"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dlm kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh atau solehah dalam kalangan kamu, kerana aku juga melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan."

~Hassan Al Basri~

Friday, July 26, 2013

Kucing Beraya

Assalamu'alaikum,
Hari ni lepas sahur, dengar bunyi kucing bergadoh. Benda tu dah jadi lumrah kat umah aku ni. Aku pon tak paham, napa kucing2 area sini tak amalkan sikap perpaduan. Aku takda la bengang sangat, sebab tu hal dorang. Biar parlimen dorang yang bincang, gadoh2 sesama sendiri pikir cara camna nak settle masalah samseng tuh.

Tapi yang menjadi masalah bila boboi yang selalu jadi mangsa. Nie la padah hidop bermanja dengan manusia. Pantang hidup senang, ada la yang nak pertikaikan. Sejak dari azali pulak si boboi ni memang sopan. So, bajet berani gi jumpa samseng kamp0ng....nyakat dia sebab dia gemok. (family aku memang panggil kucing tu as gemok, nama manja even samseng). Gemok sergah dia, tergamam! Sampai lupa nak lari. Tak pasal ja luka kat belakang dia. Dah la takda ekor, kena gigit...bulu dah takda. Tak sempat baik, kena gigit lagi.

Kami suspek bukan gemok yang buat. Berkemungkinan besar kucing lain, putih. Jangan ingat putih tu suci je... Ada jugak yang mempermainkan warna tersebut bagi tujuan mengaburi mata kita. Sebab, kami rasa...gemok tak pernah kacau p0n. Paling koman, dia tunjuk muka garang dia ja. Tak penah senyum...sombong.

Lebih kurang mcm ni la muka gemok.
Aku takda gambar dia.
Sebab asal aku nak ambik gambar je, dia gelak. So, dia tak nak la...
tergugat wajah samseng beliau.

Mak soal siasat boboi.
Sapa buat hang?

Entah. Oboi takot. Oboi pejam mata. Tengok2 dah berdarah....hehe!

Kak: Tu la. Pi main g. Main sampai tak ingat nak balik. Dah sakit baru tau nak duduk senyap kat umah.

Ish, oboi sakit ni... tak yah la marah2.


Nak letak minyak gamat, boboi lari. Pastu kami buat taktik jahat...
Mak sapu minyak apa ntah kat kaki. Dulu abah selalu letak kat kami. Then boboi gi jilat2 kaki abah. So tunggu boboi gi jilat kaki mak. Tapi...........mak pulak yang geli. Ades...haha!
Kak p0n letak la minyak kat luka boboi masa dia dok khusyuk melakukan aktiviti jilat. Aku tengok dia mcm jilat eskrim je.. (dah ar puasa)

Tak lama la...boboi pedih. Pastu dok bebel2 bahasa dia. 

Akit la...p bubuh minyak tu buat apa. Pedih tau pedih. Mow mow mow...mowwww.....


Petang tu nampak si gemok tunggu kat luar pintu.
Mak cakap apa entah kat dia. tapi gemok balas.....
Mana boboi? Teruk ka luka dia? Tak kuar umah p0n hari ni. Baru nak ajak dia pi survey baju raya.

Mak: Posa pon dak. Nak beli baju raya. Tapi bagus gak. Beli sluaq jeans kat dia. Takda la teruk sangat nanti kalau kena gigit.
Gemok: Orite mama. Nak duitttt....jeans mahal ooo!!!!

Pengalaman Itu Mendewasakan

Assalamu'alaikum,
Korang penah tak jumpa org yg berilmu tahap perggghhh punya?
Maksud aku, yg memang pandai la. Dalam erti kata yang mudah, profesional.

Mesti penah kan? Kalau tak penah................

"Ko bajet ko paling pandai ke dalam dunia nie???"



Dalam ramai2 yang pandai tu, mesti ada orang yang terror tarik perhatian org masa dia mengajar. (Tak kisah la dia cikgu ke, kengkawan korang ke....even, ketam sekalip0n) Ketam takkan ajar kaum kerabat dia berjalan lurus, sebab dia pon takdanya profesional nak jalan camtu. So dia ajar yang mana dia mampu la...berjalan mengiring.


Okeh2, back to the topic. Ada yang terror mengajar. Ada jugak yang setakat berilmu tapi cara mengajar dia hanc0r. Maknanya dia ibarat seronok sendiri, yang mendengar tak faham.

p/s: Sebelum ada pihak yang terasa hati, aku tegaskan kat sini, aku tak tujukan khas untuk golongan pengajar. Aku tujukan kat orang sekeliling kita. Contoh macam, nak ajak kita buat baik...kena ajak elok2. Bukan cakap je, habok taraaa... 

Pada pandangan mata aku yang naif ni la, dalam hidup ni...kita bukan setakat perlukan ilmu je. Tapi kena ada combination baiiikkk punya dengan pengalaman.

Contoh mudah...
Ada dua orang ni kaple. Then clash. Yang pompuan relax je... Yang laki sedih bagai nak rak. Pastu ada lak member pegi tanya yang pompuan. 

Member: Napa ko rileks je. Takda sedih2 p0n. Ko tak suka laki tu ehh?
P'puan: Takde la. Aku sayang kot. Tapi aku dah banyak kali kena benda mcm ni. Dah jadi pengalaman wajib dalam hid0p aku. Dah lali rasanya. Memang la aku sedih...tapi aku redha. Ni ujian Allah untuk aku. Kadang2 Allah temukan kita dengan org yg salah dulu, untuk ajar kita erti sabar dan redha. Nanti insyaAllah, akan datang jugak org yg betul2 ditakdirkan untuk aku. 

Member: Ermm, betol jugak tu. (Benci aku baca ayat ni. Terasa aku (si penulis) skema gila)

P'puan: Walaup0n aku ni dari golongan biasa2, ilmu agama aku setakat dekat sekolah, tapi aku tawu...Allah dah takdirkan yang terbaik untuk aku. Sebab aku percaya kat Allah ----> org yg tak ada ilmu, tak percaya akan hikmah bagi setiap dugaan yang menimpa kita.

Member: Ko percaya kat Allah. Tapi ko kaple? (Couple haram?)

P'puan: Aku ingat, dengan kaple ni...boleh teros plan utk kawen....

Member: Tak declare kaple, tapi still plan...takde masalah kan? (Istilah tunang dalam Islam

Tak declare tapi berkepit mcm gusi dgn gigi, takda beza jgk kan? Hmmm...

#Dalam entry terdahulu [ (Couple haram?) & (Istilah tunang dalam Islam)] , aku selit pasal kaple dgn tunang. Korang baca la kalau rasa2 nak berilmu sikit. Penat kot nak pikir dialog untuk dua bebudak ni. Aku tak berminat nak jadi penulis dialog untuk cerekarama TV3. Tak mahir...hoho!

So, budak pompuan tu bukanlah dari family yang tekankan agama sangat p0n. Tapi based on her experiences + ilmu tentang kuasa Allah, dia percaya dgn redha...ada hikmah semua tu jadi..



 Mungkin kita ada kengkawan yang hebat dalam akademik, tinggi ilmunya, mendalam pengetahuan di dada  tapi mudah mengalah bila melibatkan soal keyakinan dan kepercayaan kepadaNya. 
Bila diuji dengan dugaan, kita akan melatah. Mula menyalah2kan orang sekeliling. Tapi sedarkah kita, Allah yang mengatur perjalanan hidup kita? Allah yang tentukan apa yang terjadi dekat kita?

Semua manusia melakukan kesilapan. Tak mungkin ada yang terlepas dari kejahilan. Tapi bagaimana kita harus belajar untuk jadikan kesilapan itu sebagai pengajaran? Bagaimana kita harus belajar untuk terima sesuatu itu sebagai teguran dariNya? 

Aku mintak maaf kalau ada yang tersinggung dengan entry aku kali ni. Aku takda niat nak kutuk sesapa. Ni juz pandangan aku, si kecik. Aku berpegang pada...pengalaman adalah cikgu terbaik dalam diri kita. Kalau aku pandai sekalip0n, tapi aku tak pandai nak hargai setiap apa yang berlaku kat aku....aku bukanlah manusia yang 'sempurna'. 

Aku, si Budak Merah,
Bebelan aku berdasarkan pengalaman.
Bukan sekadar membaca pandangan golongan ilmuan.

Tuesday, July 23, 2013

Sembang bersama boboi

Assalamu'alaikum,
Situasi semasa sedang berbuka puasa bersama keluarga.

Mak: Mana dia ni, tak balik2 lagi ni? (ditujukan kepada boboi, kucing kemanjaan mak)
Abg Sulung: (gelak2) Dah pi terawikh.....

Amboih, awalnya pi terawikh!

Situasi semasa sedang bersahur....

Abg: Hang pi terawikh, buat berapa rakaat semalam? (ditujukan kepada boboi)
Aku: 4 ja.....hehehe! (mewakili boboi)
Kak: Hehhe...2 rakaat ja. Tak ramai pi semalam...
Mak: Huh! Aku sorang sekoq ja pi terawikh. Aku la pak imam, aku la bilal...

Aku: Gemok tak pi ka? (Kucing gemok yang selalu bermuka gangster)
Kak: Huh, hang ka imam??? Balik ahhh... (mewakili gemok)

Kesian kat boboi. Dah ar pendiam. Jadi bahan kami lak... Nak buat mcm mana, terima la hakikat. Hoho!

Monday, July 22, 2013

Aku Akan Kembali

Assalamu'alaikum,
Mood still tertinggal kat Kolej Teratai 1. Tapi, bila ingat2 balik...rupanya baru 9 hari aku kat rumah. Hmmm, dulu gatal nak balik sangat. Bila dah ada kat rumah, nak stay kat kolej pulak. Manusia memang tak pandai bersyukur. Huhu!

Sorry guys, update aku sejak dua menjak ni lebih kepada tacing2 compare dengan dulu. Mood baru tinggalkan suasana kolej..................... =(

Aku baru nak start bl0gging, tetiba mamat boboi datang teros tido atas wire laptop aku. Haish!!! Kalau ngantok sangat sekalip0n, pegi la baring tempat lain.



Kekreatifan yang terserlah bila bosan sangat..
Exam dah abes, tapi still lepak kat kolej.
Sem akhir la katakan...haha!

Masa aku nak tido, tetiba aku rasa segan semacam.
Rupanya si frogie ni tengah sengih2 tepi aku.
Apa daa...
Tuan ko takda, ko ngorat aku plak.

Masa nie Pika ajak aku gi beli makanan kat DC.
Aku malas nak turun. 
So dengan baik hatinya, aku volunteer nak buatkan megi goreng untuk dia. 
Sahur terakhir aku dengan Pika p0n, kitorang makan megi goreng gak.
Maybe boleh dijadikan makanan rasmi, tanda persahabatan kitorang. Haha...

Ni si bulat.
Aku tak tawu napa aku tengok muka tuan dia p0n nampak bulat je. 
So, terlekat la panggilan Bulat kat dia....

Nie Nuha, lepas abes presentation FYP kitorang.
Lapar ea Nuha???
Sampai tak sedar aku snap gambar banyak2...

Nie la Pika, rumet tersayang aku. 
Kitorang pegi makan nasik arab kat sek 7.
Memang enjoy ar. Sebab aku dah abes FYP, hehe!
Kat sebelah Pika, Angoh. Susah sangat nak ambik gambar dia.
Mahal sgt eaaa???
Aku gi melahap nasik arab ni dengan Jannah, Zati Rodi, Pika and Angoh.
Gambar dua org lagi takda. Sebab dorang busy sangat belek nasik dengan ayam/kambing.
Tak sampai hati aku nak ambik masa dorang untuk bergambar kejap. Khusyuk sangat dorang sembang dengan ayam tuh...hmm!


Yang ni aku bagi kat sorang sahabat aku. 
Ingat pesanan aku tau...
Frenz forever. Sayang ko... (*_*)

Hehe, si Isyzreen. Tak pernah selamat sliper dia dgn aku.... 
(*_*)

Yang ni aku bagi kat si Bulat.
Bulat, study rajin2 tau.
Jangan malas2. 
Jangan study last minit...penat!

Nie pulak bilik aku sem lepas.
Pika, Damia, korang ingat lagi tak bilik nie?
Sem ni, bilik ni jadi bilik kosong.
Tapi still berpenghunikan aku, baulu dan kwn baik baulu..dan tak lupa, kembar baulu (*_*)

Baulu seronok duduk bilik ni. 
Selalu dapat makan best2.
Jaker, ayam, nasik...
Sampai tak nak makan kuaci dah...huhu!
Masa hari terakhir aku nak balik rumah, baulu buat hal. 
Tak nak makan, tak nak ambik kuaci, tak nak makan kobis...
Dia tawu, dia nak tinggalkan Bulat kot. Baulu ada kembar kat sini.
Kembar dia sama macam baulu. Suka berjaga malam, hentam tido siang. (mcm tak nak bangun dah)


Entah air apa ntah dorang minom.
Musykil je tengok botol camnih...haih!

I miss this 'place'.
Sape sangka, ni jadi tempat aku study time study week hari tue. 

Nie bilik aku masa sem 5.
Tapi aku still menghuni bilik ni masa sem 6.
Yup, hanya sebuah bilik biasa.
Tapi dah banyak bagi aku kenangan.......
susah aku nak lupakan.
Dan aku harap, aku tak kan lupakan....sampai bila2.
InsyaAllah.

On the way balik rumah,
nampak tanda Giant SHAH ALAM.
Aku akan jejak lagi kaki aku kat sini...tapi bila?
Nantikan kemunculan aku...hoho!

Aku tak pernah jangka aku akan belajar kat Shah Alam.
Satu tempat yang mana, aku tak penah p0n impikan...
Dan aku penah elak ambik kos kat satu u ni, semata2 aku tak nak duduk area selangor. Haha!
Last2, Shah Alam jadi memori berharga untuk aku.
Allah lebih mengetahui kan?

Masa aku balik, boboi p0n gi main dengan baulu.
Ko pegi mana haa?
Lama tak nampak ko?
Eh, ko makin bulaaatttt!!!
Baulu: Ada si bulat bagi aku makan. Aku happy dgn dia. Dia selalu main dengan aku. 
Boboi, aku ada kembar kat sana...comel macam aku. Dia penah bagi aku makan kuaci, semata2 sebab aku buat bising, nak kuar jenjalan. Bosan terkurung dalam sangkar nih. Aku tak sangka weh dia nak suapkan aku kuaci. Dulu dia anti dengan aku...tapi aku tawu, jauh di sudut hati dia, dia sayang aku.
Baulu jiwang...layan perasaan.
Kembar dia ajar, brutal2 p0n, dalam hati ada taman.


Baulu: Bla..bla..bla... (sembang2)
Boboi: Sudah2 la baulu... Jeles tawu tak. Ko penah cecah kaki kecik ko kat shah alam. Aku ni...hmmm!


Aku suka ayat ni. Dan aku faham, kenapa dia bagi buku ni kat aku.
Thanks for teaching me the beauty of life.
Aku hargai.
InsyaAllah aku ingat sampai bila2. 

Bulat, ni baulu tengah jalan2 dalam bilik. Dia cari awak ni,,, =(

Takda apa yang aku nak ceritakan sangat. Biar gambar2 ni berbicara untuk aku. Yang pasti, aku bersyukur...saat2 terakhir aku kat UiTM, ada banyak perubahan yang berlaku. Dan perubahan tu memang tak dijangka oleh aku dan mereka. Thanks for keep accompanying me. Thanks for all the memories. Thanks for everything.......but, sorry for what I have done. Tersalah kata, terkasar gurau senda, terlepas tingkahlaku...minta dimaafkan. Aku masih cuba untuk berubah.

Ya-Allah, pelihara mereka dalam rahmat-Mu. Ampunkan aku dan mereka di sekeliling aku, kasihi mereka, lebih dari aku menyayangi mereka...sesungguhnya Engkau Maha Pengasih.  

UiTM Dihatiku, SISPA Disanubariku.





Friday, July 12, 2013

Izinkan aku pergi



Assalamu'alaikum,
Esok lusa dah nak balik rumah dah. InsyaAllah nie sem terakhir aku bertapak kat dunia UiTM Shah Alam. 
Sem ni ada orang kata aku nakal...haha! 
Antara yang terjebak dengan dunia kenakalan aku ialah Isyzreen Fara Eleena Binti Abu Bakar. Ambek ko! Nama penoh aku bagi. Popular tak nama ko...hoho! (Lepas ni, ko try search nama ko kat google. InsyaAllah keluar bl0g aku ni..hehe)

Sahabat aku yang sorang ni...aku nakal dengan sliper dia je. Pantang nampak sliper kaler oren, blue black dy tu...mesti 'tersusun cantik', kreatif dari susunan orang lain. Si Isyzreen ni plak, penyabar orangnya. Tak pernah marah even tiap kali dia keluar pintu bilik (tak kisah la bilik sesape), sliper dia akan tersusun indah. Dan dia pernah komen kat bl0g aku. Dia kata: 

"Time kasih aj..xkn aku lupe org yg rajin 'curi' sliper aku hehe..tp ble sliper hlg xrasa isau..rasa hepy sbb aku tau ko yg wat..rasa ko ad..tp lpas ni..sliper aku msti tsusun rapi je..in shaa Allah kite pasti jumpe lg..syg awak bdk merah yg comel"

Cuma dia klasifikasikan sliper dia sebagai 'hilang', tapi aku....lebih kepada 'tersusun cantik'.
Lepas ni aku takda nak kidnap sliper ko tu dah. Ko jangan tacing tau. Kalau ko rindu kehilangan sliper ko, ko buat sendiri k. Aku dah takde..................insyaAllah aku takde.

Aku nak citer pasal Jumadi Bin Baco la pulak. Dia ni si tinggi lampai suka tacing dengan aku. Aku p0n suka tacing dengan dia. Tapi kami buat2 / bajet profesional...So, tak perlu nak pujuk2 even MADI nak (Aku tak nak dipujuk). Kami tacing kejap je. Time keja, kena buat keja. Time tacing, layan je laaaaaaaaa....
Buat junior2 kami, jangan ik0t sikap 'sweet' kami ni. 
Aku pandang tinggi dengan cara ko berkerja (takda kaitan dengan aku kena langut masa cakap dengan ko) Kekalkan sikap profesional ko tu...cuma, nasihat aku, jangan cepat marah sgt ea, hoho!
Pesanan aku, bertugas selagi khidmat masih diperlukan. Aku percayakan ko dgn kwn2 yang lain. Mungkin aku tak mampu capai apa yang aku nak satu masa dulu, tapi aku harap SISPA akan dipandang gah di bawah pimpinan korang. 

Nur Fa'ain Binti Mustapha.
Sorry aku banyak kecewakan ko. Tapi, aku memang ikhlas.....ikhlas, nekad. Aku TAK NAK (sila baca dalam intonasi macam bergema....tak nak, tak nak, tak nak!!!) berkakak iparkan ko...haha! Kalau dah jodoh, tak ke mana. Tapi, aku harap sangat2,,,,,bukan ko. Aku p0n tak tawu napa...keh3!
Ain, ko belajar rajin2, cari keja elok2....tolong mak ayah ko dulu k. Jangan dok gatal pikir nak kawen bagai. Tue bukan keje ko sekarang nie. Nasihat ni memang datang tulus dari hati aku sbb aku tak nak ko meroyan sangat nak jadi family aku...huh!

Yang terakhir, tak mungkin aku lupa....si rumet tersayang, Norsyafiqa Binti Noordin. Dengan Pika ni takde la aku nakal sangat. Tapi kalau dia keluar pegi mana2, dan aku dibiarkan keseorangan bersama2 baulu (hamster), aku mesti buat keje jahat nakal kat Pika. Yang selalu jadi mangsa aku ialah bantal strawberry pink Pika, kain kelabu Pika dgn bantal pelok panjang pink beliau. Ada je benda2 pelik yang aku buat dengan benda2 alah ni.. Tapi sebagai rumet sejati, tersayang pulak tu...of course la aku cover balik agenda nakal aku tuh. Nanti aku tulis la notes pape untuk dia, Bajet sweet...so ada la pihak yang akan tacing2 terharu dengan aku nanti. Pika penah kata, 

"Even dia garang, tapi AJ sweeeeeetttttt......"

Since bila entah, aku berpegang teguh dengan statement ni......

"Brutal2 p0n, dalam hati ada taman,,,,,,"

HOHO (*_*) Brutal ke??? Haha...
Perpisahan akan datang jugak satu hari nanti. Buat masa nie, aku tak pasti apa yang aku akan rasa bila aku dah keluar UiTM nih. 

Mungkin aku rasa bebas?
Mungkin aku rasa puas?
Mungkin aku rasa selesa?
 ATAU
Mungkin aku akan melupakan kalian?
Mungkin juga aku yang akan dilupakan?
ATAU
Mungkin aku gembira melangkah pergi?
Mungkin juga kalian selesa dengan pemergian aku?

Aku tak pasti.....

Yang pasti, even aku dah lama menyepi, tapi jauh di sudut hati, ada banyak yang aku tak 'terokai' lagi. Ada banyak yang aku masih mencari2. Ada banyak yang aku belum capai. Tapi, aku redha...mungkin ada hikmah kenapa aku still belum dapat apa yang aku cari. Ternyata perjuangan aku yang pernah aku 'hentikan' satu masa dulu, perlu diteruskan... hingga aku percaya, dan benar2 yakin, bahawa aku adalah aku....aku yang kalian kenal dalam SISPA UiTM Shah Alam. 

Sahabat, 
izinkan aku pergi.
Pergi mencari apa yang dapat meyakinkan aku...
bahawa aku adalah aku yang 'sempurna',
Boleh dipercaya, boleh memberi sumbangan bermakna, 
Bukan aku yang dilahirkan sekadar untuk meneruskan sesuatu, 
tapi tidak menyumbang walau untuk  sesaaat waktu.

Mohon maaf dengan ketidaksempurnaan aku.
Mohon maaf dengan tingkah laku aku.
Aku masih mencari identiti sebenar.
Tapi, 
percayalah...
kalian telah banyak mengubah aku.
Aku yang dulu, 
bukan aku yang sekarang.
Dan aku lebih tenang dengan dunia aku kini.
Thanks sahabat.
Aku tak mampu balas apa yang kalian bagi untuk diri aku.
Cuma, aku harapkan....
agar semangat aku sentiasa 'berperang' dalam diri kalian.



Aku Manusia Biasa, Si Kecil yang tak punya apa2,
Aku Budak Merah,
Even tidak di depan mata,  tapi mungkin di alam maya.
Kenang aku dalam doa dan sujudmu, 
Moga perhubungan kita sentiasa diberkati-NYA.
Nur Azimah Binti Jamial
12 Julai 2013
0355

Saturday, July 6, 2013

Aku Manusia Biasa?

Assalamu'alaikum,
Selepas  tiga bulan aku berdiam diri dalam arena 'ngumpat2' dlm bl0g, akhirnya hari ni Budak Merah kembali ke sekolah....eh?

Mood akhir sem ni, lebih kepada tacing2....takda kelakar2. Harap maklum. Hoho! Apa2 p0n, be cool! (*_*)

Sedar tak sedar, sekarang aku bergelar "Pegawai Tamat Latihan" dalam dunia SISPA UiTM Shah Alam.


TAPI...
Latihan SISPA mungkin tamat di sini...
Latihan JPAM, mungkin diteruskan...
hingga HUJUNG NYAWA.

Pada tanggal 8 Jun 2013, berlangsunglah lagi program Majlis Makan Malam SISPA UiTM Shah Alam, yang dianjurkan oleh junior2 aku, PKS Muda 2012.
InsyaAllah banyak benda yang dorang belajar. Kalau tak banyak sekalip0n, harap2 boleh dijadikan pengajaran untuk terus komited dalam program2 yang lain. Belajar sekali, tak bermakna kita akan terus faham....kadang2 kita memerlukan masa untuk faham sesuatu. Yang penting, kita ikhlas untuk belajar dan mencuba dan...................kena sembur. Lalalallaaaaaaa (*_*)


 Pegawai-pegawai Muda


Tiada kaitan. Sekadar gambar. 
Dia sudah 'taken' sudaaaa....
p/s: 'Dia' ditujukan utk sape eak? Hehe









I Love SISPA ke...
I love SIS iPAr?




EH?

cool!!






No komen.......=P




Sweet tak dorang?
(*_*)

Cumilllll (*_*)

Badang Logistik dan anak didik beliau.... (*_*)



Jurulatih dan Monster BERWIBAWA.




No komen...haha!

Si Protokol yang still sebok dgn protokol beliau, even tengah makan.....
Haish, aku pulak yang rasa mcm nak suap2 makanan tu kat mulut dia. Buzy ben0r!
Maybe ini la Pegawai Berwibawa yang telah dilahirkan oleh SISPA.
Sentiasa komited walaup0n bukan event beliau.
All the best Yana... (*_*) Be cool eh.

Kawen cepat2 ea Madi...
lalalaaaa...

Cantik akkk?
(*_*)
"~Sentiasa support even tak diundang~"

Adam dan Hawa...
Tapi masing2 dah berpunya....hoho!
Moga kekal hingga ke jinjang pelamin dengan pasangan masing2.




Bersama2 si Hawa 2013...
Beliau menaiki kenderaan yg sama dengan kami, masa datang dinner nih.
Rezeki duduk dgn kami ar tu...hoho!
Tahniah Isyzreen Fara Eleena Binti Abu Bakar.
(Aku tak pasti dorang sebut nama ko ape mlm tu....)
Bukan setakat bunga tumbuh di hati, kat kepala p0n boleeyyyy!

My roomates tersayang!!!
Good luck in your future.
Panjang umur, kita jumpa lagi. (*_*)

Dengan Jurulatih Kawad...Koperal Jumaah.
Kpl tacing sikit malam ni..
(Tegas kat padang kawad, brutal2...tak bermakna takde tanam pokok dalam hati)
Tahun ni last aku boleh jumpa Kpl.
Takpe la...terima la bunga buatan PKS Muda ni, tanda saya tetap ingat kat Kpl.
 Even berlainan pangkat, tapi hormat tetap dihati...... (*_*)

Alaaa...tak nampak, kerongsang kami sama... =P

Pn Dyla....
Monster Berwibawa yang nak 'bunuh' aku.
Nampak tak, Pn pegang pisau uh....huhu

Niat tadi nak post gambar2 urusetia jugak. Tapi tak banyak time buat keja...so, malas nak upload. Hoho....wa berjiwa kejam!

Serba sedikit tentang aku.

Aku masuk SISPA sebab apa?
Aku bukanlah manusia yang hebat. Jika dilihat dari sudut fizikal sekalip0n, aku tak layak untuk bergelar wirawati negara. Maybe sebab tu, aku lebih selesa untuk join JPAM, yang mana.....ia fokus kepada sukarelawan tapi penuh dengan ilmu pengetahuan untuk dipelajari.

Yup, aku bukan siapa2. Tak pernah terlintas di fikiran aku untuk pegang title pengarah projek Kinabalu.
Jauh sekali untuk bermimpi...aku akan pegang amanah sebagai PKS Tinggi. Dan tak tercalit langsung perasaan akan jadi PKS Terbaik kat Perhimpunan ke-3.

Suma tu rezeki sepanjang aku berkecimpung dalam dunia SISPA. Banyak yang aku dapat dari aku sem 1 sampai la dah dapat title Pegawai Tamat Latihan.

Tapi, aku tetap aku...manusia biasa, Si kecil yg comel kadang kala sukar diduga. Aku ingin digelar manusia biasa, kawan, sahabat. Tak ada beza dengan kalian. Perbezaan paling ketara, mungkin pengalaman. Kerana kau mencipta pengalaman aku sendiri. Tapi kalian mencipta sejarah hidup kalian. Cuma satu yg aku amat harapkan......moga semangat aku terus mekar dlm diri kalian.