"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dlm kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh atau solehah dalam kalangan kamu, kerana aku juga melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan."

~Hassan Al Basri~

Wednesday, July 25, 2012

Kejayaan terletak pada.................siapa?

SHAH ALAM 12 Julai - Beberapa orang pelajar jurusan Sains Aktuari telah diwawancara oleh wartawan TVSISPA. Mereka menjadi insan bertuah apabila terus diserbu oleh pihak media selepas selesai sahaja peperiksaan akhir mereka pada jam 5:29 petang.

Antara persoalan yang diutarakan kepada mereka ialah:

Bagaimana dengan peperiksaan anda? Adakah anda yakin, anda mampu untuk mendapat keputusan yang cemerlang untuk semester ini?
Pelajar pertama, Almond (bkn nama sebenar) berkata "Saya kurang yakin, kerana suasana yang terlalu sejuk di dalam dewan, membuatkan otak saya tidak dapat berfikir dengan baik. Malah, saya hanya dapat meminta simpati daripada pensyarah saya, dengan menulis..."Pn, saya beku... Tak mampu nak tulis nombor dgn baik. Harap Pn faham."

Pelajar kedua, Bahulu (juga bukan nama sebenar) berkata "Saya telah cuba sedaya upaya saya. Berkat usaha gigih sejak dari awal semester hingga saat akhir peperiksaan ini, saya telah belajar sebaik mungkin. Dan saya yakin, setiap jawapan yang saya berikan, adalah tepat. Malangnya, saya dapat rasakan...kejayaan tidak berpihak kepada saya memandangkan, suasana yang terlalu sejuk di dalam dewan membuatkan ink pen2 saya beku. Akibatnya, apa yang saya tulis di atas kertas...hanya kosong. Dengan harapan, pensyarah saya fasih menggunakan tulisan Braille (tulisan khas utk org buta). Dengan hanya menyentuh hasil tulisan saya, saya harap Prof faham setiap jalan kira saya."

Pelajar ketiga, Tart Nenas (of course bukan nama sebenar!) berkata "Saya ni simple jer. Takde la mcm kawan2 lain. Nak study, pulun dari awal sampai la burning the midnight oil bila exam is around the corner...(ayat karangan time SPM). Saya nie sempoi jer. Saya nak study, saya study. Saya penat, saya layan movie..running man jap. Tak p0n, kartun Barbie. Saya tak layan facebook2 ni. Saya ketagih bl0g jer. Senang cita, saya ni takde la pandai sgt. Cukup2 makan. Asalkan apa yang saya belajar selama nie, dapat saya gunakan dalam hidup saya. Bukan untuk dapat A semata2. Tapi, sape yang tak nak dapat skrol ijazah tue kan? So, saya belajar la jugak...semata2 nak dapat jawab dgn baik soalan exam hari nie. Tapi, disebabkan kesejukan melampau dalam dewan tadi, saya jadi beku. Tangan tak mampu nak menulis. Otak tak mampu nak berfikir. Mulut tak mampu nak terbuka.... Sedihnya, saya tak dapat jawab exam..."
(gagal ditemuramah dengan lebih lanjut, memandangkan beliau terlalu sedih)

Dapat disimpulkan di sini, keadaan di dalam dewan peperiksaan adalah salah satu faktor penting bagi seseorang pelajar. Jangan kerana kesejukan, otak, badan malahan ink pen jadi beku. Akibatnya, pelajar menjadi mangsa kegagalan. Jangan salahkan pelajar semata2 jika mereka tidak mampu menjawab dengan baik. Tapi, salahkan la pencipta penghawa dingin. (Aku belajar kat sekolah dulu, sebutan sebenar2nya...pendingin hawa)
Errr,, tak..tak. Salahkan sikap pihak yang mengada2 nak selesa. Sanggup beli air-cond untuk buat pelajar rasa selesa.
Eh, tak...salahkan pihak pembekal air-cond. Sape suruh jual...mesti la ada orang nak beli.
Mmmm, tak bukan salah dorang. Sebab tue memang keja dorang.

Habis tue.......................................
Salah sape ek?

wartawan, TVSISPA

#Sebagai seorang pelajar, jadilah insan yang menimba ilmu untuk digunakan dan diamalkan dalam kehidupan kita. Bukan untuk menggapai cita2 semata2. Bukan untuk segulung ijazah semata2. Bukan untuk dibanggakan kepada semua. Persediaan yang rapi terletak dalam diri pelajar itu sendiri. Tetapi, setiap apa yang terjadi sebelum, semasa dan selepas peperiksaan adalah apa yang telah ditakdirkan dan ditetapkan untuk kita. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hamba2-Nya.

p/s: Dalam diri seorang anggota Pertahanan Awam, 'sebelum, semasa dan selepas' adalah frasa utama dalam menjalankan tanggungjawab mereka. Sentiasa bersedia sebelum, semasa dan selepas bencana...





6 comments:

Anonymous said...

1t komen!!!!

Anonymous said...

setakat letak "1st komen" xyah bangga sgt la..hehe! zati, zati....

Anonymous said...

Haha,name samaran tak leh bla..xd nme laen ke puan?hahaha..
mmg bapakk sejukk nye dlm exam hall,beku otak,tgn semua lah..tp kalu ilmu penuh di dada..x sempat nk beku,semua dh boleh jawab..*peaceee!:))

Anonymous said...

(^_^)

Anonymous said...

setahu sy, yg suke bt "(^_^)" nie..Tn Lan, hehe!

InsyaAllah...ilmu di dada xkan beku sampai bila, kecuali kita takbur dan riak dgn ilmu tue. =)

Anonymous said...

(^_^) ~ hahahhahaaa....