"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dlm kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh atau solehah dalam kalangan kamu, kerana aku juga melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan."

~Hassan Al Basri~

Saturday, August 27, 2011

cara study effect result?

Form 1: Study time prep.
Form 2: “
Form 3: Sebelum tid0, pastikan ada buku kat bawah bantal. Ingat2 balik apa yg aku dah belajar tadi. Kalau tak ingat, bukak buku yg ade kat bawah bantal tu...pastue, ingat pasal tue jer. Tak yah sebok2 nak hafal mende lain. (mase tue, katil tepi tingkap, cerah dgn lampu koridor...senang nak baca buku)
Form 4: Study time prep.
Form 5: Stay up – 2 pagi + tanya cikgu (Err, aku tanya cikgu Math jer....hehe)

Matrik: Study time prep + tanya kawan + tanya cikgu (Cikgu Math dgn Kimia jer. Bio....x!)
Lepas prep malam, tido dari pukul 11 -12. Stay up sampai la kepala aku takleh terima apa2 ag dah.

UiTM :

Sem 1 * Stay up.
Sem 2 * Tido pukul 12 tgh malam. Study setiap malam (including Friday, Saturday, Sunday)
Sebab, siang selalunya aku takde mood nak study. Sama ada aku tido atau p0n online.


RESULT:
Form 1, Form 2 = Biasa.
Form 3 = Alhamdulillah
Form 4 = Biasa, yg menghampiri ke arah hampeh.
Form 5 = Seimbang, tetapi lebih kepada hampeh.

Matrik

Sem 1 = Mengejutkan walau tak cemerlang sangat.
Sem 2 = Menurun, yg amat mengecewakan!

UiTM

Sem 1 = FRUST GILER!!!
Sem 2 = Alhamdulillah lulus, tapi bukan dgn cemerlang..huhu!


Persoalan: Mcm mana la cara study aku yg sebenarnya untuk dapat excellent result?
Org kata, study waktu pagi2...aku tak pernah cuba. Sebab, masa tue mmg aku mengantuk. Aku prefer stay up, dari kena bangun awal2...huhu! Tapi, tak tawu la... Mungkin sem depan, aku kena try buat mcm tue kot..InsyaAllah.


Walau ape p0n, aku bersyukur diri aku mcm nie. Sebab, aku tak nak jadi org yg terlampau genius, sampai tak payah nak belajar teruk2. Aku takut aku lupa diri. Ditambah pula dgn rasa, b0sannya id0p dia...memanjang dapat excellent. Mcm takde cabaran je belajar, hehe!
Untuk sesaper yg mmg terror, pesanan aku:
Jangan berlagak.
Bagi anda, sesuatu tue mungkin mudah. Tapi, bagi org lain, belom tentu...
Tak payah la menunjuk2 sangat markah paper, tambah lak kalau tunjuk kat aku....mmg aku tak tengok la. Sebab aku tawu, niat dia hanya untuk menunjuk2....takde rasa syukur langsung manusia mcm tue. Astaghfirullahala’azim.

Ada org belajar lebih teruk daripada kita, tapi result dia sekadar biasa2 atau masih lemah. Ada org belajar, mcm tak belajar p0n, tapi result gempak mcm dia yg buat buku rujukan tue. Tiap org ada rezeki masing2. Dalam bentuk apa, wallahua’alam, kita tak tawu. Yang pasti, jangan menilai seseorang itu, dengan tinggi rendah markahnya...tapi nilailah mereka dgn usaha dan sikap mereka.

Jangan meminta A, kerana B tidak bermakna kita bodoh. Jangan mengharapkan B, kerana C tak menunjukkan kita gagal. Jangan mendambakan C..kerana D masih melambangkan usaha kita. Tidak cemerlang, bukan kerana kita malas semata2 tetapi kerana Allah ingin menduga...sejauh mana kesabaran dan keikhlasan kita dalam menuntut ilmu-Nya.

2 comments:

kinn said...

lain orang lain cara study. just jadi diri sendiri. ;)

Anonymous said...

betol2...masih mencari identiti sebenar dlm study, haha!