"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dlm kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh atau solehah dalam kalangan kamu, kerana aku juga melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan."

~Hassan Al Basri~

Saturday, September 24, 2011

time kasih pembaca sekalian =)

Assalamualaikum,
terharu lak rase bile ramai yg tanye, ko dah update bel0m, blog ko? Mcm memahami jer lapt0p aku demam tak kebah2 ag. Nie p0n, tengah tergedik2 gune lapt0p roomate, si Mar nih. Dia kate, besok cuti...boleh la online besok. So, dengan baik atynya...die sedekah kat aku lappy HP die nie. Lappy die p0n dah sebati ngan aku...nanti kalau tetibe die buat perangai dgn ko, Mar...paham2 la k. Die dah curang ngan ko ar tu..... 

Tengah2 dok bace  blog nie, pasal lipas...tetiba member2 akaun masuk bilik dgn girangnya sebab kekenyangan dgn jamuan raya dorang. Sempat la aku kidnap 2 cucuk sate....(mcm skema lak gune cucuk. Pada hal, mmg betol la penjodoh bilangan tu,,,dah mmg jodoh la katakan)

Niat aty nak rompak lebih sate tue...tapi impian jahat tue terbantut bile tgk muke Adila Azzahar mcm nak makan lagi. Rokiah lak, nak simpan untuk Jehan....(pada hal, Jehan dah selamat sampai kat umah die). Yang Tirah lak, tak abes2 nak kire bape balance sate tue...nak jual kat pejabat SISPA. Walaup0n die pakar dalam bab2 setiausaha, tapi cukup profesi0nal bab2 tambah duit/inc0me. (Anak didik Tuan Zam....)

Mar lak, ambik 2 batang kot. Kiri kanan die pegang sate tue...sambil dengar lagu hindustan (earphone). Nasib la, die tak guling2 kat dalam bilik mcm org2 industan buat tue,,,,nyanyi2, guling2 kat padang luas. Kalau die buat, mmg aku berbesar aty, gi bukak pintu and suh die gi guling2 kat luar. Buat sepanjang koridor....Pastue aku kunci pintu Khusyuk jer die dengar lagu,,,rase cam nak buat jahat ngan die....peras ugut sate kat tgn kanan die. Sebab sate tu yg terdekat dgn aku.... Sate belah kiri, die buat mcm micr0fon. Tak nah aku amek 'mic' tu...penoh ngan air natural die lak...tak sangg0p nak makan.


K ar...aku dah lame tak update, otak beku..tak tawu nak taip panjang2 dah. Beku susah...cair p0n susah. Otak pandai p0n menyusahkan org gak...pandai buat bom la, buat machine gun la, roket perang la....
Sebut pasal cair....terbayang coklat...muahaha! Coklat cair dalam mulut....c0mot jer mulut sesape yg tengah makan tue.
Ok, st0p!

# Sesiapa yg menghafal salah satu daripada 7 surah2 pilihan (Al-Mulk, Al-Waqiah, As-Sajadah, Yasin, Al-Kahfi, Ad-Dhukan, Al-Hasyar), Insya-Allah ditempatkan di dalam syurga. Tapi, jgn la pulak....hafal satu surah pastu, simpan impian nak masuk syurga,,,,pada hal, maksiat tue dah jadi benda biase dlm kehidupan seharian kita)

Friday, September 23, 2011

I'm Back!

Assalamualaikum,
Omak ko! Jatuh lak kat sini.
Ye ar, lame gak la aku tak update. Bape punye ramai org tanye la, nape ko senyap jer skang ni?
Ringan jer mulut aku jawab....lapt0p curang ngan aku. Baru sehari aku tinggal die dgn technician ca ya nun alif, die dah murtad. Cedih..cedih!

Si Nuha tanye aku, camne kehidupan tanpa lapt0p? Aku tak pasti, tu sindir, atau sebab die nampak aku tabah giler walaup0n tak berbekalkan keyboard untuk ngumpat membebel dalam bl0g.
Aku p0n jawab dgn pasrahnya...."Alhamdulillah, hidup lagi la...At least, takde la pepatah, hilang Azimah kerana curangnya lapt0p" Dan aku berpegang teguh dgn....takkan Azimah hilang di dunia, walau lappy tak setia..HUH!

Tengah2 dop pikir ayat...tetiba tep0n aku mengiau. Msg tone aku, bunyi debab, kucing aku,,,,hehhe!

Mase cuti 4 bulan tue,,,abang aku citer.
Tadi, nak letak kaktus tue dalam pasu lain. Tapi, sebab nak buat benda lain...tinggal la dulu kaktus tue. Nampak la kucing dok jenjalan kat situ. Usya2 kaktus tue....Dalam aty, kata...dia tak kacau kot. Kaktus berduri...takda keja sangat kalau nak pi gigit kaktus tue. Pastue, pi la buat keja tue....Aleh2, tgk kucing tue dok ngap kaktus!
Aku tanya: Kucing yg mana? Yg kecik tue, tak kacau kot...tak tau apa. Nak keluaq pada pagaq umah p0n tak berani, inikan pulak nak main benda duri.

Abang jawab: Kucing ang la... Tengok dia gigit, macam makan kar0t ja... Tak sakit ka kena duri?

 Aku: UH????

Sekian....

Thursday, September 8, 2011

formasi 2 dalam kenangan

Assalamualaikum

Semalam, pepagi buta aku gi usya bl0g2 org lain. Terjumpe la satu bl0g musuh ketat aku kat sekolah. HAHA! Bukan musuh ape p0n....musuh time kawad jer la. Takde la sampai nak bertumbuk2.  Tambah pulak, kalau dah title ‘p0mpuan’, keje nak main tarik2 rambut jer. Takde feel langsung nak gadoh..

Sedari tue citer ar pasal die buat ujian kawad, Kor SUKSIS. Hukuman p0n lebih kurang jer...cume ade ar, satu dua perkataan, die sebut...tapi kalau Kor SISPA, tak sebut p0n. Aku p0n pelik, naper ade beza2 ek? Ok, abaikan.

Pastue, aku gatal2 tangan gi taip ‘Unit Trafik’ lak. Sebab, nak tengok ape2 pasal unit tue dalam arena kawad sekolah. Jumpe la pulak bl0g yg satu nih. Sedari tue pulak tulis pasal kawad formasi untuk hari koku sekolah die. Ade lagi UTS kat sekolah die... Kat sekolah aku, dah dibubarkan p0n. Sob, sob =(. Diganti dgn Bomba pulak...atas alasan, sekolah2 lain p0n dah mula bubarkan UTS tue. Kurang dapat pengiktirafan kot...entahla, aku p0n tak tawu. UTS dah berkubur, tapi still terpahat kemas dlm memori kami.

Secara tak langsung, terdetik dalam hati aku...nak tulis pasal kawad aku pulak. Bukan pasal ujian kawad mahup0n hari koku. Tapi, pasal pertandingan kawad daerah kat SMKA.
Mase tue, aku form 5. Mmg sebelum masuk tue, ade ar insiden yg menggelikan aty, tapi takleh nak diciterkan dalam nie...bahaya sey!  Dalam dop seb0k2 nervous tue, boleh pulak buat aku gelak minah sorang ni...hish, haha!
Betol2 sebelum kami diumum masuk padang, die buat hal...pakat dop gelak jer kat die.

Tak lama pastue, aku kembali serius balik...ye ar, org dah panggil masuk tu. Takkan nak tergelak2 ag pulak, haha!

Diumumkan....Pasukan Kadet Trafik Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Nibong....masuk padang!

Terkedek2 la kami, si itam putih masuk padang kawad.
Bla..bla..bla.... selesai kawad statik. Mula la bebudak pakat2 kutip kon2 kecik tue...menandakan kawad formasi akan bermula.

Part nie yg ketaq abeh nih! Takut lupa kiraan p0n ada, takot silap langkah p0n ada...takut terlajak step p0n ada...takut tertanggal ape2 aksesori p0000nn ada!

Formasi 1: Boleh relax lagi....buat muka biase g... Selamber je jalan...
Masuk jer Formasi 2, Aiseyh, ni yg kecut per0t ni...!
Formasi nie la yg paling lama, paling banyak step, paling banyak hentak kaki, paling banyak gerakan, paling memenatkan....tapi, paling ramai org suka!
Dulu, kami nak buang formasi nie..tapi ramai tak bagi. Ades!

Tengah2 sedap d0p hentak kaki tue..tetiba aku rase s0mething.....
Aiseh, jangan buat hal skang nie... Muka, daripada biase tukar jadi gelabah 5 saat. Dengan sengaja, inisiatif yg mampu aku buat ialah....sl0w-kan hentakan kaki aku. Tapi, maintain 90 degree (maybe).
Dengan harapan, takde sape sedar...ade perubahan dgn diri aku. HEHE!

Abes jer kiraan hentak kaki tue, kene jalan pulak. Adeh! .....................................................SAH!
Ladam tembus tapak kasut!!!!
 Ye ar, dulu kami tak pakai boot. Just pakai kasut kulit biase. Tue p0n, maybe sebab dah haus kot. Dah ar kasut aku paling banyak ladam, haha! Tue p0n, ladam murah jer...ladam ape ntah org panggil, yg kecik2 tue.

Dah tembus, tak boleh buat ape ar. Dok tahan sakit jer ar. Dalam aty dah pikir dah...nie baru formasi 2. Ade g dua formasi nak buat. Mau rabik / koyak tapak kaki aku ni....huhu!

Alhamdulillah la, boleh gak cover...takde la sakit sgt. Jalan buat tak reti jer sampai la abes formasi 4.

The End!

Wednesday, September 7, 2011

Lompat jauh

Assalamualaikum,
Dalam banyak2 acara olahraga, aku paling suka lompat jauh. Aku sendiri tak tawu naper dan ape yg best sgt dgn lompat2 tak berape jauh tue. 



Bagi aku, kalau setakat baca jer info pasal olahraga ni...tak jadi ape gak. Kena cuba, buat banyak2 kali. Baru betol masuk dalam kepala. Bile dah biase, dah tawu cara lompat...baca info, faham la. Setakat nak bayangkan, mmg takde ape2 faedah. Pada pandangan aku la... Same la jugak mcm study, kalau setakat baca...takde latihan, susah la nak faham, kan?

Kotak kecik segi empat tepat kat tengah2 tue la, tempat untuk landasan kaki kita sebelum melompat. Kalau terlebih sikit jer p0n, dikira batal. Aku penah batal, sebab masa tgh kemaruk lari2 comel tu...tetiba ada lori h0n! Hampeh betol..haha! Cikgu aku tawu, tapi takleh buat ape la. tahun tue, aku kalah...Haha! Anggap je la aku takde rezeki.... =)


Lompatan yg betul ialah memastikan tangan kita tak berada kat belakang kita. Mcm yg org ni buat, kira betul la..  Sama ada tapak kaki kita atau bahagian belakang badan kita yg sepatutnya mencecah tanah. Bukan la salah kalau tangan yg kena tanah, tapi rugi la...sebab jarak jauh lompatan tu diukur dari tapak kita lompat sampai jejak yg kita tinggalkan. Kalau kita terletak tangan kita kat belakang...jarak kita lagi dekat la. Dan ini meningkatkan probability utk kalah, hehehe!


Nampak tak, laki ni pastikan tangan die ke depan....


Situasi normal yg aku selalu nampak time latihan sukan, hari sukan...hehe!


Surah Al-Waqiah

Assalamualaikum


Klik kat sini yer ('',)   untuk baca / lihat surah Al-Waqiah.



Surah Al-Waqi’ah (سورة الواقعة) adalah surah yang ke-56 dalam Al-Quran, terletak pada juzuk ke 27 dan terdiri dari 96 ayat. Surat yang diturunkan selepas Surah Taahaa ini dinamakan dengan Al-Waaqi’ah (Hari Kiamat), diambil dari perkataan Al-Waaqi’ah yang terdapat pada ayat pertama. Di dalam surah Al-Waqi’ah ini menerangkan tentang hari kiamat, balasan yang diterima oleh orang-orang mukmin dan orang-orang kafir. Diterangkan pula penciptaan manusia, tumbuh-tumbuhan, dan api, sebagai bukti kekuasaan Allah dan adanya hari kebangkitan.
Apa yang hebatnya surah Al-Waqiah ini, dengan amalan membacanya ia memberikan beberapa khasiat dan kelebihan tersendiri.

Sabda Rasulullah SAW:   (Info tambahan: Apabila kamu mendengar seseorang mengucapkan Rasulullah SAW, hendaklah kamu membalas selawat itu dgn : Sallallahua'alaihiwassalam)
“Surah al-Waqiah adalah surah kekayaan. Hendaklah kamu membacanya dan ajarkanlah ia kepada anak-anak kamu.” (Riwayat Ibn Mardawaih daripada Anas: Kasyf al-Khafa’).
Sesiapa yang membaca surah al-Waqiah pada setiap malam ia tidak akan ditimpa kefakiran.” (Riwayat daripada Ibn Mas‘ud: al-Azkar, al-Jami al-Soghir).
“Ajarkanlah surah Al-Waqi’ah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)
Menurut fatwa sebahagian Ulama’ katanya:
“Barangsiapa membaca surah Al-Waqi’ah pada setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali, selama 40 hari pula, maka Allah akan memudahkan rezekinya dengan tanpa kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai penjuru serta berkah pula.”

Diantara fadhilah-fadhilah membaca surat Al-Waqi’ah adalah:
1. Jika dibaca setiap malam sebagai wirid, maka tidak akan tertimpa kepapaan.
Rasulullah bersabda :
Man qara’a suratal-Waqi’ati kulla lailatil lam tusibhu faqah, wa suratul-Waqi’ati suratul-gina faqra’uha wa ’allimuha aulada-kum.
Ertinya:
“Barangsiapa membaca surat Al-Waqi’ah tiap malam, maka tidak akan menimpa kepadanya kepapaan. Dan surat Al-Waqi’ah adalah surat kaya, maka bacalah dan ajarkanlah kepada anak-anak kamu.”
2. Berkata Masruq: “Siapa ingin mengetahui cerita orang-orang terdahulu dan orang-orang terkemudian, serta cerita ahli surga dan ahli neraka, penduduk dunia dan akhirat, maka bacalah surat Al-Waqi’ah”. (Tafsir Jamal, Juz IV halaman 269)
3. Imam Ja’far ra. berkata: “Barangsiapa membaca surat Al-Waqi’ah pada waktu pagi ketika keluar dari rumahnya untuk bekerja, atau untuk mencari kebutuhan. Maka Allah Ta’ala mempermudah rezekinya dan mendatangkan hajatnya. Dan barangsiapa membaca surat Al-Waqi’ah pada waktu pagi dan petang, maka ia tidak akan kelaparan atau kehausan, dan tidak akan takut terhadap orang yang akan memfitnah, sedangkan fitnahannya kembali pada orang itu”. (Khazinatul Asrar Kubra, hal. 360)
4. Disebutkan dalam Khawashul Qur’an, siapa yang membaca surat Al-Waqi’ah sebanyak 41 kali dalam satu majlis, maka didatangkan hajatnya, terutama urusan rezeki. Dan barangsiapa membaca surat Al-Waqi’ah sesudah sholat Asar sebanyak 14 kali dalam satu majlis, maka didatangkan hajatnya, terutama urusan rezeki. Aturan tersebut adalah mujarab. Jika menginginkan datangnya rezeki dari Allah dengan tak terkira-kira datangnya, maka bacalah surat Al-Waqi’ah selama 40 hari berturut-turut jangan terputus, dan setiap harinya dibaca 40 kali.
5. Dengan mewiridkan surat Al-Waqi’ah sebagai bacaan rutin setiap hari dan malam, maka Allah menjauhkan kefakiran selamanya. Sa’d Al Mufti mengatakan, bahwa hadist ini shahih.
Rasulullah bersabda:
Man qara’a suratal-Waqi’ati lam yaftaqir abada.
Ertinya:
“Barangsiapa (membiasakan) membaca surat Al-Waqi’ah, maka ia tidak akan kefakiran selamanya.”
Anda boleh baca surah Al-Waqiah beserta maksudnya. Baca dan hayati. Semoga mendapat hidayah dari bacaan tersebut. Amin.
Bacaan yang mempersona dan menginsafkan dibawah disampaikan oleh Mishary Rashid Al Afasy yang merupakan Imam Masjid Nabawi Madinah.


First aku tgk video ni, Imam dah angkat takbir...tapi, mata melilau (hehe). Then, baru aku realized...mata diarahkan ke sejadah adalah untuk menambah kekusyukan kita. Bukanlah salah satu perkara wajib dalam solat. Asalkan hati kita masih mengadap kiblat, itu dah dikira sah. (Kalau salah, minta perbetulkan)
Bacaan Imam: Alhamdulillah...nak tutup video pon rase sayang. Tahniah buat semua yg dengar bacaan Imam ni sampai abes... (^,^)




Permata yg dicari~DeHearty

Disebabkan pengunjung setia bl0g nie suke lagu ni...
saye adiahkan untuk die...
Nah! Layan la puas2.... (^,^)

Doa masuk tandas


Doa ketika masuk tandas 


Maksudnya:

"Dengan nama Allah, Ya Allah aku berlindung denganMu daripada syaitan jantan dan syaitan betina".






Doa ketika keluar tandas 


Maksudnya:

"Aku memohon keampunan daripadaMu".

Doa memakai pakaian

Doa ketika memakai pakaian




Maksudnya:

"Segala puji bagi Allah yang memakaikan aku (pakaian) ini, dan memberi rezeki kepadaku tanpa daya dan kekuatan dariku".






Doa ketika menanggalkan pakaian 



Maksudnya:

"Dengan nama Allah".

doa sebelum tidur


• Sebelum Tidur Membaca Doa :

بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ
bismikallahumma ahya wa amut
Ertinya :
Dengan nama-Mu ya Allah aku hidup dan mati


• Sesudah Bangun Tidur Membaca Doa :

اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِى أَحْيَانَا بَعْدَمَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ
Alhamdulillahil ladzi ahyana ba’da ma amatana wailaihin nusyur
Ertinya :
Segala puji bagi Allah yang menghidupkan aku kembali setelah mematikan aku dan kepada Allah akan bangkit

Monday, September 5, 2011

haiwan peliharaan aku

Assalamualaikum,
Hari ni aku tak tawu nak p0st ape. Tgh cari gambar yg describe pasal diri aku untuk dijadikan background..tapi, tak tawu nak letak gambar ape. Haha! Last2, aku gi usya gambar hamster...
Kebanyakan gambar2 ni ada yg hasil edit, tapi yg lain2 tu aku tak pasti. Hamster ni, cukup susah nak amek gambar dorang. Non-st0p je pergerakan dorang. Kalau berhenti p0n, time tido jer... Itu p0n, kalau kaki dorang tak tergerak2. Kak aku selalu kata, Pjg (hamster) aku tgh menari....bile kaki die gerak2, hoh0! Kadang telinga gerak, bile dengar muzik. Pandai pulak ko ek....


Cakap2 pasal hamster, teringat lak aku kat binatang lagi sek0r kat umah aku nie,kucing. Dah besar sikit, baru tawu....kucing yg kami sangkakan betina, rupanya jantan!!!
Dulu, mak penah kata....betina, perangai mcm jantan. Lincah, lompat sana, l0mpat sini, gigit tu, gigit nie..bak kata org utara, menyeragaih! (aku p0n tak tawu nak eja, haha!)


Kami dapat tawu p0n, sebab cousin aku yg mmg pakar kucing...datang umah time raya. Kami nie tak penah bela kucing, so takde la amek berat sgt...haha!
Tapi, mmg banyak menimbulkan kekeliruan ar...jiran sebelah pon kata tue betina. Mak sedara aku ngan anak pompuan dia pon kata, tue betina. Aku p0n, agak2 jer...lebih kpd betina. Tapi, dah pakar kata jantan, malas nak argue. Hehehe!


ni gambar hiasan. Nak upload gamabr sebenar, lapt0p buat hal...takleh nak bluetooth, huhu! Kejam...lappy semakin melupakan aku slps dihantar utk format.

   Ade can tak, kucing aku jadi camni? Erk,maksud aku, gebu....


Sunday, September 4, 2011

gunung kinabalu?

Assalamualaikum

Hari nie, aku ambik peluang nak post...selepas dikacau oleh kucing aku time aku nak makan. Saje jer dengki nak ambik roti aku, pada hal, kalau aku sesajer nak bagi die...bukannya die nak makan p0n. Ditambah pulak dengan rasa jealous yg teramat bila nampak aku suap kat mulut hamster, lagi ar die bengang! Sebok jer dop menyondol...huh!
Dah b0san kacau aku...buat perangai pulak dengan mak aku. Tgh2 khusyuk bace paper, tetiba die baring atas paper tu....geram bet0l!

Masuk jer bilik, aku on lapt0p. Niat awal, nak main game..haha! Tapi, dah alang2 wifi terbukak dan ternganga luas,,,aku berbesar aty la nak usya fb aku. Tapi, aku tak utamakan fesbuk aku tue p0n...aku gi lepak kat wall adeq aku. Sempat la aku kidnap gambar pr0file die...haha, kejam!

Dekat2 nak bukak sem baru ni...aku terpikirkan subjek baru yg bakal 'membunuh' aku. Senang kata...killer subject la, femes pada pandangan ramai. Sem lepas, ade 2 subjek pembunuh bagi aku. Sem depan, tak tawu la... Tapi, ape2 p0n, aku dah simpan impian untuk cuba buat yg terbaik walaup0n terpaksa bertapak kat bangunan Intekma kesayangan tuh.

Tak cukup dengan study, aku pikir pasal program 'qhabat'/ panjat gunung pulak.
Baru2 ni, aku terbaca mende nie dalam paper....




Aku yg baru nak daki satu gunung pon dah pening pikir bajet...budak 6 tahun nie relax jer tawan 10 gunung. Budak2 zaman skrg mmg makin lincah.... (Ermm, perkataan 'budak' tue b0leh disamaertikan dgn 'Budak Merah' tak, hehhehe!)

Perancangan tue, nak manja2 ngan Gunung Kinabalu. Tapi, Insya-Allah la... Mane tawu, kot2 last minute tak jadi...kesihatan tak mengizinkan ke, duit tak cukup ke, tetiba tak nak pegi ke....huhu!

Sekian saja untuk kali ini....
sempena befday sorang sahabat SISPA aku, Ain Farina ...aku nak highlightkan kat sini...
"Semakin bertambah umur kita, bertambah juga amanah daripada Allah untuk diri kita. Tapi, jangan sesekali jadikan peningkatan tanggungjawab dan tugasan sebagai alasan untuk kita lalai dalam beribadah kepada-Nya."

Salam ikhlas, hepy befday, Ain!  =p