"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dlm kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh atau solehah dalam kalangan kamu, kerana aku juga melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan."

~Hassan Al Basri~

Saturday, July 28, 2012

Uniknya ciptaan Allah ~ sindrom down

Assalamualaikum,
Pepagi buta aku update bl0g nie. Sebenarnya tak boleh tid0...huhuhu! (Bila pikir balik, pernah ke aku TAK update pepagi buta ek? haha!)

Aku just nak meluahkan rasa hairan aku terhadap parents yg malu nak bawak anak2 berpenyakit kuar rumah + kagum dgn parents yg tak malu dgn kurniaan Allah terhadap dorang. Parents yang ada anak down syndrom contohnya.


Muka dorang lebih kurang kan?

Selalunya, parents malu nak gitau org ramai, dorang ada anak syndrom. Jalan penyelesaian dorang, just letak dan biar si anak tu terperap dalam rumah. Takde perkembangan, tak bergaul dengan org lain....

2, 3 hari lepas...aku jumpa sorang nih. Aku tak pasti bape umur dia...tapi, dia salah sorang yang mengidap syndrom down. Aku dah lupa penyakit nie, terlebih kromosom ke, kurang kromosom? (Nampak sgt la, tak ambik berat soal Biologi...huhu! Sebab tue, aku ambik Maths, haha!)

Comel jer tengok dia... Even agak tak terurus, maksud aku, tudung dia tak mcm org normal pakai.... Tapi, itu menambahkan kecomelan dia. Semua tawu kan, org yg ada masalah kromosom nie, mempunyai struktur muka yang hampir sama. Sekali tgk jer, dah tawu....dia sindrom.

Aku puji parents dia, bawak dia gi tempat mcm tue. Didedahkan dgn benda wajib. Sedangkan, benda tu tak wajib p0n untuk dia.... Tapi, aku tak pasti la kalau dikira wajib sebab dia mampu berfikir dgn baik. Apa yang aku nampak, dia mcm tak boleh cakap. Tapi, aku yakin, dia tawu... Cuma cara dia menerima apa yg manusia normal katakan tue, berbeza daripada kita sendiri. Mungkin dia faham, tapi mcm mana dia nak terjemahkan balik dengan cara dia.... hanya Allah yang tawu.

Sebagai contoh, mak aku tanya...
"Cari apa?"
Sebab tindak tanduk kerbau dia menunjukkan yang dia tengah cari something. Tapi dia just tunjuk kepala sambil mata melilau2.

Dia faham apa yang mak aku tanya, tapi dia tak boleh nak bagitawu kita, kan? Uniknya ciptaan Allah. walaupun ada kekurangan dalam diri dorang, tapi dorang still boleh berfikir sbg manusia. Sebab tue la, ada ungkapan....'tidak berperikemanusiaan' untuk golongan yang zalim sesama manusia. Sanggup buat benda2 terkutuk dan biadab, mengalahkan jahilnya haiwan.

Malah, golongan nie sebenarnya mempunyai akal yang lebih rendah daripada kekurangan yang Allah berikan utk org lain.
Pernah dengar ke, orang kurang upaya bunuh ibu bapa dorang?
Pernah terbaca ke, orang kudung rogol adik dia sendiri?
Yang selalu kita lihat, insan normal, cukup pancaindera yang buat dosa, maksiat di bumi ciptaan Allah nie.





Ya Allah, ampunkan dosa aku, kedua ibu bapaku, keluarga aku, sahabat2 aku, kenalan2 aku, seluruh muslimin muslimat... Jika kami hamba-Mu yang sempurna sifatnya, teguhkanlah iman kami, agar kami sentiasa berada di dalam landasan yang benar, menuju indahnya syurga-Mu. Jika kami mempunyai kekurangan dari segi fizikal mahupun pemikiran kami, peliharalah diri kami, daripada mengeluh dengan ujian dari-Mu. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kami.

2 comments:

Anonymous said...

Amin....

Anonymous said...

Hari-hari autistik by meor is one of the good song to describe feeling what their parents feel about their special son..
-dri si tue