Kali nie aku nak share pasal sakit belakang. Sebab apa? Sebab aku sendiri alami seawal usia 20 an. Setahu aku, ada jugak kawan aku yang sakit belakang nie. Aku p0n tak pasti nape.
Salah satu sebab, aku selalu tido meniarap. So, sekarang ni aku dah jarang tido mcm tue. Tambah pulak, tido mcm tue...ialah cara tid0 penghuni neraka. aku baru tawu baru2 nie jer.
Setakat yang aku alami, pengalaman sakit belakang nie mmg agak perit.
Pernah dulu, setiap 5 minit sekali...sakit tu datang. Bukan datang biasa2 tapi mengejut...mcm kena electric shock jer...huhu! Sahabat aku selalu suruh aku gi check. Tapi, aku tak nak. Sebab..aku dah ada experience. Aku gi kat doktor bertauliah nie,,,,dia bagi apa kat aku? Panad0l! Alasan dia, aku demam. Masa tue, rasa mcm....nak dush, dush kat dia!
Kawan aku citer, doktor bagi ubat counterpain kat dia. Aku gelak jer.. Ok la tue. Ubat tue mahal kot. Gi klinik doktor bagi ubat tue, berbaloi la jugak. Tapi, mcm.....takde inisiatif lain ke? Buat la x ray ke apa ke...
Ni aku jumpa kat encik google. Aku p0n malas nak baca. Benda yang aku dah mmg tawu...
Apa yg buat aku pelik, aku jarang tunduk. Mcm mana la aku boleh kena sakit belakang ni kan? Takpe la. Orang kata, setiap kali kita sakit...Allah ampunkan dosa kita. Kalau betul, aku bersyukur even sakit tue kadang2 buat aku rasa....kenapa aku mcm orang tua yg dah berkurang kalsium?
Secara perubatan, leher dan bahu terdiri daripada otot, tulang, saraf, arteri dan salur darah, begitu juga ligamen dan struktur sokongan lain. Banyak keadaan yang boleh menyebabkan sakit leher dan belakang khususnya kawasan sekitar bahu. Ada yang mengancam nyawa seperti serangan jantung dan trauma serta keadaan lain seperti bebanan.
Perlu diketahui, antara tabiat buruk menyebabkan sakit belakang:
1. Gemar membongkok ke depan dan beralih ke kiri dan kanan ketika mengangkat atau menarik sesuatu.
2. Membongkok ke depan dan ke bawah ketika bekerja.
3. Perjalanan yang jauh tanpa berhenti rehat.
4. BERDIRI TERLALU LAMA. (salah satu faktor yg paling aku gemari....) p/s: Ini adalah sindiran. Harap maklum
5. Membawa barang yang beratnya tidak seimbang.
6. Duduk membongkok di kerusi.
7. Membongkokkan badan ketika batuk atau bersin.
8. Memakai kasut bertumit tinggi.
Tips elak sakit belakang
1. Tidur di atas tilam spring; letakkan papan di atas dasar tilam.
2. Elakkan diri daripada ketegangan yang boleh menyebabkan sakit belakang.
3. Kekalkan kedudukan susuk badan (posture) yang baik ketika duduk dan berdiri.
4. Apabila mengangkat barang, tegakkan belakang anda dan bengkokkan lutut saja.
5. Pelajari senaman yang boleh membaiki pergerakan dan kedudukan susuk badan anda.
6. Jika memandu, anda perlu berhenti dan berehat seketika atau keluar dari kereta setiap 90 minit.
7. Bagi wanita, pakai kasut bertumit rendah.
8. Luangkan sedikit masa untuk berehat dan elakkan daripada terlalu banyak membuat kerja yang membebankan untuk jangka waktu yang lama.
9. Pegang objek yang berat rapat ke badan anda.
10. Apabila duduk di kerusi, pilihlah tempat duduk yang dapat mengampu seluruh paha anda dan biarkan kaki anda lurus ke bawah dan memijak lantai atau bangku kecil dengan selesa.
5 comments:
yek ????? baru tau....
Cre nk kurgkn skit tulg blakg..
Bshkn tuala ngan air pns..(jgn pns sgt kang mlecur plak)..
Pastu tuamkn atau letkkn tuala bsh tu kat bhgian yg skit tu..
*moge cpt lar elok...
Dri si tue....
ok, thanks 4 the petua.... =)
haha... dari no 1 smpi 7 sume aku da wat.. pttla sakit.. no 8 je xpnh~
-faareast-
kalau buat no 8 tu, mmg xngaku...org tu pegawai, huhu!
Post a Comment