"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dlm kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh atau solehah dalam kalangan kamu, kerana aku juga melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan."

~Hassan Al Basri~

Wednesday, April 25, 2012

Hukum Memotong Kuku

Assalamualaikum,
Hari nie aku nak share s0mething pasal kuku. Entry nie khas untuk perempuan sebenarnya. Tapi, tak salah kalau lelaki baca...maklumat untuk semua, boleh disampaikan utk yang berkenaan nanti..hehe!

Disebutkan dalam sebuah kitab (al- Iqna' fil Hal Alfaz Matn Abi Syuja') iaitu kitab fiqah mazhab Syafi'i bahawa Imam al-Ghazali menyatakan dalam kitabnya (Ihya' Ulum al-Din)
"Tidak boleh seseorang bercukur, mengetip kuku, menipiskan bulu, mengeluarkan darah atau memutuskan mana-mana bahagian badannya sedangkan dia berjunub kerana semua itu akan datang pada hari akhirat dalam keadaan berjunub."

Ada pendapat mengatakan bahawa setiap bulu tadi akan menuntut daripada tuannya kerana ia masih belum suci.

Tetapi, pendapat ini tidak mempunyai dalil yang menyebutkan larangan perbuatan tersebut ketika berjunub. Juga tiada dalil yang mengatakan bahagian2 tersebut akan menuntut dari tuannya.

Nabi SAW telah bersabda,
"Sesungguhnya orang mukmin tidak najis sama ada dalam keadaan dia hidup atau meninggal dunia."

Ibn Taimiyah berkata, "Saya tidak mendapati suatu dalil di sisi syarak pun tentang larangan memotong bulu dan mengetip kuku bagi orang yg berjunub."

Bahkan, Nabi SAW pernah bersabda, "Buangkanlah daripadamu rambut kekufuran (penampilan org kafir) dan berkhatanlah."

Hadis baginda ini menandakan bahawa perkara2 ini dibolehkan. Sama juga kepada wanita yang haid.

Oleh itu, sesiapa yang berjunub atau dalam keadaan haid, tidak ada larangan baginya untuk memotong kuku, rambut dan bulu2 yang lain.

Haaaa, camne? Terkejut tak baca? Aku dari kecik g, ada kengkawan kate nanti kat akhirat, dorang cari sampai jumpe. Sebab potong kuku time period.

Tapi, aku pernah dengar dalam ceramah, ustaz kata takpe. Takde salahnya.... Potong, pastu buang la elok2. Jangan la buang merata2.
Ditambah pulak, bila aku baca satu buku nie...tue yg aku tawu pasal info2 kat atas tue.

So, untuk bebudak sekolah yang suka bagi alasan , korang tgh period masa check kuku dan kuku korang panjang (syetan dok bertenggek kat kuku2 tue).... Lupekan je la. Benda dah lapuk la....
Tak kisah la bila p0n, asal ada check kuku....mesti ada yg bagi alasan, tgh aktiviti bulanan. Hermmm....
Takleh tipu aku lagi dah pasni... Sebab aku dah berilmu tentang nie. Korang pulak....?
Moh share...sebab ramai lagi yang tak tawu pasal dibolehkan potong kuku utk waktu2 period.

aku tengok p0n dah rasa nyilu. Potong la wey.. Syetan dok kat kuku2 tue.. Tgh buat ape ntah...
Ada yang mengatakan, satu jari yg kukunya panjang bersamaan dengan korang ternak sekandang khinzir/babi.
Wallahua'alam.
(Kalau kat ats nie...5 kandang ar kan?)

Kan kemas kalau p0tong?
('',)


2 comments:

Anonymous said...

Good Info... Keep it up...

fiQRa said...

tapi itu lah manusia zaman sekarang... susah nak faham..hmmm kan