"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dlm kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh atau solehah dalam kalangan kamu, kerana aku juga melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan."

~Hassan Al Basri~

Sunday, July 29, 2012

10 Wasiat Imam As-Syahid Hassan Al-Banna



Setahu aku, Imam Hassan Al-Banna nie meninggal dalam keadaan yang dasyat. Dengan izin Allah, beliau mati syahid akibat kekejaman kafir laknatullah. Aku kurang ingat sejarah kematian beliau, tapi kalau tak salah aku... Golongan kejam tu mmg nak sangat bunuh Imam Hassan Al-Banna. Sehinggakan, apabila mereka telah hampir meragut nyawanya...mereka mengarahkan supaya tidak ada satu hospital pun yang menerima beliau sebagai pesakit. Disebabkan khuatir diri mereka dalam bahaya, pihak hospital hanya menurut saja. Wallahua'alam...aku tak ingat jalan cerita yang sebenar.
Untuk pengetahuan semua jugak, Imam Hassan Al-Banna la yang buat mathurat tue...
Moga beliau dirahmati Allah...
1) Dirikan solat apabila mendengar azan, walau apapun jua keadaan pada waktu itu.
2) Bacalah al-Quran, atau pelajari tafsirnya atau dengarlah bacaan orang lain, atau zikirlah kepada Allah, Jangan engkau gunakan sebahagian ruang waktumu untuk hal-hal yang tidak berfaedah.
3) Bercakaplah dengan bahasa Arab yang fasih, kerana ia termasuk dalam syi’ar Islam.
4) Jangan banyak berdebat dalam apa jua hal. Pertengkaran tidak akan mendatangkan sebarang kebaikan.
5) Jangan banyak ketawa, kerana hati yang berhubung dengan Allah sentiasa tenang dan mantap.
6) Jangan suka berjenaka atau berolok-olok, kerana umat yang berjuang tidak mengenal yang lain selain kesungguhan.
7) Jangan engkau tinggikan suaramu melebihi keperluan pendengar. Ia menunjukkan kebodohan dan menyakitkan.
8) Jauhi menghina orang, mencela organisasi dan jangan berbicara kecuali perbicaraan yang baik.
9) Perkenalkan dirimu kepada orang yang engkau jumpai, walaupun ia tidak meminta daripadamu, sebab dasar dakwah kita adlaah cinta dan saling kenal mengenal.
10) Kewajipan selalu lebih banyak daripada waktu yang tersedia. Oleh itu bantulah orang lain untuk memanfaatkan waktunya. Jika engkau mempunyai urusan, maka selesaikanlah dalam waktu sesingkat-singkatnya.

3 comments:

Anonymous said...

Good sharing of knowledge... And to be implement oin our life.. May Allah s.w.t guide us through His path.. insya Allah...

Anonymous said...

Terima kasih Puan, kongsi psl As Syahid Imam Hassan Al Banna ni..Pengasas Ikhwanul Muslimin..byk berjasa dlm menegakkan agama Allah..admirenye kt beliau..=)

Anonymous said...

InsyaAllah, pesan Nabi Muhammad SAW, "Sampaikanlah, walau sepotong ayat"

Ramainye, dy admire....lalalalaaa! =P