Assalamualaikum,
tengah2 usya berita online pagi ni, tetiba terbaca tajuk nie. Mmg manusia sekarang, berhati hitam kan?
Sebab tue, mase ambik wuduk...time basuh muka, sebaik2nya kita niat "Putihkan wajah aku di akhirat nanti. Jangan Kau hitamkan ia....."
Ibarat menunjukkan, manusia mmg mudah dirasuk dgn perkara2 keji, kejam!
Kadangkala, kita menyalahkan syetan, tapi jika iman teguh, mudahkah golongan api itu untuk menhasut kita?
Moga jadi pengajaran buat aku dan mereka,,,,jgn mudah terleka dengan duniawi, krn itu permainan syaitan kpd kita.
Banyakkan lah berzikir....)
IPOH: Kematian bayi lelaki berusia dua minggu melaporkan akibat dipijak bapanya di Taman Bernam Jaya, Tanjung Malim pada Khamis lalu disahkan polis berpunca akibat patah tulang rusuk dan tempurung kepalanya hancur.
Sumber polis berkata, hasil laporan bedah siasat pakar patalogi Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh, di sini, mendapati selain dipijak bapanya, bayi malang itu turut dihumban ke dinding.
Menurutnya, mangsa dipercayai dihentak atau dihumban ke dinding oleh bapa kandungnya sendiri yang dikatakan berada dalam keadaan mabuk.
“Mangsa mati dalam keadaan terseksa apabila tengkoraknya hancur. Ada kemungkinan kepala mangsa dihentam sekuat hati pada objek keras hingga menyebabkan tengkoraknya pecah.
“Doktor yang melakukan bedah siasat turut menemui kepingan dan cebisan tengkorak mangsa yang sudah pecah. Selain itu, tulang rusuk mangsa juga patah dipercayai akibat dipijak bapanya“ katanya
1 comment:
Assalamualaikum zimah..:) memang tak lari fitrah manusia untuk ada sifat2 camtu.. zikir salah satu senjata utama nak bersihkan hati.. betul2..
Ya Allah, gila kejam.. eee.. tak sayang anak.. maybe dia ada masalah mental..
Post a Comment