"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dlm kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh atau solehah dalam kalangan kamu, kerana aku juga melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan."

~Hassan Al Basri~

Monday, July 30, 2012

Datang dan Kembali ~ 29 Julai 2012

Assalamu'alaikum
Pagi ni, rasa mcm bertuah sgt2. Alhamdulillah, apa yang aku nak sebelum ni dah tercapai. Semuanya dengan berkat doa mereka dan kasih sayang dari-Nya.
Moga jadi pengajaran untuk aku, supaya sentiasa meminta pada Yang Esa, dan bukan merayu pada si manusia.

Tapi, dalam happy tue..ada jugak sedihnya.
Semalam, kawan lama aku kat Seri Nibong sambut befday, 29 Julai 2012. (Bukan tu yang disedihkan...)
Dalam masa yang sama, kawan sekolah aku jugak dah meninggal dunia. Even kami tak rapat, tapi sekurang2nya kami pernah bersua muka, pernah bekerjasama dalam dunia kawad, pernah bergelak ketawa dgn dia (sbb kami duduk hostel).

Semalam, aku dgn family gi beli barang. Tetiba Hazimah call. Aku ingat nak jemput untuk raya. Awalnya....haha!
Tapi, rupanya aku salah...
Dia call sebab nak gitau, Nur Syakira Binti Saad atau lebih dikenali sebagai Makira dalam kalangan kami, dah p0n meninggal. Hazimah gitau, arwah dah 2 minggu dalam hospital. Sakit apendiks (aku baca dlm fb kwn). Dengar kata, pecah....

Semoga arwah tergolong dalam golongan org yg beriman.
Ni status kwn aku...


Nadiah Mat Salim
Alhamdulillah.. Shbt sy nur syakira bt.saad telah slmt di kebumikan,slps asar td.. Tiada pesanan yg ditggl arwah hanya kali trakhir btemu dgn arwah dlm keadaan sedar pd hri khamis 26/7 shbt pesan dia minta maaf pda smua kwn2, dan doakan dia byk2.. Smoga shbt dcucuri rhmat dan dtempatkan bersama org2 beriman..aminn!!

Walaupun arwah dah meninggal, yang masih hidup, teruskan perjuangan ke jalan yg benar, jalan yang diredhai-Nya. Jangan diratapi pemergiannya, kerana pemergiannya ini membuktikan kasih sayang Allah kepadanya. Ditambah dengan, kembalinya dia dalam bulan Ramadhan yang mulia ini.





2 comments:

Anonymous said...

moga beliau tenang di sana & ditempatkan bersama orang-orang mukmin... Al-Fatihah...

Anonymous said...

InsyaAllah, amin =)