceit!

Aku lupakan je insiden pagi tadi dan meneruskan kehidupan seperti hari2 yang lain.

Tengah khusyuk ngunyah biskut tiger (Kak kata, mcm mana la mak boleh berminat nak beli tiger tu. Manis....) Aaaah, aku tak peduli, asalkan aku b0leh nyungah, hoh0! Sambil2 cicah kopimix (coffeemix)...tersedak seketika bila dengar orang bagi salam.

Gelabah2 jap....
Pastue, gi ar jenguk pagar umah aku orang tue. Ouh, jiran sebelah rupanya. Then, panggil abah.....

 .................................
A few moments later

Mak kelam kabut gi keluar. (Situasi pada masa itu, aku masih sedang mengunyah....dan terlopong seketika, bila mak lalu buat derk je depan aku... gi umah jiran. Aku tawu p0n, sebab aku dengar abah mintak tolong mak pegi tengokkan jiran jap. Maybe tue la yang pakcik tadi sampaikan) Gi umah jiran mana entah. Mak balik, kelam kabut lagi. Sambil kata, nak tolong hantarkan anak jiran pegi klinik. Aku sekadar mengangguk...sambil mengunyah lagi.

Mak tak balik lagi sekarang nie... Aku doakan anak jiran dan perjalanan mereka selamat. Aku p0n tak boleh nak agak apa sakit dia. Kalau demam, macam kelam kabut sangat je. Nanti la aku temu bual tanya mak.
#Aku dah tanya mak, bukan anak jiran la.. Maybe mak jiran kot. Dah tua dah.. Salah dengar, huhu!

Tapi, yang pasti........
Wa tengah panas dengan boboi lagi. Apa kena entah...
Tengah2 mak kelam kabut tue, dia ajak mak main...mak buat derk, macam buat kat aku tadi. So, wa p0n simpati la kat boboi. Wa ajak main dengan wa. Dia main... Lepas tue, gigit lagi. HUH! Oooo, main kasar dengan aku! Aku letak dia kat pintu gril. Haah! Turun la! Ko bajet ko kucing, ko tawu main benda2 macam ni? Turun...aku nak teng0k!
p/s: Tulisan yang pen0h emosi nampaknya.

Boboi p0n turun, terkial2 cari tempat letak kaki. Ceh, bajet hot. Nama je kucing, lompat je la turun. Nak turun macam gayat tue napa??? Aku jahat. So, aku angkat dan letak boboi lagi kat gril tue....

Hehehehehehee...tapi takda la kejam sangat. Lepas tu, aku ambik ar balik.
Tapi dia balas dendam, dia teros gigit lagi. Keh3!

Boboi..boboi.....
Ko nie anak kucing kemanjaan mak, pengganti debab. Kesian la jugak, dari kecik membesar tanpa kasih sayang seekor ibu.

Even kucing jalanan, tapi tetap disayangi.


Tuesday, February 5, 2013

Sungai Sedim, Kedah

Assalamua'alaikum,
Mood blogging gila2 aku dah datang kembali! Hari tue mak ajak pegi Sungai Sedim. Hari tu jugak, ada family day kat taman aku tuh. (Tapi, aku tak penah berminat nak pegi family day tu) Bagi aku ar kan, kalau kat taman nie, memang jenis rapat, selalu sembang2, tolong menolong...ok ar. Nie, nak jumpa p0n berapa kerat sangat la. Nak join aktiviti ...... apatah lagi. Dulu, aku penag ikot mak pegi kat 'aktiviti' tue. Mula2 tue seronok ar, dapat join. Tapi, aleh2 ada sorang hamba Allah ni tanya aku.....tak keja ke? Anak ehem2 keja, bla bla bla..... (Dalam hati, tue anak dia...nie aku, anak orang lain. Sebok je ....)

Teros terbantut aku nak join dah. Tapi, sekali tue...aku pegi jugak. Sebab, aku tak nak, angkara mulut celupar tak berinsurans dia tu, aku lemah semangat nak join benda baik.

Okeh, berbalik kepada topik asal. Kat sedim tue memang la best. Tak ramai orang sangat... Tapi yang tak bestnya, untuk manusia, insan macam aku dan kak aku, haha! Sejuk ar air dia!!!
Aku masuk, celup2 kejap je. Tak sampai 2 minit, aku kecundang...hish!

Menggigil2 kami adeq beradik. Jeles tengok abang sulung relax je berendam...HUH! JELES!
Mak kata, ter0k angpa ni. Takdak lemak langsung...

Laaa, nak buat macam mana....hehe!
Abang aku yang agak2 ok tue p0n menggigil, inikan pulak aku....huhu!

p/s: Lepas nie, aku akan hargai nikmat kepanasan, hoho!
Gambar takde. Ada dalam fon kak dgn kamera abang. Aku tak bawak fon masa tue. Privacy, keh3!

Besok tue, ada hamper kecik....(dari family day) Mak cakap, hadiah lebih, sebab tak ramai orang. Hmm...
Family day, kalau family mcm aku...takda bebudak kecik, memang tak pegi rasanya. Lain la, under office ke, under class ke....ramai yang umor sebaya, ada la jugak keinginan nak pegi tue.
Aku kata kat mak, untung gak...tak pi p0n dapat hadiah, hoho! (Teruknya hati ini)

Culik dari google

Kat sedim banyak batu. So, nak buat terjun2 kena cari port yang sesuai.

Hari tue, kami mandi...dekat2 jambatan nie la.

Err, ni bukan gambar family aku.



Smile and your world will change

Assalamu'alaikum,
Have found a way to release my pressure. Haha!
Finally, I can live happily again. Err, maksud aku...sekurang2nya, aku tak buang masa, fikirkan something yang juz buat aku tension. (*_*)

Ada  sahabat penah kata kat aku... (Ayat telah di0lah supaya tidak mengganggu sebarang privacy mana2 pihak)
"Orang yang terdekat dengan kita sekalip0n, belom tentu faham apa yang kita rasa, selagi dia tak berada di dalam situasi kita."

"Orang tue tak boleh nak kata aku lemah, sebab dia belum mengenali aku sepenuhnya. Jika dia berada di kedudukan aku, belum tentu dia akan sampai ke tahap aku berada sekarang nie......"

Dan, kata2 dia sentiasa terngiang2 dalam diri aku. Sebab tue, masa 'jumpa' hari tue...aku banyak 'tunjuk' something kat dia. And that 'something' make us smile. (*_*)
Thanks sahabat.

Biarlah orang tak nampak perasaan sebenar kita, yang penting Allah tahu akan isi hati kita.
Kerana, hanya DIA yang akan membantu kita menyelesaikan konflik hati.
Yang mana lebih menenangkan?
Mengadu kepada Allah atau bercerita kepada umum?
Bagi aku, ada certain benda, kita perlu share dengan kawan-kawan, ada jugak tak perlu. Lebih utama diadukan kepada-Nya. 
Tak semua orang perlu tawu masalah kita. Kadang2 terlalu ramai yang tawu, hanya menimbulkan lagi masalah. Berkongsilah dengan seseorang yang mampu memahami dan menasihati kita. Bukan membawa kita ke arah yang lebih membinasakan.

Kadang2 yang banyak ilmu itu belum tentu dapat jadi pendengar dan penasihat yang baik,
Kadang2 yang selalu ketawa, nampak main2 itulah yang sebenarnya boleh menasihati kita.
Setiap orang ada kebaikan dan kelebihan.
Semua orang berguna di sisi kita.
Tapi, 
diri kita yang menentukan...siapa yang harus kita contohi.
Wallahu'alam.

Sekadar gambar hiasan. Takde gambar boboi yang tengah senyum. 


Friday, February 1, 2013

Gambaran Kiamat (2)

Assalamu'alaikum, hari ni aku nak sambung pulak entry aku pasal Gambaran Kiamat (1)
- Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.
- Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
- Pemimpin yang adil.
- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.
- Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.
- Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.
- Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.
- ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.
- Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.
- Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.
- Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.
- Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.
- Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.
- Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.
- Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.
- Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.
- Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.
- Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

Untuk entry yang akan datang, aku akan share pasal Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat.

Gambaran Kiamat (3)


Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
1. Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
2. Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
3. Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)
Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.
Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.
Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.
Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.