"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dlm kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh atau solehah dalam kalangan kamu, kerana aku juga melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan."

~Hassan Al Basri~

Tuesday, September 4, 2018

SEDEKAH RM2 DAPAT RM400

Assalamu’alaikum,
Dalam bank tinggal RM150. Itu pun tak cukup dah nak bayar insurans hayat aku, RM179.

Aku renung buku FTR yang aku beli bulan Januari 2017. Buku ni banyak ubah diri aku. Tapi sebab kesibukan kerja, aku dah lama tinggalkan task FTR yang sepatutnya aku buat setiap hari.

Sedih memang sedih, tinggalkan amalan yang dekatkan aku dengan Dia. Tapi aku nak buat macam mana, bukan aku mintak disibukkan dengan tugas tak terjangka.

Kononnya rasa bersalah sebab lama tinggalkan Allah. Cuma buat yang wajib semata-mata. Sunat pejam mata je. Dulunya ada rasa bersalah sebab tinggalkan sunat, sekarang dah tak rasa apa. Siap salahkan sibuk kerja lagi tu. Hebatnya syaitan mainkan aku.

Tapi Allah tu Maha Kuasa. Dia bagi aku ujian. Walaupun tak 100% kena kat diri aku, aku tetap kena tempiasnya. Corak hidup aku bertukar tak semena-mena.

Masa ni la aku ada banyak masa untuk muhasabah diri balik. Aku teringatkan ibadah sunat yang dah lama aku tinggalkan. Allah bagi aku ‘rehat’ dari apa yang aku sibukkan sebelum ni. Baru la aku sedar, ujian ni untuk bantu aku kembali dekat pada Allah.

Aku mulakan sikit-sikit task FTR yang dah berbulan aku abaikan. Uniknya, pagi tadi aku mula sedekah RM2. Malam ni, Allah balas dengan ganjaran RM200. Bahkan sebenarnya dua kali ganda, RM400! Senior sekolah nak tambah simpanan emas dia. Nak order 1 gram emas, 2 keping. Allahhh.
Selama ni aku sangka buruk dengan Dia. Aku cuma fokus kerja, gaji bulanan. Tapi aku lupa, Dia boleh bagi bila-bila masa aku perlukan…cuma mintak dengan Dia ja.











No comments: