"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dlm kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh atau solehah dalam kalangan kamu, kerana aku juga melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan."

~Hassan Al Basri~

Thursday, January 2, 2014

Kisah Bulat-bulat

Assalamu'alaikum,
Utk entry kali ni aku banyak tulis secara tersirat. Sape2 rasa malas nak fahamkan,,,,sila bawak diri ke entri lain. Harap maklum.
Pesanan ini dibawakan khas oleh Budak Merah.

Si bulat sedang belajar di......errr, ini kebetulan. Beliau belajar di meja yg juga bulat. Si bulat lagi sorang sedang menuntut ilmu di kolej lain. Beliau curang dengan melati. Seorang pendatang lagi, tak pasti beliau ingin dipanggil bulat atau tak. Beliau datang dengan gelas2 bulat dan milo.

Aku tak tawu dorang ni belajar macam mana, dengan keadaan gelap....cuma bertemankan lampu2 panjang (kalimantang) dari bilik2 comel yg selalu basah disebabkan air.

Aku pulak...tak tawu nak membulat mcm mana. Dah ngadap laptop sambil bulat2kan mata...tapi tak tawu nak update blog pasal apa.

Kalau ikotkan banyak cerita nak dikhabarkan tapi dah lama tak update, aku tak tawu nak start macam mana. Huhu...hidup sebagai seorang blogger tak boleh meninggalkan kerjayanya walau selama sebulat mana p0n aku melopong.

Aku nak tulis pasal praktikal...bosan.

Aku nak tulis pasal kak aku dah kawen....insyaAllah nanti aku update. Tunggu mood nak kawen jap, ehh.
Terfikir benda nih masa abang ipar 'menculik' kak aku dengan sekali lafaz...
"Sebut namaku dalam setiap doamu, agar mudah menjadi satu lafazmu"

Satu lagi....maybe aku update pasal arwah abah aku. Tak ramai yg tawu... takde niat nak mendiamkan, cuma contact dalam fon abah tetiba hilang lepas meninggal, so kami tak boleh buat apa.

Apa khabar Si Bulat di rumah?
Si kucing yg pemalu. Tak balik rumah masa kenduri..sebab ramai orang. Kesian dia tak makan ikot time. Lunch terganggu...hoho









No comments: