Hari ni lepas sahur, dengar bunyi kucing bergadoh. Benda tu dah jadi lumrah kat umah aku ni. Aku pon tak paham, napa kucing2 area sini tak amalkan sikap perpaduan. Aku takda la bengang sangat, sebab tu hal dorang. Biar parlimen dorang yang bincang, gadoh2 sesama sendiri pikir cara camna nak settle masalah samseng tuh.
Tapi yang menjadi masalah bila boboi yang selalu jadi mangsa. Nie la padah hidop bermanja dengan manusia. Pantang hidup senang, ada la yang nak pertikaikan. Sejak dari azali pulak si boboi ni memang sopan. So, bajet berani gi jumpa samseng kamp0ng....nyakat dia sebab dia gemok. (family aku memang panggil kucing tu as gemok, nama manja even samseng). Gemok sergah dia, tergamam! Sampai lupa nak lari. Tak pasal ja luka kat belakang dia. Dah la takda ekor, kena gigit...bulu dah takda. Tak sempat baik, kena gigit lagi.
Kami suspek bukan gemok yang buat. Berkemungkinan besar kucing lain, putih. Jangan ingat putih tu suci je... Ada jugak yang mempermainkan warna tersebut bagi tujuan mengaburi mata kita. Sebab, kami rasa...gemok tak pernah kacau p0n. Paling koman, dia tunjuk muka garang dia ja. Tak penah senyum...sombong.
Lebih kurang mcm ni la muka gemok.
Aku takda gambar dia.
Sebab asal aku nak ambik gambar je, dia gelak. So, dia tak nak la...
tergugat wajah samseng beliau.
Mak soal siasat boboi.
Sapa buat hang?
Entah. Oboi takot. Oboi pejam mata. Tengok2 dah berdarah....hehe!
Kak: Tu la. Pi main g. Main sampai tak ingat nak balik. Dah sakit baru tau nak duduk senyap kat umah.
Ish, oboi sakit ni... tak yah la marah2.
Nak letak minyak gamat, boboi lari. Pastu kami buat taktik jahat...
Mak sapu minyak apa ntah kat kaki. Dulu abah selalu letak kat kami. Then boboi gi jilat2 kaki abah. So tunggu boboi gi jilat kaki mak. Tapi...........mak pulak yang geli. Ades...haha!
Kak p0n letak la minyak kat luka boboi masa dia dok khusyuk melakukan aktiviti jilat. Aku tengok dia mcm jilat eskrim je.. (dah ar puasa)
Tak lama la...boboi pedih. Pastu dok bebel2 bahasa dia.
Akit la...p bubuh minyak tu buat apa. Pedih tau pedih. Mow mow mow...mowwww.....
Petang tu nampak si gemok tunggu kat luar pintu.
Mak cakap apa entah kat dia. tapi gemok balas.....
Mana boboi? Teruk ka luka dia? Tak kuar umah p0n hari ni. Baru nak ajak dia pi survey baju raya.
Mak: Posa pon dak. Nak beli baju raya. Tapi bagus gak. Beli sluaq jeans kat dia. Takda la teruk sangat nanti kalau kena gigit.
Gemok: Orite mama. Nak duitttt....jeans mahal ooo!!!!
No comments:
Post a Comment