"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dlm kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh atau solehah dalam kalangan kamu, kerana aku juga melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan."

~Hassan Al Basri~

Saturday, August 27, 2011

Guru sekolah vs Pensyarah Matrik

“Warga pendidik matrikulasi lebih ramai yang melayari internet berbanding guru2 sekolah. Bahaskan.”

Yaaa!! Entry istimewa daripada aku. Bukan berniat untuk mengecilkan hati mana2 pihak tetapi sekadar membincangkan sesuatu fakta yg terbukti dalam fesbuk aku sendiri. Aku ulang,,,fesbuk aku sendiri. Fesbuk org lain, aku tak tawu.
Dalam ruangan chat aku, aku muatkan nama2 popular fesbuk setiap cikgu yg banyak berjasa ngan aku dalam satu group...”Teachers”.
Tiap kali aku online, mesti nama2 dari matrik yg muncul, heheh!
Ke mana gamaknya cikgu2 time aku kecik2 c0mey dulu? (Nyampah pulak dgn diri sendiri)

Sebarang kemungkinan yg telah aku fikirkan:
1. Guru2 sekolah sibuk dgn kelas tambahan utk UPSR,PMR,SPM, trial..bla, bla, bla....
2. Kat bilik guru takde WIFI / broadband.
3. Tak pandai main Cityville (uh??)
4. Tak sempat nak online, dah berkerumun students yg nak tanya soalan, argue jawapan, malah ada ex-students yg beratur nak beramah mesra selepas sekian lama tak berjumpa.
5. Kena bertugas round sekolah, check kebersihan, disiplin pelajar.
6. Baru nak online, Tuan Pengetuan dah panggil, nak buat mesyuarat tergempar.
7. Baru sign in, ada students bawak kek, sambut befday cikgu...SURPRISE!!!

Bagi golongan pensyarah pulak:
1. Dah bape kali bukak tutup laptop, bayang2 students kat tingkap bilik guru p0n tak nampak jugak.
2. Merapatkan jurang antara seorang pendidik dgn pelajar melalaui media FB, Twitter dan sebagainya.
3. Pelajar bertanyakan soalan melalui ‘online’ memandangkan WIFI ‘berselerak’ kat ceruk2 bangunan.
4. Syon0k ‘bercucuk tanam’ dalam Cityville. (UH?)
5. Tak sempat nak offline, student wish ‘Hepy befday, cikgu!’, ‘Selamat malam, cikgu!’, ‘Tak tido ag ke, cikgu?’, ‘Cikgu, 3+4 bape?’.....
6. Mendidik pelajar untuk menggunakan sistem online dalam mencari sebarang maklumat selaras dgn perkembangan pesat teknologi masa ini. (Rujukan: Petikan pelajar cemerlang 2010, polan .. polan; Wacana Rencah Perdana; 2011)
7. Baru nak sign out, students ajak discuss pasal jamuan bukak puasa kat umah mentor.

Ok, stop sampai sini!
Kang aku kena blacklist pulak. Tak cukup dgn bl0g, dgn fesbuk aku sekali kena bl0k! Huhu!


ISU PANAS!!!
Tajuk esei minggu hadapan.
“Walaupun jumlah penggunaan internet dalam kalangan guru2 sekolah rendah dan para pensyarah matrikulasi tinggi, sistem atas talian (online) ini tetap mencatat rekod pengguna paling ramai dalam kalangan remaja /pelajar. Bahaskan. Bincangkan. Gaduhkan. Jawabkan. Bidaskan.

No comments: