"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dlm kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh atau solehah dalam kalangan kamu, kerana aku juga melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan."

~Hassan Al Basri~

Wednesday, December 12, 2012

Tacing Dengan 'Orang Tinggi'

Assalamu'alaikum,
Haaaa, baca tajuk ni.. Amacam? Ada rasa2 nak sound aku? Tinggi maksud aku, bukan dari segi fizikal k...
Moh, ngumpat baca cerita aku dulu.

######

Haish! Besok ada test. Mlm semalam plak 'cari gadoh' dengan puak yang berdekatan.
Jumpa depan2 dengan dorang, muka aku bajet baik jer. Senyum jer.... Belakang2, ambik ko....hoho! Untuk pihak yang berkenaan (yang kat aras 6 tu), sudah2 la mengutuk dorang. Buat tambah dosa kita jer..hehe!

Aku nak post kat sini, bukan pasal aku nak kutuk or tak puas hati kat pihak terbabit. Cuma, diharap dapat dijadikan iktibar supaya kita tak buat benda mcm tue dekat orang lain la.

Latihan dah dibuat beberapa kali. Even tak perfect macam latihan yang sepatutnya, tapi sekurang2nya aku puas hati dgn apa yang dorang dah buat.
Last2 dapat tawu, tarikh ditunda. Mmg best!!! Kalau tunda, maknanya kami dorang ada banyak masa nak practise lagi.

Masalahnya sekarang, bukan sebab latihan tak cukup...
Tapi, tarikh YANG BAJET CANTIK sgt tue....tak bersesuaian langsung dengan title STUDENT.
Jarang la aku dengar pape event buat time weekdays. Memang nak kena boikot ar...

Of course ramai tarik diri. Bukan sebab merajuk or tacing...tapi sebab tarikh. TARIKH...FAHAM TAK?

T.A.R.I.K.H


Malam pertandingan tue ramai yang ada test + ada yang terlibat dengan program anugerah dekan. Macam aku lak, ada kelas...... Daripada 22 orang yang bersemangat nak join pertandingan tue, last2 tinggal 5 orang je yang berhati waja. Tue p0n, sebab dorang mmg takde masalah nak join malam tue.

Aku takde hal pasal tinggal 5 orang... Tapi aku nekad nak suruh dorang tarik diri sebab tarikh pertandingan tue, cantik sangat. Even kesian kat dorang...dah practise suma, tetiba tak jadi, tapi nak buat mcm mana. Practise sama2 dengan kawan2 sendiri, tetiba nak bertanding, jadi 1 team dengan org lain.....jiwa kacau wooo!

Dah senyap....tetiba datang hamba Allah nie, jumpa la si Faaiqah, tanya pasal status kami, masuk or tak. Aku malas nak campur....biar Faaiqah jadi orang tengah. Yang hangin tuh, minah ni tak kurang boleh cakap elok2 kot. Bajet bagos ke, jawatan ko tinggi..nak cakap macam tu kat kami???

Ditakdirkan pulak, minah ni pegi naik bilik...cari Faaiqah. Dia takde. Yang ada si roomate sejati. Mintak nombor aku... Pandai pulak si roomate melencong, kata takda nombor aku. Bagos jgk, at least takde la aku dapat call tetiba.... Thanks to Syafawati krn memahami..haha!
(Pada hal, aku ada jer kat bilik sebelah tue.....tengah ngumpat) Boleh jer kalau dia nak panggil aku, face to face dengan minah tue.

Pikir2 balik, aku tak nak jumpa. Better dia kol... Aku cakap, bagi nombor je. Malas nak jumpa.

THEN...

Aku dapat call dari dia. Cakap punya cakap.....last2 aku yang naik angin dulu, haha!
Ye ar....Dia nak babit nama kami tu apa hal? Nak mintak tolong, buat cara mintak tolong.

Akhirnya, aku nekad turun jugak. Tak nak gadoh2...

Dah turun, gadoh lagi!
Haish!!!! Memang berasap betol la.....
Rilex2....cool...
Tak nak marah2....

Then, aku hentam buat satu formasi yang sememangnya simple. Kalau ko tak boleh buat,,,,,jangan bajet hebat nak kutuk2 kami.

....................................................

Dipendekkan cerita,
Aku panggil Isyzreen turun, ajar step...
Zaza pulak turun...
3,4 orang Inter pon turun jugak. Niat dorang, nak masuk la pertandingan tu...test tak jadi kot. HUH! Tengok golongan terbabit buat, aku pulak yang beria2 suruh Inter balik... Tak yah masuk  Buat malu jer. Aku tak kan mengaku, aku bagi formasi simple tu kat dorang. Habis hancur formasi aku.

Sampai aku rasa, setakat nak buat mcm tue,,,,tak panggil aku p0n, korang dah boleh 'cemerlang' la....
Wasting my time! Buat tambah dosa jer, ngumpat dorang.

Tak lama lepas tu, datang sorang hamba Allah lagi. Alhamdulillah, ni jadi tempat aku mengadu jap. release sikit pressure malam tue. Tapi, aku tawu....sekadar mengadu. Dia p0n tak boleh buat apa rasanya. Dia memahami situasi kami.....tapi yang berkenaan, hanya tawu memaksa dan mengutuk.

Even aku tak masuk pon event ni....tapi seriously aku terkilan dengan cara dorang. Sedih sebab yang sepatutnya masuk tak jadi bertanding dengan bermaruah. (Dah la tarik diri ni p0n, berat hati gila nak buat keputusan. Kena kutuk pulak...) Bukan sebab sekadar nak join tapi sebab memang nak kan something... Maybe kemenangan, maybe kepuasan... Tapi, satu p0n tak dapat. Mmg FRUST!!!

Poster ni salah sebenarnya. Tapi, teguran dan marah2 dari pegawai berkenaan tak dipedulikan.

Aku dah simpan impian nak tengok dorang masuk bertanding. Nak tengok dorang kawad. Tapi, takda rezeki... Takpe la. Secantik2 TARIKH berkenaan, sampai dah tak boleh nak tukar ke HARI yang lebih CANTIK seperti hari SABTU (ini sekadar contoh), CANTIK lagi kawad dorang. 

Biar la... kadang2 kita kena mengalah. Biar la kita tarik diri, sekurang2 kita dah try yang terbaik. Pegawai yang berkenaan pon dah puji dengan latihan + komitmen yang PKS Inter bagi. Paling awal buat latihan compare dengan team lain. Korang dah tunjuk betapa komitednya korang untuk join pertandingan ni...tapi, sayang...ada pihak yang tak nampak kesungguhan tue. PENTING DIRI.

Harap2, aku dan mereka yang berkaitan tak kan buat benda mcm ni kat sesama kami atau pihak lain.
Sekadar luahan rasa dan pengajaran untuk aku dalam kehidupan dan 'dunia' aku ini.

Mood: Masih frust, masih sedih.... Ini baru aku? Mcm mana dengan mereka yang terlibat? Hmmm...
Tetiba, terfikir.... Pertandingan antara PKS Muda dan PKS Inter. Best nih! Hohoho.....Miahahaha!




3 comments:

Anonymous said...

(Y) like dis post!:))

Anonymous said...

Nie je? hehhe

Anonymous said...

Nak pnjg lagi pon bolehh,tp kang malass lak nk bace komen sy.ahakzz..kami pon sedihh sbb tak pat teruskan,dh smngt berlatihh,last2 sbb tarikhh,hampagass semua..:'(

cukup tak?:p