"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dlm kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh atau solehah dalam kalangan kamu, kerana aku juga melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan."

~Hassan Al Basri~

Wednesday, January 9, 2013

Kiamat

Assalamu’alaikum,
Dalam dunia nie, takda sapa p0n yang tawu pasal tarikh sebenar akan berlakunya kiamat Dan, sebagai orang Islam….mesti ar kita tak boleh percaya dengan ‘fakta’ org2 sana…yang mengatakan, dunia akan kiamat pada sekian2 tarikh.

Yang pasti, ALLAH SWT jer yang tawu pasal nie. Tak mungkin ada orang lain. Sedangkan Nabi Muhammad SAW, p0n tak tawu….inikan pulak, orang2 biasa macam kita nie.

Hal ini dah ditegaskan Allah dalam surah Al-A'raf ayat 187.
"Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang kiamat, bilakah terjadinya? Katakanlah sesungguhnya pengetahuan tentang kiamat hanya ada pada sisi Tuhanku. Tiada seorang pun yang mengetahui kedatangannya pada waktunya melainkan Dia. "

Tidak dapat dinafikan bahawa kita hari ini hidup di akhir zaman. Pelbagai peristiwa telah mengisyaratkan bahawa bumi semakin tua. Cuaca semakin tidak menentu dan sukar diramal. Berbagai bencana, seperti gempa bumi, gunung meletus, badai, dan banjir kerap terjadi di berbagai penjuru dunia. Ini ditambah dengan gejala pemanasan global (global warming) yang makin membimbangkan.

Rumah2 sekarang ni, dah banyak yang pasang air-cond. Pada hal dulu, best ja rasa angin luar rumah… Sekarang, nak keluar rumah p0n dah malas. (Sebab sejuk, ada air cond….errr)


Ini gambar apa adik-adik? Ni la kipas...zaman sekarang dah tak guna dah.
Guna air cond jer..
Budak2: Kipas? Waaaaa, uniknya!!! Cantiknya!!! Ada bentuk2....
Air cond bosan! Bentuk petak jer....
(Kejam orang yang pasang kipas ni kan? Camne nak lajukan kipas...hoho)


Sekarang p0n dah banyak kes2 yang di luar jangkauan kita. Rogol tue, memang takleh kata apa dah….bukan setakat tak sanggup, yang sanggup p0n ramai….so, terjadi la zina.
Kes biadab dgn mak ayah,,,kes rasuah dah banyak, kes org mempermainkan agama Islam p0n makin menjadi2….
  
Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda,
"Segeralah beramal baik sebelum terjadi enam tanda kiamat. Iaitu, matahari terbit dari arah ia terbenam, Dajjal, asap tebal, haiwan melata bicara (dabbah), petaka (kematian khusus) individu, dan petaka am (kiamat besar). "(HR Ahmad).

Nak tawu pasal dajjal?

Dalam hadis lain Rasulullah menjelaskan,
"Ada enam tanda kiamat. Iaitu kematianku, pembebasan Baitul Maqdis, kematian akibat penyakit di dada (wabak binatang), harta benda melimpah sehingga orang memberi 100 dinar masih membuat yang diberi marah, petaka menimpa semua rumah bangsa Arab dan gencatan senjata antara kamu dengan keturunan kuning (Rom). Namun, mereka khianat dan menyerang kalian melalui lapan puluh panji, yang masing-masing dengan 12 ribu orang. "

No comments: