"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dlm kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh atau solehah dalam kalangan kamu, kerana aku juga melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan."

~Hassan Al Basri~
Showing posts with label sispa. Show all posts
Showing posts with label sispa. Show all posts

Wednesday, January 22, 2014

Aku dan Mereka

Assalamu’alaikum,
Hoho, Budak Merah kembali selepas sekian lama mendiamkan diri sebab takda benda nak dibebelkan. Aku baru je balik dari Shah Alam, negeri kesayangan aku. ehhh?
Semalam kena present pasal praktikal aku. So, aku dengan gumbiranya pulang ke negeri yg penuh dengan sahabat2 biru aku. Tapi, persinggahan aku ke sana tak lama…memandangkan ada urusan lain yang memerlukan kredibiliti Budak Merah sebagai waris bongsu arwah abah.

‘Tiket VIP’ ke Pangkor yg aku dapat sebab tetiba involved dalam masalah ‘mereka’ secara tak langsung, terpaksa ditolak dengan berat hati. Urusan pusaka abah perlu diselesaikan segera sebelum keberangkatan kakandaku ke Negara Doraemon.

Bertolak dari Parit Buntar dengan bas, jam 0000 dan tiba di KL jam 0400. Jam 0530 ada dua bulatan (si bulat Hawa & Diba) datang untuk ambik aku kat Seksyen 17 tuh. Selepas merempit comel2, ditambah dengan kesejukan pagi bagai mengalahkan suhu kat puncak Gunung Kinabalu…(aku rasa sejuk sangat walaupun ber-sweater), kami p0n pulang ke bilik di Melati.

Selama 2 hari aku terjebak dengan dunia biru kat sini, aku ambik peluang untuk snap beberapa gambar. Sebab aku tawu, aku wajar meneruskan kehidupan aku sebagai seorang blogger tak rasmi SISPA. Aku mungkin tak mampu untuk bersama2 meneruskan aktiviti kebiruan, tapi aku percaya…semangat yang ada mampu meledakkan gelombang biru SISPA UiTM Shah Alam, agar tidak ‘kecundang‘ saat sokongan mental diperlukan. (Mental Koyak, Jelajah Kinabalu 2012, Puan Dyla Isa, 2012)





JOm terjah!!!

OPS PATI
Salah seorang dari mereka sedang menghubungi ehem2, memberitahu tentang penangkapan besar2an ini.

Yang belakang tu baru datang, sibuk nak pinjam fon.
Nak message mak katanya.
Si oren menjeling, sebab tadi dia dah cop dulu..nak pinjam jugak.
Nak inform majikan, simen tak cukup.
Bagus dan berwibawa betul.
Dah kena cekup p0n mementingkan keja lagi.
Tapi yang biru maintain sama. 
Macam takda perasaan jeee...

Akhirnya mereka membawa barang masing2, untuk dihantar pulang.


Ramai pulak yang kena hantar balik.
Yang tudung ijau tu, pengarah projek pembinaan ni.
Yang kat motor tu pegawai operasi...
Saja nak tunjuk muka, bila aku snap gambar dorang ni nak kena anta balik.


Memikirkan mcm mana nak gtau kat pakwe malaysia, kena anta balik......
Yang lagi sorang tu, pak arab mehh? Berjambang2 lak...
Pegawai Penyelia Makanan enggan ditangkap gambar, sebab comot katanya.


Nak beli jajan, buat bekalan dalam bot nanti.


Malam sebelum berangkat ke Pangkor
(20 Januari 2014)

Birthday sape ntah. Aku tak dengar nama...
by the way, hapy besday!!!
Malas nak buat teruk2...sebab kesian, nanti takde baju nak bwk g pangkor...hoho!

Ayahanda sedang memberi sedikit kata2 pesanan, taklimat untuk adik2, sahabat2 yang bakal bergerak ke Pangkor utk menempuh pengalaman berharga.
Ianya berharga jika kita tahu untuk menghargai nikmatnya pengalaman...dan bukan sekadar pergi dan kembali.

Cik Asywad, penat ehh?
Tak nampak muka...
Aku malas nak on flash fon, takot ganggu Tuan Ariffin bagi nasihat dan kata2 semangat.

Sesi bagi duit raya.......
Aku hanya mampu melihat.
Dalam hati, nak jugakkkkk!!!
Aku kecik g...hoho!

Duit raya 

Lepas taklimat dari ayahanda.
Nie si Farhana, pengarah projek Kinabalu 2014
Dejavu d'Kinabalu kalau tak salah aku..betul tak?
Tak abes2 lagi dengan masalah kertas keja dia...hehe!
Apa2 p0n, all the best k.
Sorry tak join...majok.


Selingan

Papa, bila nak ambik adeq?
Adeq dah abes sekolah ni.

Masih menanti.
Tetap menunggumu papa. 

Papa tak sampai lagi ke?
Adeq takot sorang2.


Ini sebab sebenar, mengapa terhasilnya entri ini...

V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V









Bersaksikan bulan...
(kamera problem sebab banyak kali jatuh aku rasa..huhu!
Paling best jatuh betul2 depan team UiTM berjalan lalu depan aku...haish!)
Termenung seketika, memikirkan apa yang akan berlaku nanti.
Kepada Dia, aku meminta.
Permudahkan mereka.
Aku mungkin tak mampu untuk bersama2 tapi aku juga mengimpikan apa yang mereka inginkan.


Beg2 dan khemah2 yang bakal bercuti ke pangkor.
Aku bisik kat dorang, nak ikot boleeeyyy?
Salah satu khemah yang gemok2,bulat2 balas.... tak muat.
Aku: HUH!

Si jam pinky ehh...Fitri yang sebok check walkie talkie.
Sebut2 A B C, 
dah mcm belaja abc balik je.
(Sampai dah balik Penang p0n, aku still tak boleh terima napa dia pakai jam kaler tu...
Lain orang lain citarasa)

Confirm nak tido sini?
Aahhh...!
Majok sebab tadi ada OPS PATI.
Tak pasal2 terbabit sekali.
Gara2 pinjam fon.

Dorang tutup barang2 yang dorang nak bawak besok...takut hujan.
Nak tutup ni p0n bukan senang...
Perlu ada yang mengepalai.
Bukan buat sembarangan.
Tapi masih terpancar senyuman, gelak tawa dan mulut2 yang bernyanyi...
kerana penat melakukan kerja bersama2 akan hilang, 
bila kita tahu...
nikmatnya bersahabat.
So, kenapa kita enggan bersatu???

Beg yang permah aku dan sahabat2 lain galas.
BENCANA di Dusun Eco Resort.
Kita juga pernah 'susah'.
Kini saat mereka.

Izinkan aku untuk melihat tiang2 bendera ini berdiri tegak, megah mengibarkan bendera2 kesayangan kita.
Bukan sekadar perhiasan cuma, dan berkarat dimamah masa.
Ini impian aku...
Sahabatku yang masih di sini..izinkan aku untuk menikmatinya.
Kerna aku percaya, masih ada sebilangan yang akan menjayakannya.
Jika kamu tak mampu, tak mengapa...
asalkan sanubariku tahu, kamu dah berusaha.



Bilik yang pernah menggandingkan aku dan mereka.
Berentap mencari kebenaran dan keadilan.
Bukan untuk siapa2
Tapi demi kesinambungan SISPA.
Harap tak ada yang ingin 'merobohkannya'.
Jika ada, duniamu sepatutnya di luar sana. 
Tapi jika kamu enggan, aku yakin dan percaya
Iri hati kamu tak membawa apa2, melainkan kekuatan untuk mereka yang ikhlas menyayangi dunia ini.


Bolehkah aku melihat rak2 ini dipenuhi dengan baju2 uniform  untuk dipakai dengan kemas oleh sahabat2 ku nanti?
Dan bukan dipenuhi untuk dipulangkan kembali...



Pintu Melati.
Mungkinkah aku akan kembali?
Aku sendiri tak pasti.
Mungkin ya,,,tapi bila?

Tempat di mana aku selalu berebut2 nak selit sekali dengan bulat2 aku....bajet muat masuk dua tiga orang.











Aku tawu perpisahan itu pasti.
Dan aku tawu, aku mampu.
Kerana Allah akan menguji berdasarkan tahap kemampuan aku.

Tapi, selama mana aku perlu berpura2 seperti biasa,
sehingga aku benar2 mampu untuk menerima?

MASA.
Cuma masa yang akan menentukannya.
Aku pula cuma mampu berdoa.
Moga ukhwah aku dan mereka, 
kekal hingga ke syurga.




SISPA........................................di mana?




SISPA DI SANUBARIKU






Monday, November 28, 2011

budak kecik membebel

Assalamualaikum,
Besok ade quiz ekonomi tapi kepala dah takleh terima hakikat yg aku kena belajar. Aaaarrrrggghhh!!!
So, hari ni jer..dah bape kali aku online, usya bl0g terbiar aku nie.
Nak update s0mething, tak tawu ape yg best. Budak Merah dah kekeringan idea, dek terlalu banyak kene panas sebab kawad.,abes kering sumber merapu.

Semalam (aku konfius dgn penggunaan 'semalam' dan 'kelmarin'), kawan SISPA aku datang bilik... Die masuk jer bilik aku, die kate....tgh bosan nih. Die ingat bilik kami nie, ade badut ke? Bile bosan baru datang? Bile lapar baru melawat? Bile nak dengar siri ke-7,8,9.....baru nak ziarah? (Hanya yg berkaitan faham...ape maksud aku siri ke-7,8,9...) Tak syenon0h jer perangai tue...hoh0!

Hari nie, aku agak baik...(aku mengaku, sebelum ni aku jahat, nakal), sebab tue aku decide tak nak mention name si pemilik kebosanan tue.

Teruja jer die tanye roomate aku.."Ade bl0g tak?" Tanye tue mcm die ade.... Semangat nak bace kalau d0rang ade bl0g.
Yg aku nie, pemilik sejati blog tak teringin p0n nak tanye...huhuhu! Cedih..cedih!!!!! Cedih kOTTT!!!!

Tapi, dengan muke innocent, aku pandang sinis jer kat die....
Bile tanye, "ko ade bl0g tak?" Relax jer die jawab..."Takde."
Menyirap jer darah, excited bagai nak rak....Caiiisss!

Dah, st0p sampai sini. Aku tak tawu nak tulis ape dah pasal die.

kawad oh kawad

Hmmm, lame giler aku x update blog nih. Ade ar dalalm 2 mggu. Buzy beb...aku ade program ngan kokurikulum U aku.
So, entry kali ni,,,aku nak citer pasal kawad. Sbb aku baru jer involve dlm seni menggelapkan wajah baru2 nih.
Saper suke kawad, put your mouse up!!! Majoriti yg aku kenal, dorang x suka ngan kawad. Kata dorang..penat,muka burn,pressure sbb kena tegas, disiplin. Tapi, bila jumpa kengkawan yg mmg minat kawad. Mmg bez!!! Bagi aku, x semua minat benda2 alah ni. Kadang tu, kalau paksa sekali pun...kalau dah x minat...xleh buat apa...huhuhu!!!

Ni gambar terbaru yg aku amek drpd aktiviti burning face tuh.....usya ar, kot2 ade pic kowang...heheh!


nie member aku

nie pon member aku gak


lepas kami kawad...nmpk mcm dah johan jer kan?


sape ni ek?


with ika......
janin is standing beside de divider....


Sambung ag citer sebenar. Hari tu ade Perhimpunan Kor SISPA kat U aku. Ditakdirkan aku masuk kawad kaki..peringkat kebangsaan lak tu. Gumbira yang teramat sgt aku. Tambah lak, bila kami Uitm menang pertandingan kawad tu. Rasa mcm dunia kawad ni aku yg punya...hahaha! Teringat time kat sekolah dulu...aku involved dlm Unit Trafik Sekolah.
Nie ar gambar kami mase menang peringkat negeri Penang....


aku kat depan sekali tu haaa,,,
dop pegang sijil n piala...
caya ar korang!!!

Kat sekolah, kami mampu sampai negeri jer. Walaupon boleh g peringkat kebangsaan tp kami kecundang kat sana....huhu! Tapi, alhamdulillah.....impian aku tercapai jugak kat U.

Dalam tempoh seminggu kami berkawad..aku diserang penyakit misteri...keh3! Penatnya aku bkn sebab berkawad...tapi, sbb xde energy. Aku xleh makan...huhu, xtawu naper. Kalau aku mkn, mesti aku muntah balik....bak kata bebudak biology,,,reverse peristalsys,heheh!
Disebabkan kena berkawad, aku hanya mampu min0m air manis(teh,sirap) yg pihak urusetia sediakan utk maintain ade energy. Last2, aku dah x tahan ag dah. So, aku p0n g ar Pusat Kesihatan, or nama manjanya....PK, sambil ditemani oleh rakan aku. Thanks kwn! Walaup0n aku tawu, ko p0n nak lari dari kawad buat sementara waktu...heheh!
Alhamdulillah, lepas aku rehat ptg tu...aku dah kembali ok. Nafsu makan pon dah membuak la jugak.... 

Hid0p kawad...hid0p kawad!!!
Akhir kata...utk students lepasan SPM, anda dialu-alukan utk menyertai Siswa Siswi Pertahanan Awam (SISPA). BEZ, gempak....byk aktiviti yg blh kita belajar. Sama la jgk dgn unit uniform yg lain, tp bg aku SISPA is the best lah! hahah!

Antara aktiviti2 yg aku dah belajar ialah....ikatan, rawatan kecemasan, CPR, kawad, menyelamatkan mangsa dlm hutan, khemah dlm hutan, rakit, pastu ade gak yg blaja mcm bomba tu...yg guna air tu. Tapi, aku xblaja...sbb aku involve kawad. Insya Allah lain kali kot...huhu!

Tambah lak, ada iklan pasal Pertahanan Awam dlm TV..lagi ar aku bangga menjadi seorang SISPA..heheh!






Tuesday, November 1, 2011

Konvo UiTM

Assalamualaikum,,,
Waaa....gempak, hebat, kagum....walaup0n aku baru mencecah ke alam semester 3, aku dah melangkahkan 2 tapak kaki aku ke arena konvo. Bukan konvo abg, kak aku....tapi, konvo kat UiTM.
Mase abg aku konvo, aku tak pegi. (aku tak ingat sebab ape)
Mase kak aku, aku pegi...tapi mcm takde faedah sgt...dgn panasnya, takde tempat duduknya, skrin tak jelas...dgn umur yg tak dikira sebagai budak sgt (aku malas nak berjalan, merayau merata tempat dgn abg aku)
Mase tue, tak nampak sgt, ape yg bestnye dgn perkataan konvo tue....KFC combo tawu ar, huhu!

Seminggu lepas aku masuk sem 3, kak aku konvo lagi...kali nie aku takleh nak gi. Takde sebab aku nak patah balik ke utara, hanya sebab nak duduk luar dewan, dan tgk skrin...(tue p0n kalau ade skrin, hehe)
Mcm2 ragam, org yg nak amek skrol tue. Tapi, yg tue aku tak nak amek peduli sgt.....biar aku alami sendiri nanti..hoh0!
Yg aku nak cakap, pasal pengalaman kena berhadapan dgn golongan berusia + anak2 bakal naik pentas + suami2, isteri2, para ibubapa.....

Kes 1:
Time ujan lebat....si ibu hilang anak dlm lingkungan 4 tahun. Mulanya, die tgh main2 dgn abg die (7,8 tahun kot) Tetiba ujan, abg lari ke khemah (die ingat, adeq die follow la)...tgk je blkg, adeq die dah takde.
Sape tak takut, anak hilang.....last2, amek keputusan, redah ujan...gi khemah lagi satu. Cari la budak kecik pakai baju ben 10, seluar jeans.... Abes basah uniform. Serba salah sebab basahkan uniform..tp pikir balik, takkan nak duduk saje, call2 org untuk inform pasal budak hilang?

Kes 2:
Tgh2 best usya org lalu lalang, tetiba ade makcik nie.....(pernah aku post dlm fb)
Makcik: Dik, skrin besar kat mane?
Aku: (Dlm aty, skrin besar takde la...TV ade la kat bawah tue)
Kat bawah, aras G. Turun sini, pastue...tanye org bawah ade lorong ke bahagian luar dewan. Boleh lalu situ. Kalau rase2 mcm sipi2 ke arah kesesatan, boleh la tanye mane2 pihak yg bertugas kat bawah... =)
Makcik: Owh, time kasih yer, dik.
Aku: Same2. (Masih dlm aty: ape hal nak gi tgk kat skrin? Dah ade peluang tgk real dlm dewan. Tapi, pikir positif, makcik tue sejuk la....)
Lain kali, ikut saye gi Brinchang yer, makcik. Bertapak kat sane dari 2-4 pagi. Latihan sebelum, anak2 konvo kat Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC) yang sejuk mcm ape tue.

Kes 3:
Lepas sampai ke aras 3.
Puan 1: Nie mendera ibubapa nie....tersenyum.
Tuan 1: Nie tingkat berapa dik?
Aku: Sekarang, aras 3....
Tuan 1: 3? Mcm 6 jerrr...tersenyum.
Tuan & Puan  yg lain: Perghh,,,semput! ...tersenyum.
Aku: Nampak jer, golongan yg agak berusia (pangkat nenek, kalau dgn diri aku), aku p0n, gitau la...lif ade kat sebelah sane yer. Walaup0n, aku tawu...padah cakap mcm tue..tapi, terpaksa la. Kang, buatnya tak nak turun terus sebab tak nak gune tangga, tak pasal jer....
Tetibe ade s0rang Puan....: Dah sampai baru nak bg tawu, ade lif. Lain kali bg tawu sebelum naik...bla, bla, bla,.....................dengan lantang. Aku boleh dengar, sedangkan die dah nak masuk dewan, aku kat tangga.
Aku: Senyum jer la...walaupun aku p0n bengang gak. (Nasib la, aku nie spesis susah nak ingat muke org)

Tapi, aku rase lepas tue, die kuar....tanye toilet kat mane?
Pandai pulak senyum ek?
Ikutkan syetan, nak jer tanye....Puan, nak gune lif ke, tangga?

Kes 4:
Nampak suami makcik tak? Pakai baju hijau......Tadi makcik gi tandas...bla, bla, bla,...

Kes 5:
Nampak bini pakcik tak? Mane ilang ntah....

Aku: Masih lagi dalam hati: Kat luar, parents hilang anak2.
Kat dalam dewan, hilang bini, hilang suami...mcm kelakar, tapi itu ar fakta.

Banyak lagi ragam lain..tapi, just pikir, rase penat boleh buat kite marah. So, aku tak salahkan sape2....cume, aku nak salahkan insan2 berjasa yg buat bangunan nie. Huhuhu....
Buat tangga rendah2 dah la...
Mungkin ade sebab, nape dorang buat tangga tinggi...aku tak tawu, aku tak belajar bab2 bina  bangunan.

Fikir positif lagi, bile lagi nak exercise? Jangan jadikan alasan, anda ibubapa, warga berusia...so, takleh naik tangga banyak2. Sebab, ade yg laju jer berlari2 naik tangga. Aku tgk, aku yg malu...sebab aku p0n tgh  penat mase tue. hehe

So, kwn2 sekalian,,,,mmg kite penat, tapi tue ar pengalaman, At least, nanti bile kite nak konvo, kite dah tawu nak pesan ape kat parents kite.
Mak, Abah...nanti sebelum masuk dewan...
1) Makan dulu tau.
2) Bawak sweater yg gi Makkah, oversea.....
3) Pakai pakaian formal....senang.
4) Bawak handphone....takut hilang, senang nak contact.

Jangan ngaku  student UiTM, kalau tak tau sape Canselor UiTM.

Setawu aku, bile konvo, parents kene pakai pakaian rasmi. Baju batik, baju kurung..kasut bertutup & 2 orang je utk satu kad jemputan.
Tapi, aku pelik bile ramai yg pakai biase2....
Kalau yg anak first tue, aku faham la... Ni yg...anak yg ke.........dah. U lain tak buat mcm tue ke?

Dari sekolah lagi, aku selalu pesan kat diri sendiri dengan anak2 buah aku...
"Kalau kite penat, jangan ingat kite jer yg penat. Org lain lebih penat dari kite. Bahkan, pihak atasan pulak, lebih penat daripada org tue. Begitu la seterusnya...akan ade org lain lagi, yg lebih penat daripada pihak atasan tue"

Kesimpulannya: Jgn buat muke penat melampau2 depan aku, sebab aku menyampah tgk.....hehe!



Cube bayangkan, kene panjat tangga dari bawah, sampai ke atas tue...


Ni ar yg parents rebut2kan sangat tue. Semata2 nak tengok name anak kat dalam tue...
Tunggu ar, name aku nanti ade terselit gak....=p

sempat pulak aku snap gambar rama2 ni kat tangga.
Bukan sebab takde keje, tapi takde parents yg perlukan khidmat aku mase tue...

Kat pintu utama DATC

Sunday, September 4, 2011

gunung kinabalu?

Assalamualaikum

Hari nie, aku ambik peluang nak post...selepas dikacau oleh kucing aku time aku nak makan. Saje jer dengki nak ambik roti aku, pada hal, kalau aku sesajer nak bagi die...bukannya die nak makan p0n. Ditambah pulak dengan rasa jealous yg teramat bila nampak aku suap kat mulut hamster, lagi ar die bengang! Sebok jer dop menyondol...huh!
Dah b0san kacau aku...buat perangai pulak dengan mak aku. Tgh2 khusyuk bace paper, tetiba die baring atas paper tu....geram bet0l!

Masuk jer bilik, aku on lapt0p. Niat awal, nak main game..haha! Tapi, dah alang2 wifi terbukak dan ternganga luas,,,aku berbesar aty la nak usya fb aku. Tapi, aku tak utamakan fesbuk aku tue p0n...aku gi lepak kat wall adeq aku. Sempat la aku kidnap gambar pr0file die...haha, kejam!

Dekat2 nak bukak sem baru ni...aku terpikirkan subjek baru yg bakal 'membunuh' aku. Senang kata...killer subject la, femes pada pandangan ramai. Sem lepas, ade 2 subjek pembunuh bagi aku. Sem depan, tak tawu la... Tapi, ape2 p0n, aku dah simpan impian untuk cuba buat yg terbaik walaup0n terpaksa bertapak kat bangunan Intekma kesayangan tuh.

Tak cukup dengan study, aku pikir pasal program 'qhabat'/ panjat gunung pulak.
Baru2 ni, aku terbaca mende nie dalam paper....




Aku yg baru nak daki satu gunung pon dah pening pikir bajet...budak 6 tahun nie relax jer tawan 10 gunung. Budak2 zaman skrg mmg makin lincah.... (Ermm, perkataan 'budak' tue b0leh disamaertikan dgn 'Budak Merah' tak, hehhehe!)

Perancangan tue, nak manja2 ngan Gunung Kinabalu. Tapi, Insya-Allah la... Mane tawu, kot2 last minute tak jadi...kesihatan tak mengizinkan ke, duit tak cukup ke, tetiba tak nak pegi ke....huhu!

Sekian saja untuk kali ini....
sempena befday sorang sahabat SISPA aku, Ain Farina ...aku nak highlightkan kat sini...
"Semakin bertambah umur kita, bertambah juga amanah daripada Allah untuk diri kita. Tapi, jangan sesekali jadikan peningkatan tanggungjawab dan tugasan sebagai alasan untuk kita lalai dalam beribadah kepada-Nya."

Salam ikhlas, hepy befday, Ain!  =p


Friday, July 29, 2011

Siswa Siswi Pertahanan Awam (SISPA)

Assalamualaikum,
Sebagai pelajar universiti yg menyertai uniform Pertahanan Awam (PA)...terselit rasa semangat patriotik serta sayang akan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) lantas mengarah diri untuk menyelitkan serba sedikit pasal pangkat dalam PA nie.

Adeh, nak kene hafal? Heheheh...!!!
Buat mase ni, pangkat yg aku kene tawu ade la beberapa daripada yg banyak2 ni. Tapi, nanti....maybe semua kot aku kena tawu....HUHUHU! Bet0l tak, 'Keris Pusaka'?

[PANGKAT-PA-1.png]



[PANGKAT-PA-2.jpg]

[PANGKAT-PA-3.jpg]

Sunday, June 5, 2011

Memori post m0rtem terindah

Assalamualaikum sumer.....
Terpacak lagi aku depan lappy nie utk berk0ngsi pengalaman aku selama 2 minggu dgn geng sispa.
Aku tak nak sentuh pasal Kursus Kepimpinan ngan ujian kawad kaki. Aku nak direct to the p0int ter0s ngan aktiviti kami kat Tmn Negara, Pahang.
Korang nak tawu gak pasal kursus kepimpinan ngan kawad tu? Ermmm,,nanti la aku citer. Buat masa nie, aku tertarik dgn peristiwa kat tmn negara.

22 Mei 2011
Walaup0n penat berkawad tak hilang lagi, tapi mungkin disebabkan nak release pressure....aku ngan beberapa org kwn pakat gi tgk wayang. Sampai je kat sane, tgk2...org punye ramai! Dah ar aku tgh lapar mase tu. Mmg menguji kesabaran la bila aku kena beratur betul2 sebelah baskin robbin. Nampak la eskrim, kek....huhuu! Tapi, takpe....aku mampu sabar c0z aku tgh dahaga mase tu. (kalau mkn eskrim, tak hilang dahaga p0n) So, tak tergugat sgt pancaindera aku utk bau, rasa, pegang eskrim..mahup0n lihat bebudak jilat eskrim depan aku. 
Ditakdirkan, aku, Ain Farina, Ifa, Norehan, Adila Azzahar, Fiqa, Zaza ngan Eja tgk citer KONGSI.
Aku plak yg rasa bangga sbb ada menti0n 'nibong tebal' dlm citer tu......tue area dekat2 umah aku la tu, hahah!

Lepas balik dari tgk wayang, kami ada perjumpaan dgn Tuan Ariffin plak. Ada sedikit taklimat berkenaan tmn negara. Dibahagikan kepada 7 kumpulan. Dan aku adalah kumpulan yg terakhir....bersama2 dgn Fa'ain, Abil, Fiqa (roomate sejati, hahaha!), Niza (Noraniza Idris, penyanyi jemputan gr0up kami), Tirah ngan R0kiah. Petang tu jugak, kami diskus nak makan apa time kat tmn negara nanti. Sbb kami dibekalkan duit utk beli makanan utk dimasak/ dimakan kat sana.

23 Mei 2011
Hari nie kami kuar gi beli bahan2 nak masak kat tmn negara. Cthnya, bawang, ubi, megi, tel0r, cili, sos, kicap dll... Lepas penat memeriahkan Giant, ( ada sesetengah gr0up gi beli kat Ole-ole), kami p0n balik la hostel. On the way nak balik tu....pakat2 nak gi men boling plak! Mmg tak kenal erti penat ar kami ni...muahaha! Sampaikan ada senior yg tanya kami (aku tak ingat sape), korang nie tak penat ke? Baru abes kursus, meeting, beli brg......nak kena baling2 boling plak..... Tak kisah la apa org nak kata, tapi...bg aku, bila lagi nak spend masa ngan geng sispa. Nie la time cuti utk kami enj0y. Time study, aku spesis yg malas nak kuar....hehehe!

Men boling p0n best gak. Kumpulan aku din0batkan sbg "the most creative gr0up". 2 peserta berjaya membuat balingan bola ke belakang dgn gaya yg menarik perhatian peserta2 lain. Seorang lagi peserta telah menambat hati ahli kumpulan lain dgn aksinya yg bersahaja, ibarat hendak bersama2 bolanya ke pin2 yg tersusun cantik di hujung lane. Namun, aksinya itu hanya membawa padah buat diri serta kumpulan kreatifnya memandangkan, balingan bola peserta tersebut gagal memegang takhta 'strike'.

24 Mei 2011
Bermulanya perjalanan ke tmn negara...
Sementara tunggu bot kami, sempat la gi jadi bebudak jap (yg paling tinggi, si Hajar tu p0n tak nak ngaku kalah, main mengalahkan kami yg kecik2...hehehe), mkn2.....


minah berpurdah sesat kat meja kami. Dari mana dtgnya ntah, atas rasa belas ehsan, kami p0n dgn rela hati memberi layanan istimewa tanda kasih syg dari SISPA. Akibatnya, kami terpaksa bawak dia naik bot sekali dgn kami....huhuhu! Suke2 aty jer naik free......

yg ujung belah kanan (tgh buat piece tu) model colgate. sebelah dia, model darlie.
aku pakai kayu sugi, sunnah  Nabi. Yg senyum tak nampak gigi tu...sbb tak gos0k gigi...hehe! Memain jer Zaza. Yang tutup mulut tue plak, Sab....takde gigi....hoh0h00!!!


akulah model pisang...yang sebelah aku tu......hrmmmm.......peberet dorang buahan tempatan. Suke sgt la bile aku dtg...muka teruja jer.... Kalau korang perasan, yg belah kanan aku tu, minah purdah tadi. sangg0p bukak purdah, semata2 nak berebut pisang ngan siti norihan. Apa daaaa!


Discovery over-pOse...huhuhu!


aku musykil gak ar...mulanya, aku sorang d0p kat mende alah mainan tu. Bila ade org nk tgkp gambar, sume lari. Aku konpius gak, dorang nak bergambar ngan mainan tu ke, dgn aku haaa??? Heheheh!
kecik jer aku kat tgh tu....huhu


selepas sekian lama meninggalkan playgr0und. Begini la jadinya.....

org penang diapit both kelantanese.....=)

Menaiki bot selama 3 jam...entah berapa kali tido, bangun entah...tak sampai2 jugak, huhuhu!
Aku duduk belakang 2 org mat saleh. Nak dijadikan citer, sabar je la aku duduk blkg yg lelaki tue. Bukan sbb ape....die letak tgn dlm air, abes air sungai percik kat aku...huhu =(
Last2 aku tutup muka aku dgn life jacket aku.....entah camne, gamaknya si p'puan nampak k0t. Hahaha....yg laki say 'sorry' to me....keh3! Takpe, I'm a malaysian. tak marah p0n....juz terkilan sikit jer.....hoh0ho!!


nie la mat saleh depan aku tu...asal mane aku tak tawu. Tapi, mase dorang cakap sesama dorang, aku tak rase dorang speaking english. Nak menyampuk, biadab...hahahah! (pd hal, tak tawu speaking!)

aku p0n hanyut tid0, so tak byk gambar....

Setibanya kami di sana.....







WE LOVE SISPA!!!
laki takde, dorang tgh buat ape ntah mase tu..


25 Mei 2011
Pagi nie, kami ada jungle trekking + canopy walk. Utk aktiviti nie, aku terkilan la sikit. Aku ingat b0leh nampak / terserempak dgn binatang2 ke..rupanya sekor p0n takde. Yang ada p0n, tak lain tak bukan...pacat! Tapi, bak kata Tuan Ariffin, anggap la kita tgh bg rezeki kat pacat. Dah mmg dorang ni spesis hidupan yg makan darah. Same la mcm kite sbg manusia, makan ayam, ikan....sbb tue la dorang takot kat manusia.
Bila pikir2 balik....kita bukan takot tapi geli kat pacat. Kalau pacat tu mcm kucing, jilat je kaki org, dpt darah, ok la jugak. Ni..pacat nak berjalan je p0n dah buat org meremang bulu roma...hoh000! Pacat gigit sbb nak hisap darah tue tak heran sbb tak rase ape.... geli tgk badan dia je...keh3! Kadang tu, die bkn berjalan p0n, jap ke kiri, jap ke kanan...ape die buat ntah. Dah mcm kren je aku tgk, angkat besi, bawak gi kiri....lepas letak besi. Patah balik, angkat besi lain lak.....hermm!

saje aku buat picture size ni small, khuatir..ade yg gagal meneruskan sesi bl0g aku nih sampai ke penamat.
tetiba aku rasa mcm ada pacat kat kaki...huhuu!

kena lalu kat bawak dahan kecik ni....kecik2 p0n, nak tunduk bukan sng...sakit blkg kang, tak pasal jer.

ahli group 7!!!

walau hanya berbekalkan tiket utk naik canopy walk, kami mampu memberi pose spesel....heee!


kanak2 yg tgh meny0rok...hoh0!

rokiah pose ayu....di belakang yg setia menanti giliran, tirah.... gaya tirah mcm nyampah menunggu si roki ni...hahaha! tak sab0 nak bergambar ye tirah?

Tuan Ariffin lak yg kena tunggu si tirah ni....keh3!

Fiqa ngan Ain berjoging....tapi, Abil relax jer jalan.... Contr0l mach0 la katakan...

Antara halangan yang perlu kami tempuhi...batang pok0k besar.

Sumer pakat dah penat, tapi kami tak sampai lagi kat puncak bukit Terisek...huhuhu!

Nuha tetap mampu tersenyum walaup0n penat...caya la! =)
mAnt0P!!!

Kalau tak salah aku, yg tutup muka tue Ain. Dia bau busuk badan berpeluh die, tu yg tutup tu....hoh0! Jahat aku! (sedar diri)

..........
no komen
sbb saman lama masih tertunggak
.......
shhhhh
......

masih dgn wajah penat....
ade group mane ntah dgn kami mase tu. Org2 cina....

Walaup0n penat, Tuan masih dgn lagak macho....syabas la warga SISPA. Mampu bertahan....biarp0n peloh dah menitik2...huhu!

Tuan Zam dgr aku kate, cantik la awan die mase aku tgkp gambar tu. Then, secara tidak langsung, Tuan offer utk jadi m0del gambar ni.... tapi, awan dah tak nampak....huhuhu! =)

  masih lagi halangan yang perlu kami tempuhi.....

ni dah sampai puncak bukit terisek!
gambar2 pemandangan yg kami amek byk2 kat atas tu tadi, dekat puncak bukit ni la.

yang tgh2 tu cumil kan? =))))

ahli gr0up dan  ahli khemah sejati, hahhah! marah Jehan nanti! 


Sambil2 jungle trekking tue, sempat la amek gambar bunga, pokok2 besar, pelik....

daun dia ade kaler ijau, kaler biru....unik pada pandangan org lain. Aku tak minat sgt la tumbuhan ni..so, kurang terjejas tahap w0w dlm diri aku....manusia tak berperasaan bet0l!

nie pulak, bunga ape ntah kaler merah terang giler....tu yg boleh amek gambar tu. (pada hal, fanatik kaler merah. Bunga tu tak kisah sgt...huhuhu)


minah nie ingat aku nak amek gambar dia, so dia p0n stay senyum...walhal, aku tgh tggu dia pegi. Aku nak amek gambar pokok besar tu. Tapi, dah nama p0n malaysian, takkan nak buat s0mbong lak. Aku p0n amek la gambar dia.....asalkan nampak batang besar tu p0n, jadi la....


26 Mei 2011
Pagi ni, lepas sesi perkenalan dgn pacat....aku p0n tak tawu naper cik hashim bawak kami masuk hutan. Lepas tgk pacat kat tgn pak cik, dan selepsa beberapa org melompat2, terjerit2...kami p0n patah balik ke khemah. Saje je nak bawak kami berjalan sbb lepas tue kami ade sl0t mandi2, hahahha!!! Kiranya, perkenalan dgn pacat kiut tue utk memanaskan badan, sekadar memenuhi syarat PT pagi.

Aktiviti siram menyiram, simbah menyimbah air sungai...lawan sesama bot yang kami naik mmg THE BEST ar! walaup0n ada yg kecundang dalam mempertahankan mestin (senjata utk membasahkan pihak lawan), aktiviti tersebut tetap best. Sbb apa? Sbb..........bukan takat kami jer main air tu, tp para pegawai kami p0n turut serta. (Tak tawu la sbb dorang p0n gian nak main air ke ape)... Bak kata Tn Ariffin, " Baru ko tawu sape aku...." hahha! Apa yg aku nak simpulkan kat sini ialah, kita patut tawu, mase bila nak bawak bermain, mase bile kite serius. Respect tetap ada, tp itu tak membataskan pergaulan sesama SISPA...bet0l ak?

Lepas main air, dah basah baju....gi berhenti jap kat mane ntah. tapi ade pasir, kena buat / bina monumen setiap kumpulan. Banyak idea merapu tapi bile dihuraikan jadi gempak! Mmg caya ar kowang.....Syabas!

Dah penat merapu...termasuk la Tn Arin sekali merapu ape ntah pasal batu besar tu. Siap b0leh gosok2 lagi,,,,,keh3!.... Skang ni, gi mandi sungai pulak. Mmg air sejuk...tapi, tak b0leh jadi ar, dah ade peluang mandi, mandi la kan. Buat ape duduk tepi tu....hihihi! Sempat la jugak, kami diajar cara berenang. Pastue ada, pertunjukan c0mel 2 sahabat sejati tentang cara menyelamatkan mangsa lemas daripada Tn Lan & Tn Zam.

Petang tu, bermula la kisah kami dimarah. Sbb ape kena marah, biar la kami jer yg tawu. Bak kata Tn Lan, "Pengalaman tidak boleh dicipta, tetapi perlu dilalui".
Pengalaman kami dimarah tak perlu diceritakan, ia perlu dilalui. Tapi, tak bermakna, korang nak rasa kena marah...korang gi buat mcm2 semata2 nak dapat perhatian golongan pegawai. Penat jer dorang marah, last2 korang kata...saje nak rasa, pengalaman dimarah. Mmg korang ber0tak mereng la jawabnya.

Dah kena marah ngan Tn Ariffin, Tn Lan, Cik Hashim + Cik Faaris p0n selit gak...mmg berwajah malas nak senyum dah ar. Tambah lak, mkn malam yg sepatutnya kami enj0y mkn kat rest0ran terapung tu p0n dibatalkan. Aku nak kata terkilan sbb dibatalkan tue, takde la terasa hati sgt. Sbb aku tak kisah, mkn jer ape yg ade...name p0n dlm hutan, kan? Huhuhu...tapi, yg buat aku rasa kecewa yg amat sgt ialah.....mind set dah kata..mkn kat luar, so tak yah masak. Last2 kena gak ar....hoh0ho! (ape punye perangai ntah aku ni...)

Apa2 p0n, tanpa diduga..lepas sesi maaf2....tipu2 sikit, baru lah kami tawu...rupanya tue simulasi. Namun, kesalahan tetap kesalahan. Cuma, kami WAJIB jadikannya sbg pengajaran, moga kami tak ulang lagi buat benda2 tak berakal tu di lain masa. Selepas selesai 'menipu' kami..atau nama manjanya SIMULASI, kami p0n teros la siap2, get ready nak naik bot gi rest0ran terapung. (aku lupa nama rest0ran tue ape) Yang pastinya, time kami nak balik es0k tu...rest0ran tu dah takde, ke mana hilangnya? Biarlah ia menjadi misteri..... Tn Ariffin ade tunjuk lokasi terbaru kedai tu, tapi aku p0n tak pasti bet0l ke tak...hahahha!





Saat sentri bermula.....

menak0tkan aku tgk si roki nie....hish!
Dah ar sumer pakat2 ngant0k. Aku rase mcm mate aku s0rang jer yg celik mase tu...
tu yg sempat snap gambar org, hahha!


masa tu lak, ada guruh, kilat.... tapi tak hujan lagi.
Aku amek gambar ni mase kilat....baru la nampak pokok ni.
Kalau tak, mmg tak nampak ape p0n sbb gelap sgt.


Yang ni kali kedua kami buat sentri. Masa first time kami jaga, mmg mata boleh kawal lagi. Siap gi masak air, buat air teh susu. Cicah ngan biskut..mmg sedap la walaup0n hidangan ringkas. Si Roki sempat pulak gi masak megi...aku p0n tumpang la sekaki...hehee! Rasa mcm makan sahur lak....


sAaT pOsT mOrTem BeRmUlA...


     Tersebut la alkisah..........
Aku tak nak citer ape2. Yang mane merasai pengalaman tersebut...anda tawu nikmat post mortem terindah ni.
Aku tegaskan sekali lagi...bak kata Tn Lan
"Pengalaman tidak boleh dicipta, ia perlu dilalui" by Mohd Norazlan B Abd Rahaman.

aku mulakan dgn foto ini....


byk nasihat yg diberikan.....

kisah Daus terungkai jua. Mungkin masa yg akan menentukan segalanya. Kerna dia tetap bersama2 SISPA walau berbeza tekad hidupnya.
Dgn niat, tidak mahu menyusahkan org lain...Daus sanggup m'asingkan diri....daripada kita. Agak aneh, tapi itulah dirinya. Dan aku menerima seadanya.... namun, jauh di sudut hati, aku tahu...ramai yg ingin mendekatinya.
('',)

Fad...walau pernah menyimpan cita2 utk bergelar seorg polis, gagal memenuhi kehendaknya utk menyertai Kor Suksis..tapi, dia tetap setia, semangat dlm SISPA!!!
SYABAS!!!
('',)

Sab...kalau dulu, aku jarang nak bercakap dgn ko. Tapi, since kursus kita dlm 2 minggu nie...itu dah cukup utk buat aku sebak bile dgr ape yg ko katakan.
('',)

Fiqa...my ex-roomate. Thanks 4 everything that u've given to me.
Aku mintak maaf kalau attitude aku dlm bilik buat ko rasa, pehal la pelik sgt si AJ ni.....hee!

saat semua terharu dan air mata mula berkaca2...walau masih bel0m menitis, tapi, aku percaya..tetap terasa di hati.

Inilah Saat Dan Ketikanya....pabila semua mula terdiam. Memberi tumpuan kepadanya......

Mohd Azwan B Zaini

aku percaya, perempuan tidak memandang rendah akan lelaki yg menitiskan air mata. Kerna kami tahu, air mata itu tanda keikhlasan bukan tanda kelemahan. Apatah lagi, azwan yg kami kenali bukanlah seorg yg lemah...pastinya linangan air mata itu tanda setia dalam persahabatan serta membuku ketabahan di dada utk terus bersama2 Sispa!!!
('',)


p/s: Tak terniat nak amek gambar Nur Fa'ain (yg mengepalai sesi tangisan) sbb masa tu, ingat post mortem ni, hanya post mortem biasa. tapi, sangkaan aku meleset, apabila...ianya menjadi bersejarah dlm diri kita, PKS Muda!