"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dlm kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh atau solehah dalam kalangan kamu, kerana aku juga melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan."

~Hassan Al Basri~

Thursday, January 31, 2013

Roomate Sem 5

Assalamu'alaikum,
Haaa, hari ni aku nak ngumpat citer pasal roomates aku sepanjang sem 5 nie. Stay kat kolej ni berbumbungkan lantai aras 6 (So, bilik aku kat aras 5).

Kalau tak salah aku la...sem ni ar paling sikit tahap kebengangan aku, terutamanya kat bilik..haha!
Maybe sebab ada si damia yang suka bising2, cari gadoh dgn kami (aku dgn pika). Takde la pulak rasa stress dgn mulut dia... Kalau org lain, rasanya aku dah lama halau lepak bilik lain. Memang ar sem ni selalu gak sesat kat bilik lain....tapi, still lagi rasa sayang kat bilik sendiri, hehe!

Si pika plak, dah sama taraf dengan tok guru dia (damia)... Suka sangat sakat aku.... Aku keseorangan membela diri sendiri, haha! Jarang la kami ahli bilik tak gelak2...

Cuma, aku sedar ada satu masa tue....dalam seminggu gak. Kalau tak aku yang naik angin, damia yang marah... Kalau tak damia, pika lak bengang2 sikit. Maybe minggu tue, minggu stress kami kot. Bercakap p0n tidak.... Aku tak tawu la korang perasan ke tak....

Nak tambah cita lagi, dorang ni memahami aku... Entah macam mana aku ter-cerita something kat salah sorang dorang. Kalau selalu, aku tak kan cita kat orang yang tak rapat sangat dengan aku.
Bila difikirkan balik, Alhamdulillah...ada hikmah aku cita kat dia.

Yang sorang lagi pulak, entah macam mana boleh share something dengan aku. Maybe sebab dia nampak aku macam kusut sikit masa tue. So, dia datang + kata dia p0n alami benda yang sama. Hmm, baru aku tawu....kadang2 kita tak rapat dengan orang tue...tapi dia boleh lebih memahami aku dari orang lain yang betul2 kenal aku. Indahnya ciptaan Allah...manusia berakal. Penuh dengan cerita masing2 untuk kami jadikan pengajaran.

Sepanjang2 sem ni...baru dua kali kami kuar gi beli makanan sama2. Pelik pulak.... Maybe sebab waktu bangun antara kami berbeza2...haha! Ada yang awal, ada yang lambat. Tapi selalunya...average. Kalau hari ni aku bangun awal, yang lain lambat. Tapi, besok pulak..dorang awal...aku lambat, hoho!

Apa2 p0n, aku memang akui...sem ni adalah waktu paling best untuk maintain dalam bilik. Dok kat mana2, mesti rasa nak balik cepat..... Thanks korang. Sem depan entah duduk dengan sape la pulak kan?
Errr, ada lagi ke aku sem depan? In syaa Allah (*_*)

No comments: