"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dlm kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh atau solehah dalam kalangan kamu, kerana aku juga melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan."

~Hassan Al Basri~

Monday, April 23, 2012

Kutip Kepah

Assalamualaikum,
Apa cerita utk hari nie? Haha... Semalam, aku dgn family + sedara mara belah abah pi kutip kepah kat laut, Kuala Muda.
Mulanya, aku ngan kak aku ingat...kutip tepi pantai. So, takde la basah kena air laut. Rupanya tak...masuk bukan takat cecah air, mmg masuk sampai ke tengah laut la. (Air dah surut masa tue. Takde la heran sangat kalau aku tulis, jauh giler dari pantai)

Pak Long aku bawak gi jalan jauh giler. Yang lain tak nak ikut... Mak dah penat. So, stop...kutip kat tempat yg mak larat jer. Aku, kak dengan abang aku gi ikot pak long. Dah sampai tue, mmg tak yah cari p0n kepah tue. Juz, masuk tangan..terus ambik segenggam. Dapat la 5,6,7 kepah!

Mula2 tue, mmg kami ambik dekat2 dengan pantai. So, cukup susah nak dapat kepah. Tue yg main ambik jer..kepah kecik2 + kepah besar, sumer kami rembat.
Tapi, bile dah sampai kat tgh laut tue..jgn kata yg kecik2, yg sederhana p0n kami tak sampai hati nak ambik. (sebab banyak sgt, so memilih ar kami. Tak nak yg kecik2....) Dengan alasan, bagi la depa membesaq dulu.... nikmati kehidupan dalam laut.


Ramai kan? Tapi dalam ramai2 tue...kami tak tengok p0n org lain. Sumer khusyuk dgn aktiviti sendiri.

Hasil kutipan kami. Aku tak tawu la bape kilo gamaknya.
Dalam beg besar tue, dekat setengah beg dalam tue...

Lupe diri...dekat Maghrib p0n relax je muke innocent dok kutip kepah.
Tamak..haha!
Bak kata pak long aku,
"Sampai tak panggung muka nuh...."
(Sampai tak angkat muke...tgk keliling dah...)

   Untuk sesape yang tak pasti kepah ni camne rupa dia...


Yang nie plak, siput lala.....

Yang ni, kerang....

Masa aku cari kepah tue, baru aku tawu...rupanya kerang ni ada bulu2. Haha...
Lepas bakar (kerang bakar),, bulu2 dorang terbakar kot.....tue yang takde tue, hoh0!

Okeh, sekian saja untuk kali nie...
Yang pasti, malam tue aku dah ngantok giler... Dditambah dgn makan nasik satu setengah bungkus. (Kira sikit ar tue, org lain makan sampai 2,3 bungkus....)
Aku kenyang dgn air laut kot.... Alang2 seluk kepah, biar berenang sambil minum air laut....erk?!!







No comments: