"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dlm kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh atau solehah dalam kalangan kamu, kerana aku juga melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan."

~Hassan Al Basri~

Friday, October 5, 2018

UJIAN DARI ALLAH

Assalamu'alaikum,
Bila kita dah selesa dengan gaya hidup kita, kita jadi susah nak terima ujian dari Allah. Dah terbiasa dengan cara hidup senang lenang, mewah, happy. Tiba-tiba Allah uji dengan kekurangan. Allah tarik nikmat bahagia. Allah ambil nikmat sihat.

Masa tu kita rasa susah sangat nak teruskan hidup. Rasa penat sangat-sangat. Ada juga yang terus tawar hati nak jadi orang Islam. Solat tinggal tanpa rasa bersalah. Sebab apa?
Sebab kita rasa, kita dah buat apa yang Allah suruh tapi Allah 'biarkan' kita hidup susah.

Kita tak sedar, ujian tu semua sebab Allah nak tengok sejauh mana kita betul-betul mengharap pada Dia. Bukan pada manusia. Kita ada masalah seberat mana pun, bila kita kongsi dengan Dia, buat amalan untuk tambah pahala, perbaiki diri kita...InsyaAllah, Allah bukakan jalan penyelesaian dari sumber yang kita tak jangka.

Rasa berat nak buat ibadah? Berat nak buat kebaikan?
Amal satu tips mudah ni. Istighfar 1,000x sehari. Guna la tasbih digital tu. Cuba dapatkan 1,000x. Awal awal tak berjaya buat, tak apa. Cuba lagi hari esok. Cuba, cuba sampai dapat.

Satu hari nanti, kita akan faham betapa hebatnya kuasa istighfar tu. Sebab istighfar tu, kita minta ampun dari Allah. Kita ni banyak sangat dosa, banyak salah. Tak cukup dengan Dia, dengan hamba-hamba Dia sekali kita ada masalah. Tapi kita sombong, kita rasa kita je betul. Kita rasa kita dah buat yang paling elok.

Buang la ego tu. Manusia mana tak ada salah?
Sekalipun kita rasa kita ni tak buat banyak salah, tapi pasti ada. Sebab tu istighfar je. Takyah kata aku takde salah pon. Mungkin takde dosa besar. Dosa kecil pasti ada. Tak sekarang, kejap lagi kita buat. Tak kejap lagi, yang dulu-dulu kita pernah buat.

Thursday, October 4, 2018

CARA HADAPI MASALAH

Assalamu'alaikum,
Allah boleh tarik nikmat dari kita bila-bila masa Dia nak. Nikmat sihat, nikmat family, nikmat kerja, nikmat duit, nikmat kasih sayang...

Pernah tak kita rasa dah penat sangat dengan masalah?
Kita percaya dengan Allah. Kita minta tolong Dia. Kita buat solat cukup 5 waktu, doa sampai basah kuyup muka tapi still the same. The problem isn't solved.

Punca masalah tu tak selesai, sebab kita cuma percaya Allah tu ada. Tapi kita rasa kita hebat. Kita yang boleh selesaikan masalah sendiri. Kita cuma solat, cuma doa tapi tak yakin pun Allah akan bantu. Kita rasa buat macam ni, buat macam tu, mengadu kat orang ni, report kat orang tu boleh selesaikan masalah kita.

Hakikatnya, kita cuma melemahkan diri sendiri. Kejayaan takkan datang dekat orang yang sombong dengan Allah. Bila dah penat dengan usaha sendiri, kita salahkan Allah. Kononnya tak bantu kita. Walaupun kita solat cukup.

Dipendekkan cerita.
Semua orang ada masalah dan aku sendiri tengah alami. Bila sampai satu tahap, aku dah tak tahu nak buat apa...aku teringat buku FTR.

Aku baca tajuk-tajuk yang ada. Aku tertarik dengan satu tajuk. Tajuk ni dalam 3-4 formula yang terakhir dari 111 formula yang ada dalam buku ni.

FORMULA PELENGKAP 37: Buntu Tak Tahu Nak Buat Apa?

Dalam tajuk ni, penulis cerita tentang bagaimana nak berdepan dengan masalah. Kebanyakan dari kita, bila bangun pagi je kita akan teringat masalah-masalah yang ada. Sebab tu la, masalah makin berat. Apa yang kita fikir tu, menarik something tu untuk datang lagi dekat.
Kita fikir masalah, masalah la yang datang.

Berapa kali kita syukur sebab masih hidup lagi? Bangun-bangun terus stress dengan masalah. Takda langsung teringat nak syukur, nak buat pahala.

Masalah tu dari Allah. Dan Allah juga la yang boleh selesaikan masalah tu. Kita ni mengadu dengan Allah tu jarang sekali. Buat ibadah sikit-sikit, pastu mengharap Allah tolong kita cepat-cepat. Salah konsep tu. 'Perkenalkan' diri kita dekat Allah. Banyakkan syukur. Buat benda yang mendatangkan faedah, mendatangkan pahala untuk kita, bagi manfaat untuk orang ramai. Ambil 'hati' Allah.

Kemudian, tunggu je. Kadang-kadang masalah kita tu selesai dalam keadaan kita tak sedar pun.


Sunday, September 16, 2018

TIPS DOA CEPAT MAKBUL

Assalamu'alaikum.


Dari wall FB saya

Ramai orang nak kaya. Mintak sampai RM10k tapi tak tahu nak buat apa. Macam takde sebab tetiba nak kaya. Saja suka-suka mintak, sebab seronok tengok orang lain kaya. Jeles tengok orang lain berjalan sini sana, melancong luar negara, ada kereta mewah, rumah besar. Bila tanya diri sendiri, kenapa nak kaya...tak tahu. Macam segan je nak cakap nak itu, nak ini. 

Mana la Allah nak tolong macam tu. Kita sendiri tak tahu, kita nak guna duit tu untuk apa. 
Kalau ikut kemampuan kita, memang takkan dapat senang-senang RM10,000 tu. Tapi Allah tu Maha Kaya. Mampu bagi. Dengan syarat kita tunjuk kesungguhan nakkan jumlah tu. 
Buat planning sendiri.
Aku nak RM10,000 bulan ni. RM2k nak settle amanah kereta aku. RM500 nak belanja family, kawan-kawan. RM1k nak settle bil tu, bil ni.
RM2k nak simpan untuk kecemasan. Bla bla bla and the list goes on.

Bila kita ada target, ada sebab kenapa nak kaya...InsyaAllah nanti Allah gerakkan kita untuk buat something supaya kita dapat capai target tu.
Nak tahu lebih lanjut, boleh tengok-tengok di page ni ya, Hajar Abdullah.

Okey, ni tips dari Cikgu Ida pulak. Sebelum doa, amalkan ni:

1. Selawat 10x
2. Istighfar 7x
3. Doa
4. Akhiri doa dengan Selawat 10x

Selamat beramal yaa.

ALLAH BERI UJIAN SEBELUM MAKBULKAN DOA KITA

Assalamua'alaikum,


Dari wall FB saya sendiri.


Ceritanya macam ni.

"Dulu aku buat bisnes online. Tiap-tiap bulan semestinya ada sales. Walaupun untung tak banyak mana, tapi aku bersyukur...sentiasa capai target.


Target aku masa tu tak banyak. 10 orang pembeli. 20 orang pembeli. Untung RM300. Untung RM500. Target sales RM1,000.


Biasa-biasa je. Tak macam seller lain. Nak 10 ribu. Nak pembeli hari-hari.

Makna kata, aku ni seller yang takde impian hebat la. Janji ada duit masuk.

Since aku start kerja, bisnes aku dah 'terabai'. Aku tak boleh nak fokus 100%. Sampai satu tahap, aku biarkan je. Tak kisah pun takde sales, sebab ada income dari keja aku.


Tapi dah nama pun kaki bisnes online, tipu la takde rasa rindu nak niaga ni. Tengok kawan-kawan lain dah meroket. Yang dulu baru nak belajar tulis status, sekarang dah jadi stokis. Top seller pulak tu. Paling jeles, dia dah jadi salah seorang kesayangan mentor laaa. Sebab start dari bawah, sekarang dah boleh gerak sendiri. Semua follow cakap mentor. :heart_eyes:


Dalam tak sedar, aku start doa...nak aktif bisnes balik. Nak macam dulu.


Dan dalam masa yang sama tu la, Allah uji. Allah bagi itu ini, sampai aku fedup dengan kerja aku. Sampai aku nak berhenti.


Alhamdulillah, sejak dua menjak ni...banyak cuti. Cuti Merdeka, cuti Hari Malaysia, cuti awal Muharram. Banyak masa lapang ni, aku ada banyak peluang untuk berjinak-jinak balik dalam dunia bisnes online.


Best. Rindu!

Dan sekarang aku tengah fikir, sama ada nak kembali macam dulu...atau teruskan apa yang dah ada, sambil bisnes sebagai sambilan.

Dilema nak buat pilihan, tiba-tiba aku teringat buku FTR. Aku teringat pesan Cikgu Nora.





"Bukan kerja yang bagi kita rezeki. Takut nak berhenti sebab nanti tak ada duit. Nak makan, nak bayar itu ini.
Hambakan diri dengan duit!"


Lebih kurang macam ni la ayatnya dalam buku FTR.


Dan aku tanya kawan FTR. Dia cadangkan aku amal Formula 41 dalam buku FTR. Alhamdulillah, semalam aku buat. Dan pagi ni aku saaangat tenang. Aku teruskan life aku macam biasa dan buat apa yang Allah suruh. Selebihnya, Allah akan tunjukkan jalan. InsyaAllah."

Monday, September 10, 2018

KENAPA PERLU ISTIGHFAR?

Assalamu'alaikum,


"Dah susah baru cari aku."

Selalu dengar ayat ni kan?
Biasanya kita tuju dekat member yang 'nampak' kita bila tengah sesak, tengah ada masalah atau dia tak tahu nak buat apa dah. Masa senang, masa happy...kita lalu depan pun buat macam tak kenal.

Ooopp, kejap! Tu, marah kat diri sendiri ke tu? Cuba compare dengan bawah ni pulak.
Sama tak?

"Dah susah baru nak sebut-sebut nama Allah.
Dah susah baru nak dakwah soal hukum hakam agama.
Dah susah baru teringatkan sejadah."

Masa senang?
Gelak tawa sampai lalai dalam ibadah.
Caci maki jadi sebutan mulut.
Sumber duit tak kisah halal haram, berkat tak berkat.

Kadang-kadang Allah tunjukkan something tu sebab nak tegur kita. Apa yang kita buat tu, Allah tampilkan dalam bentuk kesalahan orang lain. Tinggal diri kita je, nak fikir dengan mata hati, atau tetap rasa kita ni betul, orang lain salah.

Hati kita akan susah nak rasa bersalah kalau penuh dengan rasa benci. Orang lain buat apa pun, semua nampak serba tak kena. Macam mana nak buang rasa benci tu?
Banyakkan Istighfar. Sebanyak mana? Bukan setakat dua, tiga kali. Bukan selepas solat semata-mata. Bukan 10. Bukan bila ingat. Tapi sebanyak mungkin. Kalau mampu 100, buat 100. Kalau mampu 1000, buat 1000. Kalau rasa banyak sangat dosa dah buat selama ni, buat sebanyak mungkin.

Istighfar tu penghapus dosa. Kita mintak ampun dengan Allah. Bila kita sedar kita banyak dosa, kita rajin istighfar...kita takkan mudah nak pandang keburukan orang lain. Sebab diri kita pun ada akhlak buruk tersendiri.

Ahhhh, bosan! Baca kat mana-mana pun, suruh Istighfar. Dah buat banyak kali, tapi tetap rasa sama. Macam takda guna je nak istighfar pun.

Kalau ada rasa macam ni, please buat sesuatu. Ada something wrong somewhere yang korang kena cari. Saya cadangkan dan galakkan untuk korang dapatkan buku FTR. Ubah diri segera.

Tuesday, September 4, 2018

SEDEKAH RM2 DAPAT RM400

Assalamu’alaikum,
Dalam bank tinggal RM150. Itu pun tak cukup dah nak bayar insurans hayat aku, RM179.

Aku renung buku FTR yang aku beli bulan Januari 2017. Buku ni banyak ubah diri aku. Tapi sebab kesibukan kerja, aku dah lama tinggalkan task FTR yang sepatutnya aku buat setiap hari.

Sedih memang sedih, tinggalkan amalan yang dekatkan aku dengan Dia. Tapi aku nak buat macam mana, bukan aku mintak disibukkan dengan tugas tak terjangka.

Kononnya rasa bersalah sebab lama tinggalkan Allah. Cuma buat yang wajib semata-mata. Sunat pejam mata je. Dulunya ada rasa bersalah sebab tinggalkan sunat, sekarang dah tak rasa apa. Siap salahkan sibuk kerja lagi tu. Hebatnya syaitan mainkan aku.

Tapi Allah tu Maha Kuasa. Dia bagi aku ujian. Walaupun tak 100% kena kat diri aku, aku tetap kena tempiasnya. Corak hidup aku bertukar tak semena-mena.

Masa ni la aku ada banyak masa untuk muhasabah diri balik. Aku teringatkan ibadah sunat yang dah lama aku tinggalkan. Allah bagi aku ‘rehat’ dari apa yang aku sibukkan sebelum ni. Baru la aku sedar, ujian ni untuk bantu aku kembali dekat pada Allah.

Aku mulakan sikit-sikit task FTR yang dah berbulan aku abaikan. Uniknya, pagi tadi aku mula sedekah RM2. Malam ni, Allah balas dengan ganjaran RM200. Bahkan sebenarnya dua kali ganda, RM400! Senior sekolah nak tambah simpanan emas dia. Nak order 1 gram emas, 2 keping. Allahhh.
Selama ni aku sangka buruk dengan Dia. Aku cuma fokus kerja, gaji bulanan. Tapi aku lupa, Dia boleh bagi bila-bila masa aku perlukan…cuma mintak dengan Dia ja.











Thursday, April 20, 2017

MULIAKAH KERJA KITA DI MATA DIA?

Pekerjaan yang mulia tidak menjamin kemuliaan kita di sisi DIA.

Mungkin kita sang pendakwah,
Tapi kita menyindir kejahilan hamba Allah.

Mungkin kita sang penegak kebenaran,
Tapi kita mengherdik yang lain.

Mungkin kita sang pendidik,
Tapi kita menghina kerjaya bekas anak didik.

Mungkin kita sang penyapu jalanan,
Tapi kita berzikir & memuliakan yang 'menabur' sampah.

Kita yang mana?
Jadilah seorang insan yang sentiasa memuliakan pekerjaan dan kehidupan insan yang lain.
Baru la tenang dan bahagia. Takde nak sakit-sakit hati, jeles-jeles dengan life orang lain.

Boleh?

CARA UNIK UNTUK BERUBAH

Penulis: Nur Azimah Jamial

Assalamu’alaikum,
Manusia mana yang tak pernah diuji kan?

Yang membezakan, kita jenis yang menghebahkan masalah kita atau sekadar diam dan cuba untuk selesaikan semampu boleh.

Ada orang diuji dengan hutang.
Dicanang satu dunia, aku banyak hutang, aku tak ada duit, aku bukan orang senang dan banyak lagi yang enggan saya tuliskan.

Kenapa saya tak nak tulis?
Sebab apa yang kita kata, adalah doa untuk diri kita. Sedar atau tidak, bila kita banyak runsingkan masalah seperti “Tak ada duit, Tak kaya, Orang susah…” kita sebenarnya sedang doakan kita jadi macam tu.


"Aku bukan orang kaya macam kau…"
Haa, kita sendiri yang mintak macam tu!

"Aku miskin, susah, mana mampu nak beli kereta macam kau."
Kita sendiri yang doa nak macam tu!


Dah tu? Macam mana?

Percaya atau tidak, hanya dengan tukar perkataan dalam tutur kata kita, kita boleh jalani hidup dengan lebih baik. Bahkan sangat baik.

Yang negatif ditukar kepada positif. Yang buruk ditukar kepada baik. Yang kasar ditukar kepada lembut.

Contoh?

Aku MISKIN = Aku belum KAYA
Aku BODOH = Aku tak PANDAI
Aku SUSAH = Aku belum MEWAH
Aku BENCI = Aku tak SUKA


Perkataan-perkataan positif banyak membantu diri kita. Cuma kita tak sedar, sebab kita tak amal. Jika amal sekalipun, tak istiqamah atau berterusan.

Satu keajaiban dari Allah, kalau kita boleh jadi lebih baik hanya dengan berubah untuk 3 hari.
Perubahan diri boleh makan masa berbulan-bulan bahkan bertahun.
Jadi, takkan la kita nak cakap yang baik-baik hanya 3 hari?


Maka, ambillah masa untuk berubah. Jangan pernah putus asa. Memang mulanya tak mudah, tapi Allah tu Maha Pemurah. Dia beri apa yang terbaik untuk kita.

Tak dapat di dunia, dapat Syurga pon BEST la kan? 😍



Selingan:
Jika anda seorang peminat buku dan ada masalah dengan rezeki sekarang yang sering terbatas, boleh terus ke link ini ya Buku Formula Rezeki

Sunday, February 26, 2017

MANFAAT KEPADA MASYARAKAT

Assalamu'alaikum,

Sekadar perkongsian ringkas daripada diiri saya sendiri di ruangan FB.

"Sekalipun aku bukan yang terpilih untuk menasihati kamu,
tapi tak bermakna aku terhalang
untuk terus mendidik yang lain."


Saya bimbang, jika ditanya...
Apa yang kamu telah sumbangkan untuk masyarakat sepanjang hidup kamu?
Apa yang telah kamu sebarkan tentang Islam sepanjang kamu berada di dunia?
Berapa ramai yang kamu ajak untuk ke Syurga?
Kamu yakin, dengan hanya mengumpul pahala untuk diri sendiri sudah cukup untuk masuk ke Syurga?


Kadang-kadang rasa diri ni useless 
Takda sumbangan untuk masyarakat. Apatah lagi untuk negara. 

Dengan harapan, bebelan ringkas di ruangan FB mampu jadi dakwah kecil daripada saya, seorang insan yang mengharap Syurga dari Dia. 

Thursday, February 23, 2017

KENALI DIRI SENDIRI


Berada dalam kalangan mereka yang gemar mewangi, maka wangilah kita.

Berada dalam kalangan mereka yang bijak, maka kita pun belajar sama. 

Berada dalam kalangan mereka yang menjaga solatnya, maka kita pun menjaga juga.

Berada dalam kalangan mereka yang mengata, maka kita pun mengumpat juga.

Berada dalam kalangan mereka yang berjaya, maka kita pun boleh berjaya.

Berada dalam kalangan mereka yang 'indah' bahasa, maka kita pun 'indah' juga.

Berada dalam kalangan mereka yang berniaga, maka habislah duit kita. 




Errr, yang berniaga ni, heheheh!
Alaaa, saya pun peniaga jugak. Tapi tak habiskan duit korang kann?


Dekat mana kita berada.
Dengan siapa kita selalu berbicara.
Itu lah diri kita dalam tak sedar.

Sehebat mana pun diri kita, bila nak buat apa-apa...tolong la.
Check sekeliling kita. Kalau kita tak rasa malu dengan tindakan kita, mungkin orang sekeliling kita yang malu. Kalau tak rasa apa jugak, tolong la... ingat Mak Abah kita.

Kita mungkin tak rasa apa. Tapi orang lain kenal ibubapa kita. Nak ke orang kata, dia ni kan anak si bla bla bla... hmm.

Sekadar penulis jalanan, mungkin aku tak layak untuk menasihati kamu.
Tapi InsyaAllah, aku tak berhenti mendidik diri aku sendiri dan yang sudi mendengar.

Terima kasih sudi singgah sini,
Semoga Allah memuliakan dan membahagiakan anda.