"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dlm kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh atau solehah dalam kalangan kamu, kerana aku juga melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan."

~Hassan Al Basri~

Friday, July 12, 2013

Izinkan aku pergi



Assalamu'alaikum,
Esok lusa dah nak balik rumah dah. InsyaAllah nie sem terakhir aku bertapak kat dunia UiTM Shah Alam. 
Sem ni ada orang kata aku nakal...haha! 
Antara yang terjebak dengan dunia kenakalan aku ialah Isyzreen Fara Eleena Binti Abu Bakar. Ambek ko! Nama penoh aku bagi. Popular tak nama ko...hoho! (Lepas ni, ko try search nama ko kat google. InsyaAllah keluar bl0g aku ni..hehe)

Sahabat aku yang sorang ni...aku nakal dengan sliper dia je. Pantang nampak sliper kaler oren, blue black dy tu...mesti 'tersusun cantik', kreatif dari susunan orang lain. Si Isyzreen ni plak, penyabar orangnya. Tak pernah marah even tiap kali dia keluar pintu bilik (tak kisah la bilik sesape), sliper dia akan tersusun indah. Dan dia pernah komen kat bl0g aku. Dia kata: 

"Time kasih aj..xkn aku lupe org yg rajin 'curi' sliper aku hehe..tp ble sliper hlg xrasa isau..rasa hepy sbb aku tau ko yg wat..rasa ko ad..tp lpas ni..sliper aku msti tsusun rapi je..in shaa Allah kite pasti jumpe lg..syg awak bdk merah yg comel"

Cuma dia klasifikasikan sliper dia sebagai 'hilang', tapi aku....lebih kepada 'tersusun cantik'.
Lepas ni aku takda nak kidnap sliper ko tu dah. Ko jangan tacing tau. Kalau ko rindu kehilangan sliper ko, ko buat sendiri k. Aku dah takde..................insyaAllah aku takde.

Aku nak citer pasal Jumadi Bin Baco la pulak. Dia ni si tinggi lampai suka tacing dengan aku. Aku p0n suka tacing dengan dia. Tapi kami buat2 / bajet profesional...So, tak perlu nak pujuk2 even MADI nak (Aku tak nak dipujuk). Kami tacing kejap je. Time keja, kena buat keja. Time tacing, layan je laaaaaaaaa....
Buat junior2 kami, jangan ik0t sikap 'sweet' kami ni. 
Aku pandang tinggi dengan cara ko berkerja (takda kaitan dengan aku kena langut masa cakap dengan ko) Kekalkan sikap profesional ko tu...cuma, nasihat aku, jangan cepat marah sgt ea, hoho!
Pesanan aku, bertugas selagi khidmat masih diperlukan. Aku percayakan ko dgn kwn2 yang lain. Mungkin aku tak mampu capai apa yang aku nak satu masa dulu, tapi aku harap SISPA akan dipandang gah di bawah pimpinan korang. 

Nur Fa'ain Binti Mustapha.
Sorry aku banyak kecewakan ko. Tapi, aku memang ikhlas.....ikhlas, nekad. Aku TAK NAK (sila baca dalam intonasi macam bergema....tak nak, tak nak, tak nak!!!) berkakak iparkan ko...haha! Kalau dah jodoh, tak ke mana. Tapi, aku harap sangat2,,,,,bukan ko. Aku p0n tak tawu napa...keh3!
Ain, ko belajar rajin2, cari keja elok2....tolong mak ayah ko dulu k. Jangan dok gatal pikir nak kawen bagai. Tue bukan keje ko sekarang nie. Nasihat ni memang datang tulus dari hati aku sbb aku tak nak ko meroyan sangat nak jadi family aku...huh!

Yang terakhir, tak mungkin aku lupa....si rumet tersayang, Norsyafiqa Binti Noordin. Dengan Pika ni takde la aku nakal sangat. Tapi kalau dia keluar pegi mana2, dan aku dibiarkan keseorangan bersama2 baulu (hamster), aku mesti buat keje jahat nakal kat Pika. Yang selalu jadi mangsa aku ialah bantal strawberry pink Pika, kain kelabu Pika dgn bantal pelok panjang pink beliau. Ada je benda2 pelik yang aku buat dengan benda2 alah ni.. Tapi sebagai rumet sejati, tersayang pulak tu...of course la aku cover balik agenda nakal aku tuh. Nanti aku tulis la notes pape untuk dia, Bajet sweet...so ada la pihak yang akan tacing2 terharu dengan aku nanti. Pika penah kata, 

"Even dia garang, tapi AJ sweeeeeetttttt......"

Since bila entah, aku berpegang teguh dengan statement ni......

"Brutal2 p0n, dalam hati ada taman,,,,,,"

HOHO (*_*) Brutal ke??? Haha...
Perpisahan akan datang jugak satu hari nanti. Buat masa nie, aku tak pasti apa yang aku akan rasa bila aku dah keluar UiTM nih. 

Mungkin aku rasa bebas?
Mungkin aku rasa puas?
Mungkin aku rasa selesa?
 ATAU
Mungkin aku akan melupakan kalian?
Mungkin juga aku yang akan dilupakan?
ATAU
Mungkin aku gembira melangkah pergi?
Mungkin juga kalian selesa dengan pemergian aku?

Aku tak pasti.....

Yang pasti, even aku dah lama menyepi, tapi jauh di sudut hati, ada banyak yang aku tak 'terokai' lagi. Ada banyak yang aku masih mencari2. Ada banyak yang aku belum capai. Tapi, aku redha...mungkin ada hikmah kenapa aku still belum dapat apa yang aku cari. Ternyata perjuangan aku yang pernah aku 'hentikan' satu masa dulu, perlu diteruskan... hingga aku percaya, dan benar2 yakin, bahawa aku adalah aku....aku yang kalian kenal dalam SISPA UiTM Shah Alam. 

Sahabat, 
izinkan aku pergi.
Pergi mencari apa yang dapat meyakinkan aku...
bahawa aku adalah aku yang 'sempurna',
Boleh dipercaya, boleh memberi sumbangan bermakna, 
Bukan aku yang dilahirkan sekadar untuk meneruskan sesuatu, 
tapi tidak menyumbang walau untuk  sesaaat waktu.

Mohon maaf dengan ketidaksempurnaan aku.
Mohon maaf dengan tingkah laku aku.
Aku masih mencari identiti sebenar.
Tapi, 
percayalah...
kalian telah banyak mengubah aku.
Aku yang dulu, 
bukan aku yang sekarang.
Dan aku lebih tenang dengan dunia aku kini.
Thanks sahabat.
Aku tak mampu balas apa yang kalian bagi untuk diri aku.
Cuma, aku harapkan....
agar semangat aku sentiasa 'berperang' dalam diri kalian.



Aku Manusia Biasa, Si Kecil yang tak punya apa2,
Aku Budak Merah,
Even tidak di depan mata,  tapi mungkin di alam maya.
Kenang aku dalam doa dan sujudmu, 
Moga perhubungan kita sentiasa diberkati-NYA.
Nur Azimah Binti Jamial
12 Julai 2013
0355

19 comments:

Mohd Norazlan Abd. Rahaman said...

(^_^)

Anonymous said...

(*_*)

Mr.41 said...

slmt tggal uitm..same here.. tsk tsk tsk

Anonymous said...

Ye...slmt tggl semua. hoho

Mohd Norazlan Abd. Rahaman said...

(^_^)

mamee monster said...

tetibe rase syahdu di pg ramadhan ni.... tido laaaa AJ~~

Mohd Norazlan Abd. Rahaman said...

Apa daa... kul 8.20 PAGI ko suh 'Budak Merah' tdo.. x kena btul... huhuhu.. tp, 1 thing. It's what we called as life. (^_^)

Anonymous said...

Selamat Tinggal..ku izinkan kau pergi..huk3 ='(

IFE said...

Jgn jd nakal sgt plak tau...sikit2 je..sweet xpe..hehe..

mamee monster said...

hahahah~~~ si budak merah nie insomia doe... yes, dats rite... dis is joyful, bitterness and sweet sweet sour of our life.. x gitu Mohd Norazlan
Abd. Rahaman (hambek name penoh ak taruh)

Anonymous said...

Tido pas subuh ar pn...
Sy BUDAK.sbb tu pn suh tido pepagi ni....hoho.

sy nak tambah....that's the beauty of life. (*_*)

Ikan Kap Merah said...

Kami semua akan merinduimu...

p/s : dulu dia kecik2 dia baik budaknya...

Anonymous said...

Skrg budak merah dah besar.....dy jahat budaknya??? huhu.... ikan kap merah, sila buang merah dr nama anda. hoho. ikan kap masak kicap, okeh gak tuh. :-P

Anonymous said...

UiTM...SISPA...

Ikan Kap Merah said...

Banyak la hg punya ikan kap masak kicap...slalu orang masak 3 rasa yang paling sedap...haish...da habeh blaja ni, leh la start blaja masak...jangan dok cintan cintun sangat.

Anonymous said...

Org yg xkenal sy ja akan tuduh sy main cintan cintun. so xyah nak tuduh sy main benda2 tu la kalau xkenal sy...

Anonymous said...

Takot ka...napa xguna nama betol? blacklist???

Unknown said...

hahahaha...ni aku pakai nama sebenar...

Anonymous said...

Btw.. dah selamat dah.. Fa'ain x kan jadi kaka ipar.. dah selamat jdi isteri org dh puan.. IFE & Piqa pun dh grad.. hurmm.. how fast time flies.. (^_^)