"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dlm kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh atau solehah dalam kalangan kamu, kerana aku juga melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan."

~Hassan Al Basri~

Friday, October 5, 2018

UJIAN DARI ALLAH

Assalamu'alaikum,
Bila kita dah selesa dengan gaya hidup kita, kita jadi susah nak terima ujian dari Allah. Dah terbiasa dengan cara hidup senang lenang, mewah, happy. Tiba-tiba Allah uji dengan kekurangan. Allah tarik nikmat bahagia. Allah ambil nikmat sihat.

Masa tu kita rasa susah sangat nak teruskan hidup. Rasa penat sangat-sangat. Ada juga yang terus tawar hati nak jadi orang Islam. Solat tinggal tanpa rasa bersalah. Sebab apa?
Sebab kita rasa, kita dah buat apa yang Allah suruh tapi Allah 'biarkan' kita hidup susah.

Kita tak sedar, ujian tu semua sebab Allah nak tengok sejauh mana kita betul-betul mengharap pada Dia. Bukan pada manusia. Kita ada masalah seberat mana pun, bila kita kongsi dengan Dia, buat amalan untuk tambah pahala, perbaiki diri kita...InsyaAllah, Allah bukakan jalan penyelesaian dari sumber yang kita tak jangka.

Rasa berat nak buat ibadah? Berat nak buat kebaikan?
Amal satu tips mudah ni. Istighfar 1,000x sehari. Guna la tasbih digital tu. Cuba dapatkan 1,000x. Awal awal tak berjaya buat, tak apa. Cuba lagi hari esok. Cuba, cuba sampai dapat.

Satu hari nanti, kita akan faham betapa hebatnya kuasa istighfar tu. Sebab istighfar tu, kita minta ampun dari Allah. Kita ni banyak sangat dosa, banyak salah. Tak cukup dengan Dia, dengan hamba-hamba Dia sekali kita ada masalah. Tapi kita sombong, kita rasa kita je betul. Kita rasa kita dah buat yang paling elok.

Buang la ego tu. Manusia mana tak ada salah?
Sekalipun kita rasa kita ni tak buat banyak salah, tapi pasti ada. Sebab tu istighfar je. Takyah kata aku takde salah pon. Mungkin takde dosa besar. Dosa kecil pasti ada. Tak sekarang, kejap lagi kita buat. Tak kejap lagi, yang dulu-dulu kita pernah buat.

No comments: