"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dlm kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh atau solehah dalam kalangan kamu, kerana aku juga melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan."

~Hassan Al Basri~

Friday, October 26, 2012

Dikelilingi binatang

Assalamu'alaikum,
Hari ni raya haji... So, aku nak ucap Selamat Hari Raya Aidiladha untuk semua yang beragama Islam.

Cuti yang ada nie, aku nak spent masa dgn baik... (kononnya)
Sampai je umah aku, aku turun dari keta, aku disambut dengan sekor ulat gonggok (dah hancur) akibat dilenyek keta abah. Masuk pintu umah, aku disambut pula oleh mulut besar si belang (hamster aku yang tengah masyuk menguap). Pastue, mandi2,,,,terdengar pula sahutan si ayam2 jiran belakang (jam menunjukkan pukul 4.30 petang....hmmm!) Berkokok-kokok riang di sana...
Keluar je bilik, aku disambut pula oleh kucing kelabu yg juga sesat, sama macam debab dulu...(ekor pendek...macam takde ekor je)

Kepulanganku disambut dengan ketidakpuasan hati oleh pihak hamster...
Mereka agak bengang apabila kewujudan aku mebuatkan mereka terpaksa diet. Berbekalkan 2 bijik kuaci utk sekali makan...(Mak bagi, 20 bijik...! Lalalalaaa...)
Mmg hamster2 tue bengang. Lantas, satu demonstrasi senyap dilancarkan...
Penoh keliling sangkar dorang dgn serbuk2 kayu. Mogok, hentak2 kaki.. sampai bersepah2 keluar serbuk2 tue. Dengan kuasa psikologi yang aku belajar dari Tn Zam...aku p0n tunjuk la gambar2 hamster yang bulat dan boroi2 kat dorang. Angkara makan tak ingat kuantiti....


Lalu, mereka terdiam dan memohon untuk dilepaskan dari sangkar...agar mereka dapat membersihkan sendiri serbuk2 kayu yang telah mereka sepahkan. Bagus, kesedaran diri. Hal ini juga membuktikan... Diet tidak perlu dipaksa, tetapi perlu dihayati kebaikannya.


Cukup sampai sini je la...







No comments: