"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dlm kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh atau solehah dalam kalangan kamu, kerana aku juga melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan."

~Hassan Al Basri~

Saturday, December 29, 2012

Aku yang tersakiti


Assalamu'alaikum,

Judika ~ Aku yang tersakiti
Entah macam mana aku boleh tersuka lagu ni. Maybe sebab aku pernah alami satu masa dulu.....dulu.
Dan sekarang, mungkin ada yang kata, aku ulang balik sejarah lama aku dekat pihak berkenaan. Tapi, sejujurnya aku takda niat nak buat mcm tue. Sebab aku tawu pedihnya sejarah tue... (takda kaitan dengan couple k.....)
Sorry kalau aku tak macam yang kau harapkan...tapi aku nak kita jadi macam dulu balik.

Aku happy dengan 2,3 hari nie... Aku harap, akan berkekalan... Dengan izin Allah, forever.

Friday, December 28, 2012

Kehidupan kembali normal

Assalamu'alaikum,
A day hang out with my friends.... At least, aku kuar dari kawasan ni buat sementara waktu. Takde la stress sangat. Sorry untuk pihak yang terkejut dengan aku hari tue, hehe! Tue la kemuncak diri aku bila stress....hoho!
Disebabkan khusyuk copy refer keja kawan2, dorang dah 'tinggalkan' aku sorang2, bertemankan nuha yang sebok dok gerak2 kaki. Ngigau ke apa ntah...
(Nasib baik la mulut dia tak bergerak jugak, kalau tak, jenuh nak melayan.............errrrr)

Tragedi yang berlaku:
Nuha memang tak boleh dipisahkan dengan remote tv umah dorang. Dah macam hak mutlak dia lak... Pastu, bila hilang, sebok la cari... Sampai boleh jumpa dalam bilik along. Entah macam mana boleh selinap masuk bilik entah. Bila kata nuha TERbawak masuk, dia tak percaya, merusuh semampu boleh, hentak2 kaki, baling2 bantal, kata bukan dia. Masalahnya, dah terang2 dia je yang selalu kidnap remote tue. Nak balik p0n, sebok dok cari remote...pada hal ada kat tangan dia. (Tak puas lagi ke tengok tv kat umah? Untung la boleh balik....huhuhu)

Mood blogging terhenti seketika. Teruja jap, dapat coklat........ ada orang bagi, lalalaaaaa =)

Dalam keta plak, lepas beramah mesra dengan FSKM, ada lagu terngiang2 di telinga kami. Kat satu part (boleh dikatakan chorus), nuha dengan afu salah nyanyi..... Sepantas kilat ditegur oleh along. Tapi, akhirnya memakan diri sendiri.....

Afu, Nuha : ".....kumbang dan bunga."
Along: ".....bulan dan binTAN laaaa!!!!"
Kami: "HAHAHAHAHHAHAHA....... bintanG laaaa..."


Along memang comel dengan kekurangan 'g' beliau. Yang tu la penawar kami time sedih2, pressure. Kadang2 tengah2 marah p0n boleh tergelak bila dengar along cakap..... Even ini kekurangan dia, tapi...dia sangat berharga untuk mengembalikan semangat untuk menjalani kehidupan dengan happy.
#Lebih baik, kelemahan itu dapat menjadikan orang lain gembira.... Daripada, banyak kelebihan, tapi hanya memberi kedukaan atau sakit hati untuk pihak lain.... 

Ada lagi insiden2 lain yang mampu buat aku rasa, aku happy lepas sekian lama, aku 'menyembunyikan' diri aku...
Kalau sebelum ni, aku happy jugak, tapi tersiratnya, aku ibarat 'melarikan' diri. Tapi, sekaran....errr, sekaranG, aku harap hidup aku dah betul2 kembali normal. In syaa Allah.... (@_@)

Tuesday, December 25, 2012

Study Week

Assalamu'alaikum,
Study week kali ni adalah minggu paling membosankan compare dgn yang sebelum ni. Aku kena buat keja, yang sepatutnya boleh di-settle-kan before study week lagi. Tak tawu la salah sape...huhu! Takpe la, terpaksa la study dengan cara tergopoh gapah sebab nak submit before the due date. Anggap je ar ni dugaan untuk sem nie. =)

Benda normal time study week

Exam aku akan start pada sekian2 tarikhnya. In syaa Allah, macam sem2 yang lepas...kami akan cuba 'lawan' untuk dapat dekan. Tapi bila dipikirkan balik, tak penting sangat p0n title 'dekan' tue... Yang bestnya, puas hati dengan usaha yang kita dah buat. Kalau usaha takde la gempak mana, tapi result perghhhh.....bagi aku, tak best. Hehe...!

So, untuk yang berkenaan, jom study. Jangan buat2 lupa lak....

Even semangat dah berkurangan, hati pikir nak keja...tapi utamakan yang wajib. Menuntut ilmu itu adalah wajib....(pesanan untuk diri sendiri jugak...sebab aku p0n malas gak benda2 camni...errrr (^-^)  )

Saturday, December 22, 2012

masalah berat badan

Assalamu'alaikum,
Hari tue gi kelas kat kenanga. Dalam perjalanan tue, si nuha sebok dok mengimbangkan diri kat atas divider jalan tuh. Pastu dia kata kat aku,

"Nuha kalau ada masalah, mesti nuha tak boleh nak imbang badan."

Aku terdiam jap....bajet serius ar. Then, aku jawab camni kat dia.... (stilll dalam nada serius)

"Masalah berat badan............?"

Nuha, "...............!!!"

Hehehehe.....



Friday, December 21, 2012

Kawan2

Assalamu'alaikum,
Minggu ni agak 'busy' sebab ada test yang 'memaksa' aku dan kengkawan untuk rajin ke makmal komputer yang tersayang. Ditambah pula dengan antibodi yang nak bermanja2 dengan aku...menyebabkan aku 'ponteng' 2 kelas dengan penuh kesopanan.

Walaupun hari ni, sepatutnya aku takde kelas. Tapi disebabkan kena siapkan test lab kami tue, kami bersepakat untuk menginap di makmal 7 seawal jam 10 pagi hingga hampir jam 6 petang. Alhamdulillah, aku sempat siapkan awal...so, ambik chance balik kolej jap. Settle2 apa yang patut, then bertatih penoh comel pegi hantar kat bilik  madam lak. Sanggup balik bilik, semata2 nak print. Print kat lab tak cantik...hoho!

Entah macam mana aku tengok2 balik fon aku. Terjumpa la gambar2 nie. Baru teringat, nak post dari dulu lagi. Tapi tak sempat...huhu! Malam ni, aku nak kidnap masa yang ada untuk terjah blog ni jap.

Peristiwa2 ni berlaku masa Dato' Seri Najib datang UiTM, time orang2 FELDA datang hari tue.

Ko buat apa tue mar? Tido time dgr konsert???
Pelik2 je, hehe!

Ok oloh, tacing pulak dah...

Yang nie pehal plak....?
Haish....senyum sorang2, teringatkan sape ntah.

Aah sudah. dah lain macam je nengok ni....

Sudah2 la damia ooiii...


Mar khusyuk giler...



Damia, tersenyum2 tengok konsert ni.
Ke, layan lagu...?
Oooo.......senyum2 teringat somebody ea? 

Ada lagi sati video aku nak post. Tapi tak jadi...... Takde otif p0n aku post. Tinggal kenangan je kot...haha!


Wednesday, December 12, 2012

Tacing Dengan 'Orang Tinggi'

Assalamu'alaikum,
Haaaa, baca tajuk ni.. Amacam? Ada rasa2 nak sound aku? Tinggi maksud aku, bukan dari segi fizikal k...
Moh, ngumpat baca cerita aku dulu.

######

Haish! Besok ada test. Mlm semalam plak 'cari gadoh' dengan puak yang berdekatan.
Jumpa depan2 dengan dorang, muka aku bajet baik jer. Senyum jer.... Belakang2, ambik ko....hoho! Untuk pihak yang berkenaan (yang kat aras 6 tu), sudah2 la mengutuk dorang. Buat tambah dosa kita jer..hehe!

Aku nak post kat sini, bukan pasal aku nak kutuk or tak puas hati kat pihak terbabit. Cuma, diharap dapat dijadikan iktibar supaya kita tak buat benda mcm tue dekat orang lain la.

Latihan dah dibuat beberapa kali. Even tak perfect macam latihan yang sepatutnya, tapi sekurang2nya aku puas hati dgn apa yang dorang dah buat.
Last2 dapat tawu, tarikh ditunda. Mmg best!!! Kalau tunda, maknanya kami dorang ada banyak masa nak practise lagi.

Masalahnya sekarang, bukan sebab latihan tak cukup...
Tapi, tarikh YANG BAJET CANTIK sgt tue....tak bersesuaian langsung dengan title STUDENT.
Jarang la aku dengar pape event buat time weekdays. Memang nak kena boikot ar...

Of course ramai tarik diri. Bukan sebab merajuk or tacing...tapi sebab tarikh. TARIKH...FAHAM TAK?

T.A.R.I.K.H


Malam pertandingan tue ramai yang ada test + ada yang terlibat dengan program anugerah dekan. Macam aku lak, ada kelas...... Daripada 22 orang yang bersemangat nak join pertandingan tue, last2 tinggal 5 orang je yang berhati waja. Tue p0n, sebab dorang mmg takde masalah nak join malam tue.

Aku takde hal pasal tinggal 5 orang... Tapi aku nekad nak suruh dorang tarik diri sebab tarikh pertandingan tue, cantik sangat. Even kesian kat dorang...dah practise suma, tetiba tak jadi, tapi nak buat mcm mana. Practise sama2 dengan kawan2 sendiri, tetiba nak bertanding, jadi 1 team dengan org lain.....jiwa kacau wooo!

Dah senyap....tetiba datang hamba Allah nie, jumpa la si Faaiqah, tanya pasal status kami, masuk or tak. Aku malas nak campur....biar Faaiqah jadi orang tengah. Yang hangin tuh, minah ni tak kurang boleh cakap elok2 kot. Bajet bagos ke, jawatan ko tinggi..nak cakap macam tu kat kami???

Ditakdirkan pulak, minah ni pegi naik bilik...cari Faaiqah. Dia takde. Yang ada si roomate sejati. Mintak nombor aku... Pandai pulak si roomate melencong, kata takda nombor aku. Bagos jgk, at least takde la aku dapat call tetiba.... Thanks to Syafawati krn memahami..haha!
(Pada hal, aku ada jer kat bilik sebelah tue.....tengah ngumpat) Boleh jer kalau dia nak panggil aku, face to face dengan minah tue.

Pikir2 balik, aku tak nak jumpa. Better dia kol... Aku cakap, bagi nombor je. Malas nak jumpa.

THEN...

Aku dapat call dari dia. Cakap punya cakap.....last2 aku yang naik angin dulu, haha!
Ye ar....Dia nak babit nama kami tu apa hal? Nak mintak tolong, buat cara mintak tolong.

Akhirnya, aku nekad turun jugak. Tak nak gadoh2...

Dah turun, gadoh lagi!
Haish!!!! Memang berasap betol la.....
Rilex2....cool...
Tak nak marah2....

Then, aku hentam buat satu formasi yang sememangnya simple. Kalau ko tak boleh buat,,,,,jangan bajet hebat nak kutuk2 kami.

....................................................

Dipendekkan cerita,
Aku panggil Isyzreen turun, ajar step...
Zaza pulak turun...
3,4 orang Inter pon turun jugak. Niat dorang, nak masuk la pertandingan tu...test tak jadi kot. HUH! Tengok golongan terbabit buat, aku pulak yang beria2 suruh Inter balik... Tak yah masuk  Buat malu jer. Aku tak kan mengaku, aku bagi formasi simple tu kat dorang. Habis hancur formasi aku.

Sampai aku rasa, setakat nak buat mcm tue,,,,tak panggil aku p0n, korang dah boleh 'cemerlang' la....
Wasting my time! Buat tambah dosa jer, ngumpat dorang.

Tak lama lepas tu, datang sorang hamba Allah lagi. Alhamdulillah, ni jadi tempat aku mengadu jap. release sikit pressure malam tue. Tapi, aku tawu....sekadar mengadu. Dia p0n tak boleh buat apa rasanya. Dia memahami situasi kami.....tapi yang berkenaan, hanya tawu memaksa dan mengutuk.

Even aku tak masuk pon event ni....tapi seriously aku terkilan dengan cara dorang. Sedih sebab yang sepatutnya masuk tak jadi bertanding dengan bermaruah. (Dah la tarik diri ni p0n, berat hati gila nak buat keputusan. Kena kutuk pulak...) Bukan sebab sekadar nak join tapi sebab memang nak kan something... Maybe kemenangan, maybe kepuasan... Tapi, satu p0n tak dapat. Mmg FRUST!!!

Poster ni salah sebenarnya. Tapi, teguran dan marah2 dari pegawai berkenaan tak dipedulikan.

Aku dah simpan impian nak tengok dorang masuk bertanding. Nak tengok dorang kawad. Tapi, takda rezeki... Takpe la. Secantik2 TARIKH berkenaan, sampai dah tak boleh nak tukar ke HARI yang lebih CANTIK seperti hari SABTU (ini sekadar contoh), CANTIK lagi kawad dorang. 

Biar la... kadang2 kita kena mengalah. Biar la kita tarik diri, sekurang2 kita dah try yang terbaik. Pegawai yang berkenaan pon dah puji dengan latihan + komitmen yang PKS Inter bagi. Paling awal buat latihan compare dengan team lain. Korang dah tunjuk betapa komitednya korang untuk join pertandingan ni...tapi, sayang...ada pihak yang tak nampak kesungguhan tue. PENTING DIRI.

Harap2, aku dan mereka yang berkaitan tak kan buat benda mcm ni kat sesama kami atau pihak lain.
Sekadar luahan rasa dan pengajaran untuk aku dalam kehidupan dan 'dunia' aku ini.

Mood: Masih frust, masih sedih.... Ini baru aku? Mcm mana dengan mereka yang terlibat? Hmmm...
Tetiba, terfikir.... Pertandingan antara PKS Muda dan PKS Inter. Best nih! Hohoho.....Miahahaha!




Saturday, December 8, 2012

Hujan Lebat


Assalamu'alaikum,
Lepas 'sekian lama' aku tak tunjuk muka bajet comel kat latihan kor (hari Sabtu), akhirnya minggu ni aku turun jugak tengok2 latihan dorang. Terasa lama tak turun, walhal baru seminggu aku tak berjinak2 dengan dunia latihan tue.

Terbukti weekends aku hanya di-specific-kan untuk SISPA jer. Kalau takde aktiviti SISPA, ibarat hidup aku ala2 tido segan, celik tak mahu.

Bosan jugak bila takde aktiviti dalam SISPA.
Sebab tue, ada sorang senior aku pernah cakap...


"Dulu, dalam SISPA selalu kena buat keja tue, keja nie. Penat memang penat tapi ada impak positifnya kat situ. Banyak benda yang kita belajar. Sekarang, bila dah keja...jadi bosan + tak tawu nak buat apa time cuti Sabtu, Ahad. Sebab tue, beliau sekarang ni berkhidmat sebagai tenaga pengajar SISPA. Nak isi masa lapang...."

Errr, aku nak citer benda lain sebenarnya....hoho!


Disebabkan penat dengan latihan hari nie, lepas Maghrib je aku tido....
Sampai la aku tersedar sebab hujan lebat sangat. Ngantok tue ada lagi, tapi telinga disergah2 dengan bunyi guruh tak henti2, kilat yang memancar2, angin lak kuat sampai tingkap bilik tertutup tiba2.

Aku tak pasti org lain pernah alami ke tak...tapi sepanjang hidup aku, aku rasa nie first time la aku dengar guruh tak henti2.... Boleh kata, every 5 seconds, mesti ada... Kalau tak p0n, maybe ni kali kedua.

Masa tue, memang ingat Allah, ingat kat mak, abah.....

Orang kata, kalau kilat sabung menyabung camtue.....maknanya tengah panah syaitan. Aku p0n tak pasti pasal nie. Tapi, yang aku pikir masa tue...

"Apa yang syetan buat sampai kilat mcm tu sekali?"

###Bila pikir balik, macam pelik jer soalan aku tu, hoho! ###


Macam ni la manusia kan? Bila jadi benda2 macam ni baru nak ingat Allah, ingat parents.... Ingat balik dosa2 yang kita penah buat...
Kalau takde kilat2, hujan lebat, guruh2 ni....wujud tak rasa takut tue?

Aku akui, aku manusia hina yang sentiasa lupa akan diri-Mu. Ampunilah setiap dosa aku, mak abah, keluarga aku, saudara mara aku, sahabat handai aku, kenalan2 aku dan seluruh muslimin dan muslimat. Janganlah Kau biarkan kami melakukan perkara2 yang membawa kepada kemurkaan-Mu. Bimbinglah kami, agar kami sentiasa taat pada perintah-Mu, ya-Allah.




Wrote by,
Aku Masih Budak...Budak Merah
...................................................
(NUR AZIMAH BINTI JAMIAL)
Pengasas,
Budak Merah
Enggan membesar,
Maintain Budak,
Kekal dihatiku,
Tetap disanubariku.







Friday, December 7, 2012

'Dunia' yang Kau ciptakan untuk aku


Assalamu’alaikum
Baru2 ni aku ada post,
“Kita tidak pernah berpecah. Tapi kita dipecahkan. Moga tidak disalah tafsir.”

Beberapa hari kemudian,

“Apabila satu perjuangan ………….
Maka tamatlah jua riwayat Budak Merah. Kerana ……….. berlandaskan perjuangan tersebut.”

(Aku enggan lengkapkan ayat nie, even aku ingat setiap perkataan yang aku tulis masa tue. Fikiran aku masih terfikirkan benda ni. Ayat yang tak pernah aku sangka akan tertulis jugak dalam diri aku.)

Tak lama lepas aku post, aku delete. There is something yang buat aku fikir balik…
Dan selepas hampir separuh hari aku gunakan untuk fikir benda ni, aku nekad untuk delete.
(Beruntung jugak aku, bila kedua-dua roommate tersayang aku balik rumah masing2. Sekurang2nya, aku ada masa untuk bersendirian dan boleh fikir rasional)
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya.


Ya- Allah,
Saat aku lemah dalam menjalani kehidupanku,
Kau hadirkan aku memori istimewa.
Hingga aku mampu tersenyum walaupun hati remuk, enggan berbicara.
Namun,
Pada saat itu juga…
Saat aku mula leka dan alpa dengan kegembiraan,
Kau hadirkan pula rasa pahit kehidupan.
Setiap kata yang aku dengar,
Setiap detik yang aku lalui,
Setiap perkara yang aku perhatikan,
Semakin melemahkan diri aku,
Hinggakan,
Setiap tapak yang aku langkah,
Semakin lemah…lemah…dan lemah.
Dan akhirnya,
Aku rebah jua.

Semakin bosan dengan suasana di sini,
Semakin gemar mendiamkan diri,
Semakin akrab, aku dan bersendirian.

Mencari jalan hidup sebenar…
Kerana apa yang aku genggam selama ini,
Semakin jauh…
Semakin sayup…
Semakin hilang…

Ya- Allah,
Aku hanya manusia biasa,
Walau semangat membara, menebal di dalam jiwa…
Tapi,
Engkau Maha Berkuasa,
Kau mampu untuk tarik semula setiap apa yang Kau berikan kepada aku,
... dan mereka.

Jika semangat itu yang membuatkan aku kuat,
Tapi semangat itu jugalah yang membuatkan aku kecewa.

Mungkin pelik bagi yang tidak mengalaminya.
Tapi, inilah realiti…
Aku mengakuinya, kerana aku telah merasa pahitnya rebah di bumi yang nyata,
Dalam ‘dunia’ yang aku sendiri merelakan kehadirannya.
‘Dunia’ yang aku akui, aku menyayanginya.
Tanpa paksa…tetapi rela.


  

5 Disember 2012

Bermulanya bicara,
Terasa bahangnya cerita,
Apabila berkembangnya kisah,
Terluah apa dipendam, apa dirasa.
Tersentap rasa di jiwa,
Terdiam, kelu tak terkata,
Memberontak dalam diam,
Tapi masih mampu tersenyum sebagai selingan malam,
Lantas bersetuju dalam diam,
Dan akhirnya,
………….
Termeterai kata sepakat.


Dan ini yang aku sampaikan padanya…
“Kami tidak membuangnya. Tapi, kami kehilangannya.”


Ya- Allah,
Peliharalah ‘dunia’ kami ini.
Agar tidak pernah musnah dengan hasutan emosi.
Kau satukanlah hati-hati kami,
Agar semangat yang aku genggam satu masa dulu,
Mampu untuk kami kecapi lagi.

Janganlah Kau hadirkan rasa benci dalam diri kami,
Kerana kebencian ini hanya akan meragut ‘dunia’ ini.
‘Dunia’ yang aku sayang…
‘Dunia’ yang Kau ciptakan untuk aku dan mereka.