"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dlm kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh atau solehah dalam kalangan kamu, kerana aku juga melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan."

~Hassan Al Basri~

Friday, July 26, 2013

Pengalaman Itu Mendewasakan

Assalamu'alaikum,
Korang penah tak jumpa org yg berilmu tahap perggghhh punya?
Maksud aku, yg memang pandai la. Dalam erti kata yang mudah, profesional.

Mesti penah kan? Kalau tak penah................

"Ko bajet ko paling pandai ke dalam dunia nie???"



Dalam ramai2 yang pandai tu, mesti ada orang yang terror tarik perhatian org masa dia mengajar. (Tak kisah la dia cikgu ke, kengkawan korang ke....even, ketam sekalip0n) Ketam takkan ajar kaum kerabat dia berjalan lurus, sebab dia pon takdanya profesional nak jalan camtu. So dia ajar yang mana dia mampu la...berjalan mengiring.


Okeh2, back to the topic. Ada yang terror mengajar. Ada jugak yang setakat berilmu tapi cara mengajar dia hanc0r. Maknanya dia ibarat seronok sendiri, yang mendengar tak faham.

p/s: Sebelum ada pihak yang terasa hati, aku tegaskan kat sini, aku tak tujukan khas untuk golongan pengajar. Aku tujukan kat orang sekeliling kita. Contoh macam, nak ajak kita buat baik...kena ajak elok2. Bukan cakap je, habok taraaa... 

Pada pandangan mata aku yang naif ni la, dalam hidup ni...kita bukan setakat perlukan ilmu je. Tapi kena ada combination baiiikkk punya dengan pengalaman.

Contoh mudah...
Ada dua orang ni kaple. Then clash. Yang pompuan relax je... Yang laki sedih bagai nak rak. Pastu ada lak member pegi tanya yang pompuan. 

Member: Napa ko rileks je. Takda sedih2 p0n. Ko tak suka laki tu ehh?
P'puan: Takde la. Aku sayang kot. Tapi aku dah banyak kali kena benda mcm ni. Dah jadi pengalaman wajib dalam hid0p aku. Dah lali rasanya. Memang la aku sedih...tapi aku redha. Ni ujian Allah untuk aku. Kadang2 Allah temukan kita dengan org yg salah dulu, untuk ajar kita erti sabar dan redha. Nanti insyaAllah, akan datang jugak org yg betul2 ditakdirkan untuk aku. 

Member: Ermm, betol jugak tu. (Benci aku baca ayat ni. Terasa aku (si penulis) skema gila)

P'puan: Walaup0n aku ni dari golongan biasa2, ilmu agama aku setakat dekat sekolah, tapi aku tawu...Allah dah takdirkan yang terbaik untuk aku. Sebab aku percaya kat Allah ----> org yg tak ada ilmu, tak percaya akan hikmah bagi setiap dugaan yang menimpa kita.

Member: Ko percaya kat Allah. Tapi ko kaple? (Couple haram?)

P'puan: Aku ingat, dengan kaple ni...boleh teros plan utk kawen....

Member: Tak declare kaple, tapi still plan...takde masalah kan? (Istilah tunang dalam Islam

Tak declare tapi berkepit mcm gusi dgn gigi, takda beza jgk kan? Hmmm...

#Dalam entry terdahulu [ (Couple haram?) & (Istilah tunang dalam Islam)] , aku selit pasal kaple dgn tunang. Korang baca la kalau rasa2 nak berilmu sikit. Penat kot nak pikir dialog untuk dua bebudak ni. Aku tak berminat nak jadi penulis dialog untuk cerekarama TV3. Tak mahir...hoho!

So, budak pompuan tu bukanlah dari family yang tekankan agama sangat p0n. Tapi based on her experiences + ilmu tentang kuasa Allah, dia percaya dgn redha...ada hikmah semua tu jadi..



 Mungkin kita ada kengkawan yang hebat dalam akademik, tinggi ilmunya, mendalam pengetahuan di dada  tapi mudah mengalah bila melibatkan soal keyakinan dan kepercayaan kepadaNya. 
Bila diuji dengan dugaan, kita akan melatah. Mula menyalah2kan orang sekeliling. Tapi sedarkah kita, Allah yang mengatur perjalanan hidup kita? Allah yang tentukan apa yang terjadi dekat kita?

Semua manusia melakukan kesilapan. Tak mungkin ada yang terlepas dari kejahilan. Tapi bagaimana kita harus belajar untuk jadikan kesilapan itu sebagai pengajaran? Bagaimana kita harus belajar untuk terima sesuatu itu sebagai teguran dariNya? 

Aku mintak maaf kalau ada yang tersinggung dengan entry aku kali ni. Aku takda niat nak kutuk sesapa. Ni juz pandangan aku, si kecik. Aku berpegang pada...pengalaman adalah cikgu terbaik dalam diri kita. Kalau aku pandai sekalip0n, tapi aku tak pandai nak hargai setiap apa yang berlaku kat aku....aku bukanlah manusia yang 'sempurna'. 

Aku, si Budak Merah,
Bebelan aku berdasarkan pengalaman.
Bukan sekadar membaca pandangan golongan ilmuan.

4 comments:

Anonymous said...

Again. Well said.. tq.. (^_^)

Anonymous said...

haha, thanks.
Kali ni sy x masukkan statement popular tuh...hehe

Anonymous said...

Errrkkkk... hahaha.. x perlu masuk kot.. org yg membaca pun akan bisan biler perkara yg sama diulang.. mcm x de modal lain jer katanya nanti.. hehehe...

Anonymous said...

Haha...betol jgk tu. xpe2...
walaupon x diselitkan dlm ni..tp sape yg tawu, mesti teringat jgk statement tu.