"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dlm kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh atau solehah dalam kalangan kamu, kerana aku juga melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan."

~Hassan Al Basri~

Friday, December 7, 2012

'Dunia' yang Kau ciptakan untuk aku


Assalamu’alaikum
Baru2 ni aku ada post,
“Kita tidak pernah berpecah. Tapi kita dipecahkan. Moga tidak disalah tafsir.”

Beberapa hari kemudian,

“Apabila satu perjuangan ………….
Maka tamatlah jua riwayat Budak Merah. Kerana ……….. berlandaskan perjuangan tersebut.”

(Aku enggan lengkapkan ayat nie, even aku ingat setiap perkataan yang aku tulis masa tue. Fikiran aku masih terfikirkan benda ni. Ayat yang tak pernah aku sangka akan tertulis jugak dalam diri aku.)

Tak lama lepas aku post, aku delete. There is something yang buat aku fikir balik…
Dan selepas hampir separuh hari aku gunakan untuk fikir benda ni, aku nekad untuk delete.
(Beruntung jugak aku, bila kedua-dua roommate tersayang aku balik rumah masing2. Sekurang2nya, aku ada masa untuk bersendirian dan boleh fikir rasional)
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya.


Ya- Allah,
Saat aku lemah dalam menjalani kehidupanku,
Kau hadirkan aku memori istimewa.
Hingga aku mampu tersenyum walaupun hati remuk, enggan berbicara.
Namun,
Pada saat itu juga…
Saat aku mula leka dan alpa dengan kegembiraan,
Kau hadirkan pula rasa pahit kehidupan.
Setiap kata yang aku dengar,
Setiap detik yang aku lalui,
Setiap perkara yang aku perhatikan,
Semakin melemahkan diri aku,
Hinggakan,
Setiap tapak yang aku langkah,
Semakin lemah…lemah…dan lemah.
Dan akhirnya,
Aku rebah jua.

Semakin bosan dengan suasana di sini,
Semakin gemar mendiamkan diri,
Semakin akrab, aku dan bersendirian.

Mencari jalan hidup sebenar…
Kerana apa yang aku genggam selama ini,
Semakin jauh…
Semakin sayup…
Semakin hilang…

Ya- Allah,
Aku hanya manusia biasa,
Walau semangat membara, menebal di dalam jiwa…
Tapi,
Engkau Maha Berkuasa,
Kau mampu untuk tarik semula setiap apa yang Kau berikan kepada aku,
... dan mereka.

Jika semangat itu yang membuatkan aku kuat,
Tapi semangat itu jugalah yang membuatkan aku kecewa.

Mungkin pelik bagi yang tidak mengalaminya.
Tapi, inilah realiti…
Aku mengakuinya, kerana aku telah merasa pahitnya rebah di bumi yang nyata,
Dalam ‘dunia’ yang aku sendiri merelakan kehadirannya.
‘Dunia’ yang aku akui, aku menyayanginya.
Tanpa paksa…tetapi rela.


  

5 Disember 2012

Bermulanya bicara,
Terasa bahangnya cerita,
Apabila berkembangnya kisah,
Terluah apa dipendam, apa dirasa.
Tersentap rasa di jiwa,
Terdiam, kelu tak terkata,
Memberontak dalam diam,
Tapi masih mampu tersenyum sebagai selingan malam,
Lantas bersetuju dalam diam,
Dan akhirnya,
………….
Termeterai kata sepakat.


Dan ini yang aku sampaikan padanya…
“Kami tidak membuangnya. Tapi, kami kehilangannya.”


Ya- Allah,
Peliharalah ‘dunia’ kami ini.
Agar tidak pernah musnah dengan hasutan emosi.
Kau satukanlah hati-hati kami,
Agar semangat yang aku genggam satu masa dulu,
Mampu untuk kami kecapi lagi.

Janganlah Kau hadirkan rasa benci dalam diri kami,
Kerana kebencian ini hanya akan meragut ‘dunia’ ini.
‘Dunia’ yang aku sayang…
‘Dunia’ yang Kau ciptakan untuk aku dan mereka.








No comments: