"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dlm kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh atau solehah dalam kalangan kamu, kerana aku juga melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan."

~Hassan Al Basri~

Tuesday, May 1, 2012

Isthikarah Cinta


Bersaksi cinta diatas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman dimalam sunyi penuh do'a

Sebut nama Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukmu
satu nama teman setia
Naluriku berkata

Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu

diistikharah cinta..

Kalau korang penah baca entry aku yg dulu, aku penah cakap...ada orang suruh aku update pasal maksud lagu Istkiharah Cinta. Masa tue, aku tolak mentah2 sebab aku sendiri tak faham apa maksud lagu nie. Tapi, entah macam mana semalam, tengah2 dengar lagu nie..tetiba aku terfikir,,,

Yup, lagu nie sebenarnya berkaitan dgn seseorang yg mengharapkan seseorang yg lain itu...adalah pasangan hingga akhir zaman. Senang citer, nak berkekalan hingga akhir hayat la. Yang boleh setia dgn dia. Tapi, dalam masa yang sama, dia memohon petunjuk Illahi, moga orang itu adalah yang terukir utk dia.

Nie je la yang aku mampu tafsirkan.. Berdasarkan apa yg aku faham. Camna, boleh terima tak? Haha....!

No comments: