"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dlm kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh atau solehah dalam kalangan kamu, kerana aku juga melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan."

~Hassan Al Basri~

Thursday, May 12, 2011

nie ar life aku...


Assalamualaikum…
Entry kali nie aku nak citer pasal diri aku sendiri time kecik2 dulu. Ramai terkejut bile aku gitau, aku ni asal Penang. Sebenarnya, aku dilahirkan kat Hospital Besar Kangar, Perlis. Pastue, abah tukar keja kat Pahang. So, seingat aku…dlm umur aku 3,4 tahun, aku dah ade kat Bent0ng, Pahang. Bangunan pejabat abah aku dekat sebelah rumah jer. Aku ngan abang aku selalu gak gi kat bangunan tue. Tapi, aku tak ingat ape tujuan kami gi situ, hee! Ade sekali tue, kami gi beli nasik lemak kat kantin. Aku yg gi bayar… Dah name p0n kecik ag, tak tawu p0n nilai duit tue. Lepas bayar, aku ter0s belah. Mak cik tue p0n panggil la aku balik, nak bagi duit balance. Gelak2 org yg ade kat situ..ye laa, budak kecik bayar, mane tawu kire…..huhu! Balik tue, aku citer kat mak, mak p0n gelak kat aku, hoh0! Maybe sbb tue aku minat maths kot, hahah! Tercabar dgn kejadian waktu kecik, keh3!

Dari Pahang, satu family pindah gi Labuan plak. Abah keja ape ntah. Kalau tak salah aku, kaitan imigresen. Yang bestnya kat sane, bet0l2 belakang rumah kami tue, ade pantai! Selalu gak aku gi main2 kat situ. Pastu, kat pintu pagar dari rumah aku ke pantai tue, ade la satu timbunan tanah nie..mcm busut, tapi takde la anai2… Aku selalu main kat situ, bagi pecah tanah tu dgn kayu ke batu ke…. Gamaknya kalau aku tawu perkataan geologi mase tu, mesti aku berminat nak amek course tu skang ni, hahah! Aku suke bab2 pecah tanah nie..mcm cari gali… Siap pakai kasut lagi wo0o time tue! Aku ingat ag, kasut biru merah.. Alaaa, kasut bebudak…nasib takde telinga arnab jer kat ujung kasut tue.  Kat umah tu gak, aku ngan abg aku selalu panjat pagar umah…duduk atas tue. Ape tujuan, aku p0n tak tawu. Sekali tue, mase panjat pagar tue, baru jer duduk…tetiba mak kuar…………………………….
Tak marah p0n, tapi suh kami gi beli kelapa. Nak buat santan kot… Alaaaaa,, baru duduk, hoh0! Lalu, kami dua beradik p0n berjalan la gi kat umah mane ntah…beli kelapa..

Pastu, kami pindah umah plak. Still kat Labuan tapi umah je lain. Aku p0n start tadika kat situ. Tapi, tak sampai sebulan, kami kena pindah gi Kota Kinabalu plak. Tak merasa p0n nikmat tadika…huhuhu!

Kat KK, aku takm0 gi tadika. Sbb ramai cina + pakai skirt! Huh! Tapi, bile pikir balik, rase nyesal gak…kalau aku gi tadika mase tue, mesti aku tawu sikit2 bahasa cina, sbb kat situ kena belajar cina….huhu! Takde gune nyesal skang…..
Darjah 1 sampai awal darjah 6, aku belajar kat SRK St. Agnes. 1 Mac 2003, naik flight gi Penang. Sbb abah dapat tukar gi Penang. Start sekolah baru, SK Jawi pd 11 Mac 2003.
SMK Seri Nibong tempat aku start sekolah menengah. Kat situ, aku duduk asrama. Sekolah nie sekolah asrama harian. So, ade yg duduk kat umah, ade yg duduk asrama. Aku rase, semua sekolah berasrama same jer aktiviti die. Takde beza dgn MRSM, SBP, SMKA… So, buat yg berkenaan, jgn la bercerita mcm nak rak, sbbb aku p0n tawu aktiviti student asrama mcm mane.

Baju batik asrama aku kaler maroon. Balik 2 minggu sekali…tue p0n kalau takde aktiviti. (Aku rase tue je perbezaan antara MRSM, SBP dgn asrama harian. Kalau tak salah aku, dorang balik seulan sekali. Tapi, kwn aku ade jer balik selalu…kalah aku!)
Riadah ade gak….students jer, buat or tak…hahah! Prep ptg, prep malam…. Gotong royong bersihkan bilik, aras, kwsn hostel… Time ASAT yg paling penat. Nak hias bilik, nak buat mcm2… Sekali dapat 5 bintang. Pastu dapat 4 bintang. Tapi, aku rase, lepas batch aku kuar…dapat 5 bintang balik kot. Sbb tgk pembaharuan yg ibu (penyelia asrama) buat, mmg drastik gila! Mcm2 ibu tambah, jadi….WOW!
Yang paling best, time dinner ar! Hahaha….mkn mcm tak penah mkn jer. Ade satay, cend0l, ayam percik, nasik tomato, ais krim…dll! Sengaja tak disebutkan semua menu, khuatir basah screen laptop, huhuhu! (Tak syen0noh!)  Lawatan lak, gi Pantai Timur, Putrajaya, KLCC, Camer0n Highland. Pantai timur je aku tak gi, atas sebab tertentu.
Kat sekolah, aku involve sukan sekolah, olahraga MSSPP, kawad. Time sukan sekolah, Insya-Allah akan ade muke aku. Kalau takde, tue maknanya, aku tgh injured, huhuhuu!!
Sukan yg masyuuuk aku j0in ialah 100m, 4x100m, lompat jauh ngan lompat tinggi. Mmg acara wajib aku lah benda2 tu,,,hooo!
Kawad, aku masuk Kadet Trafik Sekolah (UTS). Tapi, batch aku ialah batch last yg join UTS. Lepas jer, kami kuar dari sekolah, UTS dibubarkan atas sbb ape ntah. Aku p0n tak faham. Tapi, semua sekolah yg ade UTS, semua dibubarkan… Sedih, tinggal kenangan jer.
Kami dulu, dianggap biasa + takde sebarang specialities… Tapi, semua tue berubah bile Cik Fuad ajar kami kawad mase aku form 2. Kami dpt gi peringkat negeri. Walaup0n kalah kat sana, kami Berjaya gak gi peringkat kebangsaan mase aku form 4 ngan form 5. Kesilapan daripada ketua platun, akibat terlupa bg arahan jalan perlahan, buat kami kecundang, hahah! Takpe, jadikan pengajaran dan pengalaman je la…  Lawan plak kat atas jalan tar yg curam. Selamat la aku tak jatuh, mase nak ke belakang pusing…huhuu! Mase tu kami lawan kat Johor.
Then, kami lawan kat Putrajaya plak. Situ lagi p0wer! Ade ke buat kawad kat atas lantai licin tu…mcm tile tue! Dah ar pakai ladam…huhu! Ade sorang member aku nak terjatuh, tapi sempat berpaut ngan kawan sebelah. Aku tak tawu la hakim nampak ke tak c0z aku p0n tak nampak mase tu. Dah abes kawad, dorang gitawu aku. Yang menakutkan ialah, kalau la aku terjatuh mase tu, hahahah! Dah ar aku yg paling banyak pakai ladam. Tak cukup dgn ladam, aku tambah dgn paku payung….penoh kasut aku dgn benda2 besi jer. Sekali tue, aku salah…betol2 depan hakim, keh3! Camne boleh terlupe ntah. Aku gi angkat kaki awal…jalan penyelesaian, tunggu sampai member2 lain hentak, baru aku join la. 

Lepas abes jer bertapak 5 tah0n kat asrama sekolah, aku gi menyemak kat matrik plak. Kolej MARA Kuala Nerang jadi mangsa. Tapi, kat sane, aku baik...tak buat jahat..kacau2 org...tak byk hal la kiranya. So, life aku kat matrik agak memb0hsankan....the end!
Kemudian, menerawang pulak ke Shah Alam utk bermastautin secara berhemah kat UiTM, Uitm di hatiku =)...hehehe! My life starts to be so meanigfull. Hepy ngan member baru, gelak2, majok2, bengang2 sikit, gila2....yup! I'm enjoying my life here... tapi, atas dasar aku manusia biasa, dan aku still ingat lagi pesanan member sekolah, kem aku....jaga diri kat area sini. C0z aku tak penah berhijrah lame kat kwsn selangor nih. Ape2 p0n, kalau ade sebarang perubahan sikap yg negatif dlm diri aku, moga dpt kalian tegur yaa! =) InsyaAllah, aku tak lupe diri.....
Pesanan daripada penasihat aku kat U ni,,,,,,ape2 p0n, ingat la mak abah. Tue yg utama.

No comments: