Tahu kan doa iftitah? Alaaa,,,doa yg kita baca masa awal solat tu. Sebelum baca
Al-Fatihah tu...
Saya musykil sebenarnya, doa iftitah tu wajib ke tidak? Baru tadi saya cari2 dalam internet, jumpa la sorang hamba Allah share pasal info ni. Dia pon baru tahu.
Alhamdulillah, dia nak share kan? Moga dilimpahi pahala di bulan yg mulia ni =).
Doa iftitah ni tak wajib pon. Tapi, dulu...saya ada dengar, kalau tak baca doa iftitah, solat tak sempurna. Tue yg selalu baca tu.
Sebab tue la, saya pelik bila ada yang solat cepat dari saya. Kdg2, saya yang solat awal dari dia pon, habis lambat...sedangkan org tu dah bangun, keluar shopping dah...ehhh!
Sebenarnya, bacaan yang WAJIB dibaca dalam solat ialah Al-Fatihah. Baru ni, saya ada search dlm google gak. Bacaan wajib dalam solat ialah, kena lafaz dengan mulut (suara boleh dengar untuk diri sendiri)
1) Takbiratul ihram
2) Al-Fatihah
3) Tahiyyat akhir
4) Selawat
5) Salam yg pertama
Apa yang saya tahu daripada info yg diberi..bacaan nie kena betul, dari segi tajwid. Salah, walau silap 2 harakat sekalipon, solat kita mungkin tak diterima. Moga Allah menerima taubat hamba-Nya dan menerima setiap ibadah kita.
Sebab tu la, lepas solat...kita digalakkan utk beristighfar...(Astaghfirullahala'azim)
Doa iftitah yg selalu ada dlm buku2 panduan solat
Info2 kat bawah nie, saya ambil kat sini.
Takbiratul Ihram
Takbiratul Ihram dilakukan dengan mengangkat kedua tangan sampai menyentuh telinga diiringi dengan membaca:
Allahhu Akbar (Allah Maha Besar) (1x)
Ucapan "Allahhu Akbar" disebut Takbiratul Ihram (hukumnya wajib) kemudian pada saat peralihan gerak atau sikap, sangat dianjurkan mengucapkan takbir "Allahhu Akbar". Yang perlu diperhatikan, apabila takbir dilakukan dalam keadaan berdiri, maka sebaiknya pengucapan takbir ini disertai dengan mengangkat kedua tangan seperti pada sikap takbiratul ihram. Dan apabila perpindahan gerak atau sikap terjadi dalam keadaan duduk, maka ucapan takbir tidak perlu disertai dengan mengangkat kedua tangan. Semua ucapan takbir dalam shalat hukumnya sunnat, kecuali takbir yang pertama yaitu takbiratul ihram.
Doa Iftitah
Selesai membaca takbiratul ihram, tangan langsung disedekapkan ke dada. Yang kanan menghimpit tangan kiri, pergelangan sejajar dengan pergelangan. Kemudian membaca doa iftitah (doa permulaan dan atau doa pembuka) yaitu:
Innii wajjahtu wajhiya lilladzi fatharas samaawaati wal ardha haniifan musliman wamaa ana minal musyrikiin. Inna salaati wa nusukii wa mahyaayaa wa mamaatii lillaahi rabbil 'aalamiin. Laa syariikalahu wa bizdaalika umirtu wa ana minal muslimin.
Aku hadapkan wajahku kepada Allah yang menjadikan langit dan bumi, dengan keadaan suci lagi berserah diri; dan aku bukanlah dari golongan orang-orang musyrik. Sesungguhnya shalatku, ibadahku, hidupku, matiku hanya semata-mata bagi Allah, Tuhan Semesta alam. Tidak ada sekutu baginya, demikian akau diperintahkan, dan aku adalah termasuk kedalam golongan orang-orang yang berserah diri.
Membaca do'a iftitah hukumnya sunnat.
(Selain doa tersebut di atas, masih ada doa'a-do'a iftitah yang lain yang biasa juga dibaca oleh Rasulullah s.a.w.).
Doa iftitah yg aku baca lain. Aku jumpe dalam buku ape ntah mase kat matrik dulu. Start dari hari tu, aku dah tak baca yg selalu ada dlm buku2 solat..buku yg aku gune time kecik2 c0mey dulu, huahuahua! Aku hafal sebab ringkas,,tapi better baca yg selalu tu. Sebab yg tu lebih senang nak tawu maksud... Yang aku hafal ni, susah sikit...huhu!
Ta'awwudz
Selesai membaca do'a iftitah, lalu membaca "ta'awwudz". Bacaan t'awwudz hukumnya sunnat. Lafazhnya yaitu:
A'uudzu billaahi minasy syaithaanir rajiim Aku berlinding kepada Allah dari kejahatan setan yang terkutuk.
Al Fatihah
Seudah ta'awwudz, lalu membaca surah Al Fatihah. membaca surah Al Fatihah pada setiap rakaat solat (wajib/sunnah) hukumnya wajib.
Bismillaahirrahmaanirrahiim. Alhamdulillaahi rabbil'aalamin Arahmaanirrahiim Maaliki yawmiddiin Iyyaaka na'budu wa iyyaaka nasta'iin Ihdinash shiraathal mustaqiim Shirathal ladziina an'amta alaihim gahiril maghdhuubi'alaihin waladh dhaalliin Aaamiin
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Segala puji bagi Allah yang memelihara sekalian Alam Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang Yang merajai hari pembalasan Hanya kepada-Mu kami meyembah dan hanya kepada-Mu saja kami mohon pertolongan Tunjukilah kami jalan yang lurus Jalan mereka yang Engkau beri ni'mat, bukan jalan mereka yang engkau murkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat. Kabulkanlah permohonan kami,ya Allah!
Sesudah membaca Al Fatihah pada rakaat pertama dan kedua pada solat wajib, kita disunnatkan membaca surah-surah atau ayat yang lain. Pada rakaat selanjutnya yaitu ketiga dan/atau keempat, kita hanya diwajibkan membaca Al Fatihah saja, sedangkan pembacaan surah atau ayat lainnya tidak diwajibkan. Surah-surah atau ayat-ayat Al Quran yang diinginkan dapat saja kita pilih diantara sekian banyak surah dari Al Quran.
Sebaiknya usahakanlah tetap membaca surah atau beberapa ayat Al Quran sesudah al Fatihah pada rakaat pertama dan kedua (pada solat wajib) misalnya:
Contoh:
Wal ashri innal insaana lafii khusrin illaladziina 'aamanu wa'amilus shaalihaati watawaashaw bil haqqi watawaashaw bis shabri (QS)
"Demi waktu. Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian, kecuali mereka yang beriman dan beramal saleh serta mereka yang berwasiat pada jalan kebenaran dan mereka yang berwasiat pada ketabahan."
Ruku'
Di dalam ruku membaca :
1. Subhaana rabbiyal azhim (3x) ("Maha Suci Tuhanku Yang Maha Agung")
atau
2. Subhaanakallahumma rabbanaa wa bihamdika allaahummaghfirlii ("Maha suci Engkau ya Allah, ya Tuhan Kami, dengan memuji Engkau ya Allah, ampunilah aku")
*Boleh dipilih salah satu di antara kedua do'a tersebut. Aku baca: Subhanarabbiyal a'azimi wabihamdih =)
I'tidal
I'tidal atau bangun dari ruku seraya mengangkat kedua tangan membaca:
Sami'allaahu liman hamidah. Rabaanaa walakal hamdu. (Maha mendengar Allah akan pujian orang yang memuji-Nya. Ya Tuhan kami, untuk-Mu lah segala puji.")
Bagi orang yang telah lancar bacaannya, maka pujian bangun dari ruku dapat diperpanjang dengan:
"Mil-ussamaawaati wa mil ul ardhi wa mil-umaa syi'ta min sya-in ba'du" (Untuk-Mu lah segala puji sepenuh langit dan bumi dan sepenuh apa yang Engkau kehendaki.)
Sujud Pertama
Bacaan dalam sujud:
Subhaana rabbiyal a'la (3x) (Mahasuci Tuhanku Yang Maha Tinggi)
Atau boleh juga membaca pujian seperti pujian No. 2 dalam ruku yaitu:
Subhaanakallaahumma rabbanaa wa bihamdika Allaahummaghfirlii (Mahasuci Engkau ya Allah, ya Tuhan kami, dengan memuji Engkau ya Allah, ampunilah aku)
Duduk Diantara Dua Sujud
Ketika duduk diantara dua sujud membaca:
Allaahummaghfirlii, warhamnii, wajburnii, wahdinii, warzuqnii (Ya Allah, ampunilah hamba, kasihanilah hamba, cukupilah hamba, tunjukilah hamba, dan berilah hamba rizki.)
Atau boleh juga membaca:
Rabbighfirlii, warhamnii, wajburnii, warfa'nii, warzuqnii, wahdinii, wa'afinii, wa'fu'annii. (Wahai Tuhanku, ampunilah aku, rahmatilah aku, cukupilah aku, angkatlah derajatku, ber rizqilah aku, tunjukilah aku, sehatkanlah aku, dan maafkanlah segala kesalahanku.)
Subhanallah. Dalam doa antara 2 sujud ni jer, dah cukup banyak yg kita minta dari Allah...
Sujud Kedua
Bacaan dalam sujud kedua, sama dengan bacaan dalam sujud pertama yaitu:
Subhaana rabbiyal a'la (3x)(Mahasuci Tuhanku yang Maha Tinggi)
#Bacaan-bacaan dalam ruku, i'tidal, sujud, dan ketika duduk diantara dua sujud dalam solat, semuanya sunat (tidak wajib) yang amat dianjurkan.
#(Yang ni, aku tak tawu p0n dulu. Sebab tu, aku selalu baca. Dan rasanya,
Insya-Allah aku akan terus baca dlm solat, kecuali nak cepat... Sebab, doa2 ni..kita jarang nak baca dlm kehidupan kita kan? Duduk saja2, gebang ngan member, kacau p0kok2, gad0h ngan kucing, takde la tetiba kite nak kata...Maha suci Allah, Tuhan yg Maha Agung, pujian hanya untukNya = doa masa ruku')
Selamat beramal ('',)
Tahniah kerana dipilih Allah utk baca entry ni. Moga kita dapat berubah utk jadi insan yg lebih baik..
13 comments:
Terima kasih untuk maklumat ini. Banyak Membantu saya
Sama2. InsyaAllah, sama2 kita cuba belajar benda2 yg kita anggap remeh sebelum ni....
Pesan Nabi Muhammad SAW, sampaikanlah walau sepotong ayat. =)
Terima kasih.. sangat membantu :)
Alhamdulillah..lepas bce ni byk ilmu bru dpt..terima kasih yg brkongsi..semoga brmanfaat bg semua orang..amiin
Terima kasih jgk sbb sudi baca. Walaupon pening sikit dgn kaler2 font ni....huhu
Terima kasih kerana berkongsi...patut la kalau sembahyang tarawih dengar iman terus baca alfateha selepas tabiratul ihram...
Terima kasih kerana berkongsi semoga Allah merahmati kamu
terima kasih sbb bkongsi. Alhamdulillah.Entri kali ni mmg byk bantu sy. Sy pun baru tau yg doa iftitah tu hukumnya sunat. Patutlah org lain cpt abis solat,sy lmbt...huhu...
Alhamdulillah. Semoga kalian juga memperoleh pahala kerana menimba ilmu.
Terima kasih sudi singgah ke blog saya. 😃
Alhamdulillah. Semoga kalian juga memperoleh pahala kerana menimba ilmu.
Terima kasih sudi singgah ke blog saya. 😃
Terima kasih atas penjelasan yang complete. Sangat berguna dan faedah nyer bermanfaat buat pengetahuan cara2 dan tertib bersolat. JazakAllah kheir.
Alhamdulillah ada orang nak berkongsi
Alhamdulillah ada orang nak berkongsi
Post a Comment