"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dlm kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh atau solehah dalam kalangan kamu, kerana aku juga melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan."

~Hassan Al Basri~

Sunday, November 4, 2012

Bonjour de Comprado 2012

Mengganti tep0ng dgn si pasir,
Mata 'bengkak', mulut berdarah,      
1 November, memori terukir,
Batch 8 SISPA  miliki sejarah.

Assalamu'alaikum sebagai pembuka bicara. Tanda bermulanya kisah SISPA....
(Even pantun aku macam kurang lemak sikit tapi hati ikhlas dan nekad jugak nak post...haha)

Bermula dengan aktiviti2 di Kursus Kepimpinan dorang, junior2 aku diasak lagi dgn latihan di Pulau Pangkor. Diselitkan dengan modul semangat kekitaan dan juga semangat berpasukan. Juga untuk melahirkan rasa ingin berkorban (sacrifice!!!) demi sesuatu yg mereka inginkan.

Sepanjang 5 sem aku berkecimpung dalam dunia SISPA, aku sedar... setiap apa yg aku buat, aktiviti yang aku join, bukan untuk buang masa. Bukan sekadar suka2. Tapi terselit pengajaran yg kadang kala kita kena fikirkan sendiri apa kaitannya dengan kehidupan kita.

sekadar selingan

Kalau dulu, mulut membebel2 kena buat kejun (aku tak pasti camne dengan ejaannya...)
Kena keliling org tue kat tgh2. Jangan bagi org luar nampak kewujudan dia... Berhimpit2, berpanas, berpeluh...semata2 nak 'tutup' insan kat tgh. Apa faedahnya benda tue?
Pihak lain mungkin tak sedar impak positif kejun tapi aku yakin, aktiviti Kembali ke Pangkal Jalan (KKPJ) time kat pangkor ni dah cukup buat kami sedar, kejun mmg penting.

Sebatang lilin dan api ditutup rapat, dihalang dari monster2 comel, agar tak terpadam akibat kekejaman hembusan lembut monster tersebut. Tidak pula dijaga oleh seseorang yang bertindak sebagai ketua tapi amanah tersebut dipelihara oleh setiap ahli kumpulan. Pentingnya bersatu, pentingnya perbincangan sesama kumpulan dapat menjamin kesinambungan khazanah tercinta.


Kucing yang berpakaian hitam. Nak masuk baris gak. Tapi cepat2 dihalau oleh monster... Cukup la kera2 yang ada...

Sebahagian pergi berjuang, menongkah arus lautan ke Pulau Giam. Mencari khazanah yg hilang. Penat lelah, penat mendayung, penat membebel hanya sekadar di mulut. Tapi, akal dan fikiran mementingkan tugasan menyelamatkan khazanah demi amanah 1 kumpulan. Berbeza pula dengan sebahagian yang berada di pantai. Bukan sekadar bermain pasir, membina tempat rahsia dan kerajaan mereka. Tapi, tergalas beban untuk meletakkan amanah/khazanah agar tidak dirampas oleh pihak yg comel (masih lagi monster)
Dalam hati, memikirkan keadaan mereka di pulau sana. Selamatkah mereka berperang dgn ombak laut dan angin....tertidurkah mereka hingga dihanyutkan ke pulau lain? (Ade ke sampai tertidur atas kayak??? Hmmm)

Kumpulan Tulip, dihubungi oleh yaya. Menyampaikan berita, perlu mengorbankan seseorang jika gagal melaksanakan misi mereka.
Kumpulan2 lain pun turut merasa debaran yg sama..
Persoalannya, sanggupkah mereka berkorban, hanya utk mendapatkan sesuatu yg mereka sendiri tak pasti kesahihan kewujudannya???
Dari sini, mereka belajar erti berusaha habis-habisan dan juga pengorbanan. (Mentang2 la Raya korban baru je lepas...)
Misi kami sebenarnya nak letak lembu (yg diselamatkan dari korban baru2 ni. Tapi takde. Yang sanggup, cuma kera2 yg ada. Siapakah kera itu??? Sanggup menggadaikan nyawa demi SISPA. Errrr!)

 Okeh, jom layan gambar jap!

Buat apa tue sorang2?
Macam Karamsingh lak tgn efa...

Erk? Isyzreen, buat tarian tiang ke? 
Mentang2 la dorang kena tutup mata...
Tina ada dalam group tue....mesti dia dapat rasa tarian ko kan?

Bia buat tarian angin...ke titanic kat tengah2 pantai?



Tue la. Nyanyi tak abes2! Kan dah kena selotep mulut... 
The sacrificed!!! 

Demi menyelesaikan game yang diberi, handphone p0n tak ingat dah....




Sape kata laki tak pandai masak?





Barisan siswa batch 8

Ketua monster

Nak guna untuk tangkap ikan la. Boleh tak pak cik??

Kalau tak salah, nie fatin nabilah norman (nano).
Teruja tgk khemah pulak dahhhhhhh...
Nano, "Waaaa, besarrrnyaa!"

Khemah org lain dah siap. 
Khemah urusetia tak naik2 lagi.
Alasan yang diberi, dah lama tak pasang khemah, heheh!

Barisan monster2 comel...






Selepas setiap kumpulan yang diwakili oleh ketua2 bersatu...sebuah peta lengkap berjaya diperolehi.
Tahniah!!!




Afi dah tak sabar nak kayak....
Cian kat partner dia. Kena tarik kayak + Afi sorang2.....
Tapi, afi offer nak masak ayam kat partner. Tue yg sanggup tarik sorang2 even berat...hoho!


Aktiviti spider web. Menguji kumpulan siti (nampak tak permainannya di situ?) dan yang lain2. Bila boron dihasut oleh monster utk bertukar menjadi monster paling comel. Dihembus api2 halus, (macam naga). Lepas tue,, boron p0n turut serta,,,meninggalkan kumpulan sendiri. (bajet nak jadi paling comel. Tn zam pulak yang tercabar. Tergugat kecomelan.)  Hanya kerana tidak mencari dia sedaya upaya...boron pergi membawa diri. Tapi, lepas dipujuk seketika...boron kembali. Kerana kepercayaan terhadap ahli kumpulan lebih kuat dari monster2 yang memecahbelahkan itu. (Tn zam ketua kecomelan kembali lega)

Malam 1 November 2012, lebih kurang jam 0300. InsyaAllah, akan terpahat satu memori dalam diri mereka.. Simulasi paling bermakna aku pernah alami. Even, khas untuk PKS Inter tapi aku yakin, para pegawai p0n turut merasa tempiasnya. Lakonan ini tidak dicipta. Tapi, mungkin akan berlaku dalam realiti kalau kita tak pandai nak hargai sesebuah perhubungan itu. Hanya kerana gagal mengawal emosi sendiri, hanya kerana mementingkan kemenangan, jalan yang salah menjadi pilihan. Jangan takutkan senjata si musuh, kerana musuh akan gentar dengan kekuatan dan kesepakatan pihak kita. Tanpa tep0ng dan PASIR sekalipun, anda mampu menang jika anda bersatu meluru ke arah monster yg masih lagi kekal comel, berlari2 bertempiaran bila nampak kalian. Ops! Pecah rahsia...hoho!

Yang penting, SISPA masih kuat walaupun tanpa 'senjata' yg hebat. Kerana kita sentiasa jadi yang terbaik bila kita bersatu.  

Tangisan anda bukan tangisan kelemahan, baik lelaki mahupun perempuan. Tangisan kelemahan ialah tangisan apabila kita enggan berusaha.
Tetapi tangisan ikhlas yg lahir dari hati, ialah tangisan paling bermakna. Kerana di situ, terukir kemas sejarah persahabatan dan kasih sayang sesama kita.

All de best guys! Banyak lagi pengalaman yang perlu ditimba. Kerana pengalaman ini yang akan mengajar kita tentang kehidupan berpasukan yg sempurna.

Written by,
Salah sorang monster comel.



Antara dialog yang kedengaran...

Kurang ajar.....baling2 pasir!!!

Kau ingat mata aku boleh ok kalau kau mintak maaf!!!

Jangan panggil aku senior kau!!!

Mengucap, bawak mengucap .......!!!

Apa nak jadi nie???!!!

Sudah la tu wey...!!!
...
...
...
..
..
..
..
.
.
.
.
.
Ini hanya simulasi...



6 comments:

Anonymous said...

long live SISPA!

monster comel said...

syg sispa...bce entry ni mampu menitiskan air mate lg..terigt kenangan batch 7 n tau batch 8 mampu jd batch yg kuat..kpd senior2 sape la kami tanpa didikan anda..=)

Anonymous said...

Yup, tanpa senior2 yang komited dlm SISPA, siapa la kami. Moga dapat terus membimbing kami....hingga akhir hayat nanti.

Anonymous said...

sumpah..sedeyh kot..tear drop..:')

KP said...

Memori pahit manis suka dan duka,
Penghubung ukhwah dalam berorganisasi,
Semoga tiap pengalaman dan ilmu yang kalian timba,
Menjadi tunjang dalam membentuk personaliti, diri & SISPA yang dicintai.


Perih jerih yang kalian lalui bersama saat ini,
Pasti menjadi kenangan terindah pabila bergelar alumni di luar sana,
Semoga kejayaan SISPA UiTM kan terus lestari dan abadi,
Buktikan bersama ‘UiTM Dihatiku, SISPA Disanubariku’ bukan hanya retorik semata…

Insan bersilih ganti, tetapi SISPA tetap di situ, di UiTM, di dalam hati tiap insan yang mengharunginya bersama sepanjang masa... Ia bukan diwarisi, tetapi SISPA dipinjam dari generasi akan datang... JPA3, JPAM, SISPA... Berikanlah ia dalam keadaan yang lebih sempurna pabila anda kembalikan kepada mereka yang akan datang, lebih sempurna dari apa yang kalian terima ketika ini... Semoga Allah memberkati tiap usaha kalian, demi SISPA, demi UiTM dan demi diri kalian sendiri... <3

(^___________^)

mood : teremosi apabila membaca entry budak merah yang ini...

Anonymous said...

jauh di mata dekat di hati.. l0ng live SISPA.. always in my heart n0 matter what~