"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dlm kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh atau solehah dalam kalangan kamu, kerana aku juga melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan."

~Hassan Al Basri~

Friday, May 6, 2011

gelombang rindu mak & anak

Assalamualaikum...
Sejak dua menjak nie, banyak keja yang aku nak settlekan. Quiz, tests berderet-deret.....dugaan betol. Dah la semester ni, boleh kata semua subjek baru....yang penah belajar mcm statistics p0n, tengah pening2 lagi ni. Ditambah dengan konpius nak amek intersession ke tak...plus dengan class Financial Maths (FM) time cuti panjang nanti. Ermmm....banyak nak guna duit sekarang...bukan 2, 3 puluh....beratus-ratus. Kalau aku amek class FM tu, sebulan bayar 120. Kalau class, 3 bulan......korang darab la sendiri ek. Memang niat nak call mak aku....lama tak call. Dah la cuti mid sem hari tu p0n aku tak balik. Call p0n tidak..... Bila aku boleh call, dah lewat malam pulak. Tak nak kacau...huhuhu! =(

rindunyer kat family aku....=(


Malam nie, aku ade roll call dengan Pegawai Muda... Nak check pakaian no 4 kami.... Dah nama pon roll call badan beruniform, dah kompem2 balik lewat malam. So, bile aku balik jer bilik, teros gi belek f0n. HAH! Ade message! Aku dapat rase tue msg daripada mak aku c0z, mmg aku niat sgt nak call mak..... Dan sangkaan aku tidak meleset! Tue la...bak kata org, antara seorang mak dgn anak, ade satu gelombang. Bile si anak rase something or rindu kat mak dy, InsyaAllah mak kite nie tawu....sbb mak dapat rase melalu gelombang tue. Kalau korang tak percaye kat aku, boleh la gi tanye pakar2 berkenaan. Tak p0n, tanye member2 yg ade experience mcm aku ni......

Amanat NC UiTM....@ Komanden KOR SISPA.
Kolonel Terhormat (PA) Dato' Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid B. Abu Bakar.....
" Sayangilah ibu anda, Tunaikanlah solat, Bantu org miskin..........."


Walaupon Pengurus Pejabat Asrama SMKSN aku suruh panggil die ibu, warden asrama ngan PK HEM sekolah aku panggil mama...(saje2),,, tapi....MAK aku, tetap mak. Takde org lain..... kan? kan? kan? 

4 comments:

Anonymous said...

Kolonel Terhormat ke Kolonel Terhormat eak???

Anonymous said...

slh2...Kolonel Kehormat ke Kolonel Terhormat??? lupe da...hehe

Anonymous said...

Dulu penah tanye sorang ni. Dy kata same jer... sy p0n konpius.... dah dy kata sama..sy abaikan je la...hehe!

Anonymous said...

owh..okek..=p