"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dlm kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh atau solehah dalam kalangan kamu, kerana aku juga melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan."

~Hassan Al Basri~

Friday, December 28, 2012

Kehidupan kembali normal

Assalamu'alaikum,
A day hang out with my friends.... At least, aku kuar dari kawasan ni buat sementara waktu. Takde la stress sangat. Sorry untuk pihak yang terkejut dengan aku hari tue, hehe! Tue la kemuncak diri aku bila stress....hoho!
Disebabkan khusyuk copy refer keja kawan2, dorang dah 'tinggalkan' aku sorang2, bertemankan nuha yang sebok dok gerak2 kaki. Ngigau ke apa ntah...
(Nasib baik la mulut dia tak bergerak jugak, kalau tak, jenuh nak melayan.............errrrr)

Tragedi yang berlaku:
Nuha memang tak boleh dipisahkan dengan remote tv umah dorang. Dah macam hak mutlak dia lak... Pastu, bila hilang, sebok la cari... Sampai boleh jumpa dalam bilik along. Entah macam mana boleh selinap masuk bilik entah. Bila kata nuha TERbawak masuk, dia tak percaya, merusuh semampu boleh, hentak2 kaki, baling2 bantal, kata bukan dia. Masalahnya, dah terang2 dia je yang selalu kidnap remote tue. Nak balik p0n, sebok dok cari remote...pada hal ada kat tangan dia. (Tak puas lagi ke tengok tv kat umah? Untung la boleh balik....huhuhu)

Mood blogging terhenti seketika. Teruja jap, dapat coklat........ ada orang bagi, lalalaaaaa =)

Dalam keta plak, lepas beramah mesra dengan FSKM, ada lagu terngiang2 di telinga kami. Kat satu part (boleh dikatakan chorus), nuha dengan afu salah nyanyi..... Sepantas kilat ditegur oleh along. Tapi, akhirnya memakan diri sendiri.....

Afu, Nuha : ".....kumbang dan bunga."
Along: ".....bulan dan binTAN laaaa!!!!"
Kami: "HAHAHAHAHHAHAHA....... bintanG laaaa..."


Along memang comel dengan kekurangan 'g' beliau. Yang tu la penawar kami time sedih2, pressure. Kadang2 tengah2 marah p0n boleh tergelak bila dengar along cakap..... Even ini kekurangan dia, tapi...dia sangat berharga untuk mengembalikan semangat untuk menjalani kehidupan dengan happy.
#Lebih baik, kelemahan itu dapat menjadikan orang lain gembira.... Daripada, banyak kelebihan, tapi hanya memberi kedukaan atau sakit hati untuk pihak lain.... 

Ada lagi insiden2 lain yang mampu buat aku rasa, aku happy lepas sekian lama, aku 'menyembunyikan' diri aku...
Kalau sebelum ni, aku happy jugak, tapi tersiratnya, aku ibarat 'melarikan' diri. Tapi, sekaran....errr, sekaranG, aku harap hidup aku dah betul2 kembali normal. In syaa Allah.... (@_@)

No comments: