"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dlm kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh atau solehah dalam kalangan kamu, kerana aku juga melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan."

~Hassan Al Basri~

Wednesday, April 25, 2012

Hukum Memotong Kuku

Assalamualaikum,
Hari nie aku nak share s0mething pasal kuku. Entry nie khas untuk perempuan sebenarnya. Tapi, tak salah kalau lelaki baca...maklumat untuk semua, boleh disampaikan utk yang berkenaan nanti..hehe!

Disebutkan dalam sebuah kitab (al- Iqna' fil Hal Alfaz Matn Abi Syuja') iaitu kitab fiqah mazhab Syafi'i bahawa Imam al-Ghazali menyatakan dalam kitabnya (Ihya' Ulum al-Din)
"Tidak boleh seseorang bercukur, mengetip kuku, menipiskan bulu, mengeluarkan darah atau memutuskan mana-mana bahagian badannya sedangkan dia berjunub kerana semua itu akan datang pada hari akhirat dalam keadaan berjunub."

Ada pendapat mengatakan bahawa setiap bulu tadi akan menuntut daripada tuannya kerana ia masih belum suci.

Tetapi, pendapat ini tidak mempunyai dalil yang menyebutkan larangan perbuatan tersebut ketika berjunub. Juga tiada dalil yang mengatakan bahagian2 tersebut akan menuntut dari tuannya.

Nabi SAW telah bersabda,
"Sesungguhnya orang mukmin tidak najis sama ada dalam keadaan dia hidup atau meninggal dunia."

Ibn Taimiyah berkata, "Saya tidak mendapati suatu dalil di sisi syarak pun tentang larangan memotong bulu dan mengetip kuku bagi orang yg berjunub."

Bahkan, Nabi SAW pernah bersabda, "Buangkanlah daripadamu rambut kekufuran (penampilan org kafir) dan berkhatanlah."

Hadis baginda ini menandakan bahawa perkara2 ini dibolehkan. Sama juga kepada wanita yang haid.

Oleh itu, sesiapa yang berjunub atau dalam keadaan haid, tidak ada larangan baginya untuk memotong kuku, rambut dan bulu2 yang lain.

Haaaa, camne? Terkejut tak baca? Aku dari kecik g, ada kengkawan kate nanti kat akhirat, dorang cari sampai jumpe. Sebab potong kuku time period.

Tapi, aku pernah dengar dalam ceramah, ustaz kata takpe. Takde salahnya.... Potong, pastu buang la elok2. Jangan la buang merata2.
Ditambah pulak, bila aku baca satu buku nie...tue yg aku tawu pasal info2 kat atas tue.

So, untuk bebudak sekolah yang suka bagi alasan , korang tgh period masa check kuku dan kuku korang panjang (syetan dok bertenggek kat kuku2 tue).... Lupekan je la. Benda dah lapuk la....
Tak kisah la bila p0n, asal ada check kuku....mesti ada yg bagi alasan, tgh aktiviti bulanan. Hermmm....
Takleh tipu aku lagi dah pasni... Sebab aku dah berilmu tentang nie. Korang pulak....?
Moh share...sebab ramai lagi yang tak tawu pasal dibolehkan potong kuku utk waktu2 period.

aku tengok p0n dah rasa nyilu. Potong la wey.. Syetan dok kat kuku2 tue.. Tgh buat ape ntah...
Ada yang mengatakan, satu jari yg kukunya panjang bersamaan dengan korang ternak sekandang khinzir/babi.
Wallahua'alam.
(Kalau kat ats nie...5 kandang ar kan?)

Kan kemas kalau p0tong?
('',)


Tuesday, April 24, 2012

Peti ais kosong..ermm?

Assalamualaikum,
Dengan niat berlumba dgn dia...sape update entry lebih laju....
Aku nak buat simple jer kali nie...hehe!

Aku cume nak citer pasal hari yang aku balik umah tue...
Petang tue, aku usya2 peti sejuk... Ermm, nampak kosong. Takpe lah....
Aku tutup peti sejuk tue...sambil mengomel dalam hati.
"Nape kosong nie,,,? Lapar, eh..... Bukan lapar. Mulut ni haaa, nak mengunyah lak dia."

Malam tue, aku bukak lagi. Kot2 laa ada keajaiban. Tetiba ada eskrim ka, McD ka, dutch lady ka....whiskas, Coklat or pape biskut la...
Tapi, masih hampa. Huhuhuhu....!

Aku p0n jalan la terkedek2 gi depan kat ruang tamu tue...
"Mak, lama tak beli barang ka? Kosong ja peti ais tue... Hehehe!"

Automatically, mak aku tawu....aku tgh lapar.
"Mmg p0n... Cadang tue nak beli barang es0k la."

Lalu, esok tue, kami p0n pegi ar beli barang2...untuk disumbat dalam peti ais. Boleh dibuat makan time gelojoh. lapar.
Kesimpulan, mak beli la brg2 lepas si anak membebel...hehe!

Pastue, umah aku rase senyap jer. Debab takde. Still rase kehilangan. Ye ar, tak penah aku bela kucing dari kecik. Selalunya, dekat2 dah besar tue..mesti hilang. Mak dorang bawak gi jenjalan mane ntah.
Yang debab nie pulak...mmg blaja makan nasik, makan ikan kat umah aku....
Ermmm...

Esok tue, kami gi kutip kepah. Dalam perjalanan tue, aku nampak kerbau2. Pelik gak aku...nape aku rase macam pelik jer kerbau2 tue sumer?
Baru laa ku realized, dorang pakat2 kuar dari lumpur. Panas terik sangat hari nie. Tue yang kulit mmg berlumpur. Sekali tgk, aku nampak mcm patung2 jer...

Ade ar 2 ekor still merenung lopak lumpur tue. Aku tak pasti apa d0rang buat... Bersyukur dengan nikmat Allah kot. Ada lumpur utk d0rang masuk time panas...boleh sejukkan badan.

# Binatang p0n tawu bersyukur. Kalau nampak semut, dalam dok jalan2 buat keja dorang tue..sebenarnya d0rang tgh berzikir. Tapi, manusia? Tak dapat makan...merungut lapar. Tak teringat ke, kat Somalia tue... ?


Kalau la ada kek nie dalam peti ais, hehehe!

Kecik2 dulu, selalu makan eskrim nie..
Korang mesti selalu jugak kan?


Monday, April 23, 2012

Ragam orang

Assalamualaikum,
Dah lama aku tak balik umah... So, aku nekad nak balik jugak minggu nie.
Dalam perjalanan balik tue, aku sempat la usya ragam orang yang rajin, excited sembang, muka ngantok...dan lain2.
First, aku nampak satu family cina nie. Ade budak laki, maybe dalam darjah 2,3 kot. Dia buat keluar buku dia, pastu start buat keje. Dia tanya kakak dia...
Pastue, kakak dia pon start bace buku jgk. Tercabar dgn adik dia kot, hehe! Rajin kan dorang? Kite, ade mcm tue....??? Entah la, aku pon takde la sampai tahap mcm tue. Mmg padan la, dorang boleh maju.
So, ape kate...melayu pakat2 ambik iktibar, mcm dorang...
Islam bukan agama yang mundur...perlu diingat tue.

Pastue, singgah kat mana ntah. Ade sikh turun.... Tapi, aku usya pelik sikit, sikit jer... Sebab sikh tue pakai headphone. Aku takde la gelakkan dia. Juz ak share jer... Kang ade unsur perkauman pulak...
Aku cume nak kate, pegi la mane2 p0n, hampir sumer org guna teknologi kan? Bayangkan la, sikh yang pakai kat kepala tue, aku tak pasti panggil apa, tp yg mcm serban dorang tue...pakai headf0n. Comel...bagi aku.

Lepas tue, dekat2 nak sampai umah... Minah sebelah aku nie... Dia ok jer..
Tapi, maybe sebab bosan sgt kot, dia call kwn dia... sembang rancak punya gaya.... Pasal keja dan gaji.
aku mcm nak tergelak je dengar d0rang sembang.
"Kwn aku, keje kat jakel tuh. Gaji kaw2 punya. Tue tak campur OT lagi...
Ko camne,,,?
Ooo, kedai kain biase la? Aku ingat mcm ariani tue....
Gaji ko bape?
Kwn aku tue, kalau time raya,,,,boleh cecah RM.........tau gaji dia.."

Camtue la lebih kurang dialog dia....

Aku p0n malas nak dengar lebih2...walaup0n terdengar jugak..huhu!

Yang sorang ni pulak, mamat duduk depan aku. Seat sorang...
Ape hal ntah dia tue... Dari awal (sebelum bas bertolak) muka dia dah mcm ngantok yang teramat sgt....
Pastue, tgk depan, tgk belakang.... Nak suruh kami gitau driver....bawak cepat sikit kot.

Akhirnya, aku sampai jugak umah... hehe!
the end...

Kutip Kepah

Assalamualaikum,
Apa cerita utk hari nie? Haha... Semalam, aku dgn family + sedara mara belah abah pi kutip kepah kat laut, Kuala Muda.
Mulanya, aku ngan kak aku ingat...kutip tepi pantai. So, takde la basah kena air laut. Rupanya tak...masuk bukan takat cecah air, mmg masuk sampai ke tengah laut la. (Air dah surut masa tue. Takde la heran sangat kalau aku tulis, jauh giler dari pantai)

Pak Long aku bawak gi jalan jauh giler. Yang lain tak nak ikut... Mak dah penat. So, stop...kutip kat tempat yg mak larat jer. Aku, kak dengan abang aku gi ikot pak long. Dah sampai tue, mmg tak yah cari p0n kepah tue. Juz, masuk tangan..terus ambik segenggam. Dapat la 5,6,7 kepah!

Mula2 tue, mmg kami ambik dekat2 dengan pantai. So, cukup susah nak dapat kepah. Tue yg main ambik jer..kepah kecik2 + kepah besar, sumer kami rembat.
Tapi, bile dah sampai kat tgh laut tue..jgn kata yg kecik2, yg sederhana p0n kami tak sampai hati nak ambik. (sebab banyak sgt, so memilih ar kami. Tak nak yg kecik2....) Dengan alasan, bagi la depa membesaq dulu.... nikmati kehidupan dalam laut.


Ramai kan? Tapi dalam ramai2 tue...kami tak tengok p0n org lain. Sumer khusyuk dgn aktiviti sendiri.

Hasil kutipan kami. Aku tak tawu la bape kilo gamaknya.
Dalam beg besar tue, dekat setengah beg dalam tue...

Lupe diri...dekat Maghrib p0n relax je muke innocent dok kutip kepah.
Tamak..haha!
Bak kata pak long aku,
"Sampai tak panggung muka nuh...."
(Sampai tak angkat muke...tgk keliling dah...)

   Untuk sesape yang tak pasti kepah ni camne rupa dia...


Yang nie plak, siput lala.....

Yang ni, kerang....

Masa aku cari kepah tue, baru aku tawu...rupanya kerang ni ada bulu2. Haha...
Lepas bakar (kerang bakar),, bulu2 dorang terbakar kot.....tue yang takde tue, hoh0!

Okeh, sekian saja untuk kali nie...
Yang pasti, malam tue aku dah ngantok giler... Dditambah dgn makan nasik satu setengah bungkus. (Kira sikit ar tue, org lain makan sampai 2,3 bungkus....)
Aku kenyang dgn air laut kot.... Alang2 seluk kepah, biar berenang sambil minum air laut....erk?!!







Sunday, April 22, 2012

Mahar Cinta lagu untuknya?

Assalamualaikum, 
Dah macam trend lak skang nie. Tiap kali orang suruh aku update bl0g, mesti aku tanya idea dari dia. Mana tawu, kot2 boleh bagi idea bernas... Al maklum, sekarang ni aku p0n dah kekeringan idea...huhu!

Dan, baru tadi. Orang tue suruh aku update pasal lagu istikharah cinta. Tapi aku reject mentah2 sebab aku sendiri kurang memahami lagu tue. Even, dah berapa banyak kali aku dengar dalam sehari....
Oleh sebab dia minat lagu Mahar Cinta, plus Nuha pon suka lagu tue.... aku p0n dengan berbesar hati, nak update pasal lagu nie.

Mahar Cinta,


Andainya dapat engkau mendengarkan
Suara di hatiku melagukan rindu
Kiranya engkau mampu mentafsirkan
Setiap bait kata-kata yang terucap

Pasti dirimu kan memahami
Harapan kasih yang terbina
Sekian lama di sudut hatiku
Hanyalah untukmu

Bukanlah aku sengaja
Melindungi rasa di jiwa
Namun bimbang diri kan terleka
Hanyut dibuai angan dan mimpi indah
Hingga terabai segala cita
Sedang khayalan tak menjanjikan
Segunung kebahagiaan
Sebagai mahar hantaran

Apakah mungkin engkau mengerti
Setiap cinta yang dilafazkan
Bukanlah sekadar mainan
Tetapi sebuah janji

Andainya dapat engkau mendengarkan
Suara dihatiku melagukan rindu
Kiranya engkau bisa mentafsirkan
Setiap bait kata-kata yang terungkap

Pasti dirimu dapat melihat
Rahsia kasih yang terpendam
Sekian lama di sudut hatiku
Hanyalah untukmu
Selamanya..

Aku tak pasti kenapa ramai suka lagu nie. Maybe sebab ada tersirat sejuta perasaan dalam diri dia. Terutamanya dia. Sampai masuk bertanding or buat persembahan dgn lagu nie. Untuk Nuha, aku yakin sebab dia punya perasaan tertentu dengan org tertentu, kan? hehe....

Tipu la, kalau aku kata aku takde perasaan langsung dengar lagu nie. Maybe kalau kucing dengar, dia pon rasa cam nak hadiahkan untuk awek  dia kan?
(Kalau debab ade awek, aku bluetooth lagu nie kat debab. Bagi kat awek dia...)



So, sesape yg buta hati..tak faham atau perkataan kurang menyakitkan hati....kurang faham dgn lirik lagu nie...
Sebenarnya, lagu ni berkisahkan seseorang yang memendam perasaan. Mungkin sayang, rindu terhadap seseorang. Tidak diluahkan secara face-to-face atau kerana bimbang dia dan mereka akan terpesona dgn duniawi. 

Sejujurnya, cinta memang akan wujud dalam diri setiap manusia ciptaan Allah. Sedangkan hamster p0n teringin nak ada awek, pakwe...inikan pula insan berakal & bernafsu.

Cuma, yang membezakan antara kasih sayang seseorang itu ialah...bagaimana ia dipersembahkan kepada pasangannya? Mungkin secara jelas atau kiasan.... Atau, biarlah Allah sahaja yg tahu akan perasaan gementar, risau, rindu terhadap dia. 
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui... 

Boleh baca entry aku tentang CINTA untuk perasaan lebih lanjut...eh? Untuk pengetahuan lebih mendalam...hehe!

Bagi aku, aku percaya dgn statement Islam mengharamkan couple. Tak kisah la berlandaskan Islam atau terpesong jauh. Asalkan berdua, mesti ada yang ketiga. Iaitu syaitan. Yang paling penting, doa...moga dia menjadi milikmu. Dengan harapan, anda menjaga dia seperti mana anda menyayangi dia satu ketika dulu. Dalam erti kata lain, setia pada yang satu...menjaganya kerana Allah 'memberi' dia kepadamu.

Wednesday, April 18, 2012

KEJAM!

Assalamualaikum,
tengah2 usya berita online pagi ni, tetiba terbaca tajuk nie. Mmg manusia sekarang, berhati hitam kan?
Sebab tue, mase ambik wuduk...time basuh muka, sebaik2nya kita niat "Putihkan wajah aku di akhirat nanti. Jangan Kau hitamkan ia....."
Ibarat menunjukkan, manusia mmg mudah dirasuk dgn perkara2 keji, kejam!
Kadangkala, kita menyalahkan syetan, tapi jika iman teguh, mudahkah golongan api itu untuk menhasut kita?

Moga jadi pengajaran buat aku dan mereka,,,,jgn mudah terleka dengan duniawi, krn itu permainan syaitan kpd kita.
Banyakkan lah berzikir....)

IPOH: Kematian bayi lelaki berusia dua minggu melaporkan akibat dipijak bapanya di Taman Bernam Jaya, Tanjung Malim pada Khamis lalu disahkan polis berpunca akibat patah tulang rusuk dan tempurung kepalanya hancur.
Sumber polis berkata, hasil laporan bedah siasat pakar patalogi Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh, di sini, mendapati selain dipijak bapanya, bayi malang itu turut dihumban ke dinding.
Menurutnya, mangsa dipercayai dihentak atau dihumban ke dinding oleh bapa kandungnya sendiri yang dikatakan berada dalam keadaan mabuk.

“Mangsa mati dalam keadaan terseksa apabila tengkoraknya hancur. Ada kemungkinan kepala mangsa dihentam sekuat hati pada objek keras hingga menyebabkan tengkoraknya pecah.


“Doktor yang melakukan bedah siasat turut menemui kepingan dan cebisan tengkorak mangsa yang sudah pecah. Selain itu, tulang rusuk mangsa juga patah dipercayai akibat dipijak bapanya“ katanya

Monday, April 16, 2012

C.I.N.T.A

Assalamualaikum,
CINTA?
Ape maksud cinta?
Aku tak tawu sebab aku tak penah alami.
Ada insan yang suruh aku update pasal cinta... Aku sekadar memenuhi kehendak dia jer...hehe!

Perasaan sayang sebenarnya fitrah semula jadi dalam diri manusia. Tak kisah la korang lelaki sekeras batu sekalipun, jika dikaitkan dengan hati dan perasaan, kekerasan itu akan lembut jua.
Sama lah juga dengan si kaum Hawa.
Selembut mana pun si dia, jika dipermainkan hati dan perasaannya...akan memberontak jua.

Cinta hakiki ialah cinta abadi, hanya kepada-Nya, Allah SWT.
Bagaimana pula dengan cinta sesama manusia?

Disampaikan oleh seorang kenalan di matriks dulu.
"Setiap org punya rasa cinta. Bahkan, yang paling arif soal agama dalam kalangan sahabat2 kita pun, pasti ada rasa cinta dalam dirinya kepada seseorang."
Cuma, yang membezakan dia dengan insan yang lain ialah....pada siapa ia mengadu tentang kasihnya itu? Adakah kepada manusia juga, atau hanya kepada Tuhan yang menciptanya?

Ada golongan yang, sibuk menghebah2kan......"Ini la boyfriend aku. Ini la girlfriend aku...."
Bangganya mereka....
Sedangkan, adalah lebih baik jika mereka hanya mendiamkan perkara tersebut.

Sebab, adalah lebih afdal bagi seseorang perrempuan itu, untuk memendam rasa tentang perasaan dia terhadap seseorang lelaki. Biarlah, hanya Allah dan dia sahaja yang tahu tentang perasaan itu. Itu lebih afdal dalam Islam, agama suci...

So, kesimpulannya... La tahzan (Jgn bersedih) bagi kaum Adam yang ditolak cintanya. Atau tidak mendapat sambutan dari si dia. Kerana mungkin, dia sedang memohon kepada-Nya, agar anda menjadi imam untuk dirinya.

(Uh, lebar sangat senyuman tue..... Dah2, tawu la senyum tue sedekah. Tapi, kalau senyum sensorang depan laptop, skrin p0n tak nak tengok. Hodoh beben0r senyum camtue....)

Untuk pasangan yang dah declare,,,anda sudah berpunya, jaga la maruah diri dan keluarga.
Buat yang masih memendam rasa, berkongsilah dengan-Nya, sesungguhnya Dia lebih memahami kamu.




Insya-Allah

Friday, April 13, 2012

Majlis Anugerah Sijil Dekan

Assalamualaikum,

(Sebenarnya, aku takut nak post pasal benda ni dalm bl0g. Takut org kata bangga or megah dengan result, Tapi, bile pikir balik....aku takde niat langsung pasal tue. Aku juz nak share malam tue jer. Tambah lak, nie first time utk org mcm aku dan segelintir yg lain. So, takde ape yang nak diriakkan sbb aku masih manusia sederhana,,,)

Mulanya, aku mmg malas giler nak pegi majlis nie. Ditambah lak dengan insiden geram petang tue. Mmg takde mood langsung la...
Entah mcm mane, last minute punye decision, dalam pukul 7 mcm tue la. Baru aku kate nak gi.
Fiqa, sahabat SISPA aku yang tolong ironkan baju. Thanks a lot, my ex-roomate!
Thanks jugak utk yang meminjamkan baju...haha!
Al maklum, tema purple...aku tak bawak ar pulak baju purple kat U nih....


They are my classmates.
                                                         Muke2 4 flat.... tahniah korang!


Muke tak boleh belah....



Aku tak tawu ape motif Nuha dop tersengih2 dengan fon dia...
Rupanya nak tangkap gambar kami.
Tak pasal2 jer, aku tgh pandang slack kat dia... 
Nuha lak dop tersengih sensorang...


Blur, tak tahu nak buat style ape....
Mohong ja lebih!

Menanti classmates lain ambik makanan...
Kalau tak, dah lame nasik tue abes....

Nuha makan banyak...pastu tumpah2 kot. Malu jer aku...
Aku yang sapu nasik2 tue, senyap2 buang bawah meja....
Tapi, tak sedar...rupanya nasik tue masuk dalam kasut Nuha.
Sape suruh bukak kasut....hehe!
(Aku hanya menipu di sini)
Terpaksa bagitawu, sebab Nuha cubit....huhu!

Eleh, Mar tue tinggi sebab pakai wedges jer p0n....
Nuha lak dah mmg rendah... tak boleh buat ape.
Sorry Nuha....hoh0!


My classmates. Tahniah semua!
=P

Class rep setiap sem....haha!
Mmg semua tak nak jd class rep...Nuha jer yang layak.
Sebab, die rajin gi fotostat buku....

Angka giliran kami, ik0t ketinggian.
Makin belakang, makin rendah.
So, aku dengan Nuha takde la jauh mane sangat rendahnya.
Tapi, yang pasti...Nuha mmg ke belakang la....
That's teh fact...kui3!

Meja untuk course kami.
Bertemakan purple & white....



Nie class Mardhia Athira....
mcm tengah tunjuk surat saman jer...
Selalu kalau org buat saman, media tangkap gambar dorang dgn surat tue,,
Same jer kan mcm kat atas nie?
Tambah lagi Mar tu...hehe!

Ko memang cantik ar Mar..
sebab ade pengapit mcm kami....hek3!

Tahniah buat semua, Mar p0n... Kita sebilik sem lepas, mmg nampak...ko mmg layak dapat dekan.
InsyaAllah, aku doakan ko sentiasa berjaya dalam setiap apa yg ko buat...(buat benda baik2 je la)
Untuk Nuha dan classmates aku yang lain, Tiqa, Asma, Ety, Adila, dan beberapa org lain yang tak hadir.... teruskan usaha korang. Anugerah Naib Canselor milik korang. Harumkan nama pelajar Sains Aktuari....bukan setakat dekat UiTM tapi jugak, kat luar sana.

Untuk yang lain2, teruskan usaha... Moga setiap ilmu yang kita peroleh, dapat kita gunakannya dalam kehidupan kita.

Tuesday, April 10, 2012

lahir vs mati

Assalamualaikum,
Hari nie, ade 2 orang kawan aku yang celebrate befday d0rang… Aku tak pasti secara happy or ada yg rasa terkilan c0z takde sape sambut befday dia. Tapi, insyaAllah… kalau dalam SISPA, mmg meriah la sambutan utk befday boy or girl tue.

2 orang kawan aku + sorang umi kawan aku + sorang junior sekolah aku…. Secara totalnya, 4 orang lahir pada tarikh 10 April. 



Tapi, tawu tak kalian…?
Dalam kesibukan kita menyambut hari kelahiran orang lain, ada yang bersedih atas pemergian seseorang dalam diri d0rang.
Contoh mcm kwn SISPA aku….Fa’ain.
Nenek dia meninggal…
Tengah ser0nok2 kami makan kek malam tue, gelak2 dengan perangai dorang,,,rupanya ada insan lain yang tengah menanti saat sakaratul maut.

Ini kali kedua, aku sambut befday kawan, dan pada masa yang sama…ada orang lain yang bersiap2 dengan bekalan akhir ke dunia sana….

Moga arwah nenek sahabat sepasukan aku, dicucuri rahmat dan tergolong dalam kumpulan orang yang solehah.



Peringatan buat aku dan mereka yang masih leka dengan duniawi, kematian akan datang pada bila2 masa.  Cukupkah sudah bekalan untuk kita? Sudikah Dia menerima kita utk hidup di dalam syurgaNya?
Atau masih mengharap agar sisa2 kehidupan ini dapat digunakan sepenuhnya untuk bersama2 dengan yang tersayang, dan melupakan Dia yang menciptakan kita?

Sunday, April 8, 2012

jom main jap!

Assalamualaikum,
Jom main something....! (>,<)

_ _ _ _ _ _ _

Dalam setiap baris kat atas nie, ade huruf X dan Y.

XXX _ YYY

Cuba gerakkan setiap satu huruf2 tersebut, supaya semua huruf X ada di sebelah kanan. Dan huruf2 Y berada di sebelah kiri.

Mcm nie...

YYY _ XXX

Dengan syarat:
1) Y atau X boleh bergerak satu langkah ke hadapan. (Ke baris kosong)
2) Tidak boleh mengundur kembali. Contoh, X bergerak ke kiri semula.
3) Huruf X atau Y hanya boleh melompat ke baris kosong, jika di depannya huruf yang berlainan.
    Contoh: XX_ XYYY

    Y boleh melompat ke atas X untuk ke petak kosong.
     
Untuk jadi mcm nie....
   
     XXYX _ YY







Nie jawapan dia.
Ade banyak cara...yang nie, salah satu dari cara2 tersebut.


Bagi aku ar kan, kalau dia tunggu jawapan jer...tak challenging ar.
Kalau dia try buat, try lagi...dan lagi.... 

walaupun tak boleh,
tapi still usaha....
yang tue best!!!
Tahniah buat yang berusaha...
Tahniah juga buat yg mencuba....

XXX _ YYY
XX_ Y XYY
X_X Y XYY
XYX _ XYY
XYX Y X_Y
XYX Y _YX
XY_ Y XYX
_YX Y XYX
Y_X Y XYX
YYX _ XYX
YYX Y X_X
YYX Y _XX
YY_ Y XXX
YYY _ XXX








Sunday, April 1, 2012

karangan budak maths

Assalamualaikum,
Tetiba rasa nak update bl0g… Selepas dipersoalkan tentang kredibiliti aku sebagai bl0gger petang tadi. Haish… Tak bermakna, seorang pelajar Maths tak mampu nak tulis benda panjang2… hoho!
Empunya tuan yang mengemukakan soalan tue, tanya aku…

“BM time SPM dulu dapat bape?”
Aku rasa, lebih wajar insan tersebut tanya aku… “BM time SPM dulu dapat beghapa?”
Untuk memantapkan lagi bahasa kelahiran, teeeettttt!

Aku hanya manusia biasa, menggunakan kalkulator untuk mengira walhal nombor2 simple jer p0n. Kalau tawu kat bebudak sekolah rendah, mesti d0rang nangis2 tak nak masuk U, takut jadi mcm aku. Kira 2+3 p0n, gelabah cari kalkulator.. (Mohong ja lebih!)
Tapi, realitinya, betul gak kadang2 tue….
Tak caya? Aku penah jumpa sorang nih…kawan  aku nih cemerlang ar dlm exam. Tapi, baru2 ni…aku terusya hasil keja dia. Tak sangka, rupanya sepandai2  faham teori, 0.1 / 0.1 p0n guna kalkulator. Erkezut aku… Tapi, aku rasa mcm aku p0n penah buat adegan tersebut…muahaha!

Dalam 3,4 hari nie..aku terganggu dgn s0mething. Tapi, aku tak percaya sgt benda tue. Sebab, kalau betul la nak jadi kenyataan, takkan la takde sebarang info. Mustahil la kan nak buat mengejut.
So, aku abaikan jer…. Walhal dalam hati, aku takut benda tue akan effect s0mething yg lain. Apa benda?
Effect dekat something yg aku sayang. Of course, aku tak nak benda tue jadi…  I really meant it. (p/s: baca dalam nada serius)

Baru2 nie, classmate aku ambik exam P. Alhamdulillah dia lulus… Aku p0n tak tekejut sgt sebenarnya, sebab dia mmg cekap… Dengar kata, parents dia sanggup ambik cuti, semata2 nak antar + tunggu exam 3 jam tue abes. Caya la, parents support gila.  Kalau aku la, mesti aku cakap kat mak, abah…tak yah tunggu la mak, abah…pi balik. Satgi, org balik sendiri…. Kot2 la keluaq awai sgt… (faham2 je la nape aku keluar awal….huhu)

Aku baru tawu, rupanya yuran exam tue rm500++. Aku ingatkan dari 500, mintak diskaun 50% (student price) jadi 200++. Rupanya, 500 tue dah diskaun dah… Gila ah! Tak nak ar aku ambik…huhu! Selamat la aku tak register g… Tgk la dulu, kalau keberanian + usaha dah melampaui batas keyakinan utk lulus..aku ambik la. Ini, jgn kata utk exam…utk subjek semester p0n tak  berjalan lancar gi…dok merangkak2. (Alhamdulillah, merangkak la jugak dari d0k teraba2…)

Aku tak nak tulis panjang2. Nanti orang tue kata, aku suka subjek mengarang. Aku suka buat karangan…huhu!
K, moga kita dirahmati Allah dalam apa jua yg kita buat. Dan, moga diberkati setiap ilmu yang aku dan anda perolehi utk hari ni. Even, cuma tawu sikit jer.
 
# Aku tak tawu, naper aku suka dgn hari nie…. Mood: Alhamdulillah… (><)

Kecik2 dulu, kena buat karangan autobiografi...
Tapi, cikgu BM aku tue dah meninggal...
semoga Allah memberkati segala ilmu yg beliau bagi kat aku. Tima kasih banyak2 kat cikgu.