Assalamu'alaikum,
Lepas 'sekian lama' aku tak tunjuk muka
Terbukti weekends aku hanya di-specific-kan untuk SISPA jer. Kalau takde aktiviti SISPA, ibarat hidup aku ala2 tido segan, celik tak mahu.
Bosan jugak bila takde aktiviti dalam SISPA.
Sebab tue, ada sorang senior aku pernah cakap...
"Dulu, dalam SISPA selalu kena buat keja tue, keja nie. Penat memang penat tapi ada impak positifnya kat situ. Banyak benda yang kita belajar. Sekarang, bila dah keja...jadi bosan + tak tawu nak buat apa time cuti Sabtu, Ahad. Sebab tue, beliau sekarang ni berkhidmat sebagai tenaga pengajar SISPA. Nak isi masa lapang...."
Errr, aku nak citer benda lain sebenarnya....hoho!
Disebabkan penat dengan latihan hari nie, lepas Maghrib je aku tido....
Sampai la aku tersedar sebab hujan lebat sangat. Ngantok tue ada lagi, tapi telinga disergah2 dengan bunyi guruh tak henti2, kilat yang memancar2, angin lak kuat sampai tingkap bilik tertutup tiba2.
Aku tak pasti org lain pernah alami ke tak...tapi sepanjang hidup aku, aku rasa nie first time la aku dengar guruh tak henti2.... Boleh kata, every 5 seconds, mesti ada... Kalau tak p0n, maybe ni kali kedua.
Masa tue, memang ingat Allah, ingat kat mak, abah.....
Orang kata, kalau kilat sabung menyabung camtue.....maknanya tengah panah syaitan. Aku p0n tak pasti pasal nie. Tapi, yang aku pikir masa tue...
"Apa yang syetan buat sampai kilat mcm tu sekali?"
###Bila pikir balik, macam pelik jer soalan aku tu, hoho! ###
Macam ni la manusia kan? Bila jadi benda2 macam ni baru nak ingat Allah, ingat parents.... Ingat balik dosa2 yang kita penah buat...
Kalau takde kilat2, hujan lebat, guruh2 ni....wujud tak rasa takut tue?
Aku akui, aku manusia hina yang sentiasa lupa akan diri-Mu. Ampunilah setiap dosa aku, mak abah, keluarga aku, saudara mara aku, sahabat handai aku, kenalan2 aku dan seluruh muslimin dan muslimat. Janganlah Kau biarkan kami melakukan perkara2 yang membawa kepada kemurkaan-Mu. Bimbinglah kami, agar kami sentiasa taat pada perintah-Mu, ya-Allah.
Wrote by,
Aku Masih Budak...Budak Merah
...................................................
(NUR AZIMAH BINTI JAMIAL)
Pengasas,
Budak Merah
Enggan membesar,
Maintain Budak,
Kekal dihatiku,
Tetap disanubariku.
No comments:
Post a Comment