Assalamu'alaikum
Selepas sekian lama aku tak sentuh buku2 aku, akhirnya minggu nie aku pecahkan jugak rekod aku. Buku bertimbun2 atas meja. Tapi nak selak, terasa berat. Jeles tengok roomates aku bersengkang mata, terbongkang tak tentu hala, pulun study. Tapi aku....? Hmmm...
Takde niat nak abaikan pelajaran. Tapi masa sangat2 mencemburui kebahagiaan aku dengan waktu malam. Manusia macam aku sangat gemar akan belajar tatkala malam menjelang. Sepanjang hidup aku, cukup susah aku nak study time matahari mengeringkan baju2 aku. Sebab tue, kalau aku kata nak bangun awal2....nak start study lepas subuh. Lupakan je la....
Entah macam mana. Aku teringatkan tarikh baru2 ni. Dah, ....hari bulan 11. Errm, bulan depan dah study week. Tapi aku? Satu apa p0n tak faham sangat.... Buku2 still nampak baru, angkara jarang diselak dan diamati. Dah jadi lumrah bagi aku. Aku tak suka bukak buku yang baru. Buku yang lunyai diselak, adalah peberet aku. Baru nampak mcm rajin sikit..miahaha!
Then, I realized.......... feeling sad. Remembering my mom. The only thing/person yang boleh buat aku study adalah mak aku.Time aku dapat result SPM, mak kata,
"Tak semestinya org dapat straight A's tue pandai..."
Tersirat yang cuba mak sampaikan ialah, tak bermakna aku tak dapat semua A, aku tak boleh teruskan life aku. Result hanyalah atas sekeping kertas. Tapi, ilmu di dada yang paling penting untuk diamalkan.
Since tue, bila aku malas or takde mood nak study. Aku akan biar je. Sampai satu masa, aku akan ingat kat mak. Akan timbul rasa bersalah kalau aku tak usaha. Kalau aku tak fokus, tak belajar....aku rasa bersalah yang teramat sgt.
Sbb tue, aku akan cuba jgk utk dapatkan yang terbaik. Even, aku sekadar manusia biasa2...jarang sekali utk menjadi seperti luar biasa. Asalkan aku dah usaha dan cuba yang terbaik, itu lebih bermakna daripada usaha yang biasa2 tapi mengharapkan kejayaan yang berlipat ganda.
Mak, mintak maaf kalau tak study sungguh2 sem ni.
TAPI!!!
From now on, InsyaAllah....aku akan cuba gunakan masa yang ada utk belajar dan dapatkan ilmu sebaik mungkin. Sebab, hanya aku yang memahami situasi aku sekarang ni. Dan aku percaya, hanya aku yang mampu ubah situasi ni.....supaya kekurangan ini dapat aku gunakan untuk dijadikan kelebihan buat aku.
Dari jauh, aku melihat senyumannya.
Walaupun tak pernah disuarakan...tapi aku tahu, dia bangga.
Walaupun tak pernah disuarakan...tapi aku tahu, dia bangga.
Izinkan aku untuk buktikan, aku juga mampu berjaya di arena akademik.
Agar aku mampu untuk melihat senyumannya lagi.
Jika bukan di hari konvokesyen aku...
Takdirkanlah aku untuk melihat raut wajahnya,
tatkala aku sudah berkerjaya......kerjaya yang sempurna.
3 comments:
Alhamdulillah... Yup, mengingati ibu & ayah adalah motivasi yang terbaik... Usaha... Tawakkal..Insya Allah. hope everything will be fine, not as you wish, but as what is the best for you Budak Merah, from Allah's Sight & plan.... Pray for it, the best, duniawi & ukhrawi.. Allah lebih & Maha Mengetahui..
InsyaAllah, time kasih =)
And you've done with your formal study of tertiary level. Insya Allah. Keep on learning Budak Merah.. learning process never end.. right ?? Semoga diberi kekuatan utk hari mendatang yang lebih mencabar. Fi hifzillah Budak Merah.
Post a Comment