"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dlm kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh atau solehah dalam kalangan kamu, kerana aku juga melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan."

~Hassan Al Basri~

Thursday, January 31, 2013

Roomate Sem 5

Assalamu'alaikum,
Haaa, hari ni aku nak ngumpat citer pasal roomates aku sepanjang sem 5 nie. Stay kat kolej ni berbumbungkan lantai aras 6 (So, bilik aku kat aras 5).

Kalau tak salah aku la...sem ni ar paling sikit tahap kebengangan aku, terutamanya kat bilik..haha!
Maybe sebab ada si damia yang suka bising2, cari gadoh dgn kami (aku dgn pika). Takde la pulak rasa stress dgn mulut dia... Kalau org lain, rasanya aku dah lama halau lepak bilik lain. Memang ar sem ni selalu gak sesat kat bilik lain....tapi, still lagi rasa sayang kat bilik sendiri, hehe!

Si pika plak, dah sama taraf dengan tok guru dia (damia)... Suka sangat sakat aku.... Aku keseorangan membela diri sendiri, haha! Jarang la kami ahli bilik tak gelak2...

Cuma, aku sedar ada satu masa tue....dalam seminggu gak. Kalau tak aku yang naik angin, damia yang marah... Kalau tak damia, pika lak bengang2 sikit. Maybe minggu tue, minggu stress kami kot. Bercakap p0n tidak.... Aku tak tawu la korang perasan ke tak....

Nak tambah cita lagi, dorang ni memahami aku... Entah macam mana aku ter-cerita something kat salah sorang dorang. Kalau selalu, aku tak kan cita kat orang yang tak rapat sangat dengan aku.
Bila difikirkan balik, Alhamdulillah...ada hikmah aku cita kat dia.

Yang sorang lagi pulak, entah macam mana boleh share something dengan aku. Maybe sebab dia nampak aku macam kusut sikit masa tue. So, dia datang + kata dia p0n alami benda yang sama. Hmm, baru aku tawu....kadang2 kita tak rapat dengan orang tue...tapi dia boleh lebih memahami aku dari orang lain yang betul2 kenal aku. Indahnya ciptaan Allah...manusia berakal. Penuh dengan cerita masing2 untuk kami jadikan pengajaran.

Sepanjang2 sem ni...baru dua kali kami kuar gi beli makanan sama2. Pelik pulak.... Maybe sebab waktu bangun antara kami berbeza2...haha! Ada yang awal, ada yang lambat. Tapi selalunya...average. Kalau hari ni aku bangun awal, yang lain lambat. Tapi, besok pulak..dorang awal...aku lambat, hoho!

Apa2 p0n, aku memang akui...sem ni adalah waktu paling best untuk maintain dalam bilik. Dok kat mana2, mesti rasa nak balik cepat..... Thanks korang. Sem depan entah duduk dengan sape la pulak kan?
Errr, ada lagi ke aku sem depan? In syaa Allah (*_*)

Friday, January 11, 2013

Masih Ramai yang Mempersoalkan hukum Couple

HUKUM BERCINTA ♥

Soalan : 

Salam..Ustaz nk tnya skit ni..sy de dngr ustaz2 yg mengajar kt masjid..katanya becinta itu haram hukumnya. soalan saya, betulkah haram hukumnya bercinta sebelum berkahwin walaupun batas2nya telah dijaga..dan andai kata betul patutkah seseorang itu memutuskan hubungan percintaannya dan memulak...an kehidupan masing2 jika mereka telah mengetahui akan haram hukumnya berci...nta sblm kahwin.

Jawapan: 

Bercinta yang diharamkan tu ialah seperti yang berlaku dewasa ini yaitu antara si lelaki dan si perempuan saling berbual, bertemu, keluar atau makan bersama. Apakah yang dimaksudkan pula bercinta tapi menjaga2 batas2nya. Batas apa yg dijaga? Kalau yg dimaksudkan dengan batas itu ialah mengikut garis panduan agama maka tidaklah salah tetapi tidak pula dinamakan bercinta.. itu hanya disebut sebagai saling mengenali. Dalam Islam, tdak salah mengenali seorang perempuan dengan tujuan utk dijadikan isteri. Tetapi tidaklah sampai keluar bersama tanpa mahram, bercakap perkara2 yg yg disukai oleh nafsu. Tetapi kalau maksud menjaga batas tu ialah tidak tidur bersama hanya berjalan atau sekali sekala makan bersama maka itu bukan menjaga batas agama bahkan inilah bercinta yg diharamkan. Bagi yg terlanjur sudah terlibat dengan bercinta ini tidaklah mesti memutuskan hubungan tetapi jika jujur menjadi keutamaan maka berkahwinlah sebagaimana anjuran Nabi saw. 


Meh aku simpulkan kat sini:

1) Bercinta yang diharamkan: saling berbual, bertemu, keluar atau makan bersama
2) Bercinta tapi menjaga2 batas2nya: mengikut garis panduan agama maka tidaklah salah tetapi tidak pula dinamakan bercinta.. itu hanya disebut sebagai saling mengenali.
3) Maksud menjaga batas (pada pandangan kita sendiri dan inilah yang ditegah dalam Islam) : tidak tidur bersama, hanya berjalan atau sekali sekala makan bersama

Aku tak berani komen la pasal kaple2 ni.. Sebab, aku p0n tak arif. Aku cuma share dan bagi pandangan aku jer. Ada kawan aku share info kat atas nie. Menarik tapi susah utk difahami.

Bagi aku ar kan, bagi aku...nie pendapat je...... Bukan nak hentam sesapa. *Ada orang pernah kata kat aku, aku nie kalau post apa2, macam hentam kat somebody. Pada hal, aku post utk umum.... kalau tuju2 tue, penah ar jgk, cuma tak selalu la. Bila rasa annoyed tue menggunung...


Memang akan terjadi. Dengan doa kepada Allah, kita boleh mengawal perasaan kita. In syaa Allah, mantapkan iman, Allah akan tolong.


Kalau korang nak tawu, bila dua orang manusia berakal (lain2 jantina) berhubungan, berkomunikasi atau senang citer, dorang ni rapat.... Tak mustahil untuk timbul rasa sayang or s0mething else. Rindu ke, jeles ke... Even, masa tu, takde declare pape p0n.

Salah sorang tue akan ada perasaan suka kat orang tue jugak. Dulu, aku penah baca dalam fb,
"Allah jarakkan kita dgn orang yang kita sayang, kemungkinan sebab salah sorang dari orang tue...ada buat kesalahan semasa mereka berhubungan."
Mungkin, lalai solat sebab sebok dok tunggu chatting dgn orang tue ke, tak p0n...khusyuk update status pasal yang dirindui ke. Tak p0n, terpikir nak ajak makan sama2 ke...

Memang tak pegang2, tapi boleh jadi ke arah tue. Kita dah biasa dengan statement, 'Dalam berdua2an antara lelaki dan perempuan, pasti ada yang ketiga, iaitu syaitan.'

Dan aku bertambah2 pelik, kalau ada perempuan yang sudi keluar dgn lelaki yang lebih dari sorang, sedangkan dia sorang2. Zaman semakin maju... Kalau jadi pape, boleh ter0s 'tweet'...polis cepat tawu, parents cepat datang tolong pukul laki yang jahat tue.(tapi perempuan ibarat membenarkan)
(mak pukul dgn senduk tak agak2? Ayah hentam dgn belt tak rasanya?) 
Rajin sangat la mak nak gi cari senduk dulu kan....

Ok la kot setakat nie. Cuma satu aku nak share dengan korang, mungkin ini boleh menyejukkan hati sesapa yang dendam terkilan dengan post nie...

Ustaz kata, kalau nak message kat perempuan tue..."I love you" boleh. (Aku tak pasti kalau perempuan yang send kat lelaki). Asalkan, hubungan korang, untuk ke arah perkahwinan. Bincang nak tunang ke, nak kawen ke.... Tapi jangan la over2...sekadar msg2 macam tu dah la. Tak perlu la tiap2 malam, sweet dream bagai.

Aku post gambar pink, sbb kawan aku ni suka pink.

Dari segi panggilan pulak, aku rasa...simpan la untuk masa depan korang. (Errr...masa depan kita, aku p0n nak gak, hoho...meroyan jap!)
#Dulu ada orang pertikaikan, sekarang panggil macam nie. Lepas kawen, panggil lagi best la...
Tapi perasaan maybe dah tak sama macam sebelum ni. Sebab dah biasa dipanggil dgn nama2 manja............


Ada kawan aku cakap, sama la macam pakai cincin. Sekarang dah biasa pakai, (mak bagi, nenek bagi...pakwe suh pakai), nanti dah kawen.........takda rasa pape, sebab dah biasa pakai.
Tapi tak tawu la, kalau ada beza, sebab tue...suami yang bagi. (Aku no komen bab ni)

Kiut kan?


Satu lagi, ada sorang ustazah ni cakap...
"Kalau kita was2 untuk buat sesuatu benda tue...maknanya itu dilarang dalam Islam."

Contoh, ramai yang musykil sekarang ni, kaple tu haram ke tak....
Maknanya haram la. Tapi sebab ada yang 'menegakkan kebenaran, bercinta dalam Islam, mengikut syariah...', so timbul la isu, kaple ni boleh, asalkan jaga batas.

#Moga aku, keluarga aku, sahabat handai, kenalan, dan semua muslimin dan muslimat diberi petunjuk Allah.
Bukakanlah hati kami, untuk menerima ajaran agamaMu...Berkatilah setiap ilmu yang kami pelajari agar kami dapat manfaatkannya dalam kehidupan seharian kami.


Dajjal: Di antara matanya Tertulis 'kafir' (2)

Assalamu'alaikum,
Hari tu aku ada post pasal salah satu tanda besar kiamat, iaitu kemunculan dajjal.

Aku saja post pendek2, post panjang2 sekaligus, ramai malas baca. Termasuk la aku... Sebab benda2 macam ni, sepatutnya kita ambik tawu. Tapi, yang paling penting...amalan kita sekarang, besok dan sampai bila2. Jangan sebab 'besok' nak kiamat, japgi dajjal datang....baru seb0k2 nak buat kebaikan. 

Ini sambungannya...


Kata Rasulullah SAW: “Di antara tipu dayanya juga dia suruh langit supaya menurunkan hujan tiba-tiba hujan pun turun. Dia suruh bumi supaya mengeluarkan tumbuh-tumbuhannya tiba-tiba tumbuh. Dan termasuk ujian yang paling berat bagi manusia, Dajjal itu datang ke perkampungan orang-orang baik dan mereka tidak me-ngakunya sebagai Tuhan, maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman dan ternakan mereka tidak menjadi."

“Dajjal itu datang ke tempat orang-orang yang percaya kepadanya dan penduduk kampung itu mengakunya sebagai Tuhan. Disebabkan yang demikian hujan turun di tempat mereka dan tanam-tanaman mereka pun menjadi.

“Tidak ada kampung atau daerah di dunia ini yang tidak didatangi Dajjal kecuali Makkah dan Madinah. Kedua-dua kota itu tidak dapat ditembusi oleh Dajjal kerana dikawal oleh Malaikat. Dia hanya berani menginjak pinggiran Makkah dan Madinah. Namun demikian ketika Dajjal datang ke pergunungan di luar kota Madinah, kota Madinah bergoncang seperti gempa bumi. Ketika itu orang-orang munafik kepanasan seperti cacing dan tidak tahan lagi tinggal di Madinah. Mereka keluar dan pergi bergabung dengan orang-orang yang sudah menjadi pengikut Dajjal. Inilah yang dikatakan hari pembersihan kota Madinah.


Tidak akan dapat ditembusi dajjal!


Dajjal berkata kepada manusia: 
“Sekarang apakah kamu ingin supaya matahari itu berjalan?” Mereka semua menjawab: “Ya, kami ingin.” Maka dia tunjukkan lagi kehebatannya dengan menjadikan satu hari begitu cepat berjalan.

Menurut riwayat Muslim, Rasulullah s.a.w bersabda: 
“Akan keluarlah Dajjal kepada umatku dan dia akan hidup di tengah-tengah mereka selama empat puluh hari. Saya sendiri pun tidak pasti apakah empat puluh hari, empat puluh bulan atau empat puluh tahun. Kemudian Allah SWT mengutus Isa bin Maryam yang rupanya seolah-olah Urwah bin Mas’ud dan kemudian membunuh Dajjal itu.”

Dan menurut ceritanya setelah munculnya Dajjal hampir semua penduduk dunia menjadi kafir, yakni beriman kepada Dajjal. Menurut ceritanya orang yang tetap dalam iman hanya tinggal 12,000 lelaki dan 7,000 kaum wanita. Wallahu A'lam.

Boboi (2)

Assalamu'alaikum,
Aku nak sambung cita pasal boboi. (Klik untuk baca pasal Boboi)
Sekarang ni boboi dah besar....dah makin banyak aksi hampeh dia.

Antaranya ialah:


Entah apa dia buat kat atas sangkar hamster aku tue ntah.
Si belang (hamster) tengah usya dari bawah...

Nie masa dia tengah sakit.
Teringat waktu jaga debab time dia 'demam' dulu....
Lebih kurang macam ni ar muka dia...
(Baru aku perasan, kaler boboi dah macam debab, hitam belang2. Dulu dia kaler kelabu)



Aksi apa ntah...melampau jer.
Tapi bagos gak, takde la dia nak ada bantal ke tilam lembut2 ke....
Save budget!

Aksi biasa bagi seekor kucing azali....


Jalan dalam gelap, nak masuk bilik aku dgn kak...

Nie time sakit tue...

Thursday, January 10, 2013

Hukum Simpan Gambar Perempuan Bukan Muhrim

Assalamu'alaikum,

Bayangkan kalau korang ada family macam nie. 
Aku suka tengok gambar ni, sebab kartun dia orang2 muda...mcm tuju kat golongan belia sekarang.
Tambah2 lak, ramai kawan2 dengan senior2 aku yang dah tunang, kawen.
Aku tumpang happy utk dorang....
Terutamanya yang sorang nih, aku baru tawu petang tadi, dia dah bertunang.
Aku tak tawu, napa aku happy sangat2!!!
Tahniah N.A.I... =)
Sebab tue, bila nampak gambar nie...rasa macam, tak hairan makin ramai yang kawen di usia yang muda.

Untuk yang tak kawen lagi, m0h dengar ceramah, hukum simpan gambar perempuan.
Sebab dulu, ada yang bidas, kononnya....dia sekadar tengok je. Bukan mendatangkan syahwat p0n. 
Bagi aku ar kan,
"Betol ke takda rasa pape masa tengok gambar perempuan tersayang tue. (Utk gambar mak, lain cerita la kan) Confirm ke takde terhasut dgn bayangan or syaitan, walau sesaat?"
Macam mana pulak dengan maruah gadis yang korang nak bimbing tue?
Tak ke tercemar macam tue jer?
Aku juz bercakap bagi pihak perempuan...
Lelaki memang la tak rasa pape...


Jom..........errrr, heheh!

Maruah hilang mcm tu ja. Bkn hilang dara lagi…

Dunia nak kiamat, bila makin ramai yang dah takda rasa malu, zina berlambak2, kes anak luar nikah menimbun2.
Kalau rasa tak takut dengan perkataan kiamat, jom tengok gambaran hari kiamat. Kalau tak takut jugak, istighfar banyak2. Mana tawu, Allah tutup pintu hati kita....
Kita berubah sama2, ke arah kebaikan k.... (*_*)




Aku Dah Tunang?

Assalamu'alaikum,
Nak kawen tak? Nak tunang dulu tak? Ke nak kawen ter0s?

Ar0n : Errr, awak sudi jadi isteri saya tak?
SiLa : Hehehehehehehe.....nak2!!!! 
Jika awak yang ditakdirkan utk membimbing saya, saya sudi. (malu2 hamster kucing berbulu)

Dinasihatkan untuk tengok video di tab lain, nanti terganggu dengan lagu Budak Merah.

 

"Tunang nie bermaksud, bila si lelaki melamar perempuan untuk dijadikan isteri, si perempuan pula dgn seronoknya rela hati bersetuju, walaup0n tanpa kehadiran parents di sisi mereka...."
So, agak2 korang nie dah berapa kali bertunang?
Korang jawab sendiri lah yer...

Dulu, aku dengan kawan2 aku keluar gi dating makan2 dgn beli barang kot. Entah macam mana boleh timbul isu tunang entah, aku p0n buat2 tak ingat...

Aku p0n teringat la pasal ceramah dalam radio...
Uztaz tue cakap la pasal tafsiran tunang tue.
Masa tue, aku terkejut gak....
Ooo, macam tue rupanya.
Dan2 la aku pikir, aku dah bertunang ke belum ek?
Jawapannya, hanya Allah yang Mengetahui. (*_*)

Sebab tue, terlintas nak post pasal benda2 macam nie. Ramai yang tak tawu...
Aku p0n baru je tawu...
Ilmu2 macam nie, kita tak belajar kat sekolah...
Kena cari...
(Aku rasa, ramai jer yang cari.....tapi malu nak share. Nanti orang kata, napa...ko nak tunang ke?)
Ini lah budaya melayu...benda baik dipertikaikan. 
Benda lain, nak pulak diheboh2kan.

#Zaman sekarang, bukan perempuan je kaki kecoh2, gebang merata tempat....kaum Adam p0n dah jadi macam tue.



Petua Cari Jodoh

Assalamu'alaikum,
Haaaa, amacam? Tajuk macam nak suruh orang kawen cepat kan? Haha…. Korang nak tak kawen?
Ustaz kata, orang yang tak nak kawen, tak cukup fitrah manusia…hoho!

Saja ja aku p0st benda macam nie. Nak pelbagaikan ilmu dalam bl0g ni.Tambah pulak, memang ramai yang memerlukan ilmu macam nie… Ramai sangat komplen, susah ar nak kawen, takda jodoh la, tak laku la....

Nak senang lagi, aku ada search video ceramah Ustaz Azhar Idrus pasal tajuk ni ar.  Sebenarnya Islam ni mudah, tapi orang2 kita yang menyusahkan keadaan. Nak kawen p0n senang, tapi tanggungjawab lepas kawen tu yang berat……..berat, bukan susah. Kalau niat nak jaga family, jadi ketua dalam family, jadi imam….semua tue sebab Allah. In syaa Allah amanah kita jadi senang.

Antara yg ustaz cakap ialah:
1) Tengok sape2 yang korang berkenan...
2) Gi rumah perempuan tue,
3) Ngendap Risik dia (Tanya dah berpunya ke belom)
4) Kalau takde, tanya si mak tue pulak...kot2 dah menjanda lama...................

JOm kawen!
Errr...
Jom layan video... 
Dinasihatkan utk bukak video nie kat other tab. Sbb nanti terganggu dengan lagu dari blog Budak Merah..hehe!

Gambaran Kiamat (1)

Assalamu'alaikum,
Hari ni aku nak gebang pasal Gambaran Kejadian Kiamat. Orang kata, buat apa nak sebok2 pasal benda yg kita tak tawu....benda yg mmg akan jadi, tapi tak buat amalan sebaik2nya sekarang ni.
Bagi aku, dengan cara ni la (ambik tawu pasal kiamat, dajjal...) boleh buat aku jadi makin cuak, takut dan rasa nak berubah sebaik mungkin. In syaa Allah.

HIasan je k... Err, nampak macam lukisan kan?
Yang sebenar2nya, mesti lebih dasyat!


- Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.
- Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.
- Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.
#Aku tertanya2, kenapa selepas 40 tahun, baru Malaikat Israfil dihidupkan kembali. Apa yang berlaku dalam tempoh 40 tahun tu?
- Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.
- Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

#Tapi, zaman sekarang ni p0n dah ramai yang mcm nie...tak malu sbb takut dan bimbang dengan mulut2 yang menyebut mereka ini 'kolot' dgn cara islamik.

- Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

#Maybe sebab nie la, pakat2 dok berkepit tak nak lepas kat dunia nie. Sebab kat akhirat nanti, dorang dah tak kenal sesama sendiri. Pakwe tak ingat makwe, suami tak endah kat isteri, mak biarkan anak. 
- Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

#Time black-out p0n dah terjerit nak pecah eardrum, huhu! Bayangkanlah huru-hara kat akhirat macam mana...
- Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.
- Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

#Ustaz kata, panasnya kat dalam neraka, jika dipadam api2 neraka itu dengan seluruh lautan di dunia sekalipun, ia tetap panas. Wallahua'alam.


Kena air panas p0n dah terjerit2, nak nanges....hmmmm!
Sedap pulak tengok air nih.... 

Nantikan sambungan Gambaran Kiamat (2).

Boboi (1)

Assalamu'alaikum,
Nie ar si kecik kat umah aku sekarang nih. Dia la pengganti debab...
Entah macam mana, dia boleh datang kat area umah aku...
Kak cita, dia nie sebenarnya gi bermanja2 dengan makcik umah sebelah.
Jiran kami nie pulak bagi makan nasik, berkuahkan kicap...
(Kecik2 dah makan garam masin (kicap)   )

Lepas kekenyangan, dia p0n terkedek2 jenjalan ke mana2 yang dia nak tuju.
Lalu sampai la kat belakang umah aku...
Mak nampak si kecik nie...
Mak p0n bas0h ar mulut dia....comot sebab kicap.




Nikmatnya tido. Maybe penat jalan jauh, sampai ke umah kami kot..hoho!

Betapa keciknya dia masa nie...

Dia nie suka main selipar kot..

Kak beli botol susu utk dia....
Masa kecik2 dulu, aku min0m comel camni tak? hohohohohoho


ERK????!!!
Tak lenguh ke?
Tulang si kecik masih lembut...haha

Bestnyeeeee...

......
(mengada jer tengok)

Macam nie p0n boleh???!!

A kitten with blue eyes


Kecik2 suka ar main dengan orang, manja2...
Bila dah besar, ajak main p0n tak nak...

Nyuruk...Nyuruk!!




Nite...nite...

Aku tak pasti dah bapa lama dia menginap kat homestay aku tue....
Tapi, masa balik hari tue,,kak aku ada bgtawu, nama dia boboi.
Aku tak tanya la pulak napa bagi nama tue kat dia....
Tapi, ok la....
 Bak kata Ustaz Azhar Idrus, Allah saja antar anak kucing kat umah kita, sebab memang fitrah kucing hidup dgn manusia. Manusia p0n kena tolong dia, sayang dia.....
(Tetiba teringat debab pulak....even kejap, tapi tetap sayang dia (*_*)  )







Wednesday, January 9, 2013

Kiamat

Assalamu’alaikum,
Dalam dunia nie, takda sapa p0n yang tawu pasal tarikh sebenar akan berlakunya kiamat Dan, sebagai orang Islam….mesti ar kita tak boleh percaya dengan ‘fakta’ org2 sana…yang mengatakan, dunia akan kiamat pada sekian2 tarikh.

Yang pasti, ALLAH SWT jer yang tawu pasal nie. Tak mungkin ada orang lain. Sedangkan Nabi Muhammad SAW, p0n tak tawu….inikan pulak, orang2 biasa macam kita nie.

Hal ini dah ditegaskan Allah dalam surah Al-A'raf ayat 187.
"Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang kiamat, bilakah terjadinya? Katakanlah sesungguhnya pengetahuan tentang kiamat hanya ada pada sisi Tuhanku. Tiada seorang pun yang mengetahui kedatangannya pada waktunya melainkan Dia. "

Tidak dapat dinafikan bahawa kita hari ini hidup di akhir zaman. Pelbagai peristiwa telah mengisyaratkan bahawa bumi semakin tua. Cuaca semakin tidak menentu dan sukar diramal. Berbagai bencana, seperti gempa bumi, gunung meletus, badai, dan banjir kerap terjadi di berbagai penjuru dunia. Ini ditambah dengan gejala pemanasan global (global warming) yang makin membimbangkan.

Rumah2 sekarang ni, dah banyak yang pasang air-cond. Pada hal dulu, best ja rasa angin luar rumah… Sekarang, nak keluar rumah p0n dah malas. (Sebab sejuk, ada air cond….errr)


Ini gambar apa adik-adik? Ni la kipas...zaman sekarang dah tak guna dah.
Guna air cond jer..
Budak2: Kipas? Waaaaa, uniknya!!! Cantiknya!!! Ada bentuk2....
Air cond bosan! Bentuk petak jer....
(Kejam orang yang pasang kipas ni kan? Camne nak lajukan kipas...hoho)


Sekarang p0n dah banyak kes2 yang di luar jangkauan kita. Rogol tue, memang takleh kata apa dah….bukan setakat tak sanggup, yang sanggup p0n ramai….so, terjadi la zina.
Kes biadab dgn mak ayah,,,kes rasuah dah banyak, kes org mempermainkan agama Islam p0n makin menjadi2….
  
Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda,
"Segeralah beramal baik sebelum terjadi enam tanda kiamat. Iaitu, matahari terbit dari arah ia terbenam, Dajjal, asap tebal, haiwan melata bicara (dabbah), petaka (kematian khusus) individu, dan petaka am (kiamat besar). "(HR Ahmad).

Nak tawu pasal dajjal?

Dalam hadis lain Rasulullah menjelaskan,
"Ada enam tanda kiamat. Iaitu kematianku, pembebasan Baitul Maqdis, kematian akibat penyakit di dada (wabak binatang), harta benda melimpah sehingga orang memberi 100 dinar masih membuat yang diberi marah, petaka menimpa semua rumah bangsa Arab dan gencatan senjata antara kamu dengan keturunan kuning (Rom). Namun, mereka khianat dan menyerang kalian melalui lapan puluh panji, yang masing-masing dengan 12 ribu orang. "

Dajjal: Di antara matanya Tertulis 'kafir' (1)

Assalamu'alaikum,

“Dajjal itu akan datang nanti dari satu tempat antara Syam dan Irak. Dan mempengaruhi manusia dengan begitu cepat sekali. Wahai hamba Allah, wahai manusia, tetaplah kamu. Di sini akan saya terangkan kepada kamu ciri-ciri Dajjal, yang belum diterangkan oleh nabi-nabi sebelumku kepada umatnya."
khutbah-Rasulullah-SAW-tentang-dajjal

“Pada mulanya nanti Dajjal itu mengaku dirinya sebagai nabi. Ingatlah, tidak ada lagi nabi sesudah aku. Setelah itu nanti dia mengaku sebagai Tuhan. Ingatlah bahawa Tuhan yang benar tidak mungkin kamu lihat sebelum kamu mati. Dajjal itu cacat matanya sedangkan Allah SWT tidak cacat, bahkan tidak sama dengan baharu. Dan juga di antara dua mata Dajjal itu tertulis KAFIR, yang dapat dibaca oleh setiap mukmin yang pandai membaca atau buta huruf.


Gambar Hiasan.

“Di antara fitnah Dajjal itu juga dia membawa syurga dan neraka. Nerakanya itu sebenarnya syurganya sedangkan syurganya itu neraka, yakni panas. Sesiapa di antara kamu yang disiksanya dengan nerakanya, hendaklah dia meminta pertolongan kepada Allah dan hendaklah dia membaca pangkal surah Al-Kahfi, maka nerakanya itu akan sejuk sebagaimana api yang membakar Nabi Ibrahim itu menjadi sejuk.

Aku pernah dengar ceramah dalam radio, ustaz tue kata.....dajjal akan bagi dua sungai. Satu kaler merah, satu lagi kaler putih. Yang mana satu kita nak...
Ramai ambik putih, sebab suci.... Tak nak ambik merah, macam api, panas....
Tapi, ingat...ini tipu daya dajjal! Yang 'suci' itu lah fitnahnya! Jangan pilih yang tue,,,ambik yang merah. Rasulullah pesan, ambik merah...Yang itu lah yang benar. (Aku tak ingat sangat pasal sungai ni, sebab dah lama. Kalau salah t0long betulkan)


“Di antara tipu dayanya itu juga dia berkata kepada orang Arab: 
“Seandainya aku sanggup menghidupkan ayah atau ibumu yang sudah lama meninggal dunia itu, apakah engkau mengaku aku sebagai Tuhanmu?” Orang Arab itu akan berkata: “Tentu.” Maka syaitan pun datang menyamar seperti ayah atau ibunya. Rupanya sama, sifat-sifatnya sama dan suaranya pun sama. Ibu bapanya berkata kepadanya: “Wahai anakku, ikutilah dia, sesungguhnya dialah Tuhanmu.”

“Di antara tipu dayanya juga dia tipu seseorang, yakni dia bunuh dan dia belah dua. Setelah itu dia katakan kepada orang ramai: 
“Lihatlah apa yang akan kulakukan terhadap hambaku ini, sekarang akan kuhidupkan dia semula." Dengan izin Allah orang mati tadi hidup semula. Kemudian Laknatullah Alaih itu bertanya: “Siapa Tuhanmu?” Orang yang dia bunuh itu, yang kebetulan orang beriman, menjawab: “Tuhanku adalah Allah, sedangkan engkau adalah musuh Allah.”
Orang itu bererti lulus dalam ujian Allah dan dia termasuk orang yang paling tinggi darjatnya di syurga.”


Monday, January 7, 2013

Ramai Mengaku Sebagai Imam Mahdi...Benarkah?


Setelah Rasulullah SAW wafat pada 12 Rabiul Awal tahun 11 Hijrah / Jun 632 M, muncul sebuah pengharapan di kalangan umat Islam akan kedatangan seorang ratu adil atau dikenali dengan Imam Mahdi. Keyakinan akan datangnya seorang juru penyelamat atau Imam Mahdi berakar kuat, baik di kalangan Sunni mahupun Syiah.

Menurut Ensiklopedi Islam, Imam Mahdi adalah seorang juru selamat di akhir zaman. Imam Mahdi diyakini sebagai seorang Muslim berusia muda yang akan dipilih oleh Allah SWT untuk menghancurkan semua kezaliman dan menegakkan keadilan di muka bumi sebelum datangnya hari kiamat.

'' Istilah Imam Mahdi muncul dan berkaitan dengan aqidah mahdawiyyah,'' tulis Ensiklopedi Islam. Yakni, keyakinan bahawa pada akhir zaman akan datang seorang juru selamat yang akan menyelamatkan kehidupan umat manusia di muka bumi dari ketidakadilan, kesengsaraan, dan kekejaman yang akan membawa pada kebahagian dan kedamaian.

'' Asal usul kata Mahdi tak ditemui dalam Al-Quran, kaum Muslim awal menggunakan gelar kehormatan itu untuk Nabi SAW dan empat khalifah pertama,'' ujar Esposito. Keyakinan umat Islam akan datangnya Imam Mahdi pada akhir zaman tak lepas dari kewujudan hadis Nabi SAW.

Dalam hadis yang diriwayatkan Abu Daud, Rasulullah SAW bersabda,
'' Dunia akan dipimpin oleh seseorang dari keluargaku. Namanya sama dengan namaku. Seandainya dunia ini hanya tinggal sehari saja, maka Allah akan panjangkan hari itu, sehingga ia akan memimpinnya.''

Rasulullah juga bersabda,
'' Al-Mahdi berasal dari keturunanku. Ia akan memenuhi bumi ini dengan keadilan dan pemerataan sebagaimana telah dipenuhi oleh kezaliman dan dan ketidakadilan, ia akan berkuasa selama tujuh tahun.'' (HR At-Tirmizi).


                                                                                ***

Dalam perkembangan sejarah Islam, susuk yang mengaku dirinya sebagai Imam Mahdi tak terhitung jumlahnya. Pada setiap abad, selalu ada saja tokoh yang mempunyai pengikut yang banyak sebagai seorang Imam Mahdi. Pada abad ke-10 M, misalnya, Khalifah Dinasti Fatimiyah yang pertama, Muhammad Ubaid Allah (wafat 934 M) mengaku sebagai Imam Mahdi.


                                                                                ***

Bahkan, seorang ahli fikih Sunni terkemuka, Ibnu Al-Hajar Al-Maliki, menyatakan Imam Mahdi akan muncul pada milenium itu. Menurut Ibnu Al-Hajar, Imam Mahdi itu berasal dari keturunan Fatimah, puteri Nabi. Namanya akan sama dengan nama Nabi, serta orang tuanya sesuai dengan nama orang tua Nabi.

Pada abad ke-15 M, di anak Benua India juga muncul tokoh yang mengaku sebagai Mahdi. Pada 1495 M, seorang tokoh bernama Sayyid Muhammad dari Jaunpur mengaku sebagai Imam Mahdi. Uniknya, ia mengaku sebagai Imam Mahdi saat berada di Makkah, sambil melaksanakan tawaf mengelilingi Kaabah.

Saat kembali ke India, di Masjid Utama Taj khan Salar di Ahmebad, Sayyid Muhammad kembali mengumumkan klaimnya sebagai Imam Mahdi. Untuk memperkuat pengakuannya sebagai Mahdi, disebutkan pula bahawa nama kedua orang tuanya adalah Abdullah dan Aminah.

Esposito mencatat, datangnya abad ke-13 Hijriah (1785-1883) sempat memunculkan harapan besar dari kaum Muslim akan datangnya Imam Mahdi. Pada zaman itu, paling tidak ada tiga orang pemimpin gerakan reformasi di Afrika Barat yang mengaku sebagai Mahdi untuk memperkuat jihad yang mereka lakukan. Ketiga-tiganya adalah Syeik Usuman Dan Fodio dari Sakoto, Syeikh Ahmadu Bari dari masina, dan Al-Hajj Umar Tal dari Kerajaan Tukolor.

Harapan akan datangnya Imam Mahdi dari Timur, kata Esposito, sempat menarik gelombang pendatang Afrika Barat sampai ke Nil. Pada abad ke-19, lalu muncullah seorang yang mengaku Imam Mahdi di Sudan, bernama Mahdi Muhammad Ahmad dari Sudan.

Di Mesir juga sempat muncul beberapa tokoh yang mengaku sebagai Imam Mahdi. Para tokoh yang mengaku sebagai Mahdi itu menjadi pemimpin pemberontakan rakyat melawan penjajah Perancis. Bahkan, menjelang akhir abad ke-19 M, revolusi Mahdi melawan penjajah Eropah merebak di negara-negara berpenduduk Islam, seperti India, Algeria, Senegal, Ghana, dan Nigeria.

Tanda Kiamat


Tanda-tanda qiamat kecil terbahagi kepada dua: Pertama, kejadian sudah muncul dan sudah selesai, seperti diutusnya Rasulullah saw., Terbunuhnya Uthman bin 'Affan, terjadinya fitnah besar antara dua kelompok orang beriman dll. kedua, kejadiannya sudah muncul tetapi belum selesai bahkan semakin bertambah, seperti tersia-siakannya amanah, terangkatnya ilmu, merebaknya perzinahan dan pembunuhan, banyaknya wanita dll.

Diantara tanda-tanda qiamat kecil adalah:

1. Diutusnya Rasulullah saw. Dari Jabir ra berkata: "Adalah Rasulullah saw. jika beliau khutbah memerah matanya, suaranya keras, dan penuh dengan semangat seperti panglima perang, beliau bersabda: "(Hati-hatilah) dengan pagi dan petang kalian", beliau melanjutkan: "Aku diutus dan hari Kiamat seperti ini" Rasulullah saw mengibaratkan seperti dua jarinya antara telunjuk dan jari tengah. (HR Muslim)

2. Disia-siakannya amanah. Dari Jabir ra. berkata, tatkala Nabi saw. berada dalam suatu majlis sedang berbicara dengan sahabat, maka datanglah orang Arab Badwi dan berkata: Bila terjadi Kiamat? »Rasulullah saw. terus melanjutkan percakapannya. Sebahagian sahabat berkata: »Rasulullah saw. mendengar apa yang ditanyakan tetapi tidak menyukai apa yang ditanyakannya «. Berkata sebahagian yang lain: »Rasul saw. tidak mendengar ". Setelah Rasulullah saw. menyelesaikan perkataannya, beliau bertanya: "Mana yang bertanya tentang Kiamat?" Berkata lelaki Badui itu: "Saya wahai Rasulullah saw. ". Rasul saw. berkata: "Jika amanah disia-siakan, maka tunggulah kiamat". Bertanya: "Bagaimana menyia-nyiakannya?". Rasul saw. menjawab: "Jika urusan diserahkan kepada yang bukan ahlinya, maka tunggulah kiamat" (HR Bukhari)

3. Penggembala menjadi kaya, Rasulullah saw. ditanya oleh Jibril tentang tanda-tanda qiyamat, lalu beliau menjawab: "Seorang budak melahirkan majikannya, dan engkau melihat orang-orang yang tidak beralas kaki, telanjang dan miskin penggembala binatang berlumba-lumba saling tinggi dalam bangunan" (HR Muslim).

Nuffnang Ads
4. Sungai Efrat berubah menjadi emas. Dari Abu Hurairah ra. bahawa Rasulullah saw. bersabda: »Tidak akan terjadi kiamat hingga sungai Eufrat menghasilkan gunung emas, manusia berebut tentangnya. Dan setiap seratus 100 terbunuh 99 orang. Dan setiap orang dari mereka berkata: "Barangkali akulah yang selamat" (Muttafaqun 'alaihi)

5. Baitul Maqdis dikuasai umat Islam. "Ada enam dari tanda-tanda kiamat: kematianku (Rasulullah saw.), Pembukaan Baitul Maqdis, seorang lelaki diberi 1000 dinar, tapi dia membencinya, fitnah yang panasnya masuk pada setiap rumah muslim, kematian menjemput manusia seperti kematian pada kambing dan khianatnya bangsa Romawi , sampai 80 mata, dan setiap mata 12.000 "(HR Ahmad dan At-Tabrani dari Muadz).

6. Banyak terjadi pembunuhan. Dari Abu Hurairah ra. bahawa Rasulullah saw. bersabda: »Tiadak akan terjadi qiamat, sehingga banyak terjadi haraj». Sahabat bertanya apa itu haraj ya Rasulullah? »Rasul saw. menjawab: »Haraj adalah pembunuhan, pembunuhan» (HR Muslim)

7. Munculnya golongan Khawarij. Dari Ali ra. berkata, saya mendengar Rasulullah saw. bersabda: "akan keluar di akhir zaman kelompok orang yang masih muda, bodoh, mereka mengatakan sesuatu dari firman Allah. Keimanan mereka hanya sampai ditenggorokan mereka. Mereka keluar dari agama seperti anak panah keluar dari busurnya. Di mana saja kamu jumpai, maka bunuhlah mereka. Siapa yang membunuhnya kan mendapat pahala di hari kiamat "(HR Bukhari).

8. Banyak Polis dan pembela kezaliman. "Di akhir zaman banyak polisi di pagi hari melakukan sesuatu yang dimurkai Allah, dan di sore hari melakukan sesutu yang dibenci Allah. Hati-hatilah engkau jangan sampai menjadi rakan mereka "(HR At-Tabrani)

9. Perang antara Yahudi dan Umat Islam. Dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah saw bersabda: "Tidak akan terjadi kiamat sehingga kaum muslimin berperang dengan yahudi. Maka kaum muslimin membunuh mereka sampai ada seorang yahudi bersembunyi di belakang batu-batuan dan pokok-pokok kayu. Dan berkatalah batu dan pohon: "wahai muslim wahai hamba Allah ini yahudi di belakangku, kemari dan bunuhlah ia kecuali pohon Ghorqod kerana ia adalah pokok Yahudi" (HR Muslim)
Tanda Kiamat
10. Dominannya Fitnah. Dari Abu Hurairah ra. bahawa Rasulullah saw. Bersabda: »Tidak akan terjadi kiamat, hingga dominannya fitnah, banyak dusta dan berdekatannya pasaran» (HR Ahmad).

11. Sekurang-kurangnya ilmunya, Merebaknya perzinahan, Banyaknya kaum wanita. Dari Anas bin Malik ra. bahawa Rasulullah saw. bersabda: "Sesungguhnya di antara tanda-tanda qiamat ialah ilmu diangkat, banyaknya kebodohan, banyaknya perzinaan, banyaknya orang yang minum khomr, sedikit kaum lelaki dan banyak kaum wanita, sampai pada 50 wanita hanya ada satu lelaki" (HR Bukhari)

12. Bermewah-mewah dalam membangun masjid. Dari Anas ra. bahawa Rasulullah saw. bersabda: "Di antara tanda kiamat adalah bahawa manusia saling membanggakan dalam keindahan masjid" (HR Ahmad, An-Nasa'i dan Ibnu Hibban)

13. Menyebarnya riba dan harta haram. Dari Abu Hurairah ra. berkata, Rasulullah saw. Bersabda: »Akan datang pada manusia suatu masa, setiap orang tanpa kecuali akan makan riba, orang yang tidak makan langsung, pasti terkena debu-debunya» (HR Abu Daud, Ibnu Majah dan Al-Baihaqi)

Dari Abu Hurairah ra. berkata, Rasulullah saw. Bersabda: »Akan datang pada manusia suatu saat di mana, seseorang tidak peduli dari mana hartanya diperolehi, apakah dari yang halal atau yang haram? "(HR Ahmad dan Bukhari). sumber islampos.com