"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dlm kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh atau solehah dalam kalangan kamu, kerana aku juga melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan."

~Hassan Al Basri~

Monday, July 30, 2012

Kemahiran Insaniah! =P

Assalamu'alaikum,
Haha..tadi aku gi usya Student Portal UiTM. Niat nak tengok permohonan kolej la. Tapi still dalam proses. So, aku bukak la ruangan Kemahiran Insaniah, p0n tak boleh bukak gak. Pastu aku click Kemahiran Insaniah Pelajar Ijazah kat tepi tue. Boleh la isi...sebelum 31 Julai 2012 (besok!!!)
Aku teros bukak bahagian Badan Beruniform.

Haaaaa, apa yang aku dapat???
Jeng..jeng...jenggggg!!!




Kalau dulu, setakat mampu isi...dengan jawatan "Anggota Biasa" jer. Tapi, sekarang aku dengan lahap dan gelojohnya..aku isi "Leftenan Muda".
Bukan nak berlagak tapi nak sedar dan ingatkan diri. Aku ni dah 'berpaku', so ilmu dan attitude tu kena jaga.  Kena banyakkan ilmu terutamanya dalam bidang Pertahanan Awam tue sendiri. Jangan lupa diri... Nanti org kata, mcm nie jer pegawai kau???

Of course la aku tak nak mcm tue...
Perancangan untuk semester depan, para pegawai baru akan turut serta dalam certain latihan, supaya kami pun dapat aplikasikan ilmu tue. Bukan sekadar baca dan faham, tapi juga boleh diamalkan.

Datang dan Kembali ~ 29 Julai 2012

Assalamu'alaikum
Pagi ni, rasa mcm bertuah sgt2. Alhamdulillah, apa yang aku nak sebelum ni dah tercapai. Semuanya dengan berkat doa mereka dan kasih sayang dari-Nya.
Moga jadi pengajaran untuk aku, supaya sentiasa meminta pada Yang Esa, dan bukan merayu pada si manusia.

Tapi, dalam happy tue..ada jugak sedihnya.
Semalam, kawan lama aku kat Seri Nibong sambut befday, 29 Julai 2012. (Bukan tu yang disedihkan...)
Dalam masa yang sama, kawan sekolah aku jugak dah meninggal dunia. Even kami tak rapat, tapi sekurang2nya kami pernah bersua muka, pernah bekerjasama dalam dunia kawad, pernah bergelak ketawa dgn dia (sbb kami duduk hostel).

Semalam, aku dgn family gi beli barang. Tetiba Hazimah call. Aku ingat nak jemput untuk raya. Awalnya....haha!
Tapi, rupanya aku salah...
Dia call sebab nak gitau, Nur Syakira Binti Saad atau lebih dikenali sebagai Makira dalam kalangan kami, dah p0n meninggal. Hazimah gitau, arwah dah 2 minggu dalam hospital. Sakit apendiks (aku baca dlm fb kwn). Dengar kata, pecah....

Semoga arwah tergolong dalam golongan org yg beriman.
Ni status kwn aku...


Nadiah Mat Salim
Alhamdulillah.. Shbt sy nur syakira bt.saad telah slmt di kebumikan,slps asar td.. Tiada pesanan yg ditggl arwah hanya kali trakhir btemu dgn arwah dlm keadaan sedar pd hri khamis 26/7 shbt pesan dia minta maaf pda smua kwn2, dan doakan dia byk2.. Smoga shbt dcucuri rhmat dan dtempatkan bersama org2 beriman..aminn!!

Walaupun arwah dah meninggal, yang masih hidup, teruskan perjuangan ke jalan yg benar, jalan yang diredhai-Nya. Jangan diratapi pemergiannya, kerana pemergiannya ini membuktikan kasih sayang Allah kepadanya. Ditambah dengan, kembalinya dia dalam bulan Ramadhan yang mulia ini.





Sunday, July 29, 2012

10 Wasiat Imam As-Syahid Hassan Al-Banna



Setahu aku, Imam Hassan Al-Banna nie meninggal dalam keadaan yang dasyat. Dengan izin Allah, beliau mati syahid akibat kekejaman kafir laknatullah. Aku kurang ingat sejarah kematian beliau, tapi kalau tak salah aku... Golongan kejam tu mmg nak sangat bunuh Imam Hassan Al-Banna. Sehinggakan, apabila mereka telah hampir meragut nyawanya...mereka mengarahkan supaya tidak ada satu hospital pun yang menerima beliau sebagai pesakit. Disebabkan khuatir diri mereka dalam bahaya, pihak hospital hanya menurut saja. Wallahua'alam...aku tak ingat jalan cerita yang sebenar.
Untuk pengetahuan semua jugak, Imam Hassan Al-Banna la yang buat mathurat tue...
Moga beliau dirahmati Allah...
1) Dirikan solat apabila mendengar azan, walau apapun jua keadaan pada waktu itu.
2) Bacalah al-Quran, atau pelajari tafsirnya atau dengarlah bacaan orang lain, atau zikirlah kepada Allah, Jangan engkau gunakan sebahagian ruang waktumu untuk hal-hal yang tidak berfaedah.
3) Bercakaplah dengan bahasa Arab yang fasih, kerana ia termasuk dalam syi’ar Islam.
4) Jangan banyak berdebat dalam apa jua hal. Pertengkaran tidak akan mendatangkan sebarang kebaikan.
5) Jangan banyak ketawa, kerana hati yang berhubung dengan Allah sentiasa tenang dan mantap.
6) Jangan suka berjenaka atau berolok-olok, kerana umat yang berjuang tidak mengenal yang lain selain kesungguhan.
7) Jangan engkau tinggikan suaramu melebihi keperluan pendengar. Ia menunjukkan kebodohan dan menyakitkan.
8) Jauhi menghina orang, mencela organisasi dan jangan berbicara kecuali perbicaraan yang baik.
9) Perkenalkan dirimu kepada orang yang engkau jumpai, walaupun ia tidak meminta daripadamu, sebab dasar dakwah kita adlaah cinta dan saling kenal mengenal.
10) Kewajipan selalu lebih banyak daripada waktu yang tersedia. Oleh itu bantulah orang lain untuk memanfaatkan waktunya. Jika engkau mempunyai urusan, maka selesaikanlah dalam waktu sesingkat-singkatnya.

Saturday, July 28, 2012

HAMSTER..... =)

 Assalamualaikum...
Kali nie aku nak citer pasal hamster aku. Aku start bela binatang ni time aku kat Sabah ag. Ade kawan nak jual kat aku...tp ntah mcm mane ntah. Cancel...x jadi jual. Frust gak aku...so, mak pon bawak ar aku gi beli kat pasar sana. Kami panggil pasar tu "tamu". Kat tamu ni ada jual sayur, ikan2....dia jual kat atas jalan, mcm pasar malam tue. Dalam byk2 tu, ade la yg jual ayam, pokok2, arnab...hamster. Lembu ngan kambing je kot tak de....

Nie ar hamster aku.....tinggal yg ni jer. Banyak2 sebelum ni dah mati, sakit tua....jadi habuan kucing, dan ade gak yg lemas coz aku ni mmg memandikan sumer hamster aku. Tak de yg terkecuali........sumer wajib main air! Lemas sbb hamster aku tu gi main tmpt yg air dalam...heeehee!


ni name manje dy....Gem0k...tgk ar, lebar semacam je kan?

Gem0k suke nyuruk kat sebalik curtain....nak tido ar tu....

nie adalah main p0rt Gem0k kalau kami lepas dy gi jalan2.....

nie plak umah Gem0k....dy dah lame menjanda....huhu!

nie name "panjang" coz badan dy pjg...heee!

yg nie "bulat"....pjg's twin!

bulat suke main roda....tp skang dah over bulat, dah jarang main... dy dudok je atas tu...

Mase aku tgh snap pic hamster aku, tetibe aku nmpk...........

buat muke sedih lak...tu ade aty nak mkn hamster as her breakfast ar tu....!!!
shhhuuuuhhh!!!

kite sambung citer.......

bile nmpk muke kecian camni, aku p0n lepas la dy..bg jalan2..

hamster takot tinggi....gayat

pic ni blur coz hamster x suke dud0k senyap...huhu!

sy0nok dy jalan2 kat bantal tu...

PABILA HAMSTER KU TIDO..............

BeGiNiLaH rEaKsI dOrAnG......


ade yg atas roda.....bkn nak main, tido plak!


majoriti...tido telentang, huhu!

nie Gem0k....huduh benor tid0 camtu,heheh!
tp, pape p0n tetap comey!
mcm mechanic repair keta lak...tgh repair roda kowt!




alololooo,,kiutnyeeerrr!!


yg ni paling pelik aku jumpe!!!

tido jemaah.....





DALAM KENANGAN...........


meminta simpati agar aku beri dy kebebasan......xpe la, g la jalan2 k....
cayang dy! =)

Lia, Alia.....mcm ciken little ak???

ops, lupe plak... name dy koko....sbb dy jer yg tggl kaler tu.
Yg len sumer kaler putih....


geram ngan dy, pendek dan gemok...hehhe


cam nak picit2 jer.....



Kok0 ialah hamster aku yg paling aku sayang.
Dalam byk2 tu, Kok0 paling manje ngan aku.....Bile aku hulur tangan aku dalam umah dy...dy mesti datang, nak panjat tgn aku. Kalau aku hulur tapak tgn kat dy....dy naik atas tgn aku.... So, aku pon bwk dy kuar dari umah dy tu....bg jalan2....=)
Tapi, dy dah xde....mati sbb ape ntah. Dy xde selera nak makan. Mase tu, aku baru balik dari Perhimpunan SISPA.
16/12 aku bertolak balik dari Shah Alam. 17/12 pagi, aku sampai umah. Petang tu, dy ok lagi..... Bile malam, dy dah nazak. X leh nak main ngan dy coz Kok0 dah mmg lemah mase tu. Bes0k pagi, dy dah xde..... Aku tanam dy...before aku kambus ngan tanah, aku belai Kok0 walaup0n aku tawu, dy dah xrase tgn aku. Moga dy hepy jadi hamster aku.....................



Sayangilah binatang coz mereka juga diciptakan oleh Allah. Mereka x minta utk menyusahkan kalian...memberi mereka mkn, menyediakan tempat tinggal utk mereka.... Walau mereka tidak mengerti,,,mereka mampu menyelami hati kita utk membuatkan kita gembira dan tersenyum juga ketawa dgn keletah mereka...........('',) ~AJ~








Uniknya ciptaan Allah ~ sindrom down

Assalamualaikum,
Pepagi buta aku update bl0g nie. Sebenarnya tak boleh tid0...huhuhu! (Bila pikir balik, pernah ke aku TAK update pepagi buta ek? haha!)

Aku just nak meluahkan rasa hairan aku terhadap parents yg malu nak bawak anak2 berpenyakit kuar rumah + kagum dgn parents yg tak malu dgn kurniaan Allah terhadap dorang. Parents yang ada anak down syndrom contohnya.


Muka dorang lebih kurang kan?

Selalunya, parents malu nak gitau org ramai, dorang ada anak syndrom. Jalan penyelesaian dorang, just letak dan biar si anak tu terperap dalam rumah. Takde perkembangan, tak bergaul dengan org lain....

2, 3 hari lepas...aku jumpa sorang nih. Aku tak pasti bape umur dia...tapi, dia salah sorang yang mengidap syndrom down. Aku dah lupa penyakit nie, terlebih kromosom ke, kurang kromosom? (Nampak sgt la, tak ambik berat soal Biologi...huhu! Sebab tue, aku ambik Maths, haha!)

Comel jer tengok dia... Even agak tak terurus, maksud aku, tudung dia tak mcm org normal pakai.... Tapi, itu menambahkan kecomelan dia. Semua tawu kan, org yg ada masalah kromosom nie, mempunyai struktur muka yang hampir sama. Sekali tgk jer, dah tawu....dia sindrom.

Aku puji parents dia, bawak dia gi tempat mcm tue. Didedahkan dgn benda wajib. Sedangkan, benda tu tak wajib p0n untuk dia.... Tapi, aku tak pasti la kalau dikira wajib sebab dia mampu berfikir dgn baik. Apa yang aku nampak, dia mcm tak boleh cakap. Tapi, aku yakin, dia tawu... Cuma cara dia menerima apa yg manusia normal katakan tue, berbeza daripada kita sendiri. Mungkin dia faham, tapi mcm mana dia nak terjemahkan balik dengan cara dia.... hanya Allah yang tawu.

Sebagai contoh, mak aku tanya...
"Cari apa?"
Sebab tindak tanduk kerbau dia menunjukkan yang dia tengah cari something. Tapi dia just tunjuk kepala sambil mata melilau2.

Dia faham apa yang mak aku tanya, tapi dia tak boleh nak bagitawu kita, kan? Uniknya ciptaan Allah. walaupun ada kekurangan dalam diri dorang, tapi dorang still boleh berfikir sbg manusia. Sebab tue la, ada ungkapan....'tidak berperikemanusiaan' untuk golongan yang zalim sesama manusia. Sanggup buat benda2 terkutuk dan biadab, mengalahkan jahilnya haiwan.

Malah, golongan nie sebenarnya mempunyai akal yang lebih rendah daripada kekurangan yang Allah berikan utk org lain.
Pernah dengar ke, orang kurang upaya bunuh ibu bapa dorang?
Pernah terbaca ke, orang kudung rogol adik dia sendiri?
Yang selalu kita lihat, insan normal, cukup pancaindera yang buat dosa, maksiat di bumi ciptaan Allah nie.





Ya Allah, ampunkan dosa aku, kedua ibu bapaku, keluarga aku, sahabat2 aku, kenalan2 aku, seluruh muslimin muslimat... Jika kami hamba-Mu yang sempurna sifatnya, teguhkanlah iman kami, agar kami sentiasa berada di dalam landasan yang benar, menuju indahnya syurga-Mu. Jika kami mempunyai kekurangan dari segi fizikal mahupun pemikiran kami, peliharalah diri kami, daripada mengeluh dengan ujian dari-Mu. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kami.

Friday, July 27, 2012

Orang yang Meninggalkan Solat



Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar dan malahan lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa as. Begini kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), “kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam.” Nakdijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah. Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam. Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah. Tapi kalau zaman Nabi Musa, barangsiapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar tu.
Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya. Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam. Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tu Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi. Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi. Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu; isteri kita. Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan; nasi, dsb.
Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan orang tinggalkan solat. Tak gamak kan? *Tapi lain pula halnya dengan kita ni. Pagi petang, mamak! Teh tarik satu, roti canai satu. Ada pulak segelintir tukang masak yang tak solat. Kita pun makan bekas air tangan dia. Gelaplah hati kita, sebab tu liat nak buat kerja-kerja yang baik. **Beware apa yang kita makan. Betapa beratnya amalan solat ni hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra’ Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril as.
Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam), “As-solah as Solah wa amalakat aimanukum”. Maknanya, “Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu” Jadi, sama-samalah kita pelihara solat dari segi zahir & batinnya kerana amalan solatlah amalan yang mula-mula akan ditimbang di neraca Mizan kelak. ? Hidup bukan untuk makan, tetapi makan untuk hidup. Jika makan dengan niat ibadah akan mendapat pahala. “Demi MASA! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali (1) orang-orang yang beriman, (2) dan yang beramal soleh (3) dan yang berpesan2 pada kebenaran (4) dan yang berpesan2 pada kesabaran”. ~Surah Al-’Asr.

Thursday, July 26, 2012

Sakit belakang

Assalamualaikum,
Kali nie aku nak share pasal sakit belakang. Sebab apa? Sebab aku sendiri alami seawal usia 20 an. Setahu aku, ada jugak kawan aku yang sakit belakang nie. Aku p0n tak pasti nape. 
Salah satu sebab, aku selalu tido meniarap. So, sekarang ni aku dah jarang tido mcm tue. Tambah pulak, tido mcm tue...ialah cara tid0 penghuni neraka. aku baru tawu baru2 nie jer. 


Setakat yang aku alami, pengalaman sakit belakang nie mmg agak perit. 
Pernah dulu, setiap 5 minit sekali...sakit tu datang. Bukan datang biasa2 tapi mengejut...mcm kena electric shock jer...huhu! Sahabat aku selalu suruh aku gi check. Tapi, aku tak nak. Sebab..aku dah ada experience. Aku gi kat doktor bertauliah nie,,,,dia bagi apa kat aku? Panad0l! Alasan dia, aku demam. Masa tue, rasa mcm....nak dush, dush kat dia!


Kawan aku citer, doktor bagi ubat counterpain kat dia. Aku gelak jer.. Ok la tue. Ubat tue mahal kot. Gi klinik doktor bagi ubat tue, berbaloi la jugak. Tapi, mcm.....takde inisiatif lain ke? Buat la x ray ke apa ke...


Ni aku jumpa kat encik google. Aku p0n malas nak baca. Benda yang aku dah mmg tawu...
Apa yg buat aku pelik, aku jarang tunduk. Mcm mana la aku boleh kena sakit belakang ni kan? Takpe la. Orang kata, setiap kali kita sakit...Allah ampunkan dosa kita. Kalau betul, aku bersyukur even sakit tue kadang2 buat aku rasa....kenapa aku mcm orang tua yg dah berkurang kalsium?



Paling masyuk sakit dia, bila tengah solat. Moga Allah ampunkan dosa aku.... 







Secara perubatan, leher dan bahu terdiri daripada otot, tulang, saraf, arteri dan salur darah, begitu juga ligamen dan struktur sokongan lain. Banyak keadaan yang boleh menyebabkan sakit leher dan belakang khususnya kawasan sekitar bahu. Ada yang mengancam nyawa seperti serangan jantung dan trauma serta keadaan lain seperti bebanan. 

Perlu diketahui, antara tabiat buruk menyebabkan sakit belakang:
1. Gemar membongkok ke depan dan beralih ke kiri dan kanan ketika mengangkat atau menarik sesuatu.
2. Membongkok ke depan dan ke bawah ketika bekerja.
3. Perjalanan yang jauh tanpa berhenti rehat.
4. BERDIRI TERLALU LAMA. (salah satu faktor yg paling aku gemari....) p/s: Ini adalah sindiran. Harap maklum
5. Membawa barang yang beratnya tidak seimbang.
6. Duduk membongkok di kerusi.
7. Membongkokkan badan ketika batuk atau bersin.
8. Memakai kasut bertumit tinggi.

Tips elak sakit belakang
1. Tidur di atas tilam spring; letakkan papan di atas dasar tilam.
2. Elakkan diri daripada ketegangan yang boleh menyebabkan sakit belakang.
3. Kekalkan kedudukan susuk badan (posture) yang baik ketika duduk dan berdiri.
4. Apabila mengangkat barang, tegakkan belakang anda dan bengkokkan lutut saja.
5. Pelajari senaman yang boleh membaiki pergerakan dan kedudukan susuk badan anda.
6. Jika memandu, anda perlu berhenti dan berehat seketika atau keluar dari kereta setiap 90 minit.
7. Bagi wanita, pakai kasut bertumit rendah.
8. Luangkan sedikit masa untuk berehat dan elakkan daripada terlalu banyak membuat kerja yang membebankan untuk jangka waktu yang lama.
9. Pegang objek yang berat rapat ke badan anda.
10. Apabila duduk di kerusi, pilihlah tempat duduk yang dapat mengampu seluruh paha anda dan biarkan kaki anda lurus ke bawah dan memijak lantai atau bangku kecil dengan selesa. 

Wednesday, July 25, 2012

Kejayaan terletak pada.................siapa?

SHAH ALAM 12 Julai - Beberapa orang pelajar jurusan Sains Aktuari telah diwawancara oleh wartawan TVSISPA. Mereka menjadi insan bertuah apabila terus diserbu oleh pihak media selepas selesai sahaja peperiksaan akhir mereka pada jam 5:29 petang.

Antara persoalan yang diutarakan kepada mereka ialah:

Bagaimana dengan peperiksaan anda? Adakah anda yakin, anda mampu untuk mendapat keputusan yang cemerlang untuk semester ini?
Pelajar pertama, Almond (bkn nama sebenar) berkata "Saya kurang yakin, kerana suasana yang terlalu sejuk di dalam dewan, membuatkan otak saya tidak dapat berfikir dengan baik. Malah, saya hanya dapat meminta simpati daripada pensyarah saya, dengan menulis..."Pn, saya beku... Tak mampu nak tulis nombor dgn baik. Harap Pn faham."

Pelajar kedua, Bahulu (juga bukan nama sebenar) berkata "Saya telah cuba sedaya upaya saya. Berkat usaha gigih sejak dari awal semester hingga saat akhir peperiksaan ini, saya telah belajar sebaik mungkin. Dan saya yakin, setiap jawapan yang saya berikan, adalah tepat. Malangnya, saya dapat rasakan...kejayaan tidak berpihak kepada saya memandangkan, suasana yang terlalu sejuk di dalam dewan membuatkan ink pen2 saya beku. Akibatnya, apa yang saya tulis di atas kertas...hanya kosong. Dengan harapan, pensyarah saya fasih menggunakan tulisan Braille (tulisan khas utk org buta). Dengan hanya menyentuh hasil tulisan saya, saya harap Prof faham setiap jalan kira saya."

Pelajar ketiga, Tart Nenas (of course bukan nama sebenar!) berkata "Saya ni simple jer. Takde la mcm kawan2 lain. Nak study, pulun dari awal sampai la burning the midnight oil bila exam is around the corner...(ayat karangan time SPM). Saya nie sempoi jer. Saya nak study, saya study. Saya penat, saya layan movie..running man jap. Tak p0n, kartun Barbie. Saya tak layan facebook2 ni. Saya ketagih bl0g jer. Senang cita, saya ni takde la pandai sgt. Cukup2 makan. Asalkan apa yang saya belajar selama nie, dapat saya gunakan dalam hidup saya. Bukan untuk dapat A semata2. Tapi, sape yang tak nak dapat skrol ijazah tue kan? So, saya belajar la jugak...semata2 nak dapat jawab dgn baik soalan exam hari nie. Tapi, disebabkan kesejukan melampau dalam dewan tadi, saya jadi beku. Tangan tak mampu nak menulis. Otak tak mampu nak berfikir. Mulut tak mampu nak terbuka.... Sedihnya, saya tak dapat jawab exam..."
(gagal ditemuramah dengan lebih lanjut, memandangkan beliau terlalu sedih)

Dapat disimpulkan di sini, keadaan di dalam dewan peperiksaan adalah salah satu faktor penting bagi seseorang pelajar. Jangan kerana kesejukan, otak, badan malahan ink pen jadi beku. Akibatnya, pelajar menjadi mangsa kegagalan. Jangan salahkan pelajar semata2 jika mereka tidak mampu menjawab dengan baik. Tapi, salahkan la pencipta penghawa dingin. (Aku belajar kat sekolah dulu, sebutan sebenar2nya...pendingin hawa)
Errr,, tak..tak. Salahkan sikap pihak yang mengada2 nak selesa. Sanggup beli air-cond untuk buat pelajar rasa selesa.
Eh, tak...salahkan pihak pembekal air-cond. Sape suruh jual...mesti la ada orang nak beli.
Mmmm, tak bukan salah dorang. Sebab tue memang keja dorang.

Habis tue.......................................
Salah sape ek?

wartawan, TVSISPA

#Sebagai seorang pelajar, jadilah insan yang menimba ilmu untuk digunakan dan diamalkan dalam kehidupan kita. Bukan untuk menggapai cita2 semata2. Bukan untuk segulung ijazah semata2. Bukan untuk dibanggakan kepada semua. Persediaan yang rapi terletak dalam diri pelajar itu sendiri. Tetapi, setiap apa yang terjadi sebelum, semasa dan selepas peperiksaan adalah apa yang telah ditakdirkan dan ditetapkan untuk kita. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hamba2-Nya.

p/s: Dalam diri seorang anggota Pertahanan Awam, 'sebelum, semasa dan selepas' adalah frasa utama dalam menjalankan tanggungjawab mereka. Sentiasa bersedia sebelum, semasa dan selepas bencana...





Pertemuan antara dua insan

Assalamualaikum sumer pembaca sekalian,
Aku mulakan entry kali nie dengan paparan gambar di bawah. Sape beliau??? Moh kita terjah....


Diberi nama Azami B Markom.
Jurulatih kawad kaki kat tempat aku...
Di pendekkan citer, beliau ialah jurulatih aku sejak aku berkecimpung dalam dunia SISPA.

Apa yang membuatkan aku berminat nak tulis pasal beliau? 
Dunia nie kecik jer kan? Sekecik insan yang menaip...
Tapi, kecik2 dunia...banyak lagi benda yang aku kena explore untuk betul2 yakin, aku adalah seorang individu yang bergelar anggota Pertahanan Awam.

Berbalik kepada insan di atas. Sarjan Azami B Markom. Kenapa aku kata dunia nie kecik jer....?
Sape sangka, sejak aku sekolah lagi...aku dah jumpa insan nie. Kat mana?
Dalam arena kawad kaki jugak. Yang membezakannya, aku tak kenal beliau dan beliau p0n tak kenal aku. 

Kami diketemukan di Putrajaya dalam pertandingan kawad kaki peringkat kebangsaan antara sekolah2. Masa tue, tahun 2008. 

Entah macam mana aku boleh teringat balik wajah beliau....
Dalam perjalanan nak ke UMT, aku tanya Koperal Jumaah pasal Sarjan Azami... Tapi, Koperal tak pasti sama ada Sjn penah jadi hakim pertandingan kawad atau tak. 

So, dengan rasa selamber tapi penuh rasa ingin tahu....aku tanya Sjn dalam bas. 

Aku:    "Sjn, penah jadi hakim utk pertandingan kawad sekolah tak?"
Sjn:      "Bila?"
Aku:     "2008."
Sjn:       "Penah.... (Muka mcm takde perasaan.)"
Aku:     "Owh, betul la! Saya penah tengok Sjn. Saya lapor kat Sjn....hehe!"
Sjn:      "Dah lama, baru ko ingat muka aku....!"
Aku:     "(mcm biasa, ayat back up diri) At least saya ingat jugak, kan? "


Sebab tue la aku kata, dunia nie kecik. Aku yang bersekolah kat Penang. Bertanding kat Putrajaya. Tapi Allah Maha Berkuasa, Dia ketemukan kami kat Shah Alam. Daripada seorang hakim pertandingan, jadi jurulatih aku. 



Ni zaman sekolah dulu. Sekarang dah tak main la putih2 ni... Layan biru, oren pulak... =)



Tuesday, July 24, 2012

Perhimpunan & Majlis Pentauliahan Kor SISPA siri 2

Assalamualaikum,
Haha..ni sambungan bagi entry yang lepas. Sebab ada pihak yg komen, nape ringkas sgt entry aku tuh. Juz penuh dgn gambar jer. Tak banyak yang aku bebelkan.... Tak sangka, ada orang setia menanti bebelan aku...hoh0!

Okeh, aku teruskan dgn niat suci aku..nak buat org lain membaca dan bukan sekadar membelek gambar yg bukan milik mereka. (Gambar pegawai2 senior tak banyak, tue yg ehem2 cakap ringkas je tu... Sebab banyak gmbr PKS Muda dgn pegawai baru jer, hehe! Takpe, sy memahami.)

First day gi sana...14 Julai 2012.
Dalam perjalanan dari Shah Alam ke T'ganu, aku duduk belakang Pn Nurul dgn Pn Kinah. Mmg masyuk ar kena kac0 dgn pn nurul. Apa yg didengkikan ntah..haha!
Tapi, seriously, aku mmg tak boleh tido sepanjang perjalanan tuh. Yup, memikirkan kawad + ada benda sampingan. Tapi, aku tak rasa aku patut gitawu dalam nie. Biarlah org tu jer faham....yang aku tujukan benda sampingan tu kat dia. Sorry for everything. Takde niat nak buat dia sedih, sebab aku sendiri dalam keadaan blur sekarang nih... Apa yg terbaik untuk aku, dia...

Stop untuk makan jap, selepas per0t2 mereka kebulur meronta2 meminta makanan.... Aku tetap dgn diri aku. Takde selera nak makan... Tapi, aku gagahkan jugak. Sebab, aku pikirkan kawad. Utk pengetahuan semua, aku dah bape hari tak makan. Mmg padan la, aku dilahirkan sebagai seorang insan kecik...cukup susah aku nak makan, time hati tgh tak tenang.

Nape aku pikirkan kawad? Sebab, aku tawu ramai yang mengharapkan kejayaan. Termasukla diri aku sendiri. Dan aku pernah kata kat sahabat aku...aku takut utk masuk bertanding utk kali kedua. Aku takut tak boleh terima hakikat, kami akan kalah. Even, dapat no 2 sekalipun...itu dah menunjukkan aku kalah. Aku tak nak tue...

Effect paling jelas, jadi masa hari terakhir latihan kawad. Hari jumaat tuh. Masa tu, mmg aku stress. Stress dgn masalah aku + formasi yang aku baru boleh start hafal, sebab baru buat + stress dgn rasa, aku nak menang + takut pengalaman lepas berulang lagi (saat aku lupa hukuman...)........
Kalau sedar, aku dah tak mampu nak bg hukuman sebaik mungkin. Honestly, aku dah tak larat... Sakit dalaman, sape yang tawu.

Sampai je kat UMT, malam tu dah ada rehearsal utk perasmian esok pagi. Dah la ngantok, tak tido. Kena berdiri lama lak tu....huhu!

15 Julai 2012
Aku spend masa aku dgn Koperal Jumaah. Kami gi tgk kawad. Kalau ikutkan Cik Nabil, dia tak bagi aku tgk kawad... Dulu masa kat USIM, dia tak bagi langsung aku tgk. Nak jeling pon dia dah tegur dah...
Takut aku ter-psiko rasanya. Tapi, kali nie..aku buat tak endah jer. (Dah koperal ajak, apa g....ambik peluang ar)

Aku tak nak komen utk kawad dorang. Biarla aku jer yang tawu apa yg aku rasa. Tapi, apa yang aku boleh cakap....pandangan aku dgn Koperal, berbeza. Cuma, Alhamdulillah, aku tak ter-psiko dengan derapan ladam dan paduan jitu hentakan dorang. Maybe sebab pengalaman + aku tahu tahap kebolehan kami.
Sebenarnya, ada something yg jadi masa tue... Sorry aku tak boleh nak citer kat sini. Apa yg aku boleh kata,  Allah Maha Mengetahui. Masa benda tu jadi, Allah turunkan hujan. So, aku ajak koperal balik...alasan aku, dah habis dah. Jom balik. (Psssstt, jgn gitau koperal...haha)

Aku balik bilik, aku rehat. qadha balik tid0 yang tak cukup ntah utk berapa hari. Malam tue, ada perjumpaan jap... Hati tgh sedih, tapi aku abaikan. Asalkan dia happy... Melayan karenah pn kinah dgn kucing comel tue. Melayan pn nurul dgn ketawa spontannya. Melayan sjn azami yg bermata ibarat boleh tembus mata aku...dan pegawai2 lain, at least buat aku ok.
Sapa sangka, mulut tersenyum, sibuk mengusik...tapi dalam hati, Allah jer yang tawu, betapa aku nak pegi jauh dari situ.

0430 pagi. Isyzreen call aku. Kata dah sampai depan pintu bilik.... Aku p0n bangun la...terkedek2 comel gi pintu. Nasib tak mamun, gi tingkap...huhu!
Rasa semacam jer. Mcm dah lama tak jumpe dorang. Rindu sgt....hoh0! Inikah dinamakan brotherhood sejati???
Bermula la episod membantu dorang mengemas2 apa yg patut. Sebab, kami akan bertanding kawad pagi tu...dalam pukul 8. Masa tue, aku tak pikir ngantok atau dah lama tak tido. Yang aku tawu, aku kena pastikan dorang siap dari segi aksesori. Dari segi mental, sorry aku tak boleh nak tolong.... hehe!

Breakfast...
Macam biasa, takde selera. Maybe sebab kawad...aku p0n dah keliru antara masalah dgn nervous kawad. Pn Salwa bagi makan sikit......(paksa aku makan) Aku kata, tak nak.. pagi2, tak sedap badan nak makan. Last2, pn kata...


"Eleh, kalau kawad petang p0n, ko takde selera nak makan, kan?"

A'ah laa...betol gak kan? So, aku makan la jugak, haha!

Kawad dah selesai. Apa yang aku boleh kata...aku sendiri tak puas hati dgn performance aku. Aku p0n tak tawu nape. Biarlah, abaikan. Benda dah lepas. Aku tak nak pikir dah. Pikir kawad tauliah pulak....huhu!

Penat pertandingan tak hilang lagi. Dah kena gasak dgn latihan tauliah pulak. Alhamdulillah, Cik Nabil, Cik Hafiz dan lain2 banyak tolong kami sebab kami 'baru sampai' dari Shah Alam. Tak lupa jugak utk Meor (kalau tak salah aku...) yang jadi ajutan (setawu aku panggil ajutan) tue. Dia tolong dari segi betulkan kaki. Aku p0n dah pening nak bagi hukuman jatuh atas kaki apa.

Cakap pasal latihan tauliah nie, aku mmg angin. Bab latihan kawad tu ok lagi...aku faham, dorang nak keseragaman. Yang paling aku tak puas hati....pasal persembahan. Sorry to say. Sape2 tak puas hati kat aku, lantak la. Aku juz menegakkan keadilan bagi kaki2 aku nie.... Persembahan tue, pandai2 la bajet masa. Jangan la ikut suka jer nak buat bape lama. Dah nama pon latihan, ok lagi la.... Yang paling aku angin, ehem2 tue. Nak practise, buat la skrip elok2 dulu. Tak payah la nak hentam kromo je bina ayat sendiri. Pastue, dok tergelak2.....aku mcm nak gi depan, nak tanya, apa yg kelakar???
Nak share boleh, nak letak kat bl0g!

Masa tue, apa yang aku pikir....tunggu la, aku balik,,,aku hentam dalam bl0g!
Ditambah dengan alunan suara sahabat2 SISPA aku...mmg tangan dah genggam keras jer. Rasa mcm nak cakap kat Cik Mus,


"KAMI BUKAN KOMANDO. JANGAN LA BIAR KAMI BERDIRI LAMA2...."


Tapi, bukan salah Cik Mus, Cik Zairal p0n.... Tak guna cakap apa2 kat dorang.
Yang paling best, bila Cik Zairal jerit.....
"...................., ko check balik tempoh masa persembahan!"

Aku tersenyum sinis dalam baris...haha!

18 Julai 2012
Hari yang dinanti2kan telah p0n tiba. Tersenyum girang nampak kelibat Pn Dyla dan pegawai2 lain. Ditambah dgn kehenseman Tn Zamzuree pakai baju no 2... Mmg rasa, dihargai gila utk tauliah kami nie. Thanks, terharu sangat. Tak sangka dorang datang jugak, tengok kami. (Betol ke, tengok kami?)
Utk semua yang datang, Tn Faaris, Tn Hazwan, Tn Nizam, Tn Zahid...thanks datang.
Tak lupa untuk penyelaras SISPA UiTM Shah Alam, Tn Ariffin. Dalam senyap, Tuan banyak ambil berat pasal kami. Nampak ke hulu, ke hilir, tapi mata tetap memerhatikan kami.... (Stalker???)

Time kasih semua. Pn Nurul yg banyak bersabar dgn saya... Pn Kinah, yg bagi air asam kat saya. Tn Zam yang belikan air asam tue...Sarjan Azami, yang banyak bagi tunjuk ajar dalam kawad. Koperal Jumaah yang banyak tolong dlm bagi motivasi. Tak lupa, Tn Rafique yang tolong 'kecikkan' belt hitam tu. Tak tawu nak eja camna....Tak lupa jugak, Cik Sukari yang tolong mengecikkan lagi belt tue...hehe!

Sesungguhnya kenangan ini, hanya akan bersemadi dgn adanya insan2 yang mewujudkan peristiwa 14-18 Julai 2012 nie....

Akhir kata, syabas utk semua pegawai muda yang baru ditauliahkan.
Majulah SISPA untuk org awam...hehe!

Budak Merah + Biru + Oren





Monday, July 23, 2012

Perhimpunan & Majlis Pentauliahan Kor SISPA 2012 kali ketiga

Assalamualaikum
Akhirnya, bertapa jugak aku kat depan lappy nih. Err, maksud aku untuk update blog. Lepas sekian lama, blog aku terkilan ditinggalkan alone.Aku yakin, ramai dalam kalangan SISPA yang tawu... Ape bebelan yang aku akan update utk kali ni. 

Yup, pada tanggal 18 Julai 2012 yang lalu, terpahat la satu sejarah bagi Kor SISPA UiTM Shah Alam. Yang mana, kami, batch pertama SISPA telah berjaya ditauliahkan sebagai Leftenan Muda Pertahanan Awam.

Alhamdulillah, seperti yang kami nak....kesemua 43 orang daripada batch kami dapat ditauliahkan sama2. Takde sorang pon yang terkecuali. Thanks a lot to those officers yang banyak bersabar dlm melayan karenah kami,,, Diselitkan dgn ungkapan, "Sorang tak tauliah, 43 org tak nak tauliah" Mmg stress bagi aku...kalau dapat junior mcm ni. (PKS Muda, merangkap PKS Inter jgn tiru statement kami, hehe!) Tapi, tahniah! Pegawai2 kami berjaya jugak.....

Okeh, sambung.... Perhimpunan kali nie, buat dekat UMT. Ingat boleh jumpe kawan kat sane..tp dah cuti daaa, haha! Aku tak abes exam lagi, dia dah selamat tido kat umah.

Jom, tengok gelagat PKS Muda yang best jenjalan...
Even penat, tapi aku rasa dorang ni berbaloi...
Ade pengalaman g perhimpunan + boleh pijak pasir pantai...huhuhuhuhu!

Sekali tgk, nampak mcm geng Jelajah Kinabalu.
Takpe, aku tukar.... Jelajah Penyu.
Yang kasut biru tu, tgh duduk atas penyu. Cian penyu....
(Aku rasa, tu Zati Rodi..betol tak?)


Takpe, nanti kita buat program kat P.Pangkor. Mase tue, main la kayak puas2 k...
Dari jauh, nampak dah...kayak tu dah retak. Pakat duduk ramai2...

Untung laaaa, kaki boleh tenggelam dalam pasir. Kami mampu tenggelam dalam boot jer...

Jurulatih renang, Asywad. 
Jijah, "Ermm, renang boleh bawak beg ke coach?"
Asywad, "Takde masalah kalau tak tenggelam....."




Dah ada baju sama nie, nanti rokol, boleh la pakai baju nie. Takde la pakai baju hitam jer... Bosan tgk...

Erk?
Adeq sape ntah ni....hoho!


Faiz: Ultraman...
Asywad: Ninja turtle..
Aku: Hmmmmm....... Untung la, blh kena air masin. HUH!

Walaupun kena kutip sampah...Tapi nampak muka dorang happy.
Keep it up!

Barisan peserta kursus renang.
Penghuluwati, Farah Omar...
Yang pakai spek itam tue, Bia ke? Mata masuk pasir ekkk? haha

Okeh, settle pasal PKS Muda. Dorang ni nampak jer macam sekadar suka2 pegi UMT tue.
Tapi, bagi aku...dorang ni dikira sebagai kontinjen yang menaikkan semangat kami jugak la. Kalau takde dorang, maybe UiTM Shah Alam terutamanya nampak suram coz kami tgh penat/ buzy dgn mcm2.
Thanks korang ('',)

Ni, sebelum pertandingan kawad pulak.
Moh, saksikan...dan umpatkan....

Pelik pulak. Orang lain dah siap. Aku kosong je lagi...
Tue, namanya buat kepala...hoh0!

Tengah2 perbetulkan dan kemaskan apa yang patut.
Dibantu oleh jurulatih2 yang setia, Koperal Jumaah dgn Sarjan Azami.



Sementara tungu kami tgh practise.
Kan aku dah kata, kalau takde PKS Muda, kosong la tepi2 tue. 
Kira, dorang ni kumpulan penyorak la....
Hidup SISPA!!!

Kata2 terakhir daripada Ariff before bacaan doa.
Aku, sebak....sob, sob,sob! Huhu!

Masa check pakaian...

Takde la kecik mane aku nie...haha!

Dup dap, dup dap.....


Dah abes dah kawad....
Pakat2 kerumun nak ambik gambar....

Jejaka2 kawad....
Ko buat ape tu Zamir?
Dari kiri... Madi, sabahan yang dah lama tak balik. Tapi Alhamdulillah, dah sampai p0n kat umah dia skrg nie. Enjoy your day with your family =)
Shimiee, si pemalu dalam kawad, bak kata Koperal....
Zamir, kaki games. Alex, maybe aku patut kata... Pegawai Harapan, hehe!
Daus, blogger jugak dia ni....ko tengok mana tu???
Kat tengah2 tue... Tn Fuadzi, nama comel Pojie. Yang tutup per0t tu, Tn Mustaqeem, mantan Pengerusi JPK SISPA, hehe!



Ni pulak, time majlis penutup. 

Barisan kontinjen yang terdiri daripada PKS Muda. 
Diketuai oleh Shahrul ek? Tak nampak....

Hormat panglima, hormat ke hadapan...hormat!
Datuk Wira....
Hehe, Mak, Abah aku kat belakang tue.... =)
Tak sia2 aku suh dorang datang awal. Boleh duduk depan...



Muka cuak jer Fa'ain tu, hehe!
Aku teringat trademark group Fazleen time Kursus Kepimpinan...
Tak takut, tak takut...
Tak cuak, tak cuak...
...
Aku datang jer...
Dah cuak, dah cuak...
Pape p0n, korang memang best...
Enjoy your life in SISPA =)

Jannah kata, muka aku muka sedih.
Masa nie, mmg aku tgh blur. Aku tak tawu nak buat apa.
Datuk Wira suruh tgk kamera, aku tgk jer. Tapi aku tak nampak langsung kelibat kamera....haha!
Aku pikir gak, aiseyh, aku tak senyum ar tadi...
Mcm apa ntah...


Sape ar cameraman ni? Tak center, hehe!
Same tinggi je korang kan??
Madi buat apa dgn Pn Dila kat blkg tue....

Terbukti,,,aku mmg kecik...huhu!

Diari SISPA diapit oleh jejaka2 SISPA.
First time tgk Tn Zam pakai baju no 2.
Smart...!
Bila ukur baju tue? hehe....
Moga, yang tepi2 tue nanti akan pakai baju no 2 jugak, kan? =)


Sebahagian daripada 43 orang yang ditauliahkan...
Leftenan Muda Pertahanan Awam,
Lt. M. (PA)

Zaza...alololooo, malu le tu dgn Datuk Wira.
Ke, malu dgn cameraman..? Hmmm

Ika... suka panggil aku si cumit.Tersenyum lebar ika..hehe

Mar...ex roomate aku. Dah jadi pegawai ko kan? Hehe...



Sorry, aku tak pasti ni sape....
Cerah pulak gambar ko ni....
Ade skandal dgn pihak lighting ke?

Nuha......
Tersenyum nampak gigi. Bape kali nuha practise ambik watikah dalam bilik?
hehe!

Isyzreen, si badang logistik. 
Mmg berjasa besar dlm arena stor kat pejabat SISPA.

Maisarah...sama tinggi dgn Datuk Wira?

Ifa...bergaya dgn spek dia.

Fa'ain, minah pentadbiran...

Atikah Hanis....ni lagi sorang. Lighting umpama bawah cahaya bulan.....

Si kecik (kecik la kalau compare dgn aku...) Atiqah...
Bape ringgit dia alter baju ek? Tak sempat tanya lak even duduk sebelah dia....hoh0!
Kami dok sembang pasal saiz kasut jer...

Damia, walaupun buzy dgn fakulti dia...tapi berjaya gak ditauliahkan sama2 kami.

Shimiee p0n, buzy dgn fakulti gak....

Hanim, senyum manis...
Padan la ada yang terpikat, hehe!

Zamir, kalau kawad...dia satu2nya yang pacak kaki time jalan.

Alex, pernah merangkul gelaran PKS Harapan.....
Kena ceramah apa dgn Datuk Wira tu?

Adila Ismail...si tap, tap, tap.
Aku kat belakang....pikir, camne kalau dia termelatah kat depan tu.
Bimbang betol...khuatir teramat sgt...risau tak terhingga!

Ariff, ko nampak chubby ar......hehe!

Azwan, tacing SISPA... tapi skrg dah kurang. Dah pandai control....
Jadi pegawai, kena kuat...kan? =)

Naemah...lembut je pegang watikah.

Madi, bro latihan...hehe!

Amir, smart baju ko. Sape iron kan? hehe

Erkkk, aku pelik, dalam banyak2 gambar...gambar ni jer yg tgh hormat.

Daus, senyum sikit Daus.....

Suhaniz...ko buat muka comel lak depan Datuk Wira, hehe!

Liyana, mcm senyum terpaksa je ko ni. Nape?


Yang ni pulak, Y. Bhg. Kol. (PA) Prof. Dato' Dr. Abdullah Mohamad SaidTNC UiTM Shah Alam dianugerahkan pangkat Kolonel (PA).
Tahniah Dato'... =)

Berbangga la dengan baju biru ni.
UiTM dihatiku, SISPA disanubariku...


Pertambahan jumlah pegawai2 muda dalam dunia SISPA UiTM Shah Alam...
Semoga dapat jalankan tugas dgn baik dan penuh tanggungjawab. Pesanan buat diri ini juga...

Sedikit selingan tentang Centre for Young Officers, CYO.
Ditubuhkan bertujuan untuk memberi latihan tambahan dan satu tempat untuk para pegawai muda berkumpul, berkongsi ilmu dan pengalaman. Bagi melahirkan golongan pegawai yang profesional....


Model.....hehe!

Untuk maklumat lebih lanjut tentang CYO, boleh komen kat ruangan bawah or kat chat box k... =)


Sebelum ditauliahkan....


Tahniah, dah tauliah....hehe!!!

Aku & Nuha...
Friends Forever... =)

Ni parents aku...
Mak dgn Abah datang gak.. Aku tak jangka dorang datang sebenarnya....
Thanks Mak, Abah... =)




Tergalas satu lagi beban, yang aku tak tawu mcm mana boleh dapat kat aku. Tapi, aku tak anggap ni sebagai beban yang perlu dikeluhkan...
Aku jadikan ia sebagai satu titik tolak, untuk aku terus berusaha...supaya aku tak terpadam api kepercayaan dorang kat aku.
Mohon tunjuk ajar, sesungguhnya aku masih lagi baby Pertahanan Awam,hehe! Aku tak tawu banyak pasal PA. 
Niat aku, aku akan cari ilmu PA sampai aku yakin, anugerah ni betul2 milik aku.
Thanks sumer... =)



That's all....
Aku tak tawu nak citer apa. Sekadar bagi gambar je la... InsyaAllah, dengan berbekalkan satu paku di bahu (pangkat Lt. Muda), aku akan cuba jadi yang terbaik. Untuk diri aku, family aku, kenalan2, orang ramai....
Aku tak nak sekadar punya pangkat tapi hati dan ilmu kosong.
Mmg sekarang, aku hanya insan biasa, belum cukup ilmu di dada,,,
tapi aku akan usahakan.
Moga, tauliah ini, pengorbanan para pegawai aku, dan penat lelah mak, abah datang tgk aku berbaloi.
Bukan untuk melahirkan aku , Lt. M. (PA) yang jahil ilmu Pertahanan Awam, tapi aku yang sedia berbakti utk mereka.

Tahniah buat semua yang telah menjayakan program perhimpunan kali nie, PKS Muda, barisan pegawai2 muda dan semua pegawai yang hadir dan banyak memberi sumbangan dalam SISPA.

Nukilan pertama daripada saya, Lt. M. (PA) Nur Azimah Binti Jamial.

Tn Zam, pinjam gambar...hehe!