"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dlm kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh atau solehah dalam kalangan kamu, kerana aku juga melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan."

~Hassan Al Basri~

Saturday, May 14, 2011

bertunang?

Edisi khas utk memberku yg nak bertunang, InsyaAllah tak lama lagi...

 Pertunangan bermaksud perjanjian yang dibuat oleh pasangan untuk melangsungkan perkahwinan. Ia adalah satu sunnah yang dituntut dalam Islam sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW kepada isteri baginda Aisyah Binti Abu Bakar dan Hafsah Binti Umar. Dengan berlangsungnya ikatan pertunangan tersebut, maka tergalaslah sebuah komitmen yang tidak rasmi pada diri seorang lelaki dan wanita yang belum berkahwin untuk mengenal hati budi masing-masing.
Islam membenarkan pertunangan sebagai cara untuk pasangan yang ingin berkahwin mengenali bakal isteri dan suami termasuklah ahli keluarga mereka sama ada dari segi fizikal dan mentaliti. Jadi sudah tidak hairan lagi pada kita jika ramai pasangan yang bercinta pada hari ini melangsungkan pertunangan sebelum mereka berganjak ke gerbang perkahwinan. Tapi  silapnya pada masa kini,  fitrah pertunangan ini sudah menjadi fitnah.
Konsep Pertunangan
Menurut konsep pertunangan dalam Islam yang sebenarnya, sesebuah  pasangan perlu bertunang terlebih dahulu sebelum berkenalan dengan lebih rapat dengan pilihan hati mereka. Ia tidak lain adalah untuk menjaga kesucian sebuah perhubungan agar diredhai oleh Allah. Namun, yang berlaku pada hari ini adalah sebaliknya. Selepas berkenalan dengan pasangan masing-masing dan berpuas hati dengan sikap, perangai dan tingkah laku barulah mereka mengikat tali pertunangan. Ia sekadar menjadi petanda seseorang itu sudah mempunyai pemilik.
Bertunang tiada bezanya dengan bercinta. Ramai yang tersalah tafsir dengan adanya ikatan pertunangan, maka mereka mempunyai lesen untuk berdua-duaan, berpegang-pegangan dan melakukan pelbagai aktiviti bersama. Sememangnya dalam tempoh bertunang pasangan dibenarkan untuk mengenali dengan lebih mendalam tentang diri pasangan dan pada waktu inilah mereka perlu memanfaatkan masa yang ada untuk berkenalan tetapi kita perlu ingat, jangan sampai ia melanggar syariat yang digariskan oleh Islam.
Jauhi Perkara Zina
Kebanyakan umat Islam hari ini menganggap penzinaan itu adalah semata-mata melakukan persetubuhan haram. Sebenarnya, bukan perbuatan zina itu sahaja yang dilarang keras tetapi kelakuan dan tindak tanduk yang mendorong berlakunya perbuatan tersebut. Maksud perkataaan zina itu luas yang mana meliputi semua aspek perlakuan. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Zina kedua-dua mata itu memandang perempuan yang ajnabi, zina kedua-dua telinga itu mendengar, zina kedua-dua tangan itu menyentuh, zina kedua-dua kaki itu melangkah dan zina hati itu mengingini dan menangan-angankannya." (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)
Jelaslah kepada kita semua perlakuan dalam perhubungan antara lelaki dan perempuan yang sudah akil baligh dan bukan mahram termasuklah yang sudah bertunang atau tidak, melainkan yang sudah berkahwin adalah dikira zina. Ia adalah perkara-perkara yang membuka peluang dan menimbulkan dorongan sekali gus memberi laluan mudah kepada pasangan bertunang untuk melakukan permulaan zina. Ini kerana, mereka telah meletakkan diri mereka berdua-duaan di suatu tempat dan seterusnya mendorong melakukan kemuncak kepada perbuatan yang terkutuk. Apabila berdua, maka akan ada yang ketiga.
Rasulullah SAW telah bersabda, "Janganlah seorang lelaki berdua-duaan dengan wanita, sesungguhnya yang ketiga di antara mereka berdua adalah syaitan." (Hadis Riwayat Imam Ahmad).
Ramai Bersubahat
Larangan berdua-duaan dan perlakuan yang membawa kepada perbuatan zina itu bukan sahaja ditujukan kepada pasangan yang bertunang sahaja tetapi termasuklah orang-orang sekeliling yang turut terbabit atau bersubahat. Ramai antara kita yang tidak sedar bahawa mereka secara tidak langsung terlibat dengan perlakuan yang hampir kepada zina. Contohnya dalam kalangan ibu bapa yang sengaja membiarkan anak-anak teruna dan gadis mereka keluar berdua-duaan. Kononnya,  ibu bapa yang 'sporting' dan memberi kebebasan serta kepercayaan kepada anak-anak mereka.

 sekadar menyemak
Kerana ceteknya ilmu agama dan terpengaruh dengan amalan dan budaya sosial Barat yang moden dan terkini, mereka tidak mahu dipandang kolot dan dan dilihat alim. Ramai yang menganggap apa yang mereka lakukan itu adalah perkara biasa dan sudah menjadi tradisi malah selari dengan zaman moden sekarang ini. Tambahan pula, ada ibu bapa yang sengaja membiarkan anak-anak berdua-duaan dengan tunang dan kekasih mereka kerana mengingatkan manisnya zaman percintaan mereka semasa muda dahulu dan ingin anak-anak mereka merasai nikmat alam percintaan sebagaimana mereka dahulu.
Bertunang Bukan Tiket Buat Maksiat
Fenomena keruntuhan akhlak yang berlaku dalam kalangan muda mudi sekarang khususnya yang beragama Islam boleh menyebabkan merebaknya kelahiran anak luar nikah dan sebagainya. Itu adalah antara bukti-bukti penerimaan ibu bapa dan masyarakat sekeliling kepada aktiviti berdua-duaan pada pasangan bertunang. Jangan biarkan diri terhantuk baru tengadah. Sedarlah, pengaruh budaya barat dalam bidang sosial ini harus dianggap sebagai virus berbahaya yang merosakkan budaya Islam sekaligus meruntuhkan kekuatan umat Islam.
Oleh itu, walaupun sudah bertunang, jangan anggap ia sebagai tiket untuk berdua-duaan dan menghalalkan segala bentuk perhubungan sebagaimana suami isteri. Pastikan jalinan hubungan cinta itu tidak melanggar hukum Allah dengan tidak ada pergaulan bebas, tidak berdua-duaan, tidak mendedahkan aurat, tidak meninggalkan solat dan sebagainya. Jangan jadikan hubungan tersebut perkara yang melalaikan dan merugikan. Kita masih belum menjadi hak milik pasangan kita sepenuhnya. Jagalah maruah agama, diri dan keluarga. Jangan disebabkan racun dalam percintaan ini disangka baja dan mampu menyuburkan hubungan yang dibina berkekalan kerana setiap apa yang berlaku berbalik kepada ketentuan Allah.
Cinta yang suci dan terpelihara pasti akan membawa pasangan yang sudah bertunang ke gerbang perkahwinan sehingga kemanisannya dan kebahagiaannya tidak mampu diungkapkan dengan kata-kata. Ketika itulah fitrah menjadi anugerah.

Thursday, May 12, 2011

misteri kampongku,,,hahha!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...(sengaje aku bg salam pjg kali nie coz salam yg pjg  camni, insyaAllah pahala lbh byk. Tapi, kowang yg jawab...memadai dgn menjawab "a'alaik")
Sekian saje, tazkirah utk kali nie...hehee!

Malam nie, aku berkira2 gak nak tulis pasal kamp0ng aku ke x..... Aku juz nak share pengalaman, bkn nak tunjuk berani or nak cabar sesape....

                                                 #############################

Kamp0ng aku nie terletak dekat2 jer dgn umah aku...disebabkan kg aku ni kat Kedah. Aku nak tulis dlm loqhat utara lah....boleh tak? =)

kucing kat umah wan


nape ntah dy tenung aku camtu...


ermmm, malu ar dy snap pic aku....

"kucing putih nak ngorat sy...huhuu!", kucing 3 kaler..
dgn harapan, aku halau kucing putih tu...

run for ur lifeee!!!

nyum..nyummm!!

bajet comey kot pose camtu....
miaaauuuu!!


nie beskal wan aku...
kecik2 dulu, aku selalu naik....


nie la umah wan @ kg akuuuu!!!


Aku pggl dat0k aku wan...nama manja ar kiranya. Sbb masa aku kecik2 dulu, wan ajaq aku....0NE  little two, little three little indian.........hehhe! Xda la...aku sendiri tak tau pasai apa pggl mcm tu..
Baru nie, aku pi balik kg...jeng0k wan, sambil2 nak kemas sikit umah wan sbb wan dud0k sorang. Dah lama menduda...tok (nenek) aku dah lama meninggal. Sakit tua.....aku pon x berapa kenai sgt dgn t0k sbb masa aku kecik, t0k aku ni dah pelupa sikit2. Masa tu aku dud0k kat Sabah....balik kg p0n 2 thn sekali. Berapa kali sgt la aku blh jumpak t0k aku...huhu! Tok meninggal masa aku darjah 5 kot. Tetiba abg aku yg pi amek aku kat sekolah. Selalunya mak, rupanya mak aku naik flight pi balik kg....t0k meninggal..... Moga tok tergolong dlm golongan yg Engkau kasihi ya Allah. Al-Fatihah.........

Sapa yg baca kat FB aku pasal berkebun kecil-kecilan....berkenalan dgn cacing kiut miut tu....haaaa,, masa tu, aku ada kat kg la. Bercucuk tanam jap...heheh!

dan sebenarnya, aku nak story pasal umah blkg umah wan aku tue......... tue umah arwah t0k lang aku... Al- Fatihah............ Skang nie dah xda org dah la....

dari pandangan umah wan aku...


dari bhgn blkg umah wan....





Kalau angpa tgk la....angpa rasa umah sapa seram lagi? Umah wan aku ka ..... umah t0k lang aku?
Hari yg aku pi berkebun tu....aku pi la naik beskal wan aku yg kaler biru tadi tu, pi umah tok lang aku. Dah berapa tah0n aku tak lalu kat situ. Tetiba lak hari tu aku rasa nak pi sana.... Then, aku stop kat betol2 depan umah tu....tapi, still dop atas jalan tar. Kira aku tak jejak lantai umah tu la.... Aku nak turun dari beskal..nak jalan  pi kat kebun serai belakang tu. Tapi, instinct aku mengatakan....tak yah la. Tak dak org kat situ... Kang jadi apa2 lak.... Aku pon, ok la....nak reverse ar beskal tu..... nak patah balik  umah wan. Masa nak buat reverse tajam tu....heheh.....aku terpikiaq,,jgn bg kaki aku kena kat lantai umah t0k lang. (tak tau napa aku pikiaq camtu)........baik punya hati2 aku pusing,,,pada hal..boleh ja kalau aku nak cecah sikit lantai simen tu. Senang sikit aku nak reverse....tapi, hati kata xmo!
Aku pon balik la dgn girangnya...pastu bawak beskal pi redah rumput2 tggi paras 1/3 kaki aku....coz nak pi kat kebun ciptaan mak, kak ngan abg aku....heheh! Depa tanam ubi kayu situ.... Aku xdak, masa depa dok buat qeja2 menubuhkan kebon tu...aku pi SISPA,heheh!!

Pastu, aku balik umah pulak.....dok saja2 kat luaq tu, aku pon tgk la kat umah t0k lang. Tgk tingkap..maklum la, dah xdak org dud0k...mata ni gatai ja dok pi usya! Tetiba aku dengaq bunyi apa ntah dari umah tu....dlm 3,4 kali kot. Tapi, aku buat tak tau...sbb aku ingat bunyi tu dari umah dekat2 dgn umah t0k lang.

Petang tu, kami pon balik la umah.........

                                                               ###############

Malam tu, before aku ngan kak aku tidoq....kak aku pon teringat la. Baru la dia cerita kat aku. Masa aku pi naik beskal kat umah t0k lang,, kak aku dah dok perati aku dah......tgk mcm aku nak pi jalan kat umah tu.... Pastu, mak aku lak tanya kak aku....."Berani pulak dia pi jalan sana...." Kak aku pon jawab la......"Dah dia tak tau ceritaaaa....."

Rupa2nya.....masa aku tak dak kat umah..... mak,kak aku ada balik kg gak. Pak long aku ngan bini baru dia cerita la kat mak,kak......depa nampak ................................kat umah tue.......... huhuhuhu!
Alhamdulillah la tak jadi apa kat aku..... Padanla instinct aku lain mcm ja masa tu. Kalau aku pi jalan kat kebon serai tu....confirm! Kak aku jerit sur0h aku balik kan???



Benda tu makhluk ciptaan Allah, yg perlu kita takotkan ialah Allah. Tapi, ramai daripada kita lebih takotkan benda camtu dari Allah kan?  Aku pon takot gak...heheeh!!! Yang penting.....jgn terlampau berani, maybe Allah nak tunjuk kat kita betapa lemahnya kita sebagai manusia...Allah bukak hijab sampai kita boleh nampak jelmaan syaitan2 tu. Dan jangan terlampau takot...sesungguhnya, Allah lebih berkuasa drpd benda2 tu.

InsyaAllah, tingkat dan mantapkan iman di dada.....sesungguhnnya syaitan takutkan amalan baik dan iman manusia,,,,bukan takut kepada Al-Quran mahu pun Yasin.
Moga entry aku ni, diberkati Allah....niat aku nak ceritakan pengalaman aku...dan harap, aku dan kengkawan sekalian akan berusaha utk mantapkan iman kami. InsyaAllah.

p/s: Seorang sahabat menasihati aku utk sentiasa amalkan bacaan Quran walaupun sedikit.....selepas solat Subuh dan Maghrib. InsyaAllah, sukar diganggu makhluk halus.
Senang cerita,,,rajin2 la baca Quran......
(Tazkirah utk akhir kata,hehehe)

nie ar life aku...


Assalamualaikum…
Entry kali nie aku nak citer pasal diri aku sendiri time kecik2 dulu. Ramai terkejut bile aku gitau, aku ni asal Penang. Sebenarnya, aku dilahirkan kat Hospital Besar Kangar, Perlis. Pastue, abah tukar keja kat Pahang. So, seingat aku…dlm umur aku 3,4 tahun, aku dah ade kat Bent0ng, Pahang. Bangunan pejabat abah aku dekat sebelah rumah jer. Aku ngan abang aku selalu gak gi kat bangunan tue. Tapi, aku tak ingat ape tujuan kami gi situ, hee! Ade sekali tue, kami gi beli nasik lemak kat kantin. Aku yg gi bayar… Dah name p0n kecik ag, tak tawu p0n nilai duit tue. Lepas bayar, aku ter0s belah. Mak cik tue p0n panggil la aku balik, nak bagi duit balance. Gelak2 org yg ade kat situ..ye laa, budak kecik bayar, mane tawu kire…..huhu! Balik tue, aku citer kat mak, mak p0n gelak kat aku, hoh0! Maybe sbb tue aku minat maths kot, hahah! Tercabar dgn kejadian waktu kecik, keh3!

Dari Pahang, satu family pindah gi Labuan plak. Abah keja ape ntah. Kalau tak salah aku, kaitan imigresen. Yang bestnya kat sane, bet0l2 belakang rumah kami tue, ade pantai! Selalu gak aku gi main2 kat situ. Pastu, kat pintu pagar dari rumah aku ke pantai tue, ade la satu timbunan tanah nie..mcm busut, tapi takde la anai2… Aku selalu main kat situ, bagi pecah tanah tu dgn kayu ke batu ke…. Gamaknya kalau aku tawu perkataan geologi mase tu, mesti aku berminat nak amek course tu skang ni, hahah! Aku suke bab2 pecah tanah nie..mcm cari gali… Siap pakai kasut lagi wo0o time tue! Aku ingat ag, kasut biru merah.. Alaaa, kasut bebudak…nasib takde telinga arnab jer kat ujung kasut tue.  Kat umah tu gak, aku ngan abg aku selalu panjat pagar umah…duduk atas tue. Ape tujuan, aku p0n tak tawu. Sekali tue, mase panjat pagar tue, baru jer duduk…tetiba mak kuar…………………………….
Tak marah p0n, tapi suh kami gi beli kelapa. Nak buat santan kot… Alaaaaa,, baru duduk, hoh0! Lalu, kami dua beradik p0n berjalan la gi kat umah mane ntah…beli kelapa..

Pastu, kami pindah umah plak. Still kat Labuan tapi umah je lain. Aku p0n start tadika kat situ. Tapi, tak sampai sebulan, kami kena pindah gi Kota Kinabalu plak. Tak merasa p0n nikmat tadika…huhuhu!

Kat KK, aku takm0 gi tadika. Sbb ramai cina + pakai skirt! Huh! Tapi, bile pikir balik, rase nyesal gak…kalau aku gi tadika mase tue, mesti aku tawu sikit2 bahasa cina, sbb kat situ kena belajar cina….huhu! Takde gune nyesal skang…..
Darjah 1 sampai awal darjah 6, aku belajar kat SRK St. Agnes. 1 Mac 2003, naik flight gi Penang. Sbb abah dapat tukar gi Penang. Start sekolah baru, SK Jawi pd 11 Mac 2003.
SMK Seri Nibong tempat aku start sekolah menengah. Kat situ, aku duduk asrama. Sekolah nie sekolah asrama harian. So, ade yg duduk kat umah, ade yg duduk asrama. Aku rase, semua sekolah berasrama same jer aktiviti die. Takde beza dgn MRSM, SBP, SMKA… So, buat yg berkenaan, jgn la bercerita mcm nak rak, sbbb aku p0n tawu aktiviti student asrama mcm mane.

Baju batik asrama aku kaler maroon. Balik 2 minggu sekali…tue p0n kalau takde aktiviti. (Aku rase tue je perbezaan antara MRSM, SBP dgn asrama harian. Kalau tak salah aku, dorang balik seulan sekali. Tapi, kwn aku ade jer balik selalu…kalah aku!)
Riadah ade gak….students jer, buat or tak…hahah! Prep ptg, prep malam…. Gotong royong bersihkan bilik, aras, kwsn hostel… Time ASAT yg paling penat. Nak hias bilik, nak buat mcm2… Sekali dapat 5 bintang. Pastu dapat 4 bintang. Tapi, aku rase, lepas batch aku kuar…dapat 5 bintang balik kot. Sbb tgk pembaharuan yg ibu (penyelia asrama) buat, mmg drastik gila! Mcm2 ibu tambah, jadi….WOW!
Yang paling best, time dinner ar! Hahaha….mkn mcm tak penah mkn jer. Ade satay, cend0l, ayam percik, nasik tomato, ais krim…dll! Sengaja tak disebutkan semua menu, khuatir basah screen laptop, huhuhu! (Tak syen0noh!)  Lawatan lak, gi Pantai Timur, Putrajaya, KLCC, Camer0n Highland. Pantai timur je aku tak gi, atas sebab tertentu.
Kat sekolah, aku involve sukan sekolah, olahraga MSSPP, kawad. Time sukan sekolah, Insya-Allah akan ade muke aku. Kalau takde, tue maknanya, aku tgh injured, huhuhuu!!
Sukan yg masyuuuk aku j0in ialah 100m, 4x100m, lompat jauh ngan lompat tinggi. Mmg acara wajib aku lah benda2 tu,,,hooo!
Kawad, aku masuk Kadet Trafik Sekolah (UTS). Tapi, batch aku ialah batch last yg join UTS. Lepas jer, kami kuar dari sekolah, UTS dibubarkan atas sbb ape ntah. Aku p0n tak faham. Tapi, semua sekolah yg ade UTS, semua dibubarkan… Sedih, tinggal kenangan jer.
Kami dulu, dianggap biasa + takde sebarang specialities… Tapi, semua tue berubah bile Cik Fuad ajar kami kawad mase aku form 2. Kami dpt gi peringkat negeri. Walaup0n kalah kat sana, kami Berjaya gak gi peringkat kebangsaan mase aku form 4 ngan form 5. Kesilapan daripada ketua platun, akibat terlupa bg arahan jalan perlahan, buat kami kecundang, hahah! Takpe, jadikan pengajaran dan pengalaman je la…  Lawan plak kat atas jalan tar yg curam. Selamat la aku tak jatuh, mase nak ke belakang pusing…huhuu! Mase tu kami lawan kat Johor.
Then, kami lawan kat Putrajaya plak. Situ lagi p0wer! Ade ke buat kawad kat atas lantai licin tu…mcm tile tue! Dah ar pakai ladam…huhu! Ade sorang member aku nak terjatuh, tapi sempat berpaut ngan kawan sebelah. Aku tak tawu la hakim nampak ke tak c0z aku p0n tak nampak mase tu. Dah abes kawad, dorang gitawu aku. Yang menakutkan ialah, kalau la aku terjatuh mase tu, hahahah! Dah ar aku yg paling banyak pakai ladam. Tak cukup dgn ladam, aku tambah dgn paku payung….penoh kasut aku dgn benda2 besi jer. Sekali tue, aku salah…betol2 depan hakim, keh3! Camne boleh terlupe ntah. Aku gi angkat kaki awal…jalan penyelesaian, tunggu sampai member2 lain hentak, baru aku join la. 

Lepas abes jer bertapak 5 tah0n kat asrama sekolah, aku gi menyemak kat matrik plak. Kolej MARA Kuala Nerang jadi mangsa. Tapi, kat sane, aku baik...tak buat jahat..kacau2 org...tak byk hal la kiranya. So, life aku kat matrik agak memb0hsankan....the end!
Kemudian, menerawang pulak ke Shah Alam utk bermastautin secara berhemah kat UiTM, Uitm di hatiku =)...hehehe! My life starts to be so meanigfull. Hepy ngan member baru, gelak2, majok2, bengang2 sikit, gila2....yup! I'm enjoying my life here... tapi, atas dasar aku manusia biasa, dan aku still ingat lagi pesanan member sekolah, kem aku....jaga diri kat area sini. C0z aku tak penah berhijrah lame kat kwsn selangor nih. Ape2 p0n, kalau ade sebarang perubahan sikap yg negatif dlm diri aku, moga dpt kalian tegur yaa! =) InsyaAllah, aku tak lupe diri.....
Pesanan daripada penasihat aku kat U ni,,,,,,ape2 p0n, ingat la mak abah. Tue yg utama.

mak masak ape hari ni?


Assalamualaikum.
Post ni bukan daripada buah fikiran aku, juz ciplak dari internet....

Masa mak nak basuh beras, nak masak nasik p0n...dah ada doa daripada mak.... Then, kita satu family makan nasik tue. Cube bayangkan berkat doa mak tu..... =)

 Bermulanya, ayat yg diciplak....di sini....3,2,1.
Masakan ibu adalah masakan yang paling sedap. Begitu selalunya dikatakan orang. Realitinya pun begitu. Percayalah seorang anak akan sentiasa merindui masakan ibunya jika terpisah sekian lama.
Aku selalu teringin nak makan sambal udang mak...hehee!
Rindu masakan ibu yang sukar ditandingi. Walaupun si anak mungkin pernah menjamah makanan yang lebih mahal, eksotik dan sebagainya tetapi manakan sama masakan ibu. Tambah lak, makanan mahal...tak kenyang, hohoh0!
Mengapa?
Kata orang, itulah penangan 'air tangan'. Memasak melalui pelbagai proses daripada menyiang, membasuh, menggaul, menguli dan lain-lain aktiviti yang kebanyakannya melibatkan sentuhan tangan secara langsung. Tangan tukang masaklah yang paling banyak menyentuh makanan. Jadi, dalam masakan ibu, air tangannyalah yang paling banyak 'terlarut' bersama bahan-bahan masakan.
Benarkah air tangan itu yang memberi kelazatan pada makanan yang dimasak. Benarkah begitu? Hakikatnya, itu bukan sebabnya. Air tangan yang dimaksudkan bukanlah 'air' dalam erti kata yang fizikal dan material. Air tangan sebenarnya ialah aliran kasih sayang, kesungguhan, keceriaan dan ketulusan hati seorang ibu yang memasak untuk anaknya. Hati itulah yang mengalirkan 'air tangan'. Jadi, air tangan pada hakikatnya ialah aliran kasih-sayang semasa ibu memasak untuk anaknya.
Pakar motivasi dan psikologi sepakat menegaskan bahawa orang yang melakukan satu kerja dengan penuh kasih-sayang, ceria dan tulus, hasil kerjanya akan berkualiti. Dorongan kerjanya bukan untuk 'mendapat' tetapi untuk 'memberi'. Seorang ibu yang memasak adalah didorong untuk 'memberi' kasih-sayang kepada anaknya, berbanding seorang 'chef' yang memasak atas dorongan ganjaran komersial.
Justeru semakin ikhlas, ceria dan kasih seseorang pada pekerjaannya dan kepada siapa dia tujukan atas kerjanya itu, maka semakin tinggilah kualiti kerja tersebut. Dan semakin kurang keikhlasan, keceriaan dan kasih seseorang semasa melakukan kerjanya, maka semakin rendahlah kualiti dan produktiviti kerja tersebut.
Realitinya, 'air tangan' bukan hanya ada pada kerja memasak. Ia ada dalam setiap jenis pekerjaan. Ia adalah aliran kasih sayang dan kecintaan yang seharusnya mengalir dalam setiap pekerja, pemimpin, guru, imam, jurutera, doktor, jururawat sehingga seorang buruh kasar. Setiap individu Muslim, wajar bekerja kerana Allah untuk berkhidmat sesama manusia. Seorang yang paling kasihkan Allah, dialah yang paling kasihkan manusia dan orang seperti inilah yang paling tinggi kualiti kerjanya.
Falsafah di sebalik 'air tangan' inilah saya kira dapat merealisasikan dorongan Rasulullah saw agar setiap kita memperelokkan kerja menerusi sabdanya:
"Bahawasanya Allah s.w.t suka apabila seseorang darikamu membuat sesuatu kerja, dia memperelokkan kerjanya."


Yang mane lagi sedap? Ayam yg mak goreng ke.....ayam kepci???



  LU PIKIR LA SENDIRI...!

Wednesday, May 11, 2011

sucinya perkahwinan...


Assalamualaikum.
Nie citer yg aku amek dari facebook. Citer die agak panjang, so sabar je la bace. Aku bace p0n, byk kali gak ar d0k pikir, bile nak 'the end' ni...huhu! Ape2 p0n, interesting!  

betapa sucinya perkahwinan itu ...
Aku dah kawin skarang. Bini aku memang baik sangat2. Tapi dia x seperti yang aku expect masa kami belom kawin dulu. Masa belom kawin, aku tengok dia memang sorang yang pendiam je, jarang gile cakap ngan laki. Member2 mmg puji la cara dia. So memang susah jugak aku nak cuba tegur dia masa tu.. segan dowh. Memang obvious lah kalau aku tegur. Tapi aku suka dia macam tu, so xde la cemburu sangat sebab dia jarang borak2 ngan laki..

Cantik? Memang la, kalu x aku comfirm x sangkut punyer. Haha. Cantik pada mata aku la. Member2 pon ade yang cube usha. Sori le dia nak layan. Haha. Memang market. Last2 aku yang dapat, memang rasa bangga giler. hehe..

 Eh, dok ngumpat2 pasal dia, lupa lak nak kasi tau nama. Nama panggilan dia Ara. Nama betol dirahsiakan. Hoho..

Aku usha cara yang leklok la, gi jumpa bapak dia dluu. gentlemen beb! Slow talk ngan bapak dia. Err, bapak dia nama Marzuki.. Bapak dia ni jenis sound direct rupenyer.. Pergh, mmg kena kutuk kaw2 la gua. Sebabnya, bila dia tanya kenal x anak dia? Gua cakap x sgt. Bapak dia tanya lagi, nape nak kawin ngan anak dia? Gua cakap sebab minat. Minat sebab ape? Gua cakap x tau.. Habis kalu x dapat anak dia? Gua cakap nak jugak! Bapak dia sound la, “ko ni, cane ko nak kawin ngan org yang ko x kenal? Gua jawab, lepas kawin la saya kenal dia pakcik.. pastu sengih2.. pastu bapak dia diam.

Masa tu rasa down gile. Bapak dia cam tolak mentah-mentah je proposal aku.. Ke dia saja nak uji kehebatan cinta aku?? Huhu.. Time tu aku dh terpikir nak usha calon lain je. Aku memang ade lagi sorang yang aku suke. Haa yang ni gua memang kamceng giler. Yang ni pulak nama dia Ika. Gua memang selasi lah ngan minah ni. Haha.. Tapi last2 orang lain gak yang gua pinang.

Hari keputusan proposal aku akhirnya tiba. Kputusannya.. jeng3.. x spt yang aku jangka. Haha. Aku ingat kena reject, satgi family diorang terima. Warghh happy giler. Alhamdulillah. So, memang sah la takde jodoh aku ngan Ika. Time aku bgtau Ika aku nak kawin, dia accept je. Kejam gile aku. Dia kata semoga aku bahagia.. lepas tu kami dah x jumpa.

Lepas akad nikah, kompemlah aku sebagai laki Ara. Happynye aku Tuhan je tau.. kat rumah.. dia macam biasa, cool je.. Tapi cool semacam la pulak. Sepatah aku tanya, setengah patah dia jawab. Kalu aku x buka mulut, memang x berbunyilah rumah kitorang.

Ara taklah ‘bisu’ sangat. Kadang2 dia bersuara gak.. Tapi bagi aku yang jenis suka cakap banyak ni, Ara bukan jenis yang boleh bawak borak sangat. Bila aku cakap pasal something, dia macam blur... Macam x supportive sangat. Last2 aku dah malas nak borak.. oh boringnye.. Yang dia tahu cuma tunjuk baris gigi dia ja.. sengih. Cam yg aku buat kt bapak dia dulu. Psycho seyh..

Nak jadik lagi tensen, aku ni jenis perokok sederhana tegar gak la. Tapi bini aku pulak mmg cam fobia giler ngan asap rokok. Bau nafas aku yg bersisa rokok pon, dia mesti batok.. x bau rokok pon dia dah selalu batok. Uhuk3 gitu.. Sebab sayang bini, makin lama makin kurang aku merokok.. kalu gian sangat pon aku merokok time kat ofis je.

Bini aku keje hospital, bahagian obat-obatan.. Aku lak xleh bau ubat, mesti pening kelapa.. Hari2 aku yang hantar, ambik dia gi spital. Time ambik dia balik, mmg hari2 lah baju dia bau obat dalam kete. So aku akan slalu bukak tingkap, nyaman sket..

Ada satu hari tu, masa hujan lebat. Xleh bukak tingkap kete, aku dah mmg pening-pening lalat dah.. Bau ubat.. Dengan poor visibility lg, kami accident! Langgar bontot kete orang depan. Kat spital, doktor kata bini aku keguguran akibat kemalangan tu. Hah??

Rupanya dia mengandung dua bulan.. Ara sendiri pon x tahu.. Ya Allah!!

Lepas kejadian tu aku terus suruh Ara benti keje. Dok rumah je.. Aku dah korbankan rokok aku, so dia kena korbankan keje dia. Aku dah x tahan bau ubat!! Aku sorang keje dah cukup sara idup kami!

Dekat setahun kami kawin, Ika tiba2 datang, dia kata masih sayang kat aku, nak aku ambik dia jadik bini no. 2.. Dia sanggup..

Alamak ni dah angau betol.. Padahal aku baru je kawin. Mungkin Ika yakin yang kami sangat serasi dan saling memahami, so dia berani propose kat aku. Then aku teros terang je la, aku cakap kat dia, yes aku memang x kamceng mane ngan bini aku skarang.. And banyak benda yang kami xde persamaan. Ara memang x banyak bercakap. Kalu aku cube buat lawak, dia macam x tangkap je. Sedih tol.. X pandai nak borak. Kalu jumpa member2 aku lagi le dia sunyi sepi. Dah le hari-hari dia suka masak benda yang sama.. Jarang la dapat makan yang lain sket. Kcuali makan luar. Itu pun dia akan order benda sama je.. Haha macam tu la bini aku.. Lucu lak..

Tapi kami masih cuba memahami hati budi masing2.. Aku cuba biasakan diri ngan bau ubat2 kat baju2 Ara dulu, cuba brenti merokok waktu awal2 kawin dulu.. Ara plak dh x keje, dah cuba belajar masak benda2 lain (jarang la menjadi).. Aku bagitau Ika, rumah tangga kami bahagia. Aku xleh menduakan dia.. Aku memang sayangkan dia. Ika terpaksa terima hakikat tu. Itu mmg last kami jumpa.

Kini, kami dapat rezeki sorang anak, dah besau, dekat 4 tahon la.. tp dah pandai mengaji sket2. Semua berkat kerajinan bini aku. Bab2 agama, mengaji sume dia mmg bagus. Anak aku Hafiz, memang dia train elok2 ngaji alQuran.. Alhamdulillah, semoga esok2 dia jadik anak yang soleh. Bagi aku itu la investment yang sangat2 menguntungkan!

Tapi sebenarnya dalam tempoh tu, kami x seperti pasangan yang lain, kot. Makin hari aku makin bosan ngan rumah tangga kami. Ara memang suka menyepi, jarang borak panjang2. Aku pulak suka keluar lepak ngan kawan2. Makin lama makin jarang aku duduk rumah. Lewat malam baru balik, bini dah tido. Esoknya pagi2 aku dh kena gi keje.. Dalam tempoh tu jugak, aku sebenarnya asyik keluar dengan sorang ofismate aku. Nama dia Lisa. Budak baru kat ofis aku.. Berbekalkan muka yang agak ade market ni, dia macam sangkut lak kat aku. So dialah yang slalu aku ajak kluar malam, teman aku borak2, kadang2 sampai pagi!

Aku sedar aku seolah2 mempergunakan dia untuk hiburkan hati aku.. Teringin nak kawin ngan dia, takot kecik hati si Ara pulak.. Dengan Lisa la tempat aku luahkan perasaan, kadang2 gadoh, kadang dia tercarut2 siap kat aku. Pastu minta maaf, dia kata tersasul.. Tapi aku mmg terhibur bila dok ngan Lisa. Bini aku kat rumah, dengan anak aku jarang sangat aku luangkan masa..

Ara sedar akan perubahan aku dari hari ke hari. Dia mula sedar aku ada pompuan lain. Satu hari dia bagitahu, dia izinkan kalu aku nak kawin lagi, tapi mesti dengan wanita yang elok2, sebab dia tak mahu pelajaran Hafiz terganggu. Aku pelik, apa kaitan??

Dan aku terfikir, Lisa tu wanita yang elok ke? Pakaian hari2 kompem ketat, make up kat muka 2 inci macam xleh kena air, x ambik air semayang ke? X semayang ke? Ke cuti sepanjang tahon?!

So aku postpone dulu hajat nak kawin ngan Lisa. Terfikir lepas kawin boleh nasihat kot sikit2, tapi time bencinta pon asyik lawan ape aku cakap. So sad!..

Ketika perkahwinan aku ngan Ara mencecah 4 tahun dulu, rumahtangga kami ditimpa dugaan yang maha besar. Ara mula jatoh sakit, batuk dia makin teruk, akhirnya masuk hospital. Dan saat itulah baru aku diberitahu, Ara mengidap penyakit barah tekak. Ya Allah!!

Doktor bagitau, Ara dah lama senarnya kena barah tu, penyakit yang akan buat dia slalu batuk, dan trpaksa menahan sakit bila bercakap! Aku rasa bagai kena tusuk dengan anak panah yang tumpul bila dengar benda tu!! Patut la Ara jarang sangat bercakap. Kenapa dia x bagitau aku??

 Doc tu cakap lagi, penyakit tu makin lama makin teruk, dan bagi effect kat jantung. Sebab pernafasan dia selalu kurang dari sepatutnya. So jantung jadi lemah.. So itulah yang menyebabkan Ara jatuh sakit. Jantung dia skarang makin rosak akibat barah tu.

Jadi camane dia boleh ajar anak aku mengaji? Doktor tu bagitau, memang ada ubat utk diminum sebagai pelincir dalam tekak. Tapi hanya kurangkan rasa sakit, dan ia bertahan kejap je.. Tapi Ara x boleh selalu minum sebab ubat tu sangat mahal!!

Aku buntu..

Masa tulah baru aku terfikir, kami x penah bertikam lidah, x penah gado.. Mgkin itu hikmah dia.. Tapi aku x sedar selama ni.. Aku asyik tinggalkan dia, bergembira dengan pompuan lain.. Dia pula sanggup tanggung derita setiap kali perlu menjawab pertanyaan aku. Dan x penah luahkan derita kat aku..

Jantung Ara dah lemah sangat, doktor kata mungkin Ara x dapat bertahan lama.. Aku menangis depan doktor tu puas2, wlapun doktor pompuan. Aku dh x kisah. Aku menyesal dgn cara aku layan Ara selama ni.

Dia dah bagi aku macam2, jaga makan minum, pakaian aku, ajar anak kami mengaji, mmg x penah lawan apa aku cakap, apa aku suruh..

Aku suruh dia benti keje dulu, dia ikut. Walaupon kat rumah dia tetap baca buku pasal ubat-ubatan! Dia minat sangat dengan keje dia.. Maafkan abang Ara..

Bila balik rumah nak mandi kejap, aku sempat tengok balik kenangan2 kami.. Aku belek2, terjumpa kotak hantaran masa kami kawin dulu. Ada satu kotak jam, jam yang aku pakai sekarang.. Aku terkejut bila ada sehelai kertas dalam tu. Mula2 ingat kertas resit, tapi rupanya sepucuk surat!

1 Julai 2007,

Buat suami yang baru ku punya,

Terima kasih kerana menawarkan cintamu,
Yang ku tunggu-tunggu sejak kita mula bertemu dulu,
Ara memang cinta padamu,
Dan Ara menangis bila abang melamarku

Buat suamiku yang baru ku punya,

Luaranku mungkin nampak sempurna,
Luaranku mungkin ramai yang terpesona,
Tapi diriku bukanlah sesempurna abang sangka,
Kerna suaraku bukan kepunyaan kita

Buat suamiku yang baru ku punya,

Andai abang ingin melihat Ara ketawa,
Ara hanya mampu tersenyum pada abang,
Andai abang mahu Ara berjenaka,
Mungkin Ara kan menangis dibahu abang,

Kerana Ara tak mampu berbicara,
Seperti orang lain berbicara,
Kerana Ara tak mampu ketawa,
Seperti orang lain ketawa

Jika membaca surat ini akan meleburkan cinta abang,
Ara pasrah dan relakan abang menjauhi,
Jika membaca surat ini Ara tetap dihati abang,
Ara sujud sejuta syukur pada Ilahi..

Yang benar,
Isteri yang menyanjungmu.

*Ara selitkan surat ini dalam kotak jam abang, semoga abang mudah terlihat surat ini..

Berderai lagi airmata jantan aku. Kenapa aku x terbaca surat ni 4 tahun dulu? Kenapa aku x tahu penderitaan Ara awal2 dulu? Kenapa baru sekarang?

4 tahun usia perkahwinan kami, Ara beri aku segala2nya.. dan paling penting dia bagi seorang anak yang comel dan bijak. Tapi apa yang pernah aku beri kat Ara?

Mulai saat tu aku jaga Ara sepenuh hati. Hari-hari memang keje ulang alik hospital. Masuk ofis pon kjap2. Anak aku bagi kakak Ara yang jaga. Masa tu aku dah serabai giler. Sangat x terurus. Baru aku sedar pentingnya Ara dalam hidup aku.

Dalam keadaan Ara yang agak lemah, aku minta kebenaran doktor untuk bawa dia melancong. Aku nak temani dia puas2. Aku nak bahagiakan dia dalam sisa2 hayat dia. Biar dia terlupa akan derita dia.Saat itu dia menangis kat bahu aku. Sejak dia sakit kami hanya berbalas tulisan kat kertas.. dan kertas2 tu aku kan simpan sampai bila2.

Dia tulis dia x menyesal kawin dengan aku. Dia tulis sangat bahagia hidup dengan aku. Siap cuba lukis gambar orang senyum.. haha.. Ya Allah hari2 itu kami sangat bahagia. Namun Ara dah makin lemah. Aku dah x mampu tengok dia derita. Setiap kali dia nak tarik nafas, sangatlah azab pada aku melihatnya.

“Ya Allah, jika Kau masih panjangkan hayat isteriku, Kau berilah aku separuh kesengsaraannya, biar kurang kesensaraannya Ya Allah.. Tapi jika hanya kematian yang dapat mematikan sengsara isteriku, aku redha Ya Allah..”

Aku x tahu apa lagi boleh aku buat.. Aku bacakan Yaasin ditelinganya berulang-ulang, biarkan anak kami dipangkuan memeluk-meluk ibunya..

Akhirnya Tuhan menjemputnya kembali. Aku pasrah. Kesedihanku terubat bila kulihat dia pergi dengan tenang. Sempat kuajarkan Syahadah.. dan dahinya berpeluh jernih. Lalu kukucup buat kali terakhir..

Kini, hampir 5 tahun perkahwinan kami, tinggal aku dengan Hafiz, dengan helaian2 tulisan terakhir Ara.

Kesimpulan: Bakal suami, kalau tgh belek hantaran, belek2 la same...kot2 ade surat terselit...hehhe!

Monday, May 9, 2011

jalan2 ngan mak, kak

Assalamualaikum sumer...
Kemarin, aku,mak ngan kak aku gi perlis. Sebab nak amek barang2 abg aku. Die tgh study kat unimap..
Dah alang2 gi perlis (negeri kelahiran aku), kami p0n gi la jenjalan kat muzium padi. Name p0n muzium + padi...ade banyak barang2 lame ngan padi je la.
Ceyyy, baca info la konon..hehehe!

Nie la jenis2 beras kat beberapa buah tempat....

'mai mai' mai beli, mai beli....huhu! Aku tak pasti nie dari negara mana. mai, mai...teringat kat bear Lia. Name die mamai...hoh0!




Nie la bedak yg korang suke pakai tu...hehee!!

Kami duduk kat kerusi nih. Tempat tue berpusing agak lambat, maybe dlm sesaat..5 sentimeter kot pusingan die. Kalau pusing laju2, kang pening pulak kan?

nampak mcm lukisan ke, macam pemandangan betol?

tauke dan anak tauke beras berjaya...hihihi!


tue kak aku la. Bkn lukisan,,,,huhu!

beli la beras nie.. murah jer. beli kat siam...hoh0!
makan nasik, byk karbohidrat...ermmm...







kak lapaq...tu yg kena dush3! tue. huhuhu....




sape budak geo? Yg dlm gua, bentuk mcm gambar atas ni..panggil ape?
Lupe da...huhuhu!

Sempat lagi aku tangkap tikus...hehe!


Mak tgh ajar, tapi aku p0n lupe da...ape yg mak ajar tu skang ni, huhuhu! Kalau tak salah aku, mak cakap, pasal padi. Buat ape ntah dalam benda tu, nnt org amek padi la. Hempas die tu buang....Yess! Lulus!













































Bila nak abes pusing nih? Terkemut-kemut.....ehehhe!