"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dlm kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh atau solehah dalam kalangan kamu, kerana aku juga melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan."

~Hassan Al Basri~

Tuesday, August 28, 2012

Rawatan Menggunakan Ayat Al-Quran

Assalamu'alaikum,
Mood nak update blog dah lama menyepi. So, aku menyib0kkan diri dgn stalk FB org, miahaha! Dan, aku terjumpa la satu ayat dari status junior. Pasal mata....
Pastue, aku usya2 Mr. Google. Jumpa pulak banyak info tentang kesihatan menggunakan ayat Al-Quran.

So, aku p0n decide nak share info yg aku dapat dari Diari Mama. Terima kasih banyak2 kat dia... Errr, mcm biadab je guna dia. Terima kasih banyak2 untuk beliau...hehe!


p/s:  Mulakan setiap amalan di bawah dengan Al-Fatihah dan ayat Qursi.

1) Penyakit 3 serangkai (Darah tinggi, kecing manis dan penyakit jantung)
- Baca Al Fatihah
- Ayat Kursi
-
As-Syuara' ayat 80


Yunus ayat 57


Al- Hasyru ayat 21

** Dilakukan sebelum tidur, ambil tangan kanan, letak di dada, baca ayat2 tersebut, tarik nafas dan hembus. Ulang sebanyak 3x.

Rajin2 kan la cari doa2 ni yer. Nak bukak Quran ke, google ke.... Usaha tu penting. Semua nak org bagi, susah ar kan??
Mood: Penat nak copy paste gambar2 doa...huhu!
So, saya tak sertakan semua doa. Pandai2 la cari nanti. Moga usaha anda berbaloi =)

2) Bagi ibu hamil yang mengalami alahan
- An-Nahlu ayat 78

3) Utk kuatkan rahim dari keguguran
- An Nahlu ayat 78 dan
-Al Mukminun ayat 11-14

4) Penyakit kulit : Eczema, sopak, kanser, gatal
- Al- Anbiya' ayat 39 

5) Senggugut/ Istihadhah/ Tiada haid/ Terlalu byk haid dan segala masalah haid
- ambil madu asli, seperti biasa baca Fatihah dan ayat kursi, then bacakan ayat 69 surah an Nahlu sebyk 21 kali dan diminum madunya.

6) Sakit kepala/ Migraine/ Depression
- Al Waqiah ayat 19 dibaca pada tangan kanan dan diletakkan tgn tersebut pada kepala yang sakit.
(Maybe berguna untuk Keris Pusaka  (^_____________^)   )

7) Supaya syaitan/iblis tidak mengikut kita hingga ke rumah (contohnya waktu pulang dari mana2)
- Baca At-Toriq ayat 4 sblm masuk ke dalam rumah

8) Lewat mendapat jodoh akibat gangguan2
- Ar -Rum ayat 21
(Mesti ramai pakat2 hafal ayat nie. Haha... Tapi tertera kat situ, akibat gangguan. So, aku tak pasti la untuk yg normal.....huhu)

9) Penglihatan kabur/ bercermin mata


Surah Qaff, ayat 22


baca  start dgn fakasyafna... baca pada carrot 14x, dan dikunyah carrot mentah tersebut 
>> Ataupun  Membaca selawat syifa, sampai pada ayat "wa nuril absar"...ulang 7x dan sapu pada mata.
>> Ataupun, ketika azan berkumandang, ambil 2 ibu jari diletak pada mata sewaktu ayat Waashaduanna muhammadarrasulullah..

(Yang untuk mata nie, memang ramai yang cari.... Moga diamalkan dengan niat kerana kekuasaan Allah. Bukan sebab nak buat benda2 tak elok, huhu)

Untuk sesiapa yang nak tahu lebih lanjut pasal doa2.... boleh ke Ayat Al-Quran

Saturday, August 25, 2012

Jambatan Pulau Pinang


Assalamu'alaikum,
Untuk pengetahuan yg berkenaan, aku nie menetap kat penang. PULAU PINANG. Even aku cakap biasa dgn korang, tak bermakna aku bukan dari utara. Harap Maklum.

Okeh, entry kali nie aku nak tujukan khas untuk ehem2, sebab baru2 ni beliau ada mengutarakan pasal Jambatan Pulau Pinang.

Saya tak mampu nak angkut jambatan tapi bagi gambar cukup ar...... =P


Tak nampak ar pulak laut. 
Kalau tak, boleh main smackdown dalam laut kan? Kan? Kan Puan Dyla kan?
Tak lupa, kepada yg mengingatkan...Tuan Fuazi. Hoh0!


Nampak tak, banyak keta tue Pn...
Tak kan la saya sampai hati nak pecah2kan jambatan tue....nak angkut g Shah Alam.
Puan takpe la.. Boleh berenang2, tenggelam, timbul dlm laut tue....
So, takde hal nak gi seberang sana....

Mcm tiang masjid lak...

Awan gelap, nak hujan masa nie....

Haaa, nie la tiang jambatan nie... Kalau tgk gambar lain, mesti ada nampak besi pjg2 camni...

Aku follow kak, mak aku gi beraya umah kawan kak kat tempat keja. Lalu je jambatan tue, aku teringat la mama m0nster gitau pasal jambatan nie kat aku. Tue yg boleh snap tue. Kalau ikutkan hati kering aku, takde sebab aku nak snap pic2 nih....miahahaha!
Wa bukan anak jati penang tapi tak bermakna, wa tak tau cakap penang....lalalaaaa....
Mood: Kekenyangan.....hmmm! That's why I'm crazy....juz for today.

Udang Lipan

Assalamu'alaikum,
Haaa, kali nie aku nak tanya korang. Penah dengar udang lipan? Penah makan tak?

Nie la udang lipan. Dia spesis udang tapi ala2 lipan...

Dulu, kak aku tanya penah makan tak? Aku cakap tak penah. So, kak p0n bercerita la dgn detailnya pasal udang nih. Tapi, aku takleh nak imagine sangat...sebab aku tetap terbayangkan lipan sebenar. 

Tetiba, masa puasa hari tue... ada udang nie. Aku dah boleh agak dah. Nie mesti si lipan tue.... Tak yah tanya mak p0n, huhu!
Dah siap2 goreng.......dan mereka diarahkan untuk beratur dengan kemas dlm pinggan.

Ermmm, even aku nie hantu udang dalam umah....tapi tak bermakna aku makan suma spesis udang. Aku suka udang yang normal. Takde kacuk ngan mana2 binatang lain....huhuhuhhhhu!
(Kecuali udang rimau, hehehehehe!)
Comel bila dibiar berenang dgn sambal pedas2, nyum3!!!

Mcm mana rasa udang lipan? Sekali rasa, mcm ketam p0n ada. Tapi, dah takleh terima hakikat dia tu udang, so aku tetap dengan pendirian aku. Udang nie tak sedap! Heheh.... 
Tapi, ada yg suka udang ni... Contohnya mcm pemilik bl0g ni Mari Makan Udang Lipan.

Pape p0n, udang ni p0n ciptaan Allah gak. Utk kita makan. So, tak yah la gatal2 gi jadi kanibal, nak makan manusia la, kucing la..... mcm kat china tue.
Mood: Takut nak berjalan2 kat china....hmmm! Tak nak g!!!

Jaga2 si jurukamera! Dosa anda bertambah!


Soal Jawab Agama : Hukum Mencari Rezeki Dengan Mengambil Gambar Orang

Info di bawah, diambil dari Mencari rezeki dgn mengambil gambar orang.

Saya membuat perkerjaan mejadi jurugambar perkahwinan separuh masa. Dalam proses itu ada terdapat pengantin perempuan yg tidak memakai tudung/mendedahkan aurat rambutnya semasa proses bersolek oleh mak andam. Pengantin berkehendakkan saya mengambil gambar2nya disolek oleh mak andam. Kemudian selepas pengantin siap bersolek, dia akan memakai tudung penuh menutup aurat untuk upacara akad nikahnya dan perkahwinannya.

1) Adakah dibolehkan saya mengambil gambar pengantin perempuan yg sedang disolekkan yg tidak menutup rambut kerana dia diminta oleh pengantin perempuan?
Mengikut Dr al-Qardhawi, walaupun fotografi harus hukumnya, tapi hukumnya bergantung kepada objek fotografi atau objek yg diambil oleh fotografi itu. Jika gambar yg diambil adalah gambar bogel, maka ketika itu hukum fotografi adalah haram. Begitu juga gambar perempuan yg membuka auratnya. Hukum yg kedua: hukum melihat awrat perempuan tanpa keperluan yg dharurat (spt perubatan bg seorang doktor), maka hukumnya adalah haram. Maka hukum anda mengambil gambar2 perempuan yg mendedahkan aurat adalah haram hukumnya. Permintaan pelanggan bukanlah alasan utk mengharuskan yg haram.

2) Apakah rezeki yg saya terima dari mengambil gambar pengantin sedang disolekkan ini halal?

Tidak halal. Ini kerana mengikut kaedah fiqh:
al hukum bil wasilah hukmu bil maqosyid (hukum bagi wasilah adalah hukum dari maksud), 
ia datang dari kaedah fiqh: Ma haruma isti’maaluh, haruma ittikhaazuh (yg haram penggunaannya, haram pula memperolehnya

Aku kurang pasti pasal keterangan kat atas nie. Tapi, ayat "Yang haram penggunaannya, haram pula memperolehnya" tue dah cukup untuk mengatakan bahawa mengerjakan sesuatu yg haram, adalah haram juga hasilnya.

3) Bagaimana pula dengan hasil rezeki gambar gambar pengantin perempuan yg menutup aurat penuh? Adakah rezeki yg diterima itu halal?

Halal. Ia kembali kpd hukum asal fotografi adalah harus dan harus pula rezeki dari foto2 yg halal.

4)Bolehkan saya menolak jumlah wang gambar pengantin perempuan yg tidak menutup aurat ini daripada keseluruhan wang hasil gambar perkahwinannya? Maknanya saya hanya memakan hasil gambar yg diambil pengantin wanita yg menutup aurat sahaja (memberikan hasil ini sebagai rezeki keluarga) dan hasil gambar yg tidak menutup aurat saya tidak memakannya (iaitu menggunakan hasil itu dengan membeli kamera/filem baru). COntohnya harga pakej gambar ialah RM100. Katakan ada 40 (40%) keping gambar pengantin wanita tidak menutup aurat rambut dan 60 (60%) keping lagi menutup aurat penuh. Jadi saya memberikan rezeki RM60 itu kepada keluarga saya dan RM40 itu saya tidak memakannya (dan menggunakan RM40 utk membeli filem/lensa etc)

" Sesungguhnya yg Halal itu jelas, yg haram itu jelas dan di antara kedua-nya banyak perkara syubhah (samar2) yg kebanyakan manusia tidak mengetahuinya.” Maksudnya jika kita melakukan begitu, cuba membuat perakaunan (accounting) ini dari sumber halal dan ini dari sumber haram. Bimbang accounting itu tidak tepat dan masih ada yg syubhah (was2/ tidak pasti). Dalilnya: “Allah sekali-kali tidak menjadikan bg seseorang dua buah hati dalam rongganya.” AQ 33:04 Maksud ayat ini, orang Islam dia hanya ada satu buah hati, ada satu pilihan, hanya memilih yg halal sahaja dan menjauhi syubhah apatah lagi yg haram dalam urusan hidupnya. Bagaimana solusinya: Anda hendaklah ada rakan kongsi perempuan atau mungkin isteri anda sendiri yg ditugaskan mengambil gambar2 belakang tabir itu.

Dulu, aku terbaca dalam bl0g sape ntah.. Photographer laki sebenarnya tak boleh tangkap gambar utk pasangan pengantin or sesape jer sesuka hati. (even pakai tudung) Al maklum, kononnya dah halal...so boleh buat gaya apa sekalip0n. Tak sedar kot, yang tangkap gambar tue p0n tengah tgk....
Bak kata org, memang la sweeeeetttttt....tapi tak pasal je bertambah dosa. Hmmm....
Wallahua'alam. (^__^)

Thursday, August 23, 2012

Kaki orang yang solat lebih bersih daripada yang tidak solat

Assalamu'alaikum,
Ada kawan msg aku...suruh upate pasal puasa sunat 6 dalam bulan syawal ni. Tapi, tak tawu sangat la pulak pasal tue. Nanti la aku cari info pasal tue k... =)

Aku nak citer pasal kaki orang Islam. (Err, yang betul2 Islam tau...bkn sekadar kat IC jer)
Ada la satu citer ni, aku baca kat mana ntah...
Sorang lelaki Islam dan perempuan bukan Islam naik satu flight yg sama. Masa tue, laki ni nak gi toilet, nak ambik wuduk sebab dah masuk waktu solat. Disebabkan ruang yg sempit, laki ni tak tutup la pintu toilet tue... Ditakdirkan perempuan tadi p0n nak gi toilet gak, dan ternampak la dia dgn tindakan lelaki tue. Masa tue, laki tue tengah basuh kaki. Takde paip kat bawah tue, so kena angkat kaki ke sinki la....

Pompuan : Kotor la buat mcm tue! Orang lain pon nak guna jugak la....!
Laki : Eh, bukan saya buat apa2... Basuh kaki jer.
Pompuan : (Masih tak puas hati....) Saya nak cuci muka nie... Cepat la!
Laki : Nak tanya boleh? Awak cuci muka berapa kali ye?
Pompuan : Nape pulak, hish!?
Laki : Jawab je la.... Bkn nak ngorat p0n.
Pompuan : 2 kali. Siang dan sebelum tido.
Laki : Awak yakin la muka awak bersih?
Pompuan : Mestila... Saya basuh muka saya bersih2, 2 kali sehari. Tak penah tinggal...
Laki : Alhamdulillah, muka awak mmg cantik, bersih. Tapi kan, saya basuh kaki saya sebanyak 5 kali sehari semalam. Tak termasuk waktu2 lain untuk buat sunat, sebelum tido, ketika marah, nak baca Al-Quran.....
Kaki saya lebih bersih dari muka awak la ea?
Pompuan : .....

Mesti ada yang pikir, ko jalan pakai kaki... Ko basuh banyak kali p0n, tetap kotor. Dan, aku nak tanya.....kalau mcm tue, ko guna benda kotor la selama ni? Ko masuk umah dgn kaki kotor dan jijik la selama nie? Kalau camtu, buang je la nikmat yang Allah bagi tue. Sbb Allah suka akan kebersihan....
Fikir2kan la yer... ('',)

Tuesday, August 21, 2012

Raya Pertama


Assalamu'alaikum,
Okeh, apa cita dgn raya korang? Aku gi blogwalking bl0g2 org lain, sume pakat2 post pasal raya. Aku jer yg mcm kekeringan gusi idea nak tulis apa. 
So, nak share pasal raya aku? Hmmm, takde apa yg spesel. Tambah lak, taon nie ada berita tak best bagi kami... Pape p0n, just wish her all de best and enjoy the rest of your life. Allah know the best for you =)

Raya taon nie, mcm biase ar. Balik dari masjid, siap2....gi melahap ketupat, nasik impit, rendang segala bagai tue. Pastu, belek2 tgn mak abah salam2 raya, mintak ampun & maaf.

Terkedek2 gi beraya....

Umah pertama: Umah tok mah
Sampai jer umah, melilau tgk kuih kucing. Umah tok mah banyak kucing kiut2... Serempak la 2 ekor anak kucing comot comey tapi penakot, huhuhu!
Kunyah2 kuih... Pastue, teros ke kampong lak.

Umah kedua: Umah mak ngah @ umah wan (datuk) aku.
Disebabkan wan aku ada kat umah mak ngah, so kami tak singgah la umah wan yg kat sebelah, dalam 10 tapak je tu. Kidnap ketupat sebijik dua, pastue lari cepat2 gi umah cik yam kat kulim plak.

Umah ketiga: Umah cik yam
Kat sini, kami teruja dgn nasik pulak... Tapi, aku lebih fokus kepada bihun sup. Sebab nampak sambal kicap cik mcm perggghhh je pedas dia. Tapi, atas dasar banyak lagi umah yg perlu diterjah, aku membatalkan niat utk melebih2 dlm ber-pedas. Cedih... 

Umah ke-4: Umah cik ton
Tadi dah makan berat2. So, kat umah nie simpan perot lak. Jamah2 kuih yg ada... sebab tawu, perot perlu dijamin kekosongannya, utk destinasi umah yg ke-5, hoh0!

Umah ke-5: Umah cu
Yup, menu tahunan, laksa! Mee kuah p0n ada. Tapi, aku rembat laksa... Pastue, dush2 jap dgn kucing hitam @debab sikit2 tue.... Belasah jgk kuih yg ada...

Umah ke-6: Umah mak long
Masuk, duduk betul2 depan meja kuih. Tanpa sengihan panjang, bukak kuih2 yg ada dan acara seterusnya ngap kuih2 tue. Ubah posisi, gi makan mee kuah pulak kat sudut lain. Pastue, kembali ke tempat tadi.................. Kononnya dah abes makan la. Ntah camne, aku gi rembat pisang sebijik. Hoho...!
Tak sempat aku nak abeskan, tetiba mak ajak...."Jom, balik!"
Eh, pisang tak lengkap gi diabeskan....haha! Abeskan cepat2, basoh tangan....................dan menderum balik umah sendiri.

Sblm balik umah...
Umah ke-7: Umah tok cik
Kat sini, kami just nak ziarah jer. Umah nie dekat dgn umah mak long. Nak ziarah + memujuk? Hmmmm, Moga dia tabah yer. Allah dah rancang yang lebih baik untuk dia.  (^_^)

Okeh, umah sendiri nie.....
Ibarat beraya umah ke-8 ar. Lepas mandi2 apa sumer, usya2 nasik lak. Selepas sesi membaham nasik, aku p0n berlari2 penoh kecomelan gi kat penimbang, miahahah!
Tak naik p0n.....kuciwa! Tapi, maybe berita menyakitkan aty bagi pihak lain.... mkn banyak tapi tak naik. Dorang makan sikit, naik yang bernaik2.....hehe!

Pape p0n, asalkan kita sihat, Alhamdulillah la kan? =)

Gambar raya takde. Lupa tangkap...................uh?




Friday, August 17, 2012

Menyampah ~ Reaksi bila ditemuramah wartawan

Assalamu'alaikum,
Disebabkan aku nie tgh best spending my time kat umah. Selalunya aku guna waktu mlm, sementara nak tunggu buat hal lain...dengan tengok tv. Dan, masa tue rancangan yg ada hanyalah berita. Hoh0ho!

Aku paling pelik kalau tengok kat berita nie...time ada sesapa yg ditemuramah, mesti ada golongan yg suka mengangguk2 dan tersusun kemas kat belakang org yg ditemuramah tue.
Apa kes ntah?
Sekadar nak tunjuk muka, boleh masuk tv. Kononnya, terangguk2 setuju dgn statement org tue....
Semak mata je tengok. Dah macam budak2...

Yang paling tak boleh belah lagi...siap tengok kamera lak tue!!!

TOLONG la... Jangan buat aku kutuk manusia2 nie.
Apa salahnya, duduk kat tepi2 tue. Tak ganggu background dgn muka annoying tue....huhu!

Sunday, August 12, 2012

Zaman Sekolah

Assalamu'alaikum,

Entah mcm mana aku terjumpa gambar nie dalam fesbuk.
Lama tak dengar cita angpa...
Lama tak gi sekolah...
Setawu aku, cikgu2 penolong kanan + Pengetua dah tukar...
Junior p0n dah ramai yg kuar...
Bertambah2 malas aku nak gi sekolah, dah tak kenal...hoho!

Tapi, aku penah gitau kat kawan aku...
Aku takkan gi sekolah untuk jumpa 'dia' (kalau 'dia' still ngajar situ) selagi aku tak dapat capai apa aku nak....huhu!
Rasa mcm lambat jer nak capai...hmmm =( 

Untuk sesapa yg still lagi belajar kat tempat yang dinamakan SEKOLAH, cuba la cari sesape yg boleh dirujuk untuk tanya soal karier + kursus yg ditawarkan kat universiti / kolej / maktab atau apa2 je la.
Sebab, aku dulu...ambik course sekarang nie just based on my interest. Tapi, bila dah masuk U, baru sedar...banyak g benda lain yg aku boleh explore. Tapi, takpe. Teruskan jer apa yg aku dah start....
InsyaAllah, Allah sentiasa membantu hamba-Nya. =)

Saturday, August 11, 2012

Kebaikan solat


Assalamu'alaikum,
Aku terjumpa pasal ni kat satu website...
Tertarik untuk share kat sini sebab ada salah satu kebaikannya, aku dah rasai.
Jom, tengok apa kebaikan solat utk kesihatan manusia....
Anda manusia? Anda Islam? Anda pasti solat.....
So, nie la kelebihan untuk kita sebagai manusia Islam.....
Alhamdulillah... =)


Gambar yg atas sekali tue ada gitau pasal rukuk 90 darjah. Sebenarnya kedudukan rukuk yg betul adalah yg kat atas nie. Gambar org tengah2 tue...
Ada juga yang mengibaratkan, jika diletakkan dulang berisi air di belakang badan (ketika rukuk) air tidak akan tumpah. Jom, cuba ubah kedudukan rukuk kita....
InsyaAllah, lebih selesa dan khusyuk + rasa stamina tinggi...hoh0!

Terjah sini kalau nak baca bebelan aku pasal Tunaikanlah Solat danQadha Solat Fardhu.



Minyak Petronas

Assalamu'alaikum,

Lokasi: Stesen minyak Petronas.
Watak: Abang sulung dan abang lonjong no 2.
Kenderaan: Proton Saga hitam.

Aku agak, bentuk segi 3 dan bulatan ni melambangkan minyak.
Tapi, yg segi 3 kat belah kanan tue lambang apa lak yer?
Sape tawu? Share sikit....


Situasi:
Abang sulung nak isi minyak. Abang no 2 stay dalam keta sementara abg 1st gi lepak kat kaunter.
Balik ke keta dengan hati yg girang, sambil bawak sebotol air mineral 500ml. Tanpa menghiraukan apa2 yg berlaku di sekeliling, beliau teros masuk ke dalam keta utk meneruskan perjalanan.

Abang 2: Uiks? Kejapnya? Takkan pi kaunter semata2 nak beli air mineral ja? Hmmm...
Abang 1: Eh! Haha...! Lupa boh minyak!!!

Nasib la tak jalan lagi... Kalau tak sedekah je la duit minyak tu...hoho!

Kesimpulan: Abang aku penat posa.... Ceh! (^_^)

Raya dah nak dekat. Apa yang dah kita buat sepanjang bulan Ramadhan berlalu pergi ni?
Tanya hati, jawab sendiri....
Moga setiap apa yg kita lakukan, dikira sebagai ibadah yg dapat membantu kita di akhirat kelak...insya-Allah. =)

Friday, August 10, 2012

Berat badan maintain

Assalamu'alaikum,

Situasi: Sedang berbuka puasa di meja makan.
Karakter: Mak dan 4 orang anak2nya berserta seorang abah.
Agenda: Berat badan.

Perbincangan hangat bermula dengan mak.
Mak: Mak turun.... (turun berat badan) Ang turun berapa?
Anak ke3: Ermmm, tak turun p0n.
Anak ke2: Penimbang tue tipu. Kat rumah timbang lain...kat tempat keja timbang kurang sekilo.
Mak: Ang turun berapa?
Anak sulung: (Tersengih...) Maintain...... haha!
Anak bongsu: Malas nak campur...hoh0!

Camne nak turun kalau asyik makan jer kan? Mmg best kalau maintain...tapi sedih ar jugak sbb berat maintain tue, lebih best kalau dikurangkan. hehe!

P/s: Ingat2 la kat golongan yg tak pernah cukup makanannya. Berlapar bukan sehari dua....tapi kita?
Baru dari pagi sampai petang, per0t dah majok.... Hmmm.
Bersyukurlah, kita kat bumi Malaysia. Tambah pulak, kat khatulistiwa. So, takde la pedih sgt nak tahan sampai berjam2 mcm kat negara bermusim tue kan? (^_^)

Excel1

Assalamu'alaikum,
Dulu, ada kawan aku mintak tolong ajarkan guna Microsoft Excel. Aku ingat dia main2 jer. Rupanya dia betul2, haha!
Takpe la. Lagi p0n sekarang ni cuti.. Aku try guna blog aku ni untuk ajar dia. Kalau dia faham, aku boleh kategorikan bl0g aku ni tutorial excel ar, haha!
Selain tu, orang lain p0n boleh gak belajar mende ni. Tak semua orang tawu. So, sesape yg rasa hebat dgn komputer tak payah nak berlagak or cakap...benda camni p0n kena belajar k....

Kalau ko pandai komputer, tapi buta akhlak..buta nak jaga hati orang tak boleh jugak kan? Chill! =P

Petak kecik2 nie, dipanggil 'cell'
Kan ada A,B,C kat atas tue... Pastu belah kiri tu ada no 1,2,3...
Contoh kotak pertama. Kita panggil sebagai cell A1.

Dalam setiap cell boleh tulis apa2. Dengan cara, double click kat cell tue. Tak p0n tekan F2 kat cell tue...
Pastue, senang kalau nak taip no. Just isi no 0,1,2...mcm kat atas tue.


Pastue, highlightkan no2 tue guna cursor korang... (akan jadi kaler kelabu)
(Sorry, tak boleh tunjuk... Kaler highlight tue tak nampak bila edit gambar nie. So, kena guna highlight kuning tue..huhu)

Pastue, bawak cursor ke hujung sebelah kanan cell A7. (betul2 kat garisan bawah no 2 tue)
Akan jadi bentuk + kan?
Drag + tu, ke no yang korang nak.


Buat masa nie, aku nak ajar benda nie je la dulu. Ada benda yang perlu disettlekan. Buat aku hilang mood nak mengajar. Aku memang tak layak nak jadi cikgu. Takut takde mood nak mengajar time something happened. Haha...!




Thursday, August 9, 2012

Muhasabah diri

Assalamu'alaikum
Hari ni aku suka tengok2 gambar yg tertulis pelbagai ayat2 best, menarik, tacing...
So, aku decide nak post gambar2 tu kat sini.
Ditujukan khas untuk diri aku sendiri...juga untuk dia yang mungkin tengah sedih, mungkin tengah happy...
Jadikan la ayat2 ni sebagai medium untuk kita rasa ter-motivasi kembali. Dan pada masa yang sama...fahamilah setiap maksud ayat ni. Mungkin ada yang tersirat yg aku nak pembaca sekalian faham maksud ayat tue.

Jom, usya! Layaannnzzzz.................ZZzzzzZZZZ, eh tertido lak! Huhu...!


Kalau tak layak sangat, aku nak jadi pemadam keras p0n jadi la. Asalkan boleh padam something...
(mcm pemadam keras kaler biru tu. Utk padam ink pen)

Dia selalu nasihat benda ni kat aku... =)

Nie, aku ambik dari video yg aku bluetooth dari fon dia.
Aku dah buat jadi ringtone spesel utk dia since bila ntah. Tapi dah lama...
Sebelum aku exam ag...

Errr.... Biarlah wanita tue jer yg faham dan akui benda ni betul ke tak.



Aku pernah alami...


Ok, tamat sesi gambar. Nak aku membebel tak? Tak nak? Uh, okey la. Aku takkan bebel malam nie.
Aku bagi peluang untuk hati berbicara........hehe!

Couple haram?

Assalamu'alaikum,
Semalam, aku dapat satu msg dari somebody. Aku tak pasti dia nak dikenali atau tak. Tapi, rasanya...aku patut abaikan jer, haha! Cuma, aku nak cakap thanks to dia for sharing this nice article. Info lama tapi baru bagi segelintir org sbb ramai yang tak tahu...termasuklah diri aku ni sendiri. haha!
Pape p0n, just terima sesuatu tue dgn akal yg waras dan percaya kepada mudahnya ajaran Islam nie.


Berkisahkan tentang kaple. Diselitkan dengan pemahaman tentang zina hati.

Jom, usya some of the points...ttg zina hati dulu. Kaple tolak tepi jap.
Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan zina hati? Adakah jatuh cinta kepada seseorang itu dianggap zina hati? Adakah teringatkan seseorang itu zina hati?
Mungkin sebahagian daripada kita akan menjawab: “Ya, itulah zina hati”.
Apabila ditanya lagi mengapa itu zina hati?
Jawab mereka: “Kerana kita mengingati seseorang yang ajnabi (bukan mahram) yang tidak halal buat kita”!!!


Kalau anda meletakkan sebab pengharamannya adalah kerana dia ajnabi jadi tidak halal bagi kita, bagaimana anda mahu menafsirkan firman Allah dalam Al-Qur’an tentang Sahabat Nabi yang teringatkan perempuan ajnabiyyah yang tidak halal buatnya?

Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah, ayat ke-235:


عَلِمَ اللَّهُ أَنَّكُمْ سَتَذْكُرُونَهُنَّ وَلَكِنْ لا تُوَاعِدُوهُنَّ سِرّاً إِلَّا أَنْ تَقُولُوا قَوْلاً مَعْرُوفاً

Dalam ayat ini dan ayat sebelumnya, menceritakan tentang عدة / iddah (tempoh suci) perempuan yang bercerai dengan suaminya. Kemudian ada lelaki ajnabi yang mengintai-intai peluang untuk melamar perempuan ini. Lalu Allah berfirman ((Allah Maha Mengetahui bahawa kamu akan mengingati perempuan tersebut, tetapi jangan kamu berjumpa dengan perempuan itu secara rahsia kecuali dengan berkata-kata perkara yang baik.

Syed Qutb dalam tafsirnya berkata: “Dan Allah telah mengharuskannya kerana itu berkaitan dengan kecenderungan fitrah yang halal pada asalnya, harus pada zatnya … dan Islam itu tidak menghancurkan kecenderungan fitrah tetapi membajainya, dan tidak menekan naluri kemanusiaan tetapi mengawalnya. (Rujuk Fi zilali Qur’an oleh Syed Qutb, jilid 1, m/s 238).


Bukankah perempuan yang baru berpisah dengan suaminya merupakan perempuan ajnabiyyah kepada lelaki lain yang mahu melamarnya???
Tapi mengapa Allah langsung tidak mengatakan kepada lelaki ajnabi itu tak boleh mengingati perempuan tetapi hanya berpada dengan berkata (Allah Maha Mengetahui bahawa kamu akan mengingati perempuan tersebut tetapi jangan kamu berjumpa dengan dia secara rahsia).

Justeru apa yang dapat difahami daripada ayat tersebut adalah: Tiada masalah dalam mengingati perempuan tersebut, tapi jangan fikir nak buat yang bukan-bukan yang bertentangan dengan syarak’. Itulah apa yang sepatutnya difahami daripada firman Allah tersebut.
Kalau mengingati perempuan yang ajnabiyyah itu zina hati, tentunya Allah melarang para sahabat daripada mengingati perempuan, tetapi Allah sendiri tidak melarang bahkan memberi izin.
Justeru, yang dimaksudkan dengan zina hati itu adalah hati yang menaruh niat untuk berzina, menikmati hubungan persetubuhan luar nikah. Itu yang dimaksudkan dengan zina hati. Rujuk kembali konteks hadith berkaitan zina hati secara keseluruhan. Tidakkah di pengakhiran hadith tersebut Nabi ada menyebut:


وَالْفَرْجُ يُصَدِّقُ ذَلِكَ وَيُكَذِّبُهُ

Maksudnya: (dan kemaluan itu mengiyakan atau mendustakannya). Bermakna semua perkara daripada tangan, kaki, telinga, mata, lidah, hati yang menuju ke arah persetubuhan haram barulah dipanggil dengan zina. Sebab itu disebut di pengakhiran hadith (Kemaluan itu yang akan menentukan berlaku atau tidak berlakunya zina).

This is my opinion.
Betul. Zina hati adalah perbuatan yg memikirkan si dia secara haram, mcm yg tertulis kat atas tue.
Dan, dah menjadi fitrah bagi manusia utk mengingati, merindui seseorang sama ada keluarga atau ajnabi (bkn mahram).
Mungkin betul, kata penulis artikel tersebut, ghairahnya golongan tertentu menegakkan kebenaran Islam menyebabkan sebilangan besar, menganggap fitrah yang diizinkan Allah ini haram! Mungkin wajar utk saya katakan (eh, guna saya pulak..haha!) seseorang perlu menasihatkan dgn menggunakan ayat lengkap. Hmm, contoh...kena tekankan maksud zina hati. Dan, bukan sekadar memberitahu bahawa mengingati si ajnabi adalah haram. Langsung tak boleh ingat.
Bagi aku, ni dah melanggar hukum alam. Ada ke manusia yg 100% boleh ingat Allah sepanjang masa?
Kita bukan malaikat.....tapi mencuba ke arah membentuk manusia yg baik akhlaknya.


Mmg merindui dia adalah perkara yg Allah izinkan.. (dalam firman Allah kat atas...)
Tapi, bukan membayangkan sesuatu yg haram. Pandangan lelaki adalah pandangan yg tajam. Jauh berbeza dgn mata kaum hawa. Kalau tgk gambar je p0n dah buat si lelaki tak duduk diam.....memikirkan yg lain, dan bukan kerana resah, rindu..........apakah wajar utk anda terus melihatnya?
Fikir sendiri, kerana anda ada akal yg bertunjangkan keislaman. Jika anda fahami ayat2 di atas, tak mustahil anda tahu jawapan yg tepat. =)

Jom tengok pasal kaple lak...




APA HUKUM BERCINTA/COUPLE?
Pertamanya, apa maksud bercinta itu? Adakah maksudnya memiliki dan berkongsi perasaan cinta antara lelaki dan perempuan? Atau maksudnya keluar berdua-duaan dan bermesra dengan jalan berpimpin tangan dan segala aktiviti lain??
Saya rasa semua bersetuju bahawa kalau maksudnya keluar berdua-duaan dan bermesra dengan jalan berpimpin tangan dan segala aktiviti lain maka saya kira semua daripada kita akan bersetuju tentang keharamannya.
Tetapi kalau maksudnya, memiliki dan berkongsi perasaan cinta antara lelaki dan perempuan, apakah juga termasuk dalam perkara yang haram? Apakah yang salahnya di situ? Mungkin ada yang akan menjawab, tak boleh, kerana bercinta sebelum kahwin itu akan mengundang dosa dengan melakukan perkara-perkara tak baik.



Sedangkan Nabi sendiri pun meminta pengecualian daripada Allah dalam urusan berlaku adil antara isterinya dalam perkara yang melibatkan hati dan perasaan.

عَنْ عَائِشَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَقْسِمُ بَيْنَ نِسَائِهِ فَيَعْدِلُ، وَيَقُولُ: (اللَّهُمَّ هَذِهِ قِسْمَتِي فِيمَا أَمْلِكُ فَلَا تَلُمْنِي فِيمَا تَمْلِكُ وَلَا أَمْلِكُ). قال الترمذي: إِنَّمَا يَعْنِي بِهِ الْحُبَّ وَالْمَوَدَّةَ كَذَا فَسَّرَهُ بَعْضُ أَهْلِ الْعِلْمِ. أخرجه الترمذي (1140)، وأبو داود (2134)، والنسائي (7/63).


Maksudnya: “Daripada Aisyah bahawa Nabi membahagikan antara isteri-isterinya dengan adil dan dia berkata: (Ya Allah, ini adalah pembahagian aku daripada apa yang aku miliki, janganlah Engkau mencela aku pada perkara yang Engkau miliki tapi tidak aku miliki). Berkata Imam Tirmizi: Sesungguhnya yang dimaksudkan itu adalah perasaan cinta dan sayang sebagaimana tafsiran ahli ilmu. Hadith dikeluarkan oleh Imam Tirmizi (1140), Imam Abu Daud (2134), dan Imam Nasa’I (7/63).

Jelas melalui hadith tersebut bahawa perasaan cinta dan sayang tidak mampu dikawal oleh manusia. Mustahil bagi seorang lelaki yang beristeri empat contohnya mahu berlaku adil terhadap isteri-isterinya dalam soal hati dan perasaan. Sebab itu Nabi sendiri memohon kepada Allah supaya tidak mencelanya pada perkara yang tidak dimiliki olehnya dan tidak termampu baginya untuk melakukan.

Hal sebegini disedari dengan baik oleh para sahabat. Dalam suatu kisah yang melibatkan Sayyidina Umar sendiri diceritakan bahawa telah datang kepadanya seorang lelaki dan berkata: “Wahai Amirul Mukminin, sesungguhnya aku telah melihat seorang perempuan lalu aku jatuh cinta kepadanya”. Lalu Sayyidina Umar Bin Khattab berkata: “Itu adalah perkara yang tidak mampu dikawal”. Rujuk Al-Jawab Al-Kafi oleh Ibnul Qayyim, m/s 164, cetakan Darul Kutubil Ilmiyyah.

Hal ini berlaku kerana sememangnya manusia itu akan mudah jatuh cinta kepada sesiapa yang berkongsi keserasian dengannya.



Memang ramai golongan ustaz, ustazah yg kata....'Couple itu haram!"
Tapi, ada jugak yg 'menghalalkannya'. Sebenarnya, mencintai seseorang itu adalah perkara biasa bg manusia. Tapi, bersertakan niat apa? Jika untuk melakukan yg haram...wajarkah rasa cinta itu dihalalkan?

Atau mungkin, kita perlu tanya.....
Apakah cinta itu wajib utk kita keluar berdua? Bertemu, bersemuka...? Bersembang yg ntah apa2....
Atau... sekadar mengingati dan berdoa, moga dia ditakdirkan untuk diri kita?

Bagi aku...
Tak salah keluar, asalkan bukan berdua.
Tak salah bersemuka, asalkan tak digandingkan dgn nafsu yg merosakkan.
Tak salah bersembang, asalkan tak melampaui batas dan topik perbualannya berkisarkan kehidupan dunia juga akhirat..dan bukan yg haram.



Artikel sebenar, boleh klik kat bawah.

Couple? Zina hati?

Terima kasih utk dia for this article. Moga, Allah membalas jasa anda (^_^)





Sunday, August 5, 2012

Qadha Solat Fardhu

Assalamu'alaikum,
Entah mcm mane, aku tgh chat dgn sorang ni....ditambah dgn post something kat fesbuk (sbb aku nampak gambar kwn aku kat fesbuk dia. Senang citer, kwn aku tu kena tag....)
Terasa macam bersubahat kalau aku biarkan jer.

Nak melawak, melawak jugak...tapi, bagi aku, benda2 mcm ni berkaitan dgn hukum agama. Nak tag kawan, kononnya dia tu buah hati ke apa ke... Pikir2 la sama. Dia tengok gambar tue, dia dapat dosa. Sebab tgk org yg bukan mahram dia.
Mmg la, lelaki kalau tgk pompuan.....cakap Alhamdulillah. Sebab tue nikmat yang Allah bagi untuk tgk kejap. Tapi, lepas berkelip mata tu...sudah la. Kalau tengok jugak, itu dikira dosa dah.

Errr, aku dah melalut ar pulak.
Niat sebenar..aku nak post pasal qadha solat. Sebab apa?
Sebab aku penah nampak....ada manusia yang tertinggal solat (tertido, terlewat sbb buat apa2, atau apa2 hal yang lain...) tak qadha. Walaupun dia sedar, dia dah tinggal solat tue.

Sama jugak macam solat Subuh. Al maklum, ramai yg ter-tak sedar diri time subuh. Mmg selalu hanyut... Aku p0n hanyut gak...Tapi, sama2 la usaha. Cari cara nak bg bangun awal. Bukan main tawakkal jer.
Lama2 nanti, insyaAllah..boleh bangun sendiri. Tak payah ada orang kejut p0n.

Nak dijadikan citer, aku dulu time sekolah asrama...asal balik umah jer, mesti tido sampai ke petang. Kadang tue, dekat maghrib baru bangun.
Apa gi.... dgn muka tak bersalahnya, buat2 lambat g.....bangun gi mandi, baru qadha Asar + Zohor!!!

Tapi, lama2 pastu... Aku pikir. Penat la nak solat 8 RAKAAT ter0s. Apa? Ingat tarawikh ke?

Ditambah dgn rasa bersalah sbb main2 dalam solat... Aku p0n cuba la usaha gak nak bg solat ikut waktu. Tue p0n kadang2 hampeh gak...
Apa yg pasti, kita kena try untuk berubah. Bukan teros amalkan benda2 yang tak elok....
Allah akan sentiasa membantu hamba-Nya yang ingin mencari keredhaan-Nya. InsyaAllah...kita tergolong dlm kumpulan manusia mcm tue.

Qadha ni penting. Kalau tak, sia2 ibadah sunat yang kita buat....
Hinggakan, kalau sesape yg ada hutang solat....nak qadha takde masa. Boleh guna tarawikh utk qadha.
Contoh, imam dah abes 2 rakaat...kita teros bangun, sambung 2 rakaat lagi kalau nak qadha Zohor ke, Asar atau pun Isyak. Maknanya, niat kita utk solat tue.....utk qadha, bkn tarawikh.
#Aku tak ingat... Kalau salah, betulkan.

Sampai sini je la. Kalau tulis panjang2 p0n, bukan korang rajin nak baca kan? hehehe...

Marilah menunaikan solat...
Marilah menuju kejayaan...

Kalau nak tawu camne nak bagi rajin solat..boleh baca Tunaikanlah Solat, InsyaAllah =)

Saturday, August 4, 2012

Tunaikanlah Solat


Assalamu'alaikum,


Aku terjumpa entry ni kat blog lama aku... So, aku p0st balik. Aku rasa, aku tak penah post dlm bl0g ni....

Angpa penah dak rasa malas gila nak solat??
Tipu la kalau tak penah.......hek3! Ka aku sorang ja rasa mcm tu???
Sepanjang aku dud0k kat hostel sekolah, and sekarang ni berkecimpung lak dlm arena kolej kat U...aku tau ramai drpd kita yg tak semayang. Sapa terasa, lempaq mouse, kalau tak guna mouse....cari la tikus kat blkg umah. Kalau ada yg semayang sekali pun, alai balai ja...sat semayang..satgi xmau semayang. Maghrib rajin, subuh...haram.....
Aku pon tak alim mana pon, Alhamdulillah, semayang cukup 5..jarang sgt nak lebih buat sunat. Kalau tanya aku pasai feqah,huh...mmg aku tak tau pon. Tapi, bab semayang kita kena la jaga. Biaq org kata kita jahil....Asalkan kita usaha untuk jadi manusia yg baik dan sentiasa jaga semayang kita. Daripada solat la, akan timbul rasa nak tau agama dgn lebih mendalam.....insya-Allah.

                                     =================================

 pak imam pon blh hilang khusyuk....

Aku terpikir pasal benda ni baru ni ja,,,,kalau org tanya mcm mana nak bagi rajin solat, aku akan jawab mcm ni,,,ceceeyyy...mcm teror ja,hak3!
Hang cuba pikiaq, kenapa hang posa?
Hang posa sbb org lain posa kan? Tambah lak, ada 1 bulan yg dikhaskan utk kita posa....Ramadhan. Posa tu wajib gak, tapi ianya dlm rukun yg ke-3. Awat posa hang boleh buat, tapi semayang berat sangat??? Sebab....masa posa, hang tak boleh nak beli makanan suka2 hati per0t hang. Kalau beli or makan, org kata apa lak kan??
Sama la dgn semayang, kalau hang pikiaq..org lain solat,tetiba hang buat spoil..malas....awat hang tak pikiaq org kata apa plak? Contohnya...."Ish, dia ni buat malu org Islam ja...solat tak mau....."  ( tak tau la kot tak rasa apa kalau org cakap mcm tu kat angpa)

Solat nie kita kena paksa diri kita. Mcm kita paksa diri utk tahan lapaq yg melampau kebuluq tu la...
kalau tak paksa, tak leh posa. So, solat kena paksa...Islam bukan agama yg memaksa tapi ada benda yg kita kena disiplin diri dgn paksaan tapi bukan dgn kekerasan.  Bila angpa semayang, angpa rasa tenang ak? Pastu boleh hilang ngantok oooo!!! Hahaha...tak caya?
Aku selalu nak mangkit semayang subuh awal..pastu nak ter0s tidoq balik.....tapi, bila dah semayang, ngantok aku dah lesap ke mana ntah. Nanti, kalau angpa ngantok dlm claz, jgn la bg alasan nak p semayang kat ckg lak....blh la, kalau ckg bagi keizinan,hehehe!

                                         ===============================

Ni tips yg aku baca kat mana ntah....
Kalau rasa malas gak nak semayang...bila semayang, dok rukuk, sujud, berdiri...baca pon mcm tunggang langgang, cuba ingat benda ni....
 ~alang2 semayang, bg la dpt pahala...... tak la terbuang / bazir masa 5 minit semayang tu. Last2 dosa ja dpt. Mesti kita tak mau mcm tu kan? ('',) ~

JIHAD!


Sesape yg rasa mcm kena qadha solat2 yang dulunya dia senagaja tinggalkan...better qadha cepat. Setawu aku, kalau tak qadha...tak sah ibadah sunat yg kita buat. Aku kurang pasti, kalau salah tegur yer.

Boleh baca entry aku pasal Qadha Solat Fardhu

Friday, August 3, 2012

kita hanya manusia yang lemah

Assalamu'alaikum,
Bersua kita lagi di medan blog..hoh0! Semoga entry aku kali nie, dapat memberi manfaat kepada diri aku dan mereka yang ikhlas membacanya...

Apa gunanya kebaikan yg anda lakukan, 
jika diselitkan dgn rasa takbur dgn kebaikan tersebut...
Apa guna ibadah yg anda amalkan,
jika diselitkan caci maki kpd mereka yg jahil...
Apa guna kekuatan yg anda perolehi,
jika anda mentertawakan insan lain yg lemah...

Jangan lupa, anda hanyalah hamba Allah. 
Tidak diterima kebaikanmu jika anda takbur, bongkak menghebahkannya.
Tidak terserlah nikmat ibadahmu jika anda mencaci si jahil.
Tidak kekal kekuatan dirimu itu, jika anda mempersendakan yg lain.

Jika nikmat dan kekuatanmu ditarik Allah...
Apa lagi yg anda dpt banggakan?

Pesanan daripada aku, utk diri sendiri dan mereka yg selalu melakukan perkara2 di atas. Penuh dlm home aku...dgn sikap takbur di atas ibadah yg dilakukan.

Menjadi salah satu sebab, kenapa aku pernah deactivate dan kenapa aku pernah jauhkan diri aku dari FB.... Kerana aku benci melihat status2 ini. Benci terbaca mereka mengaibkan diri sendiri... 


Mende alah kat atas nie, aku dah bebelkan kat dlm fesbuk aku. Kalau baca ayat terakhir aku tu..

"Menjadi salah satu sebab, kenapa aku pernah deactivate dan kenapa aku pernah jauhkan diri aku dari FB.... Kerana aku benci melihat status2 ini. Benci terbaca mereka mengaibkan diri sendiri... "

Yup, aku mmg penah deactivate fesbuk aku. Aku tak tahan nak baca statement2 org yg kadang2 mengaibkan diri sendiri. Mengutuk mereka yg jahil agamanya... Aku deactivate masa aku sem 2 kalau tak salah.

A: Nape ko deactivate? Sbb nak exam ke?
B: Eh, takde la. Dah lame kot dia buat... Bkn sebab exam nie... Sebab ape weyh?
Aku: Hanya mampu tersenyum....


Baru2 ni, aku 'pulaukan' lagi benda alah fb tue. Sebab apa? Sebab yang sama. Bosan dgn sikap manusia yg mengadu bukan kepada-Nya tetapi kepada kwn2 yg hanya tahu menambah dosa2 dunia dgn umpatan, maki hamun... salah siapa? Salah syetan? Hermmm, syetan hanya menjalankan tugas, menghasut umat Nabi Muhammad utk dijemput ke neraka. Tapi, diri kita yg menentukan segalanya...

Aku manusia biasa, pernah terleka dgn dunia. Tapi, sama2 la kita berubah...moga fb idaman ramai tue menjadi medan dakwah, medan saling menasihati..dan bukan berlumba2 menunjukkan kebaikan diri. Sesungguhnya amal ibadahmu itu, hanya Allah yg akan menghitungnya. (Dulu, ada insan yg tak kisah p0n pasal FB. Last2, empunya badan tu yg selalu post kat fb semenjak bukak akaun. Hehe... Sape la tu kan?)

Allah tak tanya, berapa banyak post kau dlm fb tentang kau cukup solat 5 waktu.
Allah tak tanya, berapa ramai like status..kau pegi tarawikh.
Allah tak tanya, berapa ramai share gambar kau pakai songkok, telekung pegi semayang raya...



Peringatan untuk aku yg jahil, juga mereka yg aku kasihi. Aku mengur bukan keran benci, tetapi kerana anda sebahagian daripada diri aku.....................................................................................

Siapa anda? Harapan aku, yang tersentuh dgn pesanan ini...adalah anda. Moga kita sama2 berubah menjadi hamba yang sentiasa mengingati kekuasaan-Nya.

Thursday, August 2, 2012

Keputusan peperiksaan UiTM

Assalamu'alaikum,
Khas untuk students UiTM....

Klik gambar utk paparan besau punyeee.....

Results exam utk semester lepas akan dihantar ke email masing2 pada.... 3 Ogos 2012. Boleh jugak check kat Student Portal....
Ceh, macam tak biasa check result jer nak kena kab0r benda nie....hoh0!

Bila aku dapat tawu pasal tarikh ni, aku tak tawu nak kata aku takut, takde perasaan or happy.
Yang pasti, benda dah lepas. InsyaAllah, kita dah cuba sedaya upaya. Kalau tak mampu jugak, anggapla tue ujian dari Allah.

Aku ingat g, masa sem 1. Ada satu subjek kira2 nie... Aku target dapat cemerlang utk subjek ni.
Tapi, Allah Maha Berkuasa...aku juz merancang.

Kalau tak salah aku, sebelum subjek tu..aku ada subjek membaca. Besok tu, exam kira2 ni plak. Entah mcm mana, aku bangun lambat pagi tu. Nuha yg datang kejut kat bilik.... Thanks to her. =)

Dah siap2 sumer, pegi exam. Belek jer soalan....ter0s aku diam.
Soalan nie aku dah buat semalam...
Tapi, Allah nak uji aku. Aku tak ingat langsung mcm mana nak kira. Seriously aku cakap, soalan tu sebenarnya senang. Sumer dari past years...

Mmg frust. Balik jer bilik...aku teros landing atas katil. Teringat balik, nape jadi camni...
Nape aku tak boleh jawab?

Then, aku msg cikgu lama aku. Dia nasihat apa kat aku?
"Ada hikmah. Maybe Allah nak tunjuk, tak semua benda kita boleh buat. Jadikan nie ujian... Sebab, Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya."

Lebih kurang mcm nie la. Aku p0n tak ingat sangat ayat cikgu tue...hehe!

Since tu, aku dah ok. Aku faham... Semuanya datang dari Allah.

Hehe, aku baru perasan. Tarikh check result tue BESOK, haha!
Baru tawu cuak ko....!

Apa2 p0n, thansk utk cikgu aku tu. Dia buat aku tersedar kembali, Allah adalah yang paling berkuasa...
Setiap apa yang ditakdirkan, adalah untuk kebaikan kita.

So, check result besok dengan hati yang mengharap padaNya. Jika baik keputusan aku, aku bersyukur sebab sem ni adalah sem yang paling relax study dalam kelas. (maksud aku, kena pulun kat luar kelas...) Belajar biasa2 dalam kelas, pastu kena betul2 fahamkan bila kelas dah abes. Tapi, aku belajar ke kat kolej? Hurmmm...



Jika result aku kurang memuaskan, aku redha... Even sedih, (tipu la kalau takde perasaan langsung) tapi life must be go on! Sebab aku tawu, asalkan aku dah usaha....itu lebih memuaskan. Daripada takde usaha, tapi mengharapkan result yg gempak.

Thanks untuk Nuha, Bella, Nadh, Along, Aida, Nurli, Afu, Awin dan yang lain2 yang banyak ajar aku. Terutamanya subjek risk tu, hehe!

Untuk sahabat UiTM, aku ucapkan Good Luck untuk korang.... =)
Untuk classmates aku, untuk sahabat aku, Nuha, untuk teman2 SISPA, batch aku... untuk PKS Muda merangkap PKS Inter, untuk pegawai2 senior.......... (^_^)

Semoga kita semua dianugerahkan kesihatan yang baik dan akal yang waras untuk terima setiap apa yg ditakdirkan untuk diri kita.

Wednesday, August 1, 2012

belek gambar dalam fon


Assalamu'alaikum
Moga kalian diberkati Allah...
Camne puasa? Huhu... rasa mcm skema. Menyampah dgn diri sendiri buat seketika.

Aku takde niat nak bebel apa2. Cuma nak post pasal gambar2 yang aku dah ambik...tu je.

Gambar nie aku ambik dari aras 6 kolej teratai 3.
Dari pintu bilik aku sendiri. Kalau tak salah, masa tue aku tgh buat keja programming dgn classmates.
Tetiba aku tgk langit (aku biar pintu terbukak masa tue)
Then, nampak la bentuk awan ni. Mcm bentuk hati. (Hati aku mcm ni ke???)  Cantik lagi sebenarnya, tapi sebab lambat snap...awan tu dah lari sikit, malu kot.

Yang nie, aku jumpa dalam satu buku kat library.
Tak tawu nak percaya ke tak, haha!
Tapi, bagi aku...lelaki p0n ada sifat manja yang tersembunyi....kan? So, aku tak peduli sgt p0n...
Haha...

Situasi mcm ni mmg dah jadi lumrah dalam id0p aku.
Nasib la ada Nuha, kalau tak...lagi teruk meja tu aku sepahkan.

Ni plak, time kena paksa g dengar forum...haha!
Even, berat aty..tapi takde la pasang niat nak tido. 
Aku dengar la jugak....
Aku suka Tn Roslan cakap. Rasa bersemangat nak buat program, =)

Time rehat lepas latihan kawad tauliah...

Apa yg dorang tgk ek? Aku p0n tak pasti. Sebok nak snap gambar jer..




Penat...


Ok, yang ni plak...lepas kami balik dari UMT.
Sesi makan2 kat pejabat. Ibu Ina yang masakkan...
Nyum..Nyum!!!
Muka Tn Faaris, reaksi lapar yg serius....

Nampak buzy jer.... Buzy cari/pilih makanan...

Yang ni nampak khusyuk pulak....
Jom belajar maths...
Cuba kira, bape cucuk sate dalam mangkuk putih tue?



Kalau yer p0n, duduk la dulu Tn Mus.....huhu!
Tn Azri cari apa?
Ehem2 kat depan saya la.....tgh makan sate.

Syedappnyeee....!
Nak lagi!


Tn Zam tak puas aty...
Dorang yg dalam pejabat kamceng dgn ibu Ina.
Takot, kalau ada apa2 sesi makan lagi...ibu Ina tak mention nama Tn Zam...
Muka tercabar jer....hoh0!
Zaza: Lantak la...janji aku boleh makan, nyum2!

Khusyuk tapi nampak mcm sedih...
Alolooo, nape nie? =)

Nuha kata "Siap la kau spageti!!!"

Madi mula melangkah pegi, bila Hanis start nyanyi tacing2....
hoh0!

Tn Fuazi.... Ada geng main gitar nie.
Boleh buat group....
Zaza masih dgn dirinya....khusyuk mendengar tanpa menghiraukan org lain dah...

Mood tengah bosan. Pape p0n, chow dulu. Ada keja nak buat....
Salah ukhuwwah dari saya untuk anda.... (^_^)