"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dlm kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh atau solehah dalam kalangan kamu, kerana aku juga melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan."

~Hassan Al Basri~

Thursday, May 3, 2012

SISPA

Assalamualaikum,



SISPA... Ada la dalam 2,3 orang yang tanya aku pasal SISPA nie. Dorang tanya...SISPA nie apa sebenarnya?
Dan aku p0n, terbukak pintu hati untuk share dgn pembaca....apa yg aku faham tentang SISPA.

Siswa Siswi Pertahanan Awam (SISPA). Aku mula berjinak2 dgn dunia SISPA since aku semester satu kat UiTM Shah Alam. Kalau ditakdirkan aku study kat tempat lain, mungkin aku tak membesar dalam dunia SISPA nie. Memetik kata2 Sarjan Azami, "Korang nie dah dipilih utk jadi PKS Muda, PKS Inter, Pegawai Muda.... Nama korang dah mmg tertulis untuk ada dalam SISPA."

Bila Sarjan cakap mcm tue, aku terfikir....yup, mmg betul. Bukan kerana kami dipilih berdasarkan ujian kelayakan fizikal atau interview, tapi kerana nama2 kami dah ditakdirkan berada di dalam SISPA. (dari segi islamiknya. Kalau tak ikut takdir Illahi, mmg la sebab lulus ujian... =P)

Kalau dulu, aku tak ambik tawu langsung pasal Pertahanan Awam (PA). Tapi, sekarang..nampak jer keta Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), keluar jer iklan kat tv, terpampang gambar JPAM kat suratkhabar...secara tak disedari....aku tersenyum. Ini la badan uniform yang aku sertai selama nie.
Kebanggaan tersemat dalam diri...walaupun org lain tak sedar.

Sebenarnya SISPA terbahagi kepada dua:
1) Pelatih Kor SISPA
# 3 semester
# Aktiviti2.....
   - Latihan Medan (camping, rakit, flying fox, ascending & descending dll)
   - Orientieering (guna peta & kompas....)
   - Of course setiap badan uniform ada KAWAD
   - Belajar rawatan kecemasan, ikatan tali, melwan kebakaran.......

Senanng citer, bagi aku.... SISPA nie merangkumi semua benda yg kita lalui dalam kehidupan seharian.
Contoh, tengah2 rajin menyeb0k kat dapur...tetiba terpot0ng jari. Apa korang buat???
Contoh kedua.... k0rang adik k0rang main mercun. Tetiba meletup...putus jari + baju adik terbakar.....
Apa korang buat???
Contoh ketiga... Korang masuk hutan. Dah masyuk tido dalam khemah...esok tu nak buat rakit. Camna nak buat ikatan kat rakit tue? Moga rakit tue kekal lama. So, takde la tak sampai 3 minit, rakit korang tinggal buluh jer....huhu!


2) Pegawai Kadet SISPA (PKS)
# Ada banyak peringkat, iaitu:


 - PKS Muda (junior) (Semester 1 & 2)
 - PKS Pertengahan (intermediate) (Semester 3 & 4)
 - PKS Senior (Semester 5)

# Kelebihan menjadi seorang PKS ialah...
Lebih banyak ilmu dan pengalaman yg korang akan lalui berbanding jadi Pelatih Kor SISPA.
Banyak kursus yang akan korang sertai untuk mantapkan lagi ilmu PA korang.
InsyaAllah, bila cukup ilmu di dada, korang akan ditauliahkan sebagai Pegawai Muda dengan pangkat Leftenan Muda Pertahanan Awam..... (Lt. M. (PA).....)

Setiap PKS akan diterapkan ilmu bagaimana nak handle sesuatu majlis. Contohnya majlis makan....
Bagaimana nak handle meeting....
Camne nak buat laporan aktiviti, program... Nak buat kertas kerja...
Boleh share dgn kengkawan...camna nak design baju, banner, logo.
Mcm mana nak pimpin anak2 buah..
Kalau ikutkan, banyak lagi.... Tapi, korang kena sertai sendiri la. Nak citer mmg jadi keje lain dah la aku nie...

Ascending...teknik half mechanical.
Aku yang ringan ni p0n semput nak ke atas...huhu!

Aku sendiri tak percaya, aku dah penah buat teknik spider nih...
Time kasih SISPA! Kalau tak, aku mesti tak merasa buat benda camni... =)

Antara kursus yg kami kena pegi...

Yang uniform biru tue PKS.
Yang uniform putih tue pelatih Kor...


Antara aktiviti sukarelawan yg kami involve.
Banjir baru2 nie....

Latihan Medan

Rawatan kecemasan

CPR (teknik pernafasan dari mulut ke mulut)

Ikatan tali...
Rakit

Pehimpunan dan pentauliahan kat UiTM Shah Alam...
Pegawai2 yang aku hormati sekalian ditauliahkan masa nie la....
Tahniah semua..!

Kami p0n riadah gak....=P

Lawatan ke SMK Pulau Gaya dlm program Jelajah Kinabalu.
(Lepas daki Gunung Kinabalu)

Kawan aku la kat atas tu... =)


Yang nie la sedikit sebanyak yang aku mampu share... Banyak lagi gambar sebenarnya. Tapi, nak upload semua mmg ambik masa la. Gambar dinner tak letak, gambar kami kat kursus.. Gambar kami makan2, enjoy2....

Tapi, yang pasti....walau banyak mana sekalip0n gambar yg aku letak, kalau korang tak rasa sendiri apa yang kami rasa. Korang takkan faham, kenapa............ Kenapa aku dan mereka (sahabat2 aku) sayang sangat2 dengan SISPA.

UiTM dihatiku, SISPA dsanubariku.


















4 comments:

Anonymous said...

Terima Kasih kerana sayang akan SISPA... terima kasih juga kerana berkongsi pengalaman.... (^___^)

Anonymous said...

SISPA DISANUBARIKU...
terima kasih juga kpd kawan2 yg sentiasa membahagiakn...<3

Anonymous said...

Terima Kasih juga kerana sudi baca... =)

Anonymous said...

satu entry yg mnarik...hrpkan kmu smua dpt mneruskn legasi sispa ini...

si orang tua~