"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dlm kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh atau solehah dalam kalangan kamu, kerana aku juga melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan."

~Hassan Al Basri~

Monday, April 16, 2012

C.I.N.T.A

Assalamualaikum,
CINTA?
Ape maksud cinta?
Aku tak tawu sebab aku tak penah alami.
Ada insan yang suruh aku update pasal cinta... Aku sekadar memenuhi kehendak dia jer...hehe!

Perasaan sayang sebenarnya fitrah semula jadi dalam diri manusia. Tak kisah la korang lelaki sekeras batu sekalipun, jika dikaitkan dengan hati dan perasaan, kekerasan itu akan lembut jua.
Sama lah juga dengan si kaum Hawa.
Selembut mana pun si dia, jika dipermainkan hati dan perasaannya...akan memberontak jua.

Cinta hakiki ialah cinta abadi, hanya kepada-Nya, Allah SWT.
Bagaimana pula dengan cinta sesama manusia?

Disampaikan oleh seorang kenalan di matriks dulu.
"Setiap org punya rasa cinta. Bahkan, yang paling arif soal agama dalam kalangan sahabat2 kita pun, pasti ada rasa cinta dalam dirinya kepada seseorang."
Cuma, yang membezakan dia dengan insan yang lain ialah....pada siapa ia mengadu tentang kasihnya itu? Adakah kepada manusia juga, atau hanya kepada Tuhan yang menciptanya?

Ada golongan yang, sibuk menghebah2kan......"Ini la boyfriend aku. Ini la girlfriend aku...."
Bangganya mereka....
Sedangkan, adalah lebih baik jika mereka hanya mendiamkan perkara tersebut.

Sebab, adalah lebih afdal bagi seseorang perrempuan itu, untuk memendam rasa tentang perasaan dia terhadap seseorang lelaki. Biarlah, hanya Allah dan dia sahaja yang tahu tentang perasaan itu. Itu lebih afdal dalam Islam, agama suci...

So, kesimpulannya... La tahzan (Jgn bersedih) bagi kaum Adam yang ditolak cintanya. Atau tidak mendapat sambutan dari si dia. Kerana mungkin, dia sedang memohon kepada-Nya, agar anda menjadi imam untuk dirinya.

(Uh, lebar sangat senyuman tue..... Dah2, tawu la senyum tue sedekah. Tapi, kalau senyum sensorang depan laptop, skrin p0n tak nak tengok. Hodoh beben0r senyum camtue....)

Untuk pasangan yang dah declare,,,anda sudah berpunya, jaga la maruah diri dan keluarga.
Buat yang masih memendam rasa, berkongsilah dengan-Nya, sesungguhnya Dia lebih memahami kamu.




Insya-Allah

2 comments:

Anonymous said...

ada satu cinta yang kita rasa sejak kita diciptakan lagi.. cinta pada Allah..:) hee..

cinta selepas kawen lagi best..!

Anonymous said...

(^______^)